Saturday 29 September 2012

Belanjawan 2013 : Bonus Dari Allah vs Bonus Dari Kerajaan

Assalamualaikum, 




Ramai yang sedang bercakap tentang bajet/belanjawan negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Paling menarik ialah ramai yang mengatakan, "kerajaan bagi bonus, ambik..tapi kemudian bangkang kerajaan.muka tak malu. esok bila mengundi, undi pembangkang, dasar manusia tak tahu bersyukur. kalau esok kerajaan dibubarkan, yang sokong pembangkang tu, kenapa tak letak jawatan? Kenapa nak kerja dengan kerajaan?"

Allahu Rabbi. Betapa ceteknya pemikiran orang yang cakap macam ni. Kenapa saya katakan cetek? Sebab kita patut ingat, bonus itu diberikan kepada semua mereka yang bergelar penjawat awam, yang kerja dengan kerajaan atau dipanggil orang tua2 kita sebagai pekerja gomen. Bonus itu bukan untuk penyokong kerajaan atau penyokong BN. Jadi, tidak kiralah siapa yang disokong, merah, biru, atau hijau....sebagai penjawat awam, kita semua berhak mendapat bonus. sedikit atau banyak bukan isu, tapi sebagai penjawat awam, maka kita berhaklah menerimanya. 

Berhak terima bonus sebab kita bayar cukai? Allah Rabbi...ramai penjawat awam yang menerima bonus tidak perlu pun membayar cukai pendapatan, hanya mereka yang mendapat gaji tertentu sahaja diwajibkan membayar cukai pendapatan. Kalau orang yang naik bas, tak perlupun bayar cukai jalan. Tapi kita berhak mengambil bonus itu sebab semua penjawat awam itu memberikan sumbangan kepada negara yang yang dicintai ini. Sikit atau banyak sumbangan yang diberikan adalah perkara lain.

Ramai yang kata, penjawat awam ni makan gaji buta, pukul 7.30 sarapan, pukul 10 minum lagi, pukul 12.45 makan tengahari, pukul 3.30 minum petang pulak. Berapa jam mereka bekerja? Padahal kita tidak sedar, penjawat2 awam yang masuk kerja pukul 8 ini perlu keluar dari rumah pukul 6 pagi, ada yang keluar lebih awal dan bersolat subuh di tengah jalan atau di pejabat. 

Semua rakyat negara ini memberikan sumbangan kepada negara ini dengan cara masing2. para petani, peladang, penoreh getah, nelayan, pekedai kecil termasuklah pemungut sampah memberikan sumbangan masing2 kepada negara ini. Jadi, tidak perlulah kita kata, orang yang membangkan kerajaan ini tidak patut ambil bonus, dan elaun2 lain yang diberikan.

kalaulah kerana bonus dan imbuhan2 lain..kita mengatakan kita rakyat tidak boleh menentang kerajaan, rakyat mesti menyokong kerajaan, mesti mengundi kerajaan, maka di situlah kesilapan paling besar kita lakukan. kerana apa? kerana kalau dengan menerima bonus dan imbuhan2 lain, kita mesti tutup mulut kita, pekakkan telinga kita...butakan mata kita melihat kebenaran dan kemungkaran, maka jadilah bonus itu satu RASUAH. Berdosa besarlah kita yang menerima rasuah, apatah lagi yang memberikan rasuah.

Kalau nak dikirakan pemberian, siapa yang lebih besar pemberiannya kepada kita? ALLAH atau kerajaan? Kenapa bila kerajaan bagi bonus dan imbuhan2 lain, kita kata..mesti taatkan kerajaan. Kenapa tak kira, apa yang ALLAH telah berikan kepada kita? kenapa tak ada pula yang katakan, kita mesti taat ALLAH, jangan bangkang ALLAH, jangan hina ALLAH, jangan hina agama ALLAH. Sebab..kita lebih terasa terhutang budi kepada kerajaan, kepada manusia daripada merasa terhutang budi kepada ALLAH dan kepada RasulNYA.

Besar sangatkah nilai bonus, nilai imbuhan, nilai biasiswa, kalau dibandingkan dengan apa yang ALLAH telah berikan kepada kita semua sebagai makhlukNYA? ALLAHU RABBI....bukalah al-Quran, bacalah surah al-Rahman, lihatlah makna ayat2 suci itu. "Maka nikmat apakah lagi yang kamu akan dustakan?"

Memang kita perlu berterima kasih sesama manusia, tapi kita wajib bersyukur kepada ALLAH TA'ALA. BERSYUKUR kepada ALLAH dengan cara bagaimana? Taati perintahNYA, jauhi laranganNYA. agungkan hukumNYA..bukan menghina. Kepada semua yang bergelar MUSLIM....fikir2kanlah. Yang baik itu dari Allah, yang buruk dan lemah itu dari saya sendiri. Selamat berhari minggu.

wassalam
Dr/madam Fauziah

Friday 28 September 2012

Antara Bahagia dan Ketaatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sejak akhir2 ini, terlalu banyak kes perceraian. Ada yang bercerai ketika inai masih di jari, ada yang bercerai ketika anak sulung di dalam kandungan. Ada yang bercerai ketika anak2 masih kecil dan ada yang bercerai ketika anak2 dah besar panjang. dan paling ironi, ada yang bercerai ketika sudah bergelar nenek dan atuk.

