Tuesday 27 November 2012

Nasihat dan teguran saya untuk semua wanita dan lelaki Islam yang mewarnakan rambut mereka.


Assalamualaikum dan selamat pagi. 

Syukur kerana masih diberikan peluang untuk menghirup udara pagi ini di dalam keadaan masih Islam dan beriman kepada Allah. Semoga nikmat yang paling besar ini tidak disia-siakan dan akan terus disuburkan dengan amalan-amalan yang dicintai oleh Allah dan Rasululllah s.a.w.

Setiap hari saya pasti akan terjumpa dan bertembung dengan orang Islam yang mewarnakan rambut mereka. Kebanyakannya adalah wanita dan ada juga dari kalangan kaum Adam yang mewarnakan rambut. Setiap kali terlihat mereka ini hati saya sangat terusik dan akan berkata, "kesiannya mereka ini. Tahu kenapa saya kata kesian?

Sebab pertama, apabila kita mewarnakan rambut dengan pewarna yang dibuat daripada bahan kimia, apa yang berlaku ialah pewarna itu akan membentuk satu lapisan (coating) pada rambut kita. Apabila berlaku coating, maka air tidak akan sampai ke lapisan rambut kita. Bila air tidak sampai ke lapisan rambut kita, apa yang akan berlaku? Apa kesannya ke atas mandi wajib? Bukankah mandi wajib itu syarat sahnya mesti membasahkan seluruh kulit dan rambut? 

Kalau mandi wajib kita tidak sah, apa yang akan berlaku kepada solat kita, puasa kita? tidak kiralah solat wajib atau solat sunat, puasa wajib, atau puasa sunat. Kalau mandi wajib kita tidak sah, apa pula hukumnya setiap kali kita memegang al-Quran?

Meminjam beberapa paragraph ayat dari website Jabatan Agama Islam Selangor atau JAIS, 
"Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan". Oleh yang demikian, perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain. 

Telap air maksudnya pewarna itu tidak membentuk satu lapisan di atas rambut kita. Ia berbeza dengan inai yang sebati dengan rambut atau kulit kita dan tidak membentuk satu lapisan yang menghalang air sampai ke rambut atau kulit atau kuku kita.

Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dan lain-lain, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Bagaimanapun ia tertakluk dengan syarat berikut :- 

1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan. 
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal dan mesti telap air.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhadap kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau alergik ataupun mudarat terhadap janin akibat bahan kimia pewarna tadi. 
4- Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.

HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM 
Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :- 

1. Makruh 
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi. 

Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS. 

Dalil mereka : 
a) Sabda Nabi SAW : "Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim) 
b) Berkata Ibn Umar ra : "Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar" (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami) 

c) Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak" (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai'en dan Imam Ahmad) 

d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan. 

2. Haram
Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi. 

3. Harus tanpa Makruh 
Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin. 

Dalil mereka : 
a) Sabda Nabi SAW : "Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri-isteri kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh" (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif) 
b) Diriwayatakan bahawa sahabat dan tabi'ein ramai juga yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam. Antara Sa'ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma' az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)

Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini. 

Kesimpulan Hukum 
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :

a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.

b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan lain-lain.

Nota saya.

Sebagai seorang isteri, kesiankanlah suami kita kerana kalau amal ibadat kita tidak sah kerana mewarnakan rambut, maka suami juga akan turut menanggung dosa tersebut. Kepada para suami pula, berhati2lah kalau nak menyuruh isteri anda mewarnakan rambut. Kepada para ibubapa pula, nasihatilah anak2 kita yang mahu mewarnakan rambut mereka. 

Bersyukurlah dengan nikmat pemberian Allah yang memberikan kita rambut yang cantik berwarna hitam. Kepada yang telah beruban, kalau tidak mahu kelihatan terlalu putih rambutnya, gunakanlah inai untuk mewarnakan rambut. Dan tidak akan timbul soal menunjukkan kecantikan kalau semua wanita Islam itu bertudung atau berhijab.

Kata nenek saya, kalau orang menegur dan menasihati kita, maknanya orang tu sayangkan kita. semoga sahabat2 saya dan pelajar2 saya faham kenapa saya menegur tentang mewarnakan rambut pagi ini.

Wassalam.
Madam/Dr fauziah

Sunday 25 November 2012

Pengalaman di Kg Orang Asli


Alhamdulillah, selamat sampai di rumah petang tadi. Pengalaman yang sangat berguna, memberikan ceramah motivasi untuk masyarakat orang asli di Kempadang, Kuantan. Selalunya, bercakap di depan kaum ibu, pelajar2 atau kumpulan profesional tertentu. Tapi kali ini, audiensnya terdiri daripada nenek, atuk, ibu2, bapa2, remaja perempuan dan lelaki, serta anak-anak yang masih kecil.

Kata seorang pelajar
 yang menjadi komitee program, hanya 20 orang daripada mereka yang beragama Islam, manakala yang lain masih belum memilih agama dan ada yang beragama Kristian. Saya hanya berharap mereka juga akan mendapat dan menikmati nikmat iman dan Islam. Semoga program-program seperti ini akan terus dijalankan. Kita tidak perlu memaksa sesiapa menerima Islam. Tugas utama kita ialah menyampaikan kepada mereka tentang indahnya Islam, indahnya iman. Tidak ada yang dapat memberikan petunjuk kepada mereka kecuali Allah Ta'ala. 

