Wednesday 19 October 2011

Dedicated to All Teachers and Lecturers, in the past, present and future


A Teacher's Creed by Julie McClellan



I believe I have been called by God to teach.
I believe in children...young and old...black and white...rich and poor....each in need of learning.
I believe in blackboards, chalk dust, textbooks, and computers for each has a part in imparting knowledge.
I believe the love I give to my students will someday be reflected in their lives.
I believe the gift of teaching is not measured simply by marks, enrollment, or the end of the school year.
It is in the witness I give and the fullness of the life lived by those I teach.
I believe I have the power to lead those in need of learning to the threshold of their own minds.
I believe in my giftedness to use each of the tools available no matter how new or old..for the light of knowledge in the eyes of another is my goal.
I believe teaching is more than tests, diplomas, paperwork, and fundraising.
It is the values I breathe daily into another...slowly.
It is in the faith I share in Allah s.w.t...ever changing and growing...never ending.
I believe my success today goes unnoticed...until those i teach and touch can stand alone and say "in my life I have learned..."
I believe if I have taught and touched one person...in God's name...
I have used my gift to me justly..and can humbly say...
I believe in teaching....
I AM A TEACHER!! @ LECTURER..!!

Monday 10 October 2011

Tiga kalimah ajaib


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan yg sudi membaca nota ini.



Satu hari ketika sedang mengajar di dalam kelas, seorang pelajar mengangkat tangannya dan berkata, “Madam, ulang sekali lagi lagi.” Saya berkata kepadanya, “Excuse me, I beg your pardon.” Sekali lagi dia berkata, “Ulang sekali lagi, madam.” Saya mengulangi ayat yang sama, “I beg your pardon.” Semua pelajar kelihatan kehairanan mendengar dialog antara saya dan kawan mereka. “Saya minta madam ulang apa yang madam ajar tadi, saya tak sempat salin.”, pelajar itu cuba menjelaskan kepada saya.

Saya tersenyum dan berkata, “Saya tahu kamu minta saya ulang apa yang saya sebut tadi, tapi cara kamu minta saya ulang itu tidak betul.” Pelajar itu mengerutkan dahinya dan berkata, “apa pulak yang tak betul madam, memang betullah saya minta madam ulang.” Saya kemudian bertanya kepada semua pelajar di dalam kelas tersebut, “Apa yang kawan kamu tidak sebut dengan betul, cuba beritahu saya.” Pelajar-pelajar saya memandang satu sama lain dan akhirnya ada seorang pelajar menjawab, “Tak ada perkataan please (tolong).” “Ya, itulah perkataan yang saya nak dengar dari kamu tadi, “Madam, tolong ulang boleh tak? Saya bukannya pekak, saya boleh dengar apa yang kamu cakap tadi.Tapi saya nak kamu sebut dengan beradab, sebab saya ni bukan adik kamu, bukan kawan kamu, tapi guru kamu. Jadi, tolong jaga adab bercakap dengan guru kamu. Kalaupun bukan kerana saya ni pensyarah atau guru kamu, tapi saya lebih tua daripada kamu semua.”

Semua pelajar terdiam dan ada yang berbisik sesama sendiri dan mereka tahu, Dr Fauziah tentu tak akan berhenti berleter setakat itu saja. Akhirnya saya menyambung, “Susah sangat ke nak ucapkan perkataan tolong atau ‘please’? Ingatlah, ke mana saja pergi dan dengan siapa pun kamu bercakap, jangan lupa tiga kalimah ajaib. Tahu tak apa kalimah ajaib tu?” Seorang pelajar lelaki sambil tersenyum menjawab, “I love you kut madam”. Seisi kelas menjadi riuh rendah mendengar jawaban tersebut. “Memang itu kaliman ajaib, tapi hanya untuk orang yang kamu cinta dan sayang saja. Tapi kalimah ajaib yang maksudkan ialah, “tolong, maafkan saya dan terima kasih (please, sorry dan thank you).” Pelajar-pelajar saya semuanya terdiam dan ada yang menganggukkan kepala tanda bersetuju.

Kadang-kadang kita terlupa, kalimah-kalimah ringkas ini mempunyai makna yang amat mendalam dalam hati orang yang mendengar. Ketika belajar di England pada tahun 1992-1993 saya sering melihat, peniaga-peniaga kedai runcit mengucapkan perkataan ‘thank you’ kepada pelanggan-pelanggan mereka walaupun barang yang dibeli hanya gula-gula berharga 20 pence. Kadang-kadang ada juga yang mengucapkan, “Thank you Love.” Tapi di negara kita ini kadang-kadang walaupun kita membeli hampir RM500 atau hampir penuh troli, juruwang-juruwang di pusat membeli-belah terlalu sukar untuk mengucapkan terima kasih. Hinggakan kadang-kadang membuatkan kita rasa seperti menyesal membelanjakan wang kita di situ.

Pernah sekali saya meminta anak bongsu saya berumur 6 tahun mengambilkan air utntuk saya. Selepas menghulurkan segelas air kepada saya, dia berdiri di depan saya dan berkata, ‘Ibu tak ucap terima kasih pun kat adik Ti.” Saya cepat-cepat meminta maaf dan berkata, “Sori, ibu terlupa. Terima kasih ya.” Sambil tersenyum anak saya berkata, “Sama-sama ibu.” Dan setiap kali saya memberikan sesuatu kepada dia, dia akan berkata, “Terima kasih ibu.”

Peristiwa itu membuatkan saya lebih beringat, walau di mana kita berada dan dengan siapa pun kita berhubung atau berkomunikasi, ucapkanlah kalimah-kalimah ajaib ini. Kita tak akan rugi apa-apa pun kalau menuturkan kalimah-kalimah ini. Ucapkanlah terima kasih kepada anak-anak kita sejak mereka masih kecil kerana mereka akan terdidik dengan sikap menghargai orang lain. Ucapkanlah kepada mereka, “maafkan ibu atau ayah” kerana mereka akan menjadi manusia yang selalu menyedari kesilapan dan kesalahan mereka. Ucapkanlah tolong atau ‘please’ bila meminta mereka melakukan sesuatu agar mereka menjadi manusia yang tahu merendah diri sesama insan.