Di sebalik setiap perceraian, pasti ada 
sebab tersendiri. Tidak matang, tidak sabar, tidak bertanggungjawb, tidak ada ksih lagi dan macam2 tidak lagi dalam masalah rumahtangga. Selalunya kita akan mendengar orang berkata, "kata tak bahagia, tapi ada anak sampai sedozen. Kata tak bahagia, tapi ada anak sampai 6 orang." itulah silap kita, kita gagal membezakan di antara bahagia dan ketaatan.

Macamana boleh bahagia, tapi ada anak sampai setengah dozen atau satu dozen? jawapannya mudah saja, ada wanita yang boleh mentaati suaminya walaupun dalam keadaan hatinya tersiksa atau merana dengan sikap atau perangai suami. Dimaki, dihina, dipukul atau disepak terajang pun, wanita yang taat ini masih menurut perintah suaminya untuk melayannya. Sebab itulah dalam tak bahagia, ada anak 6 atau 10 atau 12. Bukankah kita semua tahu bahawa seorang isteri wajib mentaati suaminya selagi suaminya tidak menyuruhnya berbuat maksiat. Jadi sama ada hatinya penuh dengan bunga2 bahagia atau dipenuhi dngan duri2 derita...wanita yang bergelar isteri itu tetap wajib mentaati suaminya.

Tetapi ada juga wanita yang hanya marahkan suaminya kerana pernah bersms dengan wanita lain, dia menolak hajat suaminya dan sanggup tidur dalam keadaan suami tidak redha dengan nya. Ada juga isteri yang langsung tidak membenarkan suami menyentuhnya semasa dia hamil 10 bulan. saya tidak faham apa sebab musababnya boleh jadi begini. tapi point saya ialah sedar atau tidak, hadis nabi Muhammad ada menyebut yang bermaksud, 'wanta yang enggan melayani suaminya di kamar tidur akan dilaknat oleh malaikat sepanjang malam sehinggalah dia dimaafkan oleh suaminya." Dilaknat sepanjang malam...bukan didoakan sepanjang malam oleh malaikat. Sanggupkah kita menjadi wanita yang dilaknat oleh malaikat sepanjang malam. Dan apabila dilaknat, di manakah kesudahan kita?

Paling sedih apabila mendengar cerita ada wanita2 yang bertudung pun bersikap seperti ini. Tak tahukah sikap ini dikatakan sebagai nusyuz kepada suami? ada yang enggan melayan suami sebab ada pakwe baru dalam hidup, ada yang enggan melayan suami kerana sakit hati suami sms atau nberkawan dengan wanita lain. Laaaa..kalau dah suami sms atau sedang berjinak2 dengan wanita lain,cubalah menangi semula hati suami tu. berikan layanan istimewa pada suami. bukannya mogok hingga tidak mahu tidur sbilik dengan suami. paling parah, tak cukup dengan mogok pada suami, berperang pula dengan makwe suaminya. Berperang tu mungkin bagus untuk pertahankan rumahtangga. tapi di samping tu, cubalah muhasabah diri sendiri. Di mana silap kita hingga suami mencari orang lain. kalau tak ada salah dan silap, alhamdulillah. tapi kalau memang ada silap kita, muhasabahlah. 

Yang penting, ingatlah...selagi bergelar isteri, seorang wanita itu wajib mentaati perintah suaminya selagi tidak bertentangan dengan ajaran islam. tapi kalau diminta melakukan hubungan intim semasa isteri sedang di dalam haid atau nifas, memang wajib ditolak kerana adalah haram melakukan hubungan intim ketika itu. Maaf ya...bukan nak menggatal ni, tapi memang ada isteri2 yang tak faham. Mereka sangka, bila kena taat pada suami, maka dalam keadaan haid dan nifas pun mereka perlu melayan suami seperti biasa. salah tu...kena faham betul2, kalau dalam dua keadaan tu, adalah HARAM utk berhubungan intim (sexual intercourse). 

Dan pihak suami pula kenalah bertimbangrasa. Janganlah hanya mementingkan diri sendiri. maksudnya,janganlah fikir isteri tu robot yang tak tahu letih dan penat. Dan kepada para isteri saya ingin berpesan sekali lagi, taatilah suami, selagi ketaatan itu tidak menjadi maksiat. Janganlah menjadi wanita yang rajin berpuasa sunat, tidak pernah tinggalkan sembahyang, tetapi enggan melayan suami di kamar tidur. Kalau dah rasa memang tak ada mood atau keinginan langsung, cubalah fikir kaedah2 lain termasuklah membenarkan suami utk berpoligami. Jangan marahhhh....ini cadangan saja. Hidup berumahtangga adalah untuk mencari keberkatan dan redha Allah. bukannya mencari dosa dan murka Allah. maafkan saya kalau ada tersalah kata , tersilap bicara.

wassalam.