Paling menarik bila seorang pelajar memberitahu ada seorang nenek memberitahunya, "nenek bukan tidak mahu memeluk Islam, tetapi kalau nenek masuk Islam, nenek tak boleh makan khinzir, nenek tak boleh minum arak. Kalau nenek makan dan minum benda2 ni, nenek berdosa."

Orang yang baru mengenal Islam pun tahu minum arak itu haram dan berdosa meminumnya, kenapa orang yang mengaku Islam sejak lahir pula, tidak kisah dengan dosa pahala dan ada yang berbangga bila dapat minum arak?

Kenapa kita hanya menerangkan kepada masyarakat yang ingin belajar tentang Islam tentang apa yang tidak boleh diminum dan tidak boleh dimakan? Kenapa kita tidak memberitahu mereka, kenapa tidak boleh makan dan minum benda2 yang haram itu? kenapa kita tidak tunjukkan kepada mereka, yang boleh dimakan dan boleh diminum sebenarnya lebih banyak daripada yang diharamkan?

Mudah2an saya akan berpeluang menyambung perjuangan ini bersama pelajar2 UIA walaupun saya akan berpindah ke Kedah pada bulan Januari nanti.InsyaAllah. Laa hawla wa laa quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim. Terima kasih kepada suami saya yang menemankan saya dan anak2 di dalam program ini. Nikmatnya dapat berehat dan lena di dalam kereta ketika pulang ke Gombak kerana suami yang memandu. Jazakallahu khairan kathira.

Friday 23 November 2012

In sya Allah atau InsyaAllah

Assalamualaikum dan selamat pagi.


Hari ini saya, suami dan anak2 akan bertolak ke Kempadang, Kuantan untuk program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh CENSERVE, UIA. Sekali lagi insyaAllah akan berganding bahu dengan ex student saya merangkap sahabat saya Dr Haniff Ahamat sebagai ahli forum. Kali pertama kami berganding bahu di Batu Kurau, Perak pada awal Muharram tahun lepas. 

Seorang rakan FB saya bertanya tentang penggunaan perkataan insyaAllah yang sudah sebati di dalam hidup kita. Katanya, ada yang kata, kalau kita menulis insyaAllah, maksudnya adalah mencipta Allah. Jadi kita perlu menulis In sya Allah, yang bermaksud jika dikehendaki oleh Allah.

Bagi saya kita perlu melihat isu ini daripada sudut 'uruf atau custom. Dalam custom kita orang Melayu Malaysia, insyaAllah sudah diterima pakai di dalam urusan seharian kita, termasuklah di dalam urusan surat menyurat. Secara tidak langsung ianya menjadi customary word. Dan customary word akan diterima pakai selagi ianya tidak bercanggah dengan Syariat Islam. Bagi saya, InsyaAllah adalah satu perkataan yang terhasil dari 3 kalimah iaitu In, Sya, dan Allah. Bila digabungkan, akan jadilah InsyaAllah. dari segi pronouncement atau bunyinya..tetap sama dengan tulisan jawi.

Bagi saya tidak salah menggunakan tulisan InsyaAllah, kerana kita membunyikan dengan bunyi yang betul. Tapi kalau ada yang nak menggunakan In Sya Allah atau In sha Allah, silakanlah. tapi bila kita menulis surat rasmi dan sebagainya, InsyaAllah yang akan digunakan sebab ia adalah customary word yang telah digunakan dan diterima pakai sejak dulu. Sama juga dengan perkataan EX yang bermaksud bekas atau former. 

Selalunya Ex bermaksud sesuatu yang yang pernah ada kaitan atau hubungan dengan kita dan sekarang hubungan itu sudah tinggal kenangan atau sejarah. Ex Husband, Ex wife, ex girlfriend, exboyfriend, ex mak mertua, ex pak mertua dan ada juga disebut ex student dan ex lecturer atau bekas guru, bekas pensyarah. Kaalu kita fikirkan betul2, tidak ada istilah ex teacher dan ex student atau ex lexturer. Kenapa tidak ada? sebab hubungan seorang guru dan muridnya, pensyarah dan pelajarnya tidak pernah putus sehingga hari khiamat. Tetapi disebabkan sudah menjadi customary word dalam masyarakat kita Ex itu boleh digunakan untuk pelajar dan guru. maka kita juga akan menggunakan perkataan Ex student dan ex lecturer.

Tetapi saya bersetuju, perkataan Akum tidak boleh digunakan, sebab perkataan yang kita guna adalah assalam atau assalamualaikum saja. Akum di dalam bahasa Hebrew bermaksud binatang. Jadi elok kita gunakan saja asSalam atau assalamualaikum.

Itu saja yang dapat saya jelaskan, dan kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penggunaan 'uruf di dalam Islam, boleh rujuk kepada buku2 Islamic Jurisprudence atau Usul al-Fiqh.
yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari saya. 

Wassalam.
Dr/madam Fauziah.

Wednesday 21 November 2012

Sanggup untuk yang di sana, tapi kenapa tidak sanggup untuk yang di sini?