"Attitude is a minor thing but it made a big difference”

Wassalam, 
Dr Fauziah

www.fauziahmohdnoor.blogspot.com

Saturday 1 October 2011

Masih ingat nama saya?

Bismillahirahmanirahim...

Satu hari ketika hendak ke kelas, saya terserempak dengan seorang pelajar perempuan yang pernah belajar dengan saya. Saya memberi salam kepadanya dan bertanya, “S… apa khabar?”. Ketika itu saya dapat melihat ada riak perubahan di wajahnya dan dia merenung tepat ke muka saya. Saya terus bertanya, “kenapa S?”. Dia menjawab, “Madam, saya terharu kerana madam masih ingat nama saya. Saya sangkakan madam tak ingat lagi nama saya.” Saya cuma tersenyum dan memberitahu S, “Alhamdulillah, saya masih ingat nama pelajar-pelajar saya. Kalau saya terlupa nama pun, wajah mereka tetap saya ingat.” S tersenyum dan berkata, “Madam, selalunya pensyarah hanya ingat nama pelajar-pelajar yang bijak dan pelajar yang dapat Anugerah Dekan (Dean’s List) sahaja. Saya gembira sangat kerana madam masih ingat nama saya.”

Sejujurnya, saya tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan saya waktu itu. Seperti ada perasaan sayu yang menghiris hati bila mendengar kata-kata tersebut. Saya sempat memberitahu dia, “S..pensyarah sayangkan semua pelajar mereka. Cuma kadang-kadang mereka tidak dapat mengingati semua nama pelajar mereka. Dan kalau mereka tidak dapat ingat nama kamu, bukan bermakna kamu tidak bijak, tetapi itu adalah kerana kelemahan kami sendiri.” S melemparkan senyuman penuh bermakna kepada saya sebelum dia melangkah pergi.

Pertemuan dan perbualan saya dengan S hari itu masih terpahat di fikiran saya hingga hari ini. Perbualan yang ringkas itu mengingatkan saya kepada sebuah buku yang pernah saya baca, “How to Win Friends and People”. Di antara isi kandungan buku itu penulis buku itu menyebut, “jika ingin memenangi hati kawan2 dan manusia, ingatlah nama mereka”. Terus terang, saya tidak pernah terpengaruh dengan tulisan buku ini, tetapi sebagai pensyarah atau seorang guru, saya merasakan adalah amat wajar bagi para pendidik untuk cuba mengingati nama pelajar-pelajar mereka.Kalau saya berasa gembira apabila guru atau pensyarah saya dapat mengingati nama saya, sudah tentu pelajar-pelajar saya juga mempunyai perasaan yang sama bila guru atau pensyarah mereka ingat nama mereka. Islam juga mengajar kita supaya memanggil nama orang lain dengan panggilan yang baik dan panggilan yang disukainya.

Kadang-kadang ada juga pensyarah yang merasakan tidak perlu mengingati nama pelajar-pelajar mereka. Ada juga yang merasakan tidak perlu bersusah-payah untuk mengingati nama pelajar-pelajar, hanya membuang masa. Padahal bila kita dapat mengingati nama pelajar-pelajar, mereka akan merasakan mereka lebih disayangi dan dihargai. Apabila ada perasaan disayangi dan dihargai, hubungan yang baik akan terjalin di antara guru/pensyarah dan pelajar-pelajar. Dan apabila ada hubungan yang baik itu akan lebih mudah tugas kita untuk mendidik dan memberi nasihat. Justeru itu, untuk semua yang bergelar pendidik, cubalah mengingati nama pelajar-pelajar kita tanpa mengira siapa mereka. setiap insan perlu dihormati dan disayangi.

Monday 22 August 2011

 Assalamualaikum...
Saya amat meminati lirik lagu ini.Mengingatkan saya kepada zaman belajar di UM dulu. sorakan adik2, kak jah balik, kak jah balik..ye ye." Tapii adik2 yg selalu menyambut kepulangan saya di halaman rumah, telah kembali ke rahmatullah Rindu pada adik Nasir, adik shahrom, adik Suryati dan adik Suhaimi.
 

Sunday 14 August 2011

Jika aku Jatuh hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sajak ini didedikasikan kepada semua pelajarku dan sahabat yang sedang bercita-cita untuk menyintai seseorang atau yang sedang dilamun cinta. Dengarlah dan hayatilah.

Saturday 13 August 2011

Apabila memberi, berilah dengan ikhlas....apabila menerima, terimalah dengan ikhlas.

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua,



Budaya memberikan hadiah di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah adalah perkara biasa dan dianggap satu kelaziman yang membentuk tradisi turun temurun terutamanya setiap kali sambutan Hari Guru. Bagaimanapun, di peringkat university perkara ini tidak digalakkan. Kenapa? Pertamanya kerana di university pensyarah-pensyarah bertanggungjawab sepenuhnya untuk menanda kertas peperiksaan dan memberi gred kepada pelajar-pelajar mereka. Satu kerja yang perlu dilakukan dengan amanah dan amat memerlukan ketelusan dan kejujuran seorang pensyarah. Keduanya kerana pelajar-pelajar universiti akan keluar bekerja dan mereka perlu dijauhkan daripada budaya memberi dan menerima yang akhirnya membawa kepada gejala rasuah.

