Friday 2 November 2012

Kenapa rushing nak nikah? Sedapnya mulut bercakap.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejak saya memberitahu rakan2 FB saya bahawa saya adalah seorang ibu tunggal sejak 4hb Julai 2011 dan akan bernikah dengan insan pilihan saya pada 10-11-2012 ini, saya dihujani dengan berbagai2 soalan. Ada yang bertanya, 'macamana kenal dengan bakal suami?", "berapa lama u kenal bakal suami?", "tak serik ka d
engan lelaki?" dan soalan paling hebat dan menghiris hati saya ialah soalan, "kenapa rushing nak nikah? kalau u boleh bersabar 20 tahun, takkan u tak boleh bersabar setahun dua lagi.?"

Biar saya jawab dengan ikhlas dan saya mulakan dengan kalimah DEMI ALLAH..apa yang saya tuliskan ini adalah benar belaka. Pernikahan pertama saya adalah ketika saya berusia 23 tahun dan masih menuntut di Akademi Islam Uni.Malaya (1987-1991). Saya mengenali bekas suami saya melalui Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah w.persekutuan waktu itu, Ustaz Mohamad Ibrahim. Ustaz Mohamad Ibrahim yang kini bergelar Dato' dan bertugas di Melaka yang menjodohkan saya dan bekas suami yg merupakan kawannya di fakulti pengajian Islam, ukm.

seminggu mengenali dia, saya bersetuju untuk bertunang tapi dengan dua syarat yang dipersetujuinya. Pertama, dia mesti membenarkan saya menyambung pelajaran hingga ke peringkat phd kerana sudah ada cita-cita mahu menjadi pensyarah. keduanya, mesti membenarkan saya bekerja untuk meringankan beban keluarga saya yang miskin. Seminggu berkenalan, sebulan bertunang dan kmudiannya menikah dengan restu kedua-dua keluarga. Semasa bertunang selama sebulan tu, saya tidak pernah keluar dengan tunang saya. dan saya hanya hanya mengenali sikap dan sifat bekas suami saya hanya selepas bernikah. begitu juga dengan sikap dan sifat ahli keluarganya.

Kalau nak dikatakan rushing bernikah dan tidak kenal betul2 bekas suami saya, perkara tu dah berlaku ketika saya berusia 23 tahun. dan alhamdulillah perkahwinan saya bertahan selama 20 tahun dan dikurniakan 5 orang anak, 2 perempuan dan 3 org lelaki. Ramai yang berkata, anak dah 5 pun kata tak bahagia lagi? Kalau jumlah anak dihadikan kayu ukur kebahagiaan sebuah rumahtangga, maka kita tersilap besar. Kenapa? kerana ada perbezaan diantara kebahagiaan dan ketaatan. sorang isteri yang taat akan tetap mentaati suaminya walaupun di dalam hati terluka dengan sikap suaminya. Seorang isteri akan tetap melahirkan anak2 walaupun si suami tidak pernah memberikan apa-apa hadiah kepadanya yang telah bersusah payah mengandung dan melahirkan anak2 kerana anak2 itu sendiri adalah hadiah paling istimewa kepada seorang ibu.

Mereka yang tidak mengetahui kisah hidup saya sebagai isteri dan ibu kepada 5 orang chayamata memang boleh bercakap ikut sedap mulut dan mengatakan saya rushing nak bernikah semula. tapi mereka tidak tahu dan tidak faham, kenapa saya nak bernikah lain hanya selepas setahun lebih menjadi ibu tunggal atau janda 5 orang anak.

Mereka yang bercakap ikut sedap mulut ini tidak tahu bahawa saya sudah menjalani hidup sebagai seorang ibu tunggal sejak tahun 1993. Tahun saya mendpaat ijazah sarjana dan mendapat lesen kereta. sejak 1993, saya memandu kereta seorang diri ke sana dan kesini. Saya hanya menjadi menumpang di sebelah pemandu ketika pulang beraya di kampung saya dan kampung bekas suami. Sepanjang menjadi isteri kepada bekas suami saya selama 20 tahun, setiap kali saya mengandung, saya yang memandu kereta untuk ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan melakukan pemeriksaan. Bekas suami hanya menghantar saya ke hospital pada hari saya nak bersalin dan hari nak mebawa pulang saya dan bayi saya ke rumah. Saya tidak pernah meminta bekas suami menghantar saya ke hospital kerana saya tahu dia sibuk dengan kerja2nya. Hinggakan ketika adik lelaki saya yang sakit sawan hendak ebrjumpa Dr pakar di Hospital Pulau Pinang, saya yang memandu kereta bersama anak2 yang masih kecil. saya yang memandu kereta walaupun perut sudah sarat 7 bulan waktu itu. Perlukah saya meminta ihsan seorang suami atau menjadi kewajipan dia membantu saya?