Manisnya Kurma Ini

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Alhamdulillah..




Khamis lalu saya mendapat berita baik dari InTeam Publishing yang memberitahu, buku motivasi tarbiyyah yang brtajuk "Manisnya Kurma Ini-mimpi tidak selalu indah, hidup tidak selalu payah." yang berada di pasaran sejak januari 2012 telah terjual lebih dari seribu naskah. syukur kepada Yang Esa.

Jutaan terima kasih kepada Ustaz Nordin Jaafar, yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk m

enulis buku ini. Datuk Ameer Soekre Ishak, kerana saya banyak terhutang budi kepada SIM yang memberi peluang saya mengasah semula qalam yang hampir tumpul.

Terima kasih kepada guru saya Ustaz Prof Mohamad Kamil, pelajar2 saya Muhammad Iz'aan JasmeAdawiah Ibrahim,Husaini HusseinAeyDa KarymRoslinda AhmadAdi Suria Samsudin, dan semua sahabat2 saya yang telah mempromosikan buku ini walaupun tidak diminta. Allah saja yang dapat memberkati budi baik kalian.

Kepada semua yang sudi memberikan sokongan moral kepada saya dengan membeli dan meminta saya menulis buku yang kedua....terima kasih dan doakan agar saya dapat menyiapkan buku yang kedua pada hujung tahun ini. InsyaAllah.








p/s : Kepada pembaca-pembaca yang berminat untuk dapatkan buku ini, boleh dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran anda. Seperti di MPH dan sebagainya. Untuk para pelajar UIAM, boleh dapatkan dari Madam Fauziah sendiri di pejabatnya di AIKOL dgn harga RM 15 - 
Admin. 









Tuesday 25 September 2012

Pilihan Raya Kampus UIAM : Something to Ponder.

Assalamualaikum,

Pilihanraya kampus yang hebat semalam. Saya sebenarnya memang tidak suka mencampuri urusan kempen berkempen sejak dari zaman saya menjadi pelajar di Universiti Malaya lagi (1987-1991). Walaupun saya mempunyai usrah di bawah jemaah tertentu, tapi saya tidak mahu berkempen untuk sesiapa waktu itu. Kenapa? Sebab saya berpegang kepada prinsip saya menghormati semua calon yang bertanding. Saya tidak mahu memperlekehkan sesiapa walaupun daripada pihak lawan dan daripada jemaah lain. Hinggakan utk memakai lencana kumpulan tertentu pun saya tidak mahu. Lalu, saya pun dianggap sebagai salah seorang 'pembangkang' dalam jemaah sendiri. Seorang 'khawarij' walaupun tidak pernah melupakan bai'ah saya kepada jemaah yang mendidik saya melalui usrah dan tamrin.

Bukan benci pada politik..sama sekali tidak.Tapi bila terlalu bersemangat di dalam politik, kadang2 kita lupa bahawa semua adalah saudara seagama. kita lupa bahawa di dalam diri setiap manusia itu ada kebaikan dan kekurangan masing2. Calon favourite kita pun belum tentu perfect dan terbaik utk menjalankan tugas. Paling menyedihkan, kenapa tidak ada students yang datang bertanya pensyarah, "Madam/sir kenal tak pelajar ni? orangnya macamana?fikrahnya macamana? kerjanya semasa student macamana?"

Bukankah Islam mengajar kita, bertanyalah kepada mereka yang lebih arif? Malu bertanya sesat jalan. Tapi sudah la tidak mahu bertanya, kerana syok sendiri kononnya calon mereka yang terbaik, siap pula menghentam pensyarah yang hanya berikan komen, "kalau saya boleh undi, saya nak undi orang ini...." Walhal ayat itu menunjukkan ada sesuatu yang istimewa tentang orang tersebut. Apataha lagi kalau madam Fauziah yang menyebut, sebab dia sangat rapat dengan pelajar2nya. Bukan setakat kenal dalam kelas, tapi di luar kelas...walaupun tidak tahu segala pergerakannya di luar.

Ketika sedih berfikir ini semester terakhir saya di UIA, insyaAllah... tambah sedih hati saya bile melihat gelagat students yang bercakap ikut sedap mulut. Yang mengatakan orang lain tidak tahu buat kerja semata-mata dia tidak aktif di kampus. Saya dulu pun tak pandai juga sewaktu msuk Akademi Islam Univ.Malaya. Tapi bila diajar dan dididik oleh senior2 saya, saya pegang jawatan2 penting dalam Persatuan Mahaiswa Islam UM dan juga Persatuan Mahasiswa Akademi Islam UM. Jawatan Setiausaha, Bendahari, Biro Kebajikan semuanya saya pernah pegang. kalau tak percaya, boleh datang ofis saya dan tengok semua sjil2 penghargaan tu. atau tanya saja Prof Madya Dr Nasimah Hussin tentang fakta ini. Dalam aktif berpersatuan tu, masih sempat juga saya ikut kelab Bahasa Mandarin, walaupun tak pandai sangat bercakap. Come onlah..buanglah sikap syok sendiri dan perasan diri sendiri tu dah bagus.