Setiap kali semester baru bermula, kebiasaannya saya akan menggunakan kelas yang pertama untuk mengenalkan diri saya kepada pelajar-pelajar. Bagi saya pelajar-pelajar perlu tahu siapa guru atau pensyarah mereka. Seringkali saya menyebut, “Saya adalah anak sulung daripada 11 adik beradik (walaupun kini kami hanya tinggal 6 beradik). Jadi saya harap kamu faham bagaimana sikap dan karektor seorang anak sulung. Apatah lagi saya seorang anak sulung yang garang. Tapi segarang-garang saya, adik-adik saya boleh tidur di riba saya. Jadi kalau kamu jenis yang boleh tahan dengar leteran dan kena marah, bolehlah terus berada di dalam kelas saya. Kalau kamu tak suka dengar leteran sila ‘drop’ nama kamu dari kelas saya  dan carilah kelas lain.”

Satu lagi perkara yang tidak pernah saya lupa untuk menyebutnya ialah, “Selagi kamu masih menjadi pelajar saya, tolong jangan berikan apa-apa kepada saya. Saya tak akan menerima hadiah daripada pelajar-pelajar saya walaupun hanya sekeping kad. Kalau kamu nak berikan hadiah kepada saya, berilah selepas kamu mendapat keputusan peperiksaan kamu. Saya nak lihat berapa ramai daripada kamu yang nak berikan hadiah kepada saya kalau kamu dapat C atau B dalam peperiksaan kamu.” Pelajar-pelajar saya hanya ketawa bila mendengar ‘permintaan’ saya itu.

Saya faham ada pelajar-pelajar yang memang ikhlas bila memberikan hadiah kepada pensyarah mereka. Namun tak dapat dinafikan ada juga pelajar-pelajar yang mempunyai niat lain apabila memberikan sesuatu kepada pensyarah mereka. Saya cukup sedih apabila pernah mendengar komen pelajar-pelajar yang menyebut bahawa, “kalau kau nak A atau A- dari pensyarah tu, kau berilah dia hadiah, kad atau apa saja. Mesti dia bagi kau A.” Satu penghinaan bagi saya apabila seorang pensyarah dikatakan mampu dibeli hanya dengan sekeping kad. Walhal saya yakin pensyarah itu ikhlas menerima dan dia pun tentu berfikir bahawa pelajar-pelajarnya yang memberikannya hadiah itu juga ikhlas dengan pemberian mereka.

Pernah sekali seorang pelajar saya pergi menunaikan umrah dan apabila dia pulang dari Mekah, dia tidak memberikan apa-apa. Saya berasa amat lega kerana saya takut untuk menolak pemberian mereka yang pulang dari menunaikan haji atau umrah. Tak disangka-sangka dua bulan selepas itu, (seminggu sebelum peperiksaan) pelajar tersebut mengirimkan sms kepada saya dan memberitahu dia ada meninggalkan sedikit hadiah di dalam kotak di luar pintu ofis saya. Menyirap darah saya waktu itu dan saya memberitahu dia, “bukankah saya dah pesan kepada semua pelajar saya, jangan berikan apa-apa kepada saya selagi masih belajar dengan saya?”  Pelajar itu hanya membalas sms saya dengan jawapan, “Hadiah itu saya beli semasa saya pergi umrah dulu madam.” Sekali lagi saya menjawab, “Kalau kamu ikhlas hendak memberikan hadiah itu, tentu kamu telah berikannya selepas kamu balik dari umrah dulu. Tapi kalau dua minggu lagi hendak exam dan baru kamu hendak memberikan hadiah itu, kamu memang tidak ikhlas. Apa kamu fikir saya boleh dibeli dengan hadiah? Minta maaf, saya tidak akan menerima hadiah kamu dan sila datang ambil semula hadiah itu.”

Bila saya ke pejabat saya dapati di dalam beg kertas itu ada sebotol air zamzam di bekas yang cantik dan seutas tasbih. Tapi kalau ditakhdirkan dia memberikan saya sebuah Quran dari Mekah pun saya tetap akan memulangkannya.Saya tidak akan menggadai prinsip hidup saya yang mengatakan saya tidak akan menerima hadiah daripada pelajar-pelajar saya selagi mereka masih di dalam kelas saya. Berminggu-minggu hadiah itu saya biarkan di luar pejabat saya tetapi pelajar berkenaan tetap tidak datang mengambilnya. Akhirnya saya tekad memberikan hadiah itu kepada seorang pelajar lain. Dan saya mengirimkan sms kepada pelajar yang memberikan hadiah kepada saya, “Maafkan saya, hadiah yang kamu berikan kepada saya, telah saya berikan kepada orang lain. Maaf, saya bukan manusia yang boleh dibeli dengan hadiah. Ingatlah sampai bila-bila, kalau kamu mahu memberikan hadiah kepada sesiapa saja, pastikan niat kamu benar-benar ikhlas. Bukan ada niat lain di sebalik pemberian itu.”

Tentu ada yang terfikir sombongnya Dr Fauziah ni, kejamnya madam Fauziah ni. Saya bukan sombong atau kejam, tetapi ini soal harga diri dan prinsip hidup. Saya mahu mengajar pelajar-pelajar saya menjadi manusia yang ikhlas bila memberi. Saya mahu mendidik pelajar-pelajar saya, rasuah itu boleh bermula hanya dengan sekeping kad atau apa saja. Saya mahu pelajar-pelajar saya sentiasa ingat rasuah itu haram dan jangan sesekali memberi rasuah atau menerima rasuah.

Tapi satu kenangan manis yang tidak akan saya lupakan  ialah pemberian seorang pelajar yang pernah mengambil 3 subjek dengan saya. Pelajar ini memberikan hadiah sehelai kain batik Trengganu selepas dia tidak lagi menjadi pelajar saya. Yang lebih mengharukan saya ialah, dia bukannya pelajar yang dapt A, A- atau B+ tapi pelajar yang hanya mendapat C-, C+ dan B-. Dia tidak pernah menarik muka ketika dia mendapat C- di tahun pertama tetapi dia terus menjadi pelajar saya di tahun kedua dan tahun ketiga. Itulah pemberian paling ikhlas yang pernah saya dapat daripada seorang pelajar. Dan keikhlasan hatinya itu membuatkan saya terus rapat dan mesra dengan pelajar itu hingga sekarang walaupun dia telah lama meninggalkan UIA. Hingga sekarang setiap kali saya ke Kuala Trengganu, saya akan singgah di rumahnya di Padang Midin.

