Sunday, 25 November 2012

Pengalaman di Kg Orang Asli


Alhamdulillah, selamat sampai di rumah petang tadi. Pengalaman yang sangat berguna, memberikan ceramah motivasi untuk masyarakat orang asli di Kempadang, Kuantan. Selalunya, bercakap di depan kaum ibu, pelajar2 atau kumpulan profesional tertentu. Tapi kali ini, audiensnya terdiri daripada nenek, atuk, ibu2, bapa2, remaja perempuan dan lelaki, serta anak-anak yang masih kecil.

Kata seorang pelajar
 yang menjadi komitee program, hanya 20 orang daripada mereka yang beragama Islam, manakala yang lain masih belum memilih agama dan ada yang beragama Kristian. Saya hanya berharap mereka juga akan mendapat dan menikmati nikmat iman dan Islam. Semoga program-program seperti ini akan terus dijalankan. Kita tidak perlu memaksa sesiapa menerima Islam. Tugas utama kita ialah menyampaikan kepada mereka tentang indahnya Islam, indahnya iman. Tidak ada yang dapat memberikan petunjuk kepada mereka kecuali Allah Ta'ala. 

Paling menarik bila seorang pelajar memberitahu ada seorang nenek memberitahunya, "nenek bukan tidak mahu memeluk Islam, tetapi kalau nenek masuk Islam, nenek tak boleh makan khinzir, nenek tak boleh minum arak. Kalau nenek makan dan minum benda2 ni, nenek berdosa."

Orang yang baru mengenal Islam pun tahu minum arak itu haram dan berdosa meminumnya, kenapa orang yang mengaku Islam sejak lahir pula, tidak kisah dengan dosa pahala dan ada yang berbangga bila dapat minum arak?

Kenapa kita hanya menerangkan kepada masyarakat yang ingin belajar tentang Islam tentang apa yang tidak boleh diminum dan tidak boleh dimakan? Kenapa kita tidak memberitahu mereka, kenapa tidak boleh makan dan minum benda2 yang haram itu? kenapa kita tidak tunjukkan kepada mereka, yang boleh dimakan dan boleh diminum sebenarnya lebih banyak daripada yang diharamkan?

Mudah2an saya akan berpeluang menyambung perjuangan ini bersama pelajar2 UIA walaupun saya akan berpindah ke Kedah pada bulan Januari nanti.InsyaAllah. Laa hawla wa laa quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim. Terima kasih kepada suami saya yang menemankan saya dan anak2 di dalam program ini. Nikmatnya dapat berehat dan lena di dalam kereta ketika pulang ke Gombak kerana suami yang memandu. Jazakallahu khairan kathira.

1 comments:

ketikketok said...

idam cantik? cubalah resipi mudah fungus BBC MARDI Station hanya di MARDI Station CH

Post a Comment