Maaflah, saya nak luahkan semua isi hati saya hari ni. pengalaman di AIKOL, UIA ni....buat saya tambah sedar, kadang2 pelajar2 yg bersongkok dan berkopiah ni suka sangat rasa mereka manusia paling baik atas muka bumi ni. yang bettudung labuh berjubah hitam pula rasa merekalah yang terbaik. Hinggakan kalau jumpa pensyarah macam saya ni, tak payah lah bagi salam.kenapa nak hormatkan pensyarah yang tak pakai jubah dan tudung labuh. yang beri salam, yang suka cium tangan adalah pelajar2 yang biasa bisa saja dari segi pakaiannya.

Ada pelajar yang bertanya kepada saya, "macamana madam boleh berkawan dengan pelajar2 yang rambut perang, yang pakai tudung penndek semua tu? Jawabannya hanya satu, "Saya tidak pernah melihat kepada perbezaan di antara saya dan orang lain. yang saya lihat hanya persamaan di antara manusia." Kita semua mahluk Allah, kita semua saudara seagama..iaitu ISLAM. kita hanya baik di sisi ALLAH dengan nilai taqwa kita. kalau ada penyakit riyak dan rasa kita lebih baik, percayalah habis semua amalan baik kita hanya kerana setitik perasaan riyak.

Jangan terlalu memandang hina pada pelajar2 yang tak pakai kopiah atau songkok atau yang rambut tak amcam rambut ustaz-ustaz. Kalau yang berwarna perang atau kelabu asap tu, percayalah mereka masih boleh dibimbing.jadi tak perlulah nak hukum mereka. tak perlulah sampai kata mereka ni tak layak jadi pemimpin. Orang yang takbur dan riyak itulah yang tidak wajar jadi pemimpin.

Memang saya cuma pensyarah biasa, tak ada nilai apa pun di mata orang yang sangat mengagungkn title prof madya dan profesor. Tapi pengalaman saya sebagai pelajar di UM, pelajar di UK...dan pengalaman menjadi pensyarah biasa selama 20 tahu ini tetap menjadikan saya orang lebih berpengalaman dari u all yang masih bergelut nak dapatkan ijazah pertama, Jadi belajar2 lah menjadi manusia yang beradab bila bercakap walaupun dengan pensyarah yang tak ada nilai macam saya ni. Maaf, saya terpaksa meluahkan semua isi hati saya ini..kerana inilah semester terakhir saya akan berada di kampus ini. Kampus of Knowledge and Virtues. JANGAN HANYA BERBANGGA KALAU HANYA ADA KNOWLEDGE TAPI TIDAK ADA VIRTUES.

ALWAYS REMEMBER 3R.... "RESPECT YOURSELF, RESPECT OTHERS, RESPONSIBLE FOR YOUR WORDS AND ACTION."

Wassalam
Madam Fauziah.
AIKOL

Monday 24 September 2012

Doa siapa yang dimakhbulkan sebenarnya??

Assalamualaikum.

Artikel ini adalah email yg dikirimkan oleh seorang sahabat ke email saya. Semoga ada pengajaran yang dapt kita ambil. Bercakap fasal doa, saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Q
iamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.

Cerita yang saya dengar itu begini:Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik. Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT. Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa. Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:
“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.

Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa. Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH…

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik. Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang. Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita. "Aku buat beginilah yang jadi begini." "Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun." Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.

Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita. Cerita itu sangat menyentuh hati saya.

Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab. Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya. Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita…

Wassalam

Muhasabahlah diri kita semua...

Wahai ibu dan ayah, dengarlah rintihan kami

Wahai ibu dan ayah, dengarlah rintihan hati anak2mu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru dua hari lepas saya menulis tentang bagaimana kasihnya ibubapa kita kepada anak2. Cuma kadang2 kita tidak memahami cara ibubapa kita mengasihi kita. Ada yang menggunakan kaedah berlembut, ada yang menggunakan kaedah berkeras dan ada yang mengambil jalan tengah di antara kelembutan dan kekasaran. Namun tidak akan dapat dinafikan, ada masanya ibubapa juga terbuat atau membuat kesilapan di dalam mengasihi anak2 hingga anak2 terasa dia tidak disayangi. Hingga dia terasa dia tidak ada nilai langsung di mata ibubapanya.

Petang semalam, ketika sedang membuat kerja di ofis saya, seorang pelajar perempuan tahun 3 mengetuk pintu bilik saya dan meminta izin utk mengambil sedikit masa saya. Saya pernah mengajar pelajar ini ketika dia di Tahun 1 pengajiannya dan seringkali saya melihat wajahnya yang suram. Tapi mulut tidak pernah tergerak utk bertanya kenapa, sebab saya memang lebih suka pelajar2 yang menceritakan sendiri masalah mereka. Cuma setiap hujung semester di dalam kelas terakhir, saya akan berpesan kepada mereka, " kalau ada apa-apa, datanglah ke ofis saya. Kamu ada nombor fon saya kan, so just keep in touch."