Assalamualaikum dan selamat petang.

Tengahari tadi ketika di dalam kelas Transactions in Islamic Law 1, saya berbincang sedikit dengan pelajar-pelajar saya tentang isu boikot barang2 keluaran Israel termasuk isu memboikot McD. Kata saya, kita boleh membantu saudara seagama kita di Palestine dengan memberikan bantuan kewanga
n melalui derma dan bantuan lain2nya. Kata pelajar tersebut, "apa gunanya kita menderma kepada Palestine tetapi di dalam masa yang sama kita menyokong Israel dengan membeli di McD."


Saya memberitahu mereka, " 3 minggu lepas, seorang pelajar perempuan datang ke ofis saya dan meminta pendapat kerana ingin mengambil cuti selama satu semester. Bila ditanya kenapa hendak ambil cuti sedangkan peperiksaan tinggal beberapa minggu saja lagi? Katanya, " saya nak tolong emak ayah saya yang sedang dalam kesusahan."

Ayah kepada pelajar ini terlibat di dalam kemalangan jalanraya dan sekarang tidak dapat bekerja. Emaknya pula sekarang terpaksa bertungkus lumus bekerja mengusahakan kedai makan kerana perlu membayar hutang. Bukan hutang untuk mereka sekeluarga, tetapi hutang sebagai penjamin kepada seorang kawan. Dan kerana tidak mahu mendapat masalah, ayahnya telah membayar hutang itu sebanyak RM28,000. Habis semua wang simpanan si ayah kerana bimbang keluarganya akan diganggu oleh sipemberi pinjaman. Dan sekarang, pelajar ini sedang runsing kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran pengajian untuk semester ini.

Dan saya bertanya kepada pelajar-pelajar saya, "Kita sanggup untuk menderma dan menolong saudara seagama kita di Palestine, syria dan lain-lain negara. Saya nak tahu berapa ramai di antara kamu di dalam kelas ni yang sanggup menderma untuk membantu pelajar ini membayar yurannya?". Semuanya diam dan kelihatan ragu-ragu. Mungkin juga ada yang tidak percaya dengan cerita ini.

sama juga dengan apa yang berlaku 4 tahun yang lalu. seorang pelajar perempuan datang ke ofis saya untuk menggadaikan seutas rantai leher yang sangat halus kerana tidak mempunyai wang untuk perbelanjaan harian. Ketika itu saya hanya mempunyai RM100 di dalam dompet. Kata saya, "ini saja wang yang saya ada sekarang, ambillah untuk buat belanja harian kamu." Tapi kata pelajar ini, "saya tak mahu ambil duit madam, tapi madam tolonglah terima rantai ini sebagai gadaian. Saya janji lepas dapat duit upah basuh pinggan di Mahallah .... (asrama di kampus), saya akan bayar duit madam."

saya masih ingat, menitis airmata saya ketika menerima rantai itu sebagai gadaian. dan saya juga masih ingat, ketika saya meminta seorang rakan untuk membantu pelajar ini, kata rakan saya, "jangan percaya cerita pelajar tu, bukannya boleh percaya sangat dengan student ni." Tapi alhamdulillah, dua minggu selepas itu pelajar yang menggadaikan rantainya itu datang memulangkan duit yang dipinjam dari saya.

Pilu hati bila mengenangkan semua ini. Kita sanggup membantu saudara2 seagama kita yang jauh di Palestine, Syria dan negara-negara lain. Tapi dengan orang yang dekat dengan kita, kita berkira dan kita sanggup pula menuduh mereka berbohong. Di mana silapnya perjuangan dan jihad kita? Tidak salah menyusukan anak orang lain, asalkan saja anak sendiri tidak kelaparan. Tidak salah membantu mereka yang dizalimi oleh Israel asal saja kita tidak melupakan mereka yang kesusahan di depan mata kita.

Islam mengajar kita, orang yang perlu dibantu ialah orang yang paling dekat dengan kita. Saudara mara kita, sahabat-sahabat kita dan orang yang memerlukan bantuan. Kenapa ada double standard di dalam jihad dan pengorbanan harta benda kita? adakah kerana kesusahan di sini tidak ada titisan darah dan tangisan maka kita rasakan tidak perlu membantu mereka?

Teruskanlah perjuangan membantu sahabat2 kita di Palestine, Syria dan lain-lain, tetapi jangan sampai kita berlaku tidak adil dan zalim kepada saudara2 dan sahabat2 kita yang memerlukan bantuan.

wassalam

Monday 19 November 2012

Pandanglah Dan Bacalah dengan Mata Hati

Assalamualaikum dan selamat petang. 

Syukur alhamdulillah, kerana urusan walimatul 'urus saya dan suami telah selesai. hampir 20 hari menjadi isteri Zulkhairi Kasim. Saya tahu masih ada suara-suara di belakang yang mengatakan saya wanita yang tidak baik kerana telah mengaibkan bekas suami di FB. Saya seorang ibu yang tidak baik kerana telah mengaibkan nam
a baik bapa anak-anak saya. Dan ada yang berkata, tidak takutkah saya tidak akan diampunkan oleh bekas suami di akhirat nanti.