Saya juga amat bahagia apabila bertemu dengan seorang pelajar yang telah menjadi peguam dan memberitahu saya, “Madam, kuatnya cabaran rasuah di luar sana. Tapi alhamdulillah hingga sekarang saya masih ingat apa yang madam dan pensyarah-pensyarah lain di UIA ajar tentang rasuah kepada kami.” Syukur kerana masih ada pelajar-pelajar yang tetap ingat nasihat-nasihat guru/pensyarah mereka. Kepada pelajar-pelajar saya yang telah menamatkan pengajian di UIA, yang masih belajar dan yang akan menjadi pelajar saya, diharap kalian dapat memahami kenapa madam Fauziah mengajar anda sekeras ini. Hiduplah dengan bermaruah, dan jangan sesekali menggadaikan prinsip yang benar dengan kebendaan. Kalau memberi, berikanlah dengan ikhlas, kalau menerima terimalah juga dengan ikhlas. Semoga Allah memberkati hidup semua.

Wassalam
Dr Fauziah

Wednesday 10 August 2011

Sedikit Coretan utk pelajarku, Allahyarhamhu Muhammad Zumratullah Zakaria.


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat.

Pantasnya masa berlalu, kini kita hampir tiba ke pertengahan bulan Ramadhan. Indahnya bulan Ramadhan yang dihiasi dengan solat terawih dan bacaan Quran. Tak lama lagi kita semua akan menyambut hariraya Aidilfitri. Selepas solat subuh pagi tadi, saya mencari Quran terjemahan untuk dibaca. Tetapi yang tercapai oleh tangan sebuah al-Quran yang dibalut dengan kertas bergambar bunga mawar dan dibalut dengan plastik dengan kemas. Tiba-tiba hati terasa sayu, sebab al-Quran itu adalah milik Allahyarhamhu pelajar saya, Muhammad Zumratullah Zakaria, pelajar saya yang terkorban di dalam nahas jalan raya di Gua Musang pada 3 atau 4 tahun lepas.

Allahyarhamhu Zumratullah menjadi pelajar saya ketika dia berada di tahun Satu dan tahun Tiga pengajian. Orangnya amat berbudi bahasa, penuh sopan santun dan mempunyai displin diri yang baik sebagai pelajar. Masih teringat wajahnya yang lembut, berkumis dan sentiasa tersenyum setiap kali bertembung dengannya di koridor Kulliyah Undang-undang Ahmad Ibrahim atau di cafe fakulti. Perkataan yg sentiasa dilafazkannya ialah "Assalamualaikum dan apa khabar madam?" Sering juga Allahyarhamhu singgah di pejabat saya dan bertanya khbar atau bercerita perkembangan dirinya. Sebulan sebelum di  kembali ke rahmatullah, banyak kali dia datang ke pejabat saya dan meminta pendapat saya tentang profesion seorang peguam. Antara soalannya, "Madam, betulkah jadi peguam itu hanya akan menempah tiket ke neraka? berdosakah saya kalau saya menjadi peguam?' Dan waktu itu boleh dikatakan setiap hari dia memakai baju putih dan seluar hitam. Allahyarhamhu turut memberitahu saya, "ayah saya tidak bersetuju dengan kerjaya seorang peguam madam. Tapi saya amat minat dengan profesion ini. Saya dah jumpa, ustaz Hamid Jusoh, dah jumpa madam Ramizah, sekarang saya nak dengar pendapat madam pula."

Kami berbincang panjang hari itu, saya sedar anak muda ini berdepan dengan konflik antara minat yang mendalam pada kerjaya sebagai peguam, sebagai seorang anak yang tidak mahu membantah kata-kata ibu dan ayah dan kesedaran tentang pahala dan dosa. Saya masih ingat saya memberitahu Allahyarhamhu Zumrah, "setiap kerjaya ada pahala dan dosa. Pahala jika dilakukan dengan penuh amanah dan kerana Allah. berdosa jika kita tidak amanah dan mengkhianati tugas kita. membela org yg salah mungkin akan jadi pahala jika kita berniat mahu memberi dia peluang untuk bertaubat dan kembali kepada jalan Allah. Tapi kalau kita membela orang yang bersalah semata-mata kerana ingin duit dan ganjaran, berdosalah kita. kalau membela pula, janganlah sampai dia tidak dihukum langsung. mungkin daripada hukuman yang lebih berat menjadi hukuman yang lebih ringan.tapi apa pun mesti diniatkan kerana Allah Ta'ala."

Selepas itu kami tidak berjumpa lagi, tetapi 4 hari sebelum hariraya, saya bertembung dengannya ketika hendak ke kelas dan itulah pertama kali saya cuma melihat dia tersenyum tanpa memberi salam seperti biasa. Ketika di dalam kelas, sekali lagi saya melihat dia melintasi kelas. dari dalam kelas saya melihat Allahyarhamhu menoleh memandang ke arah saya di dalam kelas. biasanya, kalau pelajar2 saya memandang saya dari luar kelas, saya akan mengangkat tangan kepada mereka.Tapi hari itu saya tidak mengangkat tangan, saya cuma melihat dia memandang saya hingga dia hilang dari pandangan saya. Di dalam hati terdetik juga, kenapa Zumratullah ni pandang semacam saja?.