Dari anak2 kecil hingga besar, saya menguruskan anak2 dengan tangan saya sendiri. Dari menghantar ke nursery atau rumah pengasuh hinggalah mengambil dan menghantar anak2 ke sekolah. Saya jugalah yang menghantar anak2 lelaki ke msjid untuk bersolat jumaat dn mengambil mereka sebelum balik semula ke pejabat saya di UIA. Bila anak2 demam dan tidak kesekolah, saya tidak pernah meminta bekas suami ambil cuti untuk jaga anak2. Saya yang menjaga mereka dan adakalanya membawa anak2 ke pejabat saya. Memberi mereka ubat demam sebelum berkejar ke kelas.

ketika Allahyarhamah emak saya sakit dan tinggal bersama saya di Gombak, saya yang membawa emak setiap hari ke pusat rawatan untuk mencuci luka kaki emak saya. Tidak pernah saya meminta bekas suami untuk membawa emak saya ke klinik, kecuali dua kali kerana saya sibuk memasak di dapur. Dan ketika saya membawa emak saya berubat, pernah ada lelaki bertanya, "kak, kenapa tak minta suami kak tolong bawa emak akak datang berubat?" Dan saya hanya menjawab, "Dia kerja tak dapat tolong akak".

Bila anak2 tinggal di asrama, saya yang menjenguk mereka setiap minggu without fail. cuma kdang2 saya meminta dia menjenguk anak2 ketika saya terasa amat penat. Tahu tak kenapa saya ceritakan semua ini? saya nak memberitahu mereka yang bertanya kenapa rushing nak nikah semula, "Saya sudah terlalu penat hidup seperti seorang ibu tunggal atau janda sejak sejak 20 tahun yang lalu. Saya sudah terlalu lelah....hinggakan ada masanya saya terasa ingin memejamkan mata untuk berehat selama2nya. Tapi demi anak2, saya kuatkan juga hati, kuatkan juga semangat dengan berbekalkan zikir, Laa hawla wa laa quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim".

Saya perlukan teman hidup bukan saja untuk menghilangkan kesunyian, tapi saya perlukan seorang suami yang dapat dijadikan tempat bergantung harap. bukannya seorang suami yang hanya yang memerlukan saya di waktu malam sahaja. Saya memang rushing nak bernikah semula sebab saya tidak tahu, berapa lama saya akan hidup. dan saya sudah amat lelah. Kepada mereka yang berkata kepada saya, kenapa rushing nak menikah , bolehkah anda datang membantu saya, tolong memandu untuk saya yang sudah lelah ini? Boleh tolong ambil anak2 saya di asrama termasuk di RAub setiap kali mereka akan bercuti panjang.?

Saya tidak memerlukan suami yang kaya raya...kerana saya wanita yang makan pakainya adalah seperti seorang wanita biasa. saya menolak hajat bekas suami yang ingin bernikah semula dengan saya kerana saya tidak perlukan seorang suami yang sibuk sebagai Ketua Penolong pengarah di sebuah jabatan kerajaan di LABUAN. Saya hanya mahukan seorang suami yang boleh menjaga saya dan anak2 sperti menjaga dirinya sendiri. Saya hanya mahukan teman berbual dan bercerita, bukannya suami yang hanya balik rumah sebulan sekali. 

Jadi kepada mereka yang tidak faham kesusahan saya dan masalah saya selama ini, harap jagalah lidah anda bila bercakap dengan ibu2 tunggal atau janda seperti saya. Anda mungkin tidak pernah rasa dan tidak pernah lalui apa yang saya dan mereka rasa. kami ibu2 tunggal tidak perlukan simpati anda, cukup kalau anda mempunyai EMPATI...letakkan diri anda di tempat kami sebelum menghukum kami sebagai wanita yang gatal dan tak sabar2 nak bernikah lain. jangan sampai cemuhan anda kepada insan2 seperti saya, menjadi doa untuk anak2 perempuan kalian pula. 

"kalau tidak boleh menggembirakan hati orang yang berduka, jangan ditambah laranya.'

wassalam,
Dr/madam Fauziah.

1 comments:

MIOR AZHAR said...

kisah puan jadi terbalik dengan kisah saya, seorang isteri PTD.

Post a Comment