Allah lebih tahu apa niat ketika saya menulis dan kenapa saya menulis. Kepada yang menyangka, anak-anak saya merasa malu sebab kononnya bapa mereka diaibkan, saya rasa mereka sangat tersilap besar...kerana saya telah memberitahu anak2 saya, maafkan ibu kerana ibu terpaksa mengorbankan nama baik ibu juga kerana ingin membantu mereka yang senasib dengan ibu. Ibu mahu memberikan semangat kepada kaum wanita yang senasib dengan ibu. ibu hanya mahu memberikan peringatan dan nasihat kepada kaum lelaki dan suami agar jangan mensia-siakan isteri mereka. kerana bukan semua wanita itu hatinya seperti kerak nasi yang mudah lembut bila terkena air.

Apa sangatlah aibnya kalau dibandingkan dengan Nurul Izzah anak sulung Anwar Ibrahim yang menghadapi berbagai2 ujian bersama ibunya Dr Wan Azizah. Bezanya, keluarga Dr Wan Azizah diuji kerana dunia politik mereka. Mereka yang hebat dan orang-orang yang baik memang memandang saya sebagai wanita yang mengaibkan bekas suami. Tapi bagi orang yang sedang dalam masalah dan dilanda derita, mereka membaca tulisan2 saya sebagai pemberi semangat kepada mereka.

Kepada yang mengatakan saya tidak akan diampunkan oleh bekas suami, terpulanglah. Logik juga kalau seorang bekas isteri, mengaibkan bekas suaminya.Tapi lebih berdosa besar rasanya jika seorang isteri mengaibkan suaminya ketika masih bergelar suami isteri. Lebih besar dosa seorang suami atau isteri menzalimi pasangan mereka semasa masih bergelar suami isteri. semua tu saya serahkan kepada Allah. Yang ingin membuat penilaian masing2 tu, terpulanglah.

di sini saya sertakan satu mesej yang dikirmkan kepada saya di inbox. DEMI ALLAH, ini adalah mesej dari seorang rakan Fb saya dan bukannya rekaan saya. bacalah dengan mata hati dan fikirkanlah sendiri.

Assalamualaikum Madam Fauziah yang dirahmati Allah,

Sejak berkenalan dengan Madam melalui bingkisan-binkisan Madam di laman FB, terasa begitu bersemangat meneruskan kehidupan ini.

Saya seorang ibu tunggal kepada 3 orang anak. Berusia 37 tahun, sedang menyiapkan tesis PhD dalam bidang Pendidikan Bahasa Arab. Sudah masuk tahun kelima menjadi pelajar Phd di.....
Agak lambat menyudahkan penulisan kerana selalu jatuh dan bangun dengan dugaan kehidupan.

Membaca tulisan Madam seperti mendapat nafas baru dalam kehidupan. Lama saya merasa rendah dengan title 'janda' ini. Title 'ustazah' dan 'janda' seakan sukar untuk saya gandingkan. Self esteem kian hilang ditambah keletihan mengurus anak2 sendirian.

Terima kasih Madam, saya ucapkan daripada lubuk hati. Membaca kisah madam kadang-kadang seperti membaca kisah hidup sendiri. Dulu selalu menangis sendiri mengenang diri yang sendirian di Terengganu, jauh dari mak ayah, menguruskan anak2 sendirian. Tapi kini yang ada hanya airmata bahagia. Bahagia kerana terpilih untuk menerima ujian ini. Bahagia kerana yakin dengan jalan yang dipilih ini.

Terima kasih Dr , atas semangat, motivasi dan inspirasi. Doakan saya segera menyudahkan PhD. Tak sabar nak menyumbang lebih lagi bila selesai belajar nanti :)

Sekali lagi, Terima Kasih Terima Kasih Terima Kasih.
Juga, Tahniah & Selamat Pengantin Baru DR! بارك الله لكما وجمع بينكما في خير

Wassalam
Madam/dr Fauziah.

Monday 12 November 2012

Menjawab soalan, Mampukah Sang Suami yang Memiliki SPM Menanggung Isteri yang ada Ijazah?"


Sunday 11 November 2012

Bukan Buku Baru.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

 Alhamdulillah, majlis walimatul 'urus saya dan suami telah selamat dilangsungkan. Kenduri di dalam taman yang direka oleh suami saya sendiri. Pokok2 yang ditanamnya di keliling rumah menjadi saksi cinta seorang suami, kerana saya yang meminta dia menanam beberapa jenis pokok, ulam2an dan bunga yang saya suka. Biarpun kenduri bukan di hotel mewah a
tau dewan yang hebat2 tapi, alhamdulillah, saya tetap bahagia. Melihat jiran2 dan saudara mara, sahabat2 dan pelajar2 saya datang, sudah cukup membuatkan hati saya berbunga2 bahagia. Terima kasih buat semua yang tolong menjayakan majlis ini dan kepada semua yg bertandang. Mohon maaf atas segala kekurangan dan semoga Allah memberkati kita semua dunia dan akhirat. 