Dua hari sebelum Raya, Allahyarhamhu menghantar sms kepada saya, "Madam, selamt hariraya, maafkan segala salah dan silap saya jika ada. saya nak bertolak balik ke Kelantan malam ini lepas terawih." Saya bertanya dia, "kenapa tak tunggu siang saja?" Dan dia menjawab, "Tak apa, madam..memandu waktu malam tak panas sangat.". Saya cuma berdoa semoga dia dan kawanya selamat dalam perjalanan pulang untuk beraya bersama kelurga tercinta. Keesokan paginya, ketika hendak mendirikan solat Subuh, saya mendapat panggilan telefon daripada seorang pelajar saya, (kalau tak silap Lukman mat Isa), "madam. zumratullah dah tak ada.Dia aksiden di Gua Musang. Jenazah masih di Hospital Gua Musang untuk dipost mortem. Kami akan ke rumahnya pagi ini madam."

Menitis airmata saya waktu dan saya terus menelefon sahabat saya Dr Ramizah. Di hujung talian, saya mendengar tangisan sahabat saya yang memberitahu, "saya dah tahu kak fauziah. Ni nak baca Quran untuk dia." Kami sama-sama menangis dan berita pemergian Zumratullah saya sebarkan kepada rakan-rakan saya waktu itu. Sepanjang hari itu suasana di Kulliyah Undang-undang menjadi suram dan ramai pensyarah yang mengatakan, "Budak tu budak baik...."
Hanya doa saya mengiringi pemergian Zumratullah, seorang pelajar saya yang amat berbudi bahasa, seorang pelajar dan anak yang baik.

Saya mencari kertas ujiannya yang pernah saya simpam kerana tertarik dengan tulisan jawinya yang cantik, tapi tidak berjumpa. Akhirnya saya memberitahu Lukman, "tolong minta izin daripada keluarga Zumratullah, saya nak minta simpan Quran atau sebuah buku dia sebagai kenang-kenangan." Dan akhirnya 3 minggu selepas Lukman memberikan sebuah al-Quran milik Allhayarhamhu kepada saya. dan pagi ini memori tentang Muhammad Zumratullah Zakaria bertandang lagi di minda saya. Tenanglah di sana adikku, semoga dia ditempatkan bersama mereka yang dikasihi dan diredhaiNYA. Hingga hari ini saya masih belum berkesempatan menziarahi pusaranya. InsyaAllah, panjang umur saya akan pergi ke Kelantan dan menziarahi pusaranya.

Kepada semua pelajar saya, ingatlah, apabila kita kembali kepada Allah, yang disebut oleh kawan-kawan kita, guru-guru kita ialah tentang akhlak kita. Mereka tidak akan menyebut "si fulan itu Dean's list student, cantik atau handsome.tetapi mereka akan menyebut kita baik atau tidak." Lalu janganlah merasa rendah diri jika tidak pernah mendapat gelaran Dean's List tetapi yang paling penting jagalah akhlak kita semasa masih hidup. Kepada yang selalu mendapt Dean'List pula, ingatlah itu cuma pengiktirafan manusia. Pengiktirafan hakiki ialah pengiktirafan daripada Allah tentang iman dan taqwa kita kepadaNYA.

Selamat meneruskan puasa di bulan yang mulia ini dan selalulah ingat, esok lusa mungkin giliran kita pula akan dijemput pulang ke sana. Sudah bersediakah kita...?  AL-FATIHAH utk Allahyarhamhu Muhammad Zumratullah Zakaria.

Sunday 7 August 2011

Kefakiran boleh membawa kepada kekufuran

Assalamualaikum,


perkara yang disebutkan di dalam suratkhabar tentang mereka yg kesusahan dan pergi mendaptkan bantuan gereja sebenarnya bukan perkara baru. Perkara ini telah lama berlaku. Cuma kadang-kadang masyarakat kita enggan menerima hakikat ini. Apabila Dato' Sri Harussani Zakaria bercakap tentang murtad, ramai yang mengatakan, tunjukkan kami bukti.jangan hanya sekadar pandai bermain dengan angka.Dato' Sri Harussani Zakaria dikatakan sengaja mereka-reka cerita tentang orang Melayu murtad.

Saiyidina Ali (r.a) pernah berkata, "Kemiskinan itu boleh membawa kepada kekufuran." Bila saya menulis status tentang ibu tunggal yang terpaksa menyara anaknya yang baru bersalin dan ditinggalkan oleh si suami yang menjadi penagih dadah, ramai rakan FB cuma menulis, semoga wanita ini tabah menghadapi ujian ini.semoga wanita ini dapat bersabar menghadapi masalah yang berlaku,semoga wanita ini akan makin dekat dengan Allah dengan beristhgfar dan bergantung kepada Allah. Hanya dua orang yang bertanya, bagaimana kami boleh membantu mereka ini Dr?

Inilah kelemahan kita orang Islam, kita tidak merasakan tanggungjawab kita untuk membantu mereka yang di dalam kesusahan walaupun dengan sedikit bantuan. Kebanyakan daripada kita merasakan itu tanggungjawab Baitul Mal, pejabat zakat dan jabatan Kebajikan Masyarakat. Dan apabila kita tahu pihak lain yang cuba mengambil kesempatan ke atas mereka yang mempunyai masalah ini, kita melenting. Kita menuding jari sesama sendiri.


Mereka yang dalam kesusahan perlukan pertolongan dan bantuan samada dalam bentuk makanan atau kewangan. Penggantungan kepada Allah itu memang satu kemestian, tetapi membantu manusia yang di dalam kesusahan juga adalah satu kewajiban. Tak usahlah kita mengatakan mudah2an wanita itu akan lebih dekat dengan Allah dengan berzikir dan sebagainya.Ya, zikir dan munajat itu akan memberikan ketenangan hati dan jiwa, tetapi ada perut yang perlu diisi, ada bayi yang perlukan susu, ada anak-anak yang perlukan wang untuk meneruskan persekolahan. 


Pertolongan Allah memang ada, tetapi tak akan turun bulat-bulat dari langit. Pertolongan Allah akan datang dalam bentuk bantuan sesama manusia. Dan kalau kita hanya tahu bercakap tetapi terlalu berkira untuk membantu mereka yang di dalam kesusahan, ke mana mereka ini akan membawa diri untuk mengadu?

