Wednesday 31 October 2012

Kasih Sayang Seorang Ibu


Habis kelas pukul 5 petang, saya berehat sekejab sebelum menunaikan solat asar. Selepas memberi salam dan berdoa, tak sedar saya terlena di atas sejadah sambil duduk. Sedar2..dah pukul 6.40 petang dan hujan masih turun dengan lebat. Ya Allah, anak2 saya di sekolah dah lama menunggu. Mereka habis kelas pukul 4.00 petang dan habis mengaji pukul 5.00 petang. Kelam kabut mencapai beg dan payung dan dr
ive ke sekolah anak.

Sampai di sekolah pukul 7 malam, tak nampak kelibat anak-anak. pelajar2 lain semua dah balik. Dah rasa panik, tapi hati tak mahu berfikir bukan2..cuba memujuk hati sendiri, agaknya mereka balik dengan bas sekolah Pakcik Jalil atau menumpang kereta kawan. Cepat-cepat memandu balik ke rumah dengan keyakinan mereka ada di rumah jiran saya. Elok dah nak sampai rumah, dapat call dari ustaz Mahadzir, guru sekolah anak2 saya, "Assalamualaikum, Dr fauziah, anak2 Dr ada dengan saya ni. di tadika sekolah. tadi mereka nampak kereta Dr masuk, tapi tak sempat mereka keluar, Dr dah berpatah balik." Buat u turn dan berpatah balik ke sekolah SRI al-Huda.

Ketika nak keluar dari kawasan sekolah, ternampak 4 orang pelajar sekolah yang kebasahan sedang menunggu bas. Rasa tak tergamak nak beredar dari situ dan saya bertanya, " adik, nak balik mana? Jom makcik hantar balik." jawab seorang kanak2 lelaki, "kami tunggu bas nak balik Batu 12, tapi bas dah terlepas." "Jomlah makcik hantar." tapi kanal-kanak 4 orang tu menjawab, "Tak mahu lah makcik, nanti mak marah." Selepas anak saya memujuk, barulah mereka bersetuju dihantar. Kali pertama saya memandu ke Batu 12, Gombak pada waktu malam.

Di dalam kereta, kanak2 ini berbisik-bisik sesama mereka. Kata kanak-kanak lelaki yang berumur 8 tahun, "makcik, kawan2 saya takut kena culik." Saya cuma tergelak kecil dan memberitahu mereka, "taklah..makcik cuma nak tolong hantar kamu balik rumah. makcik kerja di UIA, tak payah takut." Sambil menunjukkan jalan, kanak2 itu memberitahu saya, "Makcik..kat sinilah rumah Dato'/Datuk." "Dato' mana?" Dan kanak2 ini petah saja menjawab, "Dato Said Anuar". (orang kuat UMNO di Gombak).

Akhirnya saya sampai di depan Hospital JHEOA, Gombak. pertama kali saya sampai di kawasan tu. keempat2 kanak itu turn sambil mengucapkan terima kasih. Terlintas di fikiran saya dua perkara, kalau tadi saya sangat risau bila tak jumpa anak2 saya di sekolah, sudah tentu emak ayah kanak2 ini juga sedang risau memikirkan anak2 mereka belum balik. Keduanya, saya terfikir, ini rupanya hikmah saya tidak nampak anak2 di sekolah tadi dan saya terpaksa berpatah balik sekali lagi ke sekolah. rupanya untuk menolong 4 orang kanak2 yang masih kecil ini. Syukur kepada Allah kerana memberikan saya peluang untuk menghantar mereka pulang ke rumah.

Dan dalam perjalanan pulang ke rumah, saya teringat Allahyarham tokwan saya, Din Bin Yusof....seorang lelaki yang sangat penyayang dan caring terhadap kanak2. Seorang insan yang sangat berjasa di dalam hidup saya. Insan yang mengajar saya sikap yang tegas tapi sangat caring. Tokwan bukan ustaz atau guru, tapi cuma seorang konduktor bas. Allahu rabbi, rindunya nak peluk tokwan. Semoga kita akan bertemu di akhirat nanti. AL-FATIHAH

0 comments:

Post a Comment