Kata orang, dengan pernikahan kali kedua ini saya akan membuka buku baru di dalam kehidupan saya. Sebenarnya tidak ada istilah membuka buku baru kerana yang ada di dalam hidup setiap manusia adalah cuma satu buku yang diberikan oleh Allah. Buku yang diberikan kepada kita sejak kita di alam rahim sehinggalah kita akan berangkat pulang menemui Rabbul Jalil pencipta kita. Apa yang berlaku di dalam hidup saya adalah cuma membuka lembaran baru, membuka satu chapter baru di dalam sebuah buku bernama kehidupan. 



Saya tahu tidak ada manusia yang sempurna di dalam hidup ini. Saya tidak mencari kesempurnaan, tetapi saya cuma mencari keserasian di dalam hidup berumah tangga yang baru ini. Melupakan perbezaan dan mencari banyak titik persamaan di antara saya dan suami yang saya cintai. Saling menerima seadanya dan cuba membahagiakan di antara satu sama lain. Ramai yang bertanya saya, bagaimana madam/dr tahu bahaa dialah jodoh madam?



ISTIKHARAH CINTA, memanjatkan doa kepada Allah di pertiga malam, berdialog dengan Allah dan bercerita kepada Allah. Saya tidak pernah melihat wajah suami saya Zulqhair Qassim di dalam istikharah saya atau mimpi. Tetapi saya diberikan perasaan sangat tenang bila berkomunikasi dengannya. Tidak ada rasa terasa hati, sakit hati atau jauh hati. Dan rasa tenang itulah yang membuatkan saya yakin, dialah yang ditakhdirkan oleh Allah untuk saya sebagai suami dan untuk anak-anak saya sebagai seorang ayah. Sebab itulah saya bercerita, ketika saya memberitahu dia, "saya tidak mahu pada hari kenduri nanti dipasang lagu2 rock, tapi saya nak pasang lagu2 nasyid dan qasidah yang saya suka." Dan dia menjawab, "Orang kampung abang memang semua alim2, abang sorang saja yang rock. jangan bimbang, nanti kita pasang lagu2 nasyid." Dan dari semalam hingga ke pagi ini, suami saya masih memasang qasidah yang saya gemari. Ketika saya menegur dia, "saya tidak suka orang hisap rokok di depan saya dan anak2, dia menjawab, "Laa..kenapa tak beritahu awai-awai, kalau tau saya tak lah merokok di depan awak."



Kita bukan mencari insan yang sempurna, tetapi mencari insan yang boleh berkomunikasi dengan kita dengan hati yang terbuka dan tanpa ada sangka buruk kepada kita. Insan yang faham bahawa teguran dan permintaan saya adalah kerana saya tidak suka beberapa perkara dan bukan kerana saya adalah seorang perempuan yang ada Phd. 



Semoga ikatan perkahwinan ini akan berpanjangan hingga ke akhir hayat. Saya tidak berani menyebut hingga ke syurga kerana saya takut saya tidak layak ke syurga Allah. yang saya harapkan cuma semoga saya, suami dan anak2 yang 8 orang akan sentiasa di dalam rahmat dan petunjukNYA. Bahagia dan membahagiakan, lengkap melengkapi dan saling membantu ke arah mencapai redha Allah. Amiin ya Rabbal 'alamiin.



Salam sayang untuk semua sahabat2 saya, pelajar2 saya dan terutama sekali anak2, adik2 dan pelajar2 saya di UIAM. 



"Mimpi tidak sellau indah, hidup tidak selalu payah."



wassalam



madam/Dr fauziah
11-11-12

Monday 5 November 2012

Artikel terakhir tentang dia yang sudah menjadi sejarah


Assalamualaikum dan selamat pagi. 

Syukur kerana diberikan Allah kesempatan dan peluang untuk terus hidup sehari lagi. Semoga masa dan kesempatan yang diberikan oleh Allah ini akan memberikan kita peluang untuk membaiki diri, untuk memuhasabah diri, untuk mencari redha Allah s.w.t. Apabila saya menulis tentang 'kenapa saya menunggu 20 tahun 
untuk berpisah dengan bekas suami," macam2 komen dan reaksi yang saya terima. Tapi komen yang paling menarik ialah cukup2lah Dr Fauziah menulis tentang bekas suami, lupakan apa yang berlaku dan tumpukan saja kepada rumahtangga yang akan dibina."

Adakah hanya kerana saya sudah menemui insan yang saya yakin boleh memberikan kebahagiaan dan membawa saya ke jalan yang Allah redhai, maka saya perlu berhenti memberikan semangat kepada orang lain? Adakah hanya kerana saya akan bernikah dua hari lagi, maka saya perlu melupakan kawan2 saya yang masih menderita dalam diam? Adakah kerana saya akan meninggalkan title ibu tunggal dan janda yang dipandang hina itu maka saya perlu melupakan mereka yang senasib dengan saya? TIDAK...saya sesekali tidak akan meninggalkan mereka dan tidak akan membiarkan mereka terus bersedih walaupun saya mungkin akan bahagia selepas ini. Kerana saya sangat yakin, hidup ini bukan hanya untuk diri kita, bukan hanya untuk keluarga kita, tapi untuk orang lain, dan paling penting adalah untuk Islam, untuk Allah dan Rasul s.a.w yang kita cintai.

