Sunday 11 November 2012

Bukan Buku Baru.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

 Alhamdulillah, majlis walimatul 'urus saya dan suami telah selamat dilangsungkan. Kenduri di dalam taman yang direka oleh suami saya sendiri. Pokok2 yang ditanamnya di keliling rumah menjadi saksi cinta seorang suami, kerana saya yang meminta dia menanam beberapa jenis pokok, ulam2an dan bunga yang saya suka. Biarpun kenduri bukan di hotel mewah a
tau dewan yang hebat2 tapi, alhamdulillah, saya tetap bahagia. Melihat jiran2 dan saudara mara, sahabat2 dan pelajar2 saya datang, sudah cukup membuatkan hati saya berbunga2 bahagia. Terima kasih buat semua yang tolong menjayakan majlis ini dan kepada semua yg bertandang. Mohon maaf atas segala kekurangan dan semoga Allah memberkati kita semua dunia dan akhirat. 


Kata orang, dengan pernikahan kali kedua ini saya akan membuka buku baru di dalam kehidupan saya. Sebenarnya tidak ada istilah membuka buku baru kerana yang ada di dalam hidup setiap manusia adalah cuma satu buku yang diberikan oleh Allah. Buku yang diberikan kepada kita sejak kita di alam rahim sehinggalah kita akan berangkat pulang menemui Rabbul Jalil pencipta kita. Apa yang berlaku di dalam hidup saya adalah cuma membuka lembaran baru, membuka satu chapter baru di dalam sebuah buku bernama kehidupan. 



Saya tahu tidak ada manusia yang sempurna di dalam hidup ini. Saya tidak mencari kesempurnaan, tetapi saya cuma mencari keserasian di dalam hidup berumah tangga yang baru ini. Melupakan perbezaan dan mencari banyak titik persamaan di antara saya dan suami yang saya cintai. Saling menerima seadanya dan cuba membahagiakan di antara satu sama lain. Ramai yang bertanya saya, bagaimana madam/dr tahu bahaa dialah jodoh madam?



ISTIKHARAH CINTA, memanjatkan doa kepada Allah di pertiga malam, berdialog dengan Allah dan bercerita kepada Allah. Saya tidak pernah melihat wajah suami saya Zulqhair Qassim di dalam istikharah saya atau mimpi. Tetapi saya diberikan perasaan sangat tenang bila berkomunikasi dengannya. Tidak ada rasa terasa hati, sakit hati atau jauh hati. Dan rasa tenang itulah yang membuatkan saya yakin, dialah yang ditakhdirkan oleh Allah untuk saya sebagai suami dan untuk anak-anak saya sebagai seorang ayah. Sebab itulah saya bercerita, ketika saya memberitahu dia, "saya tidak mahu pada hari kenduri nanti dipasang lagu2 rock, tapi saya nak pasang lagu2 nasyid dan qasidah yang saya suka." Dan dia menjawab, "Orang kampung abang memang semua alim2, abang sorang saja yang rock. jangan bimbang, nanti kita pasang lagu2 nasyid." Dan dari semalam hingga ke pagi ini, suami saya masih memasang qasidah yang saya gemari. Ketika saya menegur dia, "saya tidak suka orang hisap rokok di depan saya dan anak2, dia menjawab, "Laa..kenapa tak beritahu awai-awai, kalau tau saya tak lah merokok di depan awak."



Kita bukan mencari insan yang sempurna, tetapi mencari insan yang boleh berkomunikasi dengan kita dengan hati yang terbuka dan tanpa ada sangka buruk kepada kita. Insan yang faham bahawa teguran dan permintaan saya adalah kerana saya tidak suka beberapa perkara dan bukan kerana saya adalah seorang perempuan yang ada Phd. 



Semoga ikatan perkahwinan ini akan berpanjangan hingga ke akhir hayat. Saya tidak berani menyebut hingga ke syurga kerana saya takut saya tidak layak ke syurga Allah. yang saya harapkan cuma semoga saya, suami dan anak2 yang 8 orang akan sentiasa di dalam rahmat dan petunjukNYA. Bahagia dan membahagiakan, lengkap melengkapi dan saling membantu ke arah mencapai redha Allah. Amiin ya Rabbal 'alamiin.



Salam sayang untuk semua sahabat2 saya, pelajar2 saya dan terutama sekali anak2, adik2 dan pelajar2 saya di UIAM. 



"Mimpi tidak sellau indah, hidup tidak selalu payah."



wassalam



madam/Dr fauziah
11-11-12

0 comments:

Post a Comment