Saya baru saja mendapatkan sedikit bantuan zakat untuk hariraya daripada Jabatan Perbankan Islam BSN untuk 20 orang asnaf yang terdiri daripada ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya. Tetapi hanya untuk 20 orang....dan jumlah yang akan dibahagikan kepada mereka ini tidak sebanyak mana pun. Masing-masing hanya akan mendapat sekitar RM250 sahaja.


Di dalam kesempatan ini, saya merayu agar kita semua dapat menggembeling tenaga dan sama-sama berusaha untukmenyelamatkan saudara seagama kita yang memerlukan bantuan. Hidup kita bukan hanya untuk diri kita sahaja, tetapi juga untuk orang lain. mungkin orang akan berkata, kami pun bukan orang senang, kami pun bergaji kecil..macamana nak membantu orang lain. Kalau kita boleh menderma setiap orang RM10 sebulan utk tabung khas saja pun saya rasa kita akan dapat membantu ramai ibu tunggal dan mereka yang kesusahan.


Sampai bila kita nak mendengar orang Islam memohon bantuan, menadah pertolongan dari gereja? Di mana maruah kita sebagai umat Islam? Tahu apa perbezaan kita org Islam dengan mubaligh2 Kristian ini? Mereka mencari org yg susah itu, mereka mendekati dan menawarkan bantuan.Tapi kita termasuk org2 di pejabat zakat, baitul mal dan jabatan kebajikan masyarakat selalunya menunggu org susah mencari mereka. Kemudiannya, bermacam-macam prosedur pula menanti mereka yang memerlukan bantuan ini.


Sejujurnya tugas besar ini tidak boleh dilakukan dengan beberapa individu saja. ianya perlu dilakukan secara kolektif, secara beramai-ramai. Bangunlah untuk menolong agama kita, ini juga jihad sebenarnya. Kita berebut untuk menderma kepada Palestine, mangsa Tsunami dan sebagainya, tetapi adakah peranan kita untuk orang Islam di Malaysia ini hanya dengan membayar zakat setahun sekali sahaja?


Tepuk dada, tanyalah iman kita.


"Tidak akan sempurna iman seorang Muslim itu sehinggalah dia mengasihi orang lain seperti mengasihi dirinya sendiri." (makna sebuah hadis)

Dr Fauziah.

Friday 29 July 2011

Pulut Durian dan elaun keraian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat saya di FB dan semua yang membaca coretan ringkas ini.



Musim durian berpesta lagi. Durian ada di mana-mana.. di Perak, di Pahang, di Kedah dan di Selangor. Ketika melintasi sebuah kawasan yang menjual durian di Gombak ini saya teringat kepada sebuah kisah manis yang berlaku 3 tahun lepas. Seorang pelajar saya H berkali-kali menghantar sms kepada saya, "Madam ada tak di bilik, saya nak jumpa madam, ada hal sikit nak cakap." Berkali-kali juga saya membalas smsnya dan meminta dia datang pada sebelah petang ke pejabat saya. Tapi setiap kali saya lapang, H pula ada kelas atau ada hal lain. dan setiap kali dia lapang, saya pula berada di luar kampus menguruskan anak-anak atau atas urusan kerja. Akhirnya satu hari saya menghantar sms kepada dia, "H...,apa yg awak nak beritahu saya tu? sms aje lah. susah sangat kita nak berjumpa."

Akhirnya satu petang dia menelefon saya, dan dengan suara yang seperti agak malu dan segan dia bertanya, "Madam pandai tak masak pulut durian? Saya teringin sangat nak makan pulut durian mak saya masak. Tapi saya takut tak sempat rasa sebab kalau cuti nanti rasanya musim durian dah habis." Pertama kali dalam sejarah hidup saya mengajar di UIA selama 17 tahun (waktu itu), seorang pelajar meminta saya memasak untuk dia. Lebih istimewanya, saya mengajar H ketika dia di tahun pertama dan ketika dia meminta saya memasak pulut durian, dia sudah berada di tahun tiga pengajian.

Perasaan saya waktu itu bercampur baur antara rasa lucu dan terharu. Saya menjawab soalan dia petang itu, "saya tak pandai masak pulut durian sebab saya tak suka makan makanan yang manis-manis. Saya tak tahu macamana rasa pulut durian yang sedap. Tapi kalau saya minta kawan saya yang masakkan pulut durian tu boleh ke?" Dn H bertanya saya semula, "tak menyusahkan madam ke?" . "Tak apa, saya cuma minta kawan saya carikan durian dan masak utk aawak,apa yang susahnya." H mengucapkan terima kasih berulang kali dan saya dapat mendengar kegembiraann di dalam suaranya. Terharunya hati kerana bila memikirkan kita selalunya hanya akan meminta ibu kita, nenek kita, emak saudara kita atau kakak dan adik kita memasakkan makanan kegemaran kita. Saya sempat mengirinmkan sms kepada H dan mengatakan, 'H..terima kasih kerana permintaan awak hari ini membuatkan saya rasa dihargai sebagai seorang ibu." Dan dia membalas sms saya dengan ayat yang berbunyi, "saya selalu anggap madam sebagai ibu saya.TQ madam."

Hanya selepas dua hari, kawan saya seorang caterer dapat memasak pulut durian yang saya minta. Saya masih ingat betapa gembiranya H hari itu dan berulangkali dia mengucapkan terima kasih kepada saya. 'Madam, berapa semua kos pulut durian ni.", dia bertanya saya. Saya memberitahu dia, 'tak perlulah tanya berapa kos pulut durian, makan aje lah H. lagi pun itu bukan duit saya, tapi duit elauan keraian." Dia bertanya saya lagi, "Elaun keraian tu apa madam?" Saya memberitahu H, "Elaun keraian atau entertainment allowance tu adalah elaun yg diberikan kepada pegawai-pegawai kerajaan di dalam jawatan2 tertentu termasuklah pensyarah-pensyarah di dalam gred gaji tertentu. elaun tu adalah untuk meraikan tetamu-tetamu kita, contohnya utk meraikan tetamu, client atau kawan2. Jadi elaun keraian utk pensyarah tentulah termasuk meraikanpelajar-pelajar mereka.'