Ada yang menuduh saya, wanita yang ego dan sebab itu saya patut diceraikan, walhal saya sudah menyebut, saya yang meminta dilepaskan. Saya dan bekas suami memang berpisah dengan cara baik, tapi apabila dia bernikah lain..saya ditohmah dengan berbagai2 tuduhan termasuk saya adalah isteri yang tidak mengenang budi, tidak tahu bersyukur,dan paling berat ada yang menuduh saya menghalau suami dari rumah. Biar saya sudahkan cerita saya, saya meminta dilepaskan dengan baik dan saya memberitahu bekas suami saya, "tolong lepaskan saya dengan baik kerana saya sudah tidak mampu mencintai awak, sudah tidak mampu ikhlas terhadap awak."

Tiga kali saya meminta dilepaskan dengan baik dan setiap kali saya minta, dia menyebut ayat, "kalau awak nak dilepaskan, awak pergilah sendiri ke mahkamah." kalau awak nak dilepaskan, awak pergilah filekan sendiri" dan "kalau awak nak dilepaskan, awaklah yang mulakan file kes." Mungkin dia menyangka saya perempuan yang suka sebut ceraikan saya, ceraikan saya..tapi bila diceraikan, menangis tidak berlagu. Dan kalau berlagu pun, cuma lagu sendu yang meruntun jiwa. Tapi saya bukan dari species tu, tapi saya dari jenis yang bila saya kata nak berpisah, memang saya nakkan perpisahan. Bila saya katakan saya tidak cintakan awak lagi, memang maknanya sudah tidak cinta di hati saya walaupun sezarah. 20 tahun bernikah, saya tidak pernah menyebut perkataan bencikan dia, tapi sejak akhir2 ini timbul perasaan benci kerana saya menerima tohmahan kerana dia hanya berdiam diri. Yang diam itu selalu disangkakan baik dan betul.

Ramai yang kata, perempuan macam Dr fauziah yang suka berhujjah itu memang layak dibenci suami atau bekas suami. Hakikatnya, dia tidak pernah membenci saya. Selepas saya membawa pulang saman mahkamah ke rumah dengan tangan saya sendiri dan meletakkannya dia atas meja makan, dia terduduk dan menangis. Pertama kali saya melihat bekas suami saya menangis sesungguh hati dan meminta maaf berkali-kali. dan ketika menunggu hri perbicaraan, saya menyambut hari lahir yang ke 44, dan itulah kali pertama saya mendapat hadiah kek yang bertulis, "Selamat Hari lahir untuk Isteri Tercinta." Tapi hati saya sudah tidak ada perasaan gembira melihat kek itu. Anak2 yang beriya meminta saya memotong kek..tapi saya katakan, "adik ti potonglah. ibu tak mahu."

Selepas perbicaraan dan hakim menjatuhkan keputusan membatalkan surat nikah yang dikeluarkan di Pulau Pinang pada 27.5.1990, ketika saya berusia 23 tahun, saya ingin menangis, tapi air mata saya tidak keluar waktu itu. Terasa seperti saya mendapat satu hadiah yang amat besar maknanya dan dalam masa yang saya tahu saya akan menggalas title janda yang dibenci oleh orang2 yang hebat hebat dan mulia. Semasa dalam eddah, bekas suami merayu minta rujuk semula, tapi saya katakan saya tidak akan rujuk dengan awak. Dan kalau saya kembali kepada awak, saya akan kembali dengan lafaz akad yang baru (bernikah semula). Dan hampir setahun bercerai, saya hampir menerimanya semula kerana kesiankan anak-anak yang perlukan seorang ayah. Kesian melihat anak2 yang akan berwajah sayu bila melihat anak2 jiran bermain badminton di depan rumah dengan ayah mereka. Sayu melihat anak2 memandang ayah orang lain seperti memandang ayah mereka. Hampir tekad menerima bekas suami dan dia sudah pun memberikan saya sepasang baju sutera yang dibelikannya di Langkawi dan RM500 untuk saya membeli cincin. Tapi tiba-tiba dia memberitahu saya, " Sekarang kita dah sama pangkat, saya akan ditukarkan ke Labuan. kalau saya ke Labuan, saya akan balik sebulan sekali."

Saya terduduk kerana saya mahukan seroang suami yang akan berada di sisi saya dan anak2. Saya mahukan seorang suami yang akan menemankan saya ketika saya balik kampung atau outstation. Saya mahukan seorang suami yang boleh membantu saya yang sudah kelelahan dan kepenatan kerana saya sudah menjalankan tugas2 seorang suami sejak saya mendapt lesen kereta pada tahun 1993. Saya mahukan seorang suami yang akan bermain dengan anak2 di petang hari atau di hari Sabtu dan Ahad. Dan waktu itu saya tahu, Allah sedang memisahkan kami kerana itulah doa saya selama 20 tahun, "Kalau dia satu2 jodohku di atas dunia ini, timbulkanlah semula rasa cinta kepadanya, dan seandainya hidup bersamanya hanya akan membawa keburukan, tolonglah pisahkan kami dengan caraMU sendiri ya Allah."