Selepas meminta izin utk duduk, pelajar ini bertanya, "madam, apa pendapat madam kalau saya nak tangguhkan dulu pengajian saya. Saya rasa macam tak boleh pergi dah semester ni. Kepala saya rasa buntu, rasa blurr, apa yang saya belajar pun saya tak tahu. Semester lepas pun semua exam saya tak pergi sebab saya demam panas waktu itu. dapat special exam pun saya tak pergi baru2 ni."

entah kenapa, setiap kali ada pelajar datang bertanya soalan "apa pendapat madam saya nak tangguhkan dulu pengajian, hati saya terus terdetik bahawa pelajar ini tentu mempunyai masalah yang agak berat. Saya tidak pernah anggap mereka pelajar yang malas, tapi bagi saya ada masalah yang mengganggu fikiran mereka. "Cuba beri sebab kat saya, kenapa awak nak tangguh pengajian awak?". ' Saya sakit madam, tak sehat." saya bertanya lagi, "kalau awak tak sehat, awak ada tak surat Doktor dari mana2 klinik atau hospital?"

Dan dia menjawab, "tak ada madam, cuma surat dari tempat perubatan cara Islam." Tidak puas hati dengan jawapannya, saya berkata, " macam ni lah...sekarang ni awak datang nak minta pendapat saya, nak minta saya tolong kan? Jadi...saya minta awak jujur dengan saya, tolong ceritakan semua yang ada dalam kepala awak supaya saya tahu apa sebenarnya yang berlaku. Selagi awak tak ceritakan, saya tak benarkan awak keluar dari bilik saya ni. Okay, take your time, fikir masak2 nak cerita atau tidak. saya nak buat kerja saya dulu."

Hampir 15 minit saya menunggu dia bercakap dan akhirnya yang keluar hanya tangisan yang perlahan dan menjadi esakan yang makin kuat. "tak apa...awak menangislah dulu, lepas awak rasa tenang, awak cakaplah. Saya tak akan kemana-mana. tisu pun banyak ni, gunalah sebanyak mana awak mahu." Tangisannya makin menjadi2...dan akhirnya saya mengalah, saya tahu dia memerlukan pelukan seorang ibu atau seorang kakak. Bila saya memeluk bahunya, tangisannya reda. Dan akhirnya dia bercakap walaupun sambil meneangis. "

Madam, saya dah tak ada ayah. cuma tinggal emak, kakak2 dan abang2 dan seorang adik. Mereka semua berjaya madam. Bila mereka periksa, semua dapat keputusan cemerlang. Saya sorang saja yang tak pandai." Dan saya mencelah, "kalau tak pandai, takkan awak boleh masuk universiti." dia menyambung, "sebab tak pandailah emak saya tak sayang saya. Emak saya kata, saya ni pelik dari adik beradik lain. Saya ni hanya menyusahkan keluarga. Paling sedih emak saya menuduh saya main2 kat sini dan tak belajar. Saya bukan budak jahat madam, saya tak pernah buat apa mereka cakap tu. tapi kenapa emak, abg2 dan kakak tuduh saya macam2.""Emak kita bukan malaikat, emak kita manusia biasa, tentu mereka juga akan terbuat kesilapan. maafkanlah emak awak." Dan dia menyambung, "saya tak pernah berdendam pada emak saya atau adik beradik saya, tapi hati saya hancur tengok cara emak melayan saya.

Madam tahu tak, adik beradik lain emak sanggup telefon dan bertanya khabar mereka. cakap lama2 dengan mereka. Tapi dengan saya, saya yang kena call emak. kemudian baru nak cakap, emak dah kata, tak boleh cakap lama-lama sebab kredit dah nak habis. sampai macam tu sekali emak saya bencikan saya madam.""masa cuti 3 bulan baru2 ni, saya buat LAP (law attachment program), saya tinggal di UIA. balik kampung pun sekejab saja. itu pun emak dah halau saya dan kata, kau tak balik pun sudah. Saya baru nak memberitahu kenapa result exam saya teruk semester lepas, emak dah kata saya anak derhaka sebab melawan. Saya bukan nak lawan emak, saya nak beritahu emak saja, saya demam teruk masa tu. padahal adik beradik lain jawab emak macam2, emak tak kata pun derhaka.""Bencinya emak pada saya kan madam. sebab tu saya nak berhenti belajar. saya anak tak guna, menyusahkan emak dan adik beradik saya. Madam tahu tak, saya berniat tak mahu kahwin sebab saya takut akan jadi macam emak saya yang membezakan layanan kepada anak2."Melihat dia makin tenang, giliran saya bercakap.

Tapi tangan saya terus memeluk bahu dia sambil dia bersandar di bahu saya. Itulah cara saya melayan setiap pelajar perempuan yang datang dengan tangisan di bilik saya. "Macam ni lah. saya rasa saya boleh faham perasaan awak. tapi sepatutnya awak lebih positif bila dilayan macam ni. bukan menjadi lemah dan pasif sampai nak berhenti belajar. kalau awak berhenti belajar, memang betullah apa emak dan adik beradik awak cakap, "awak ni memang pelik dari orang lain menyusahkan orang.' Sepatutnya awak kena bangun dan buat azam, "aku akan buktikan bahawa aku bukan bodoh, aku bukan pelik, aku boleh berjaya dan aku akan buktikan aku bukan anak yang menyusahkan keluarga.