"Ooo...macam tu, fahamlah saya", kata H sambil beredar dari ofis saya dengan bekas pulut durian di tangannya. Selepas itu saya terfikir, apa sebenarnya hukum elaun keraian ini kalau tidak pernah digunakan untuk meraikan orang-orang yang sepatutnya diraikan? Mungkin dengan mengadakan rumah terbuka setahun sekali selepas Aidilfitri itu dapat dimanfaatkan elaun tersebut. Atau mungkin dengan membelikan hadiah-hadiah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang di dalam keputusan peperiksaan atau yang mempunyai peratus kehadiran yang paling tinggi dan mendapat markah tertinggi di dalam diskusi-diskusi di dalam kelas.

Bukan apa, teringat kepada satu tazkirah yang pernah saya baca, setiap sen gaji yang kita terima adalah antara perkara yang akan dipersoalkan di akhirat nanti. Kemanakah kita belanjakan gaji tersebut dan bagaimanakah kita menggunakan wang gaji yang kita perolehi. Adakah kita amanah di dalam tugas kita dan adakah kita amanah di dalam menggunakan elaun yang diberikan kepada kita? Adakah kita telah memberikannya kepada mereka yang berhak dan patut menerimanya?Sama-samalah kita fikirkannya.

Kepada H..terima kasih kerana membuatkan saya rasa dihargai seperti seorang ibu. Doa saya semoga h dan semua pelajar saya yang lain berjaya di dunia dan akhirat. Di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung. Jadilah manusia yang bukan saja beriman dan beramal, tetapi jadilah manusia yang tinggi budi bahasanya kerana di situ sebenarnya terletak nilai seorang manusia. Seperti biasa, saya hanya ingin berpesan, jangan sekali-kali lupa atau lokek dengan 3 perkataan "Please (tolong), sorry (maafkan saya) dan thank you (terima kasih).

Untuk semua sahabat dan pelajar saya di Facebook dan di mana sahaja, sellamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa.Semoga penghayatan Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun sudah. Jaga makan minum, jaga mulut, jaga hati. Mungkin ini Ramadhan kita yang terakhir..siapa tahu?

wassalam
Dr fauziah

Wednesday 27 July 2011

Nasyid yang indah maknanya, dari blog seorang sahabat baik saya.
 

Mungkin Ini Ramadhanku Yang Terakhir

Assalamualaikum & Bismillah...

Mungkin Ini Ramadhanku Yang Terakhir 
*Sajak yang dikirimkan oleh seorang sahabat saya edit sedikit*

Ya Allah…, 
Mungkin inilah Ramadhanku yang terakhir,
lalu....dengan rahmatMu kpohon,
Permudahkan untukku berzikir kepadaMu,
tanpa ada rasa jemu,
kurniakanlah bagi lidahku agar basah setiap waktu
berlagu syair rindu penuh merayu kepadaMu
Tuhan yang Satu.

Ya Allah...Mungkin ini Ramadhan ku yang terakhir
Moga solat yang ku kerjakan di awal waktu
penuh khusyuk dan tawadduk
antara tubuh dan qalbu berdiri menyatu
memperhambakan diri
kepadaMu YaAllah Rabbul Jalil.
Ya Allah, Mungkin ini Ramadhan ku yang terakhir
Ampunilah hambamu
kerana sering curang pada janji
'Innasolaati Wanuusuki Wamahyayaa wamamaati,
Lillahirabbil aalamin '
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku..
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam.
Meskipun aku tidak tahu
Mungkin ini Ramadhanku yang terakhir
Daku berjanji padaMu ya Allah
tidak akan ku sia-siakan walau sesaat yang berlalu
dan masa yang diberi kepadaku
di kesempatan yang lapang dan terluang
untuk ku selongkar ayat-ayatmu dari kitab yang diwahyukan kepada NabiMu
untuk bekal 'hari'ku di barzahMu
akan ku dendangkan dan ku syairkan di setiap waktu
biar sebati ditubuhku

Ya Allah, hidupkanlah kami dalam iman, matikanlah kami dalam iman dan bangkitkanlah kami di Yaumil mahsyar dalam iman.

Monday 25 July 2011

Muhasabah Cinta - edCoustic

Bismillah & Assalamualaikum kepada semua sahabat pembaca sekalian =)
Muhasabah cinta ini saya dedikasikan utk semua wanita atau lelaki yang hampir rebah kerana kesakitan menyintai makhluk bernama manusia. Kuatkan hati dengan cinta kepada Allah dan RasulNya. Mimpi tidak sellau indah, hidup tidak selalu payah. Yakinilah akan ada sinar di hujung perjuangan bernama kesabaran. KepadaMu kami berserah ya Allah...berikan kami kekuatan buat meneruskan sisa-sisa hidup ini.
 Wassalam, 
Dr Fauziah

Saturday 23 July 2011

Menyewa rumah yg sama atau bersekedudukan?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera buat semua.

Bila membaca posting tentang isu tinggal serumah lelaki dan perempuan dan isu bersekedudukan ni, teringat saya kepada kenangan ketika belajar di London pada September 1992-September 1993. Waktu itu saya berumur 24 tahun dan menyewa bilik di rumah orang Pakistan dengan bayaran 60 pound sterling seminggu sedangkan biasiswa waktu itu kalau tak silap hanya 250 pound sebulan. Tuan rumah. isterinya dan seorang anaknya tinggal di bahagian bawah manakala saya dan 3 orang rakan saya (semuanya perempuan) lagi menyewa 3 bilik di atas. Dapur dan bilik air yg berasingan.