Ya....akhirnya kami dipisahkan kerana kedudukan dan pangkat barunya. Ramai yang berkata, tengok....walaupun bekas isteri dia kata dah tak cinta kat dia, tapi dia tetap dapat naik pangkat. Bagi orang yang meliht dengan mata kasar, itu satu anugerah kepada bekas suami saya. Betul anugerah untuk dia dan anugerah juga untuk saya kerana bila saya tahu di akan ke labuan, saya tahu saya memang tidak perlu berfikir lagi untuk terima dia ataupun tidak. Pernah terdetik di hati saya, "rugilah kalau tolak bekas suami yang dah naik pangkat, entah2 esok dia akan dapat pangkat dato', kau boleh jadi datin." Tapi saya cepat2 istighfar dan mengatakan, saya bernikah kerana Allah, saya bercerai pun kerana Allah dan saya menolak dia sekali lagi pun kerana Allah. saya tidak akan terima dia hanya kerana dia ada pangkat besar, gaji besar, dan akan pakai kereta besar. Saya tidak akan pandang semua tu kerana saya hanya mahu hidup dengan orang yang saya yakin akan bahagiakan saya dan saya akan bahagiakan dengan cinta saya.

Akhirnya 1 Syaaban saya memberitahu dia, saya tidak akan menerima awak lagi. Awak carilah wanita lain yang akan membahagiakan awak dan disyangi oleh keluarga awak. Duit RM500 yang awak bagi tu saya akan gunakan untuk bayar cukai pintu rumah awak ni, saya akan gunakan untuk bayar duit bil letrik dan astro. saya tidak akan ambil duit awak ni. baju sutera yang pertama kali awak belikan untuk saya ni, saya akan berikan kepada anak sulung kita. Saya tidak akan memakai pakaian yang dihadiahkan oleh awak."

Bila dia bernikah bulan lepas, saya dan anak2 langsung tidak diberitahu, dan itulah puncanya saya bangun untuk bersihkan nama saya, dan bersihkan nama dia serta isteri barunya. Saya tidak mahu orang memfitnah isteri barunya, saya tidak mahu orang mefitnah dia dengan kata2, "masa susah dengan isteri dulu, tapi bila dah senang dan naik pangkat, cari anak dara dan ceraikan dr fauziah." Tidak, saya tidak izinkan orang memfitnah dia walaupun terlalu banyak keperitan yg saya lalui tetapi saya tidak boleh kongsikan bersama di sini. Saya tidak izinkan sesiapa pun memfitnah isteri barunya. itu sudah jodh mereka, saya hanya mampu berdoa dari jauh, semoga dia tidak mengulangi kesilapannya ketika menjadi suami saya dulu.Semoga keluarganya tidak melakukan perkara2 yang sama kepada menantu baru mereka.

Saya masih ingat, saya pernah berkata kepada dia, "Awak berubahlah sebelum saya pergi ke mahkamah dan menuntut hak saya untuk hidup bahagia. Sekali saya keluar dari hidup awak, saya tidak akan berpatah balik lagi. dan ingatlah, kalau saya keluar nanti, saya tidak akan ambil apa-apa harta awak dalam rumah ini. Saya hanya akan bawa anak2 dan apa yang saya beli dengan duit saya saja. Saya akan keluar dari rumah ini bila saya dah bernikah lain. jangan bimbang, saya tidak akan tuntut apa-apa dari awak di dunia dan di akhirat."

Untuk akhirnya, saya ingin memberitahu bekas suami saya, saya halalkan segala hak saya yang awak abaikan selama ini. Saya halalkan setiap titis airmata saya kerana kata-kata dan perbuatan awak yang melukakan hati saya selama ini. Saya hanya harapa awak akan bertanggungkawab pada anak2. Kalau sekali saja awak abaikan hak anak-anak, saya akan bawa awak ke muka pengadilan. Selamt berbahagia bersama isteri baru awak dan bakal anak2 awak. Kalau mahu berjumpa anak2, datanglah dan bawalah mereka ke Labuan, masalah sekarang, mereka yang tidak mahu berpisah dengan saya. Saya tidak akan dan tidak pernah memburukkan awak di mata mereka.

Doakan juga kebahagiaan saya bersama bakal suami saya. Walaupun dia hanya mempunyai SPM, tapi saya yakin istikharah cinta saya tidak salah kali ini. Walaupun dia nampak rock, tapi saya yakin hatinya sebaik ustaz. Walaupun dia merokok, saya yakin dia kan menghormati saya yang tidak suka orang merokok di depan saya dan anak2. Kalau dulu, persamaan di antara kita ialah kita sama-sama suka makan dan suka membaca buku, tapi bakal suami saya mempunyai satu persamaan dengan saya, pecinta kereta. Saya bukan pecinta emas permata, tapi saya pecinta kereta. Saya suka memandu laju2..tapi bakal suami saya macam awak juga, suka memandu ikut had laju. Saya tidak suka mercedes, tapi saya suka toyota.