Awak kena kuat...kena jadi manusia yang agak keras hatinya. jangan biar orang lain hancurkan masa depan awak. dan paling penting, awak kena ingat belajar itu satu jihad. banyak pahala utk org berjihad ni"Dan dia menjawab sambil mengesat airmatanya, "betul juga kata madam." dan kali ni dia mengangkat kepalanya dari bahu saya dan memandang muka saya, " madam, ni kali pertama seorang pensyarah memeluk saya, memujuk saya. hari tu saya ada jumpa seorang pensyarah perempuan, tapi dia tak buat macam madam.

 Dia kata kat saya, "awak ni menyusahkan orang betul la, sebab saya nak kena buat soalan exam yang baru utk special exam. kemudian tak datang pulak special exam. kalau macam ni baik awak berhenti sajalah belajar dan bernikah saja.lagi senang utk awak." Saya terdiam waktu itu, kerana tak pernah terlintas di fikiran saya, seorang pensyarah akan cakap macam tu.Dia datang ke bilik saya pukul 4 petang, dan ketika selesai mendengar luahan hatinya saya melihat sudah pukul 6 petang. Telefon saya dah banyak kali berbunyi dan anak di rumah dah bertanya, "bila ibu nak balik ni. adik Ti nak keluar main basikal kat depan rumah."Akhirnya, dia bangun dan berkata, "dah banyak masa madam yang saya ambil hari ni. Terima kasih madam, kerana sudi dengar masalah saya wlaupun madam bukan academic advisor lagi. Saya akan cuba habiskan belajar, sekurang2nya utk ayah saya yang dah tako ada. sebelum dia melangkah keluar, saya berkata kepada dia, " M, InsyaAllah, ini semester akhir saya di UIA...saya cuma harap, kalau saya dah tak ada kat sini, awak tetap bersemangat nak belajar. Kalau nak luahkan masalah, cari oang yg boleh naikkan semangat awak, bukan yang akan bunuh semangat awak. Kalau awak sedih , bacalah kQuran, surah Yusuf dan kenangkanlah kesedihannya yang dibuang ke telaga buta oleh abang2nya. Sekurang2nya, awak tak dibuang ke telaga buta kan?"

Dia tersenyum waktu itu."Saya tak boleh tunggu sampai awak grad, saya cuma akan doakan dari jauh. dan kita akan berhubung melalui sms, call dan facebook. Jaga diri awak baik2." Sambil bersalam, dia memeluk saya dan meminta diri utk balik ke asrama.Itu saja yang saya mampu buat utk pelajar saya. Kepada ibubapa di luar sana, dengarlah luahan hati anak ini. kemungkinan anak2 kita juga mengalami masalah yang sama. Tidak adil jika kita meminta semua anak2 menjadi anak2 yang sentiasa cemerlang di dalam peperiksaan mereka. Cemerlangnya anak2, bukan dilihat dari keputusan peperiksaan semata-mata, tapi akhlak mereka yang baik juga dikira sebagai anak yang cemerlang. Berikanlah kasih sayang seadil mungkin kepada anak2. kalaupun hati lebih sayang seorang anak dari anak yang lain, tolonglah jangan terlalu ditunjukkan kasih kepada anak emas atau anak emak atau anak bapak.

Setiap orang anak ada hati dan perasaan, jadi..kasihilah mereka sebaik mungkin. Kepada pensyarah2, kalau tidak ada masa nak melayan pelajar2 seperti melayan anak sendiri, tak mengapa. saya faham, kita tidak pernah diberikan bayaran utk melayan pelajar2 yang ada masalah. Tapi atas nama kemanusian, keibuan, kebapaan, kekakakan atau keabangan...cakaplah ayat2 yang memberikan semangat kepaa pelajar2 kita. janganlah dibunuh semangat mereka dengan ayat2 beracun dari kita.

Hari ni meraka ada masalah, mereka berjumpa kita, esok lusa, mungkin anak2 kita pula yang akan menangis di depan guru atau pensyarah mereka. Ingatlah, "Tidak akan sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi org lain seperti mengasihi dirinya sendiri.'Kepada ibubapa, abang dan kakak, emak saudara dan bapa saudara,datuk dan nenek, juga kepada guru2 dan pensyarah2....jangan sesekali mengatakan "awak ni menyusahkan orang, menyusahkan kami. Sebab ayat awak menyusahkan orang itu sebenarnya satu ayat yang paling kuat utk membunuh jiwa manusia.

kepada semua yang mengalami nasib yang serupa, ingatlah...manusia boleh meninggalkan kita, membenci kita kerana kekurangan kita, tapi Allah tidak pernah membenci kita, tidak pernah melupakan kita hambaNYA. jangan bersedih lagi, ingatlah Allah sentiasa bersama orang yang sabar.

 Salam sayang teramat sayang utk semua pelajar2 saya.