Di sebelah rumah sewa saya, beberapa orang pelajar yg sedang mengikuti pengajian ijazah pertama tinggal  di situ. Ada pelajar lelaki dan perempuan di rumah tersebut, dan pernah sekali ketika saya berbuka puasa di bilik seorang junior perempuan di situ, saya melihat ada seorang pelajar perempuan membawa masuk teman lelakinya ke dalam biliknya. Saya bertanya, "kenapa bawa masuk lelaki kat dalam bilik dik?" Pelajar itu menjawab, 'kami kena buat presentation minggu depan, jadi kami nak berdiskusi pasal tu lah." Yang peliknya pintu bilik itu tak dibuka tapi ditutup. Saya bertanya lagi, "tak takut jadi apa-apa ke dalam bilik nanti?" jawab pelajar tu, 'kami tak buat apa-apa kak fauziah, kami berdiskusi saja." Dan saya berkata kepada junior saya tu, "hebatlah iman you dengan boyfriend u. kalau saya di tempat awak, saya tak berani jamin saya pun boleh buat macam you.duduk sebilik, berdiskusi atas katil tapi tak jadi apa-apa. Malaikat pun tentu akan tabik hormat kat orang macam you." Pelajar itu terdiam dan hanya memandang saya sambil menutup pintu.

Kehidupan di kota London yang amat tinggi kos sara hidupnya kadang-kadang memaksa pelajar2nya tinggal serumah bercampur lelaki dan perempuan. tapi kadang-kadang sebab terlalu nak ekonomik kononya, maka ada yang tinggal sebilik. dalam keadaan tidak ada yang mengawasi mereka, tidak ada pencegah maksiat, tidak ada orang tua yg nak melarang itulah yang berlaku pada sesetengah pelajar di sana.

Bersekedudukan,maknanya seorang lelaki dan perempuan tinggal bersama-sama di dalam sebuah bilik atau di dalam sebuah rumah. Bukan setakat tinggal serumah, tetapi tidur bangun bersama maknanya berkongsi katil, itu makna bersekedudukan yang sebenarnya. kalau setakat  berkongsi rumah tapi tinggal di bilik berasingan, itu bukan bersekdudukan namanya. TETAPI, kalau tinggal serumah macam inilah yang akan mendorong kebanyakan orang utk bersekedudukan. mula-mula berkongsi rumah, kemudian berkongsi bilik dan diikuti dengan berkongsi katil.

Kita semua manusia biasa, bukan malaikat yang tidak ada nafsu. Sekuat mana pun iman kita, hasutan syaitan tetap ada di mana-mana. Mencegah lebih baik daripada mengubati (prevention is better than cure). lebih baik kita mengelakkan diri daripada tinggal serumah dengan lelaki yang bukan mahram. Ayat Quran di dalam surah al-Nur, yang bermaksud, "janganlah kamu menghampiri zina-  Laa Taqrabuuz zina itu bermaksud janganlah mendekati zina.", berpesan kepada kita supaya berhati-hati agar jangan menghampiri atau jangan melakukan apa-apa saja yang boleh membawa kepada perbuatan yan amat dikutuk iaitu ZINA.

Kalau hendak seribu daya, kalau tak mahu seribu dalih. kalau kita benar-benar hendak menjaga diri dan maruah diri, elakkanlah daripada tinggal serumah dengan lelaki walaupun bilik berasingan. tapi apa nak buat, hari ini ada juga yang bergaji tinggi sengaja memilih tinggal di kawasan yang ekslusif (gated and guarded) supaya bebas utk melakukan apa sahaja.

Kepada ibu bapa, selalulah berpesan kepada anak-anak kita, adik-adik kita, cucu-cucu kita supaya menjaga diri dan maruah diri. Kalau hilang pakaian atau laptop atau handfon yang canggih manggih, masih boleh dibeli dan dicari ganti, tetapi kalau hilang maruah diri, fikirlah sendiri. tidak ada yang dapat menggantikan maruah dan harga diri yang telah hilang. Kepada semua yang masih bergelut mencari rezeki di kota yang mencabar ini, yakinlah bahawa rahmat Allah itu amat luas. Seperti kata sahabat-sahabat SIM yg lain, birlah kita tinggal di rumah sewa yang mahal sikit harganya, tapi tidak bercampur dengan lelaki dan perempuan. dan kalau tinggal sesama perempuan atau hanya sesama lelaki pun, pastikanlah rakan-rakan serumah tidak membawa masuk teman lelaki atau teman wanita mereka ke bilik. kalau ada yang berani membawa masuk teman lelaki atau teman perempuan ke bilik atau ke rumah sewa itu, berilah nasihat baik-baik. kalau tak mampu nasihat, beritahulah pihak berkuasa. kalau tak mampu nak beritahu pihak berkuasa, carilah rumah sewa lain supaya kita tak bersubahat. Bukan apa bimbang kalau-kalau teman lelaki kawan serumah tu buaya darat yang ngap siapa saja yang ada di depan mata. Sebelum di ngap...baik angkat kaki selamatkan diri.

maafkan saya kalau ada kata-kata yang menyinggung perasaan sesiapa.

Wassalam
Dr fauziah

Thursday 21 July 2011

Munajat Keampunan

Assalamualaikum & bismillah

Sahabat pembaca sekalian, ini adalah zikir munajat kegemaran saya selain Hasbi Rabbi Jallallah. Memberikan rasa ketenangan yang tidak dapat digambarkan. Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa kami, berikanlah kami kekuatan menghdapi hari-hari mendatang, dan berikanlah kami peluang menyucikan diri sebelum berangkat pulang ke sisiMu.

Sunday 17 July 2011

Life is like a cup of coffee

Assalamualaikum dan Bismillah
This video is dedicated to my students in the past, present and future, my sons and daughters, my sisters and brothers