Sekian, dua hari lagi saya akan menjadi isteri Zulkhairi, maka saya mohon maaf di atas segala salah dan silap saya ketika menjadi isteri awak. Juga mohon maaf kerana tidak menjadi menantu pilihan. Saya tahu, saya bukan isteri yang paling sempurna, tapi yang pasti, saya telah mencuba yang terbaik dan telah jalankan segala kewajiban saya sebagai isteri dan sebagai menantu. Memang ada masanya saya tidak ikut awak pulang ke kampung, bukan kerana apa..tapi kerana saya ada kelas hari Sabtu. Duit mengajar hari Saabtu tu bukan saya gunakan untuk saya, tapi itulah duit yang saya gunakan untuk beli kereta Innova untuk bawa anak2, duit itulah yang saya guna untuk bawa anak2 dan awak bercuti. Dan saya hanya dapat berehat pada hari Ahad. Saya tidak mahu balik ke kampung dan jadi mem besar, sebab kalau saya balik kampung saya mesti akan masuk dapur dan mengemas rumah emak awak. Saya harap awak faham hari ini.

Wassalam.

Bekas isterimu
Fauziah, 6-11-12

Sunday 4 November 2012

Basikal Amjad hilang

Pukul 2 petang, anak saya Amjad, 10 tahun memberitahu saya, "Ibu, basikal kita dah hilang. sapa ambik?" Baru saya ingat malam tadi saya terlupa nak rantai pagar rumah. Basikal baru yang ada suspension dan baru dua bulan beli dan masih berkilat-kilat dah hilang. Hmm, tak apalah dah bukan rezeki kita, niatkan saja jadi sedekah untuk pencuri tu. mudah2an, kalau dia jual basikal tu, duit yang dia gun
a untuk beli makanan tu jadi pahala sedekah. kalau pencuri tu guna untuk pergi kerja, saya halalkan juga dan moga jadilah wakaf untuk dia. Tapi kalau dia curi basikal tu dan guna untuk beli dadah, biarlah dia berjawab dengan Allah di akhirat esok. nak marah2 pun tak guna, benda dah jadi dan dah tak ada.

Pukul 6.30 petang, pergi berjumpa abang ngah di asrama untuk hantar alat2 tulis sempena menyambut SPM esok. Subjek pertama, Bahasa Malaysia. Saya cukup risau dengan Bahasa Malaysia penulisan anak2 saya. semuanya tidak cukup ummph kerana tidak banyak membaca seperti ibu mereka. Tapi kalau bab mathematik pulak,ibu mereka thumbs down. bukan thumbs up. Masa ambil SPM 1984, saya dapat BM A1 tapi matematik P7, sekadar lulus saja. Syukur, kalau math pun saya score, agaknya saya dah dapat A Level dan buat degree di UK. kalau pergi dalam keadaan dada dan minda yang kosong tanpa tarbiyyah, di manalah agaknya saya sekarang.

Balik dari melawat angah, saya dan anak2 (Adik ti dan amjad) singgah sembahyang mahgrib di masjid as-Syakiirin, Gombak. Saya memang sangat suka solat di masjid ni sebab keadaan masjid yang sangat friendly user. Bilik air dan bilik wudhunya sangat dekat dengan jalan ke ruang solat utama. Malam ini rezeki saya dapat mendengar ceramah seorang anak muda yang sedang belajar di Mesir dan akan ke sana semula bulan disember ini. Ceramah bertajuk "bagaimana kita mencintai Rasulullah s.a.w". Selesai ceramah, berpeluang pula solat isyak berjemaah berimamkan anak muda ini. Allahu rabbi....sedapnya bacaan dia. selesai solat isyak, ramai juga para ibu yang meneruskan solat hajat untuk anak2 yang bakal mengambil SPM esok.

Para jemaah juga membuat kutipan derma untuk anak muda ini yang akan kembali ke mesir untuk melanjutkan pelajarannya. Satu perkara yang aneh, bulan lepas, selepas solat asar berjemaah, ketika pengumuman dibuat untuk siapa yang mahu menderma untuk pelajar ini, saya tidak sempat berjumpa dia. Tapi malam ini sekali lagi saya bertemu dengan pelajar ini dan siap solat berjemaah dengannya. Ini yang dikatakan rezeki, kalau memang sudah ada niat untuk menderma kepada dia, akhirnya Allah temukan juga saya dengan pelajar ini. tersentuh hati saya ketika imam muda ini membuat permintaan kepada jemaah masjid, "doakan kami semua yang belajar di sana dapat menghabiskan pelajaran secepat mungkin dan balik menyambung perjuangan di sini."

Kepada semua pelajar yang sedang belajar di mana saja, ingatlah bahawa belajar dan menuntut ilmu itu adalah satu perjuangan dan jihad. kata imam muda ini tadi, "Kalau cintakan rasulullah, belajarlah kerana menuntut ilmu itu satu tuntutan agama, kalau cintakan rasulullah s.a.w, hidupkanlah akhlak baginda yang terpuji di dalam hidup kita. Kalau cintakan rasulullah s.a.w, jadilah suami dan isteri yang mengikut sunnah rasulullah. Rasulullah s.a.w pernah menangis 3 hari 3 malam kerana sedih mengenangkan ramai umatnya yang akan ke neraka. Kalau boleh baginda mahu membawa semua umatnya ke syurga."

Bagaimana pula dengan akhlak kita? adakah kita ini ikhlas seperti doa yang menyebut, "Ya Allah ya Tuhan kami, berikanlah kebaikan kepada kami di dunia dan di akhirat dan jauhkan kami dari seksa api neraka.'

Wassalam dan selamat malam.