 Yang baik itu dari Allah, segala yang lemah itu dari saya.Wassalam
Madam Fauziah,AIKOL

Sunday 23 September 2012

Urusan di UUM

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, selamat sampai ke rumah malam tadi setelah satu hari perjalanan ke Alor Setar dengan berbagai2 visi dan misi (vision and mission). Belum pernah saya saya jadi setekad ini, mengambil flight Air Asia di pagi hari untuk ke UUM bertanyakan tentang cara-cara utk memohon tempat di sana, dan apakah prospek utk saya di sana. Kerana saya sangat berharap akan dapat mengajar di College of Law, Government and International..., UUM. Niat untuk ke UNISZA terpaksa dilupakan kerana detik hati saya mengatakan destini saya adalah di UUM. InsyaAllah

Perjalanan yang dirancang last minute itu amat menggembirakan hati saya. Perbincangan awal dengan Dekan CoLGIS, UUM membuat saya sedar, bahawa perjuangan di UUM mungkin akan lebih bermakna dalam hidup saya. Membantu institusi yang kekurangan ahli akademik yang terlatih di dalam Islamic Law subjects. Apatah lagi COLGIS akan menawarkan LLM in Islamic Law. Tenaga dan sedikit kepakaran dalam Islamic Law subject sangat diperlukan di sana.

Sejujurnya, bila saya meninjau bilik2 kuliah dan tutorial di UUM semalam, saya tahu...keadaan di UIA sangat hebat, sangat mewah, dan sangat selesa. Saat saya bersarapan di cafe COLGIS pun, saya sudah terasa, betapa cafe di AIKOL jauh lebih selesa walaupun kadang2 'sakit hati' sebab tudung dan baju akan berbau macam2 bila masuk ke cafe AIKOL yg aliran udaranya tidak begitu baik. Itu belum lagi meninjau bilik2 pensyarah sebab tidak berkesempatan semalam.

Benarlah hijrah itu perjuangan yang memerlukan pengorbanan. Kepada pelajar2 saya, lepaskan saya dengan hati yang ikhlas dan ketahuilah, kalian di UIA sangat bertuah kerana memiliki segala jenis pasarana yang lengkap walaupun bukan paling hebat. Saya bukannya berhirah ke tempat yang lebih mewah atau menjanjikan kemewahan, tapi saya akan berhijrah ke tempat yang sangat sederhana, tapi sesuai dengan jiwa saya. Jiwa orang yg sukakan perjuangan dan cabaran yang lebih getir.

Semoga Allah permudahkan urusan saya utk berhijrah ke kampus yang lebih tenang dan lebih hijau ini. Niat saya utk tinggal di kampung yang ada sawah, ada sungai dan penuh ketenangan insyaAllah akan jadi kenyataan. itupun kalau diizinkan oleh Allah. Terima kasih kepada pelajar saya Noorhidayah Saad yang menunggu saya di Airport semalam, meminjamkan keretanya untuk kegunaan saya bergerak di kampus Sintok semalam. Dah 3 tahun kami tidak berjumpa, tapi kemesraan dia dan keluarganya masih tetap seperti dulu. kak mariah dan abang Saad yang melayan saya seperti adik mereka sendiri. Abang Azman Azizan dan kak Ta, minta maaf.saya tak sempat ke Kedah Selatan semalam. Begitu juga dengan adik2 saya di Gurun, Kedah Sharuddin Abdullah dan RozilaShila Mohd Noor. minta maaf banyak2. Kak jah ke UUM dan Alor Setar saja. lepas tu terus balik semula ke KL dengan flight selepas magrib. Muhammad Firdaus Bidin, Dr Nuarrual Hilal Md Dahlan, insyaAllah..ada rezeki kita berjumpa di COLGIS semester depan. Lola Ahlaam Yusof, kalau rindu kat Ahlaam..kak fauziah akan ke kuala trengganu ya.

"Ya Allah..permudahkanlah urusanku utk berhijrah ini." Amiin ya rabbal 'aalamiin.

Fauziah Mohd Noor
24/9/2012

Saturday 22 September 2012

Disisihkan ibu bapa? Adakah mereka tidak sayang kita?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Sejak minggu lepas saya mendapat email dan mesej daripada mereka yang menghadapi masalah dengan ibubapa kandung sendiri.Ada yang terasa mereka tidak disayangi kerana ibubapa lebih sayang kakak, abang dan adik yang lebih berjaya dalam bidang akademik, ada yang kata kakak, abg dan adik yang lebih cantik lebih disayangi dan mereka yang kurang menyerlah dalam akadem
ik dan kurang cantik atau kurang comel disisihkan oleh ibubapa sendiri.

Masalah pertama, merasakan diri tersisih dan disisihkan atau menyisihkan diri. Saya pasti ramai yang mempunyai perasaan sedemikian. Ada kalanya ada anak2 yang terfikir dan tertanya, "betulkah aku ni anak kandung atau aku ini hanya anak angkat.' Soalan yang lahir dari hati seorang anak yang terasa disishkan oleh ibubapa kandung sendiri. Dan ada yang terasa berkecil hati dengan ibubapa hingga ingin membawa diri, tak mahu pulang ke kampung lagi dan macam2 lagi. Ada yang merajuk tak mahu bagi duit lagi kepada ibubapa dan ada yang berazam, tak mahu telefon ibubapa lagi. Allahu Rabbi....

Saya juga pernah mengalami perasaan yang sama sewaktu kanak-kanak dulu. Apatah lagi di dalam keadaan saya sebagai cucu sulung, saya lebih rapat dengan Allahyarham tokwan dan tok saya. Terasa Allahyarham emak dan ayah saya menyisihkan saya daripada hidup mereka. Walhal, kita tersilap dalam memahami perlakuan dan sikap emak ayah kita. Pernah sewaktu siang saya dipukul oleh Allahyarham emak saya kerana kesalahan yang kecil, tetapi di waktu malam, saya terjaga dan melihat emak saya meyelimutkan saya, bimbang anaknya kesejukan. pernah saya dicubit oleh emak ketika kecil dulu hingga lebam kulit tangan saya, tetapi bila malam saya terasa ada tangan yang sedang menyapu minyak di tangan saya yang lebam. Dalam diam, air mata saya mengalir waktu itu.

Bila kita dimarahi, kita terasa kita tidak disayangi, padahal kemarahan ibubapa itu bukan kerana benci, tapi kerana kasih sayang mereka kepada kita. Leteran mereka bukan kerana ingin melihat kita jadi sampah masayarakat, tapi mahu melihat kita menjadi manusia yang berguna, sekurang2nya untuk masa depan kita sendiri. Kadang2 kita tidak sedar, emak ayah kita kadang2 meluahkan kemarahan di dalam keadaan mereka tertekan dengan masalah hidup. Cuma mereka tidak mahu berkongsi masalah degan kita anak2 mereka.

Sebab itu ramai anak2 yang hanya akan sedar betapa besarnya pengorbanan ibubapa hanya apabila mereka sendiri telah menjadi ibu dan ayah. kalau boleh, seekor nyamuk pun mereka tidak mahu hinggap di tubuh badan anak mereka. Seorang guru saya pernah bercerita kepada kami, ketika dia baru balik bercuti dari Mesir, dia selalu tidur pada waktu petang. Dan satu hari dia terdengar ibunya menyuruh kanak2 yang riuh rendah bermain di halaman rumah mereka supaya main di tempat lain. Bila cikgu/ustazah saya bertanya, kenapa mak larang mereka bermain di sini, jawab emak ustazah saya, "Kalau boleh, emak nak suruh semut pun jangan buat bising masa hang tengah tidoq. mak tau hang penat belajaq kat mesir. mak tak mau sapa-sapa kacau anak mak tidoq.mak nak bagi hang rehat cukup2."

Itulah kasih seorang ibu. Tapi kadang2 kita lebih suka melihat kelemahan dan kekurangan ibubapa kita daripada melihat kebaikan dan kelebihan mereka. Ibubapa kita bukan malaikat, sudah tentu sebagai manusia biasa, mereka juga ada terbuat dan membuat kesilapan. kata Allahyarham nenek saya, kalau mak ayah tak sayang kat kita, tentu masa kecil mereka dah pekup hidung kita biar kita mati tak bernafas. kalau emak ayah tak sayang kita, sudah tentu masa kita kecil dulu, kita dah dibuang ke dalam longkang atau tong sampah. lebih ironinya, emak yang kita kata tidak sayangkan kita ni, sanggup menggendong kita hampir 10 bulan. Beratnya rasa perut....hingga rasa susahnya nak melangkah, Allah saja yang tahu.

Jadi...utk semua anak2, terimalah ibubapa kita, emak ayah kita, seadanya. terima kelebihan dan kekurangan mereka, kerana mereka juga manusia biasa dan bukannya malaikat. Sentiasalah berdoa utk mereka walaupun mereka kadang2 menghiris hati kita anak2 dengan kata2 dan perbuatan. Jangan berdendam kepada ibubapa sendiri, tak berkat hidup kita kalau berdendam dengan ibubapa. InsyaAllah, nanti saya tuliskan untuk ibubapa pula. Kadang2 kita terlupa, anak2 kita semuanya ada hati dan perasaan.

Allahyarham Ayah dan emak. gambar tahun 2009.gambar terakhir ayah dan emak bergambar berdua. 

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan dosa ibubapa kami/datuk nenek kami...dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sewaktu kami kecil dahulu."
Amiin ya Rabbal 'aalamiin.

Fauziah Mohd Noor

Luahan Hati saya, Aku Maafkan Kamu,


Bismillahirahmanirahin & Assalamualaikum pembaca sekalian.


Maaf & Kembali Senyum

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh.



Setelah sekian lama blog ini tidak diupdate kerana kesuntukan masa dan beberapa masalah teknikal iaitu masalah untuk login kedalam akaun ini. Saya memohon maaf kepada follower2 blog ini yang sentiasa ternanti nanti untuk membaca post2 baru. insyallah, blog ini akan mula beroperasi dari semasa ke semasa. doakan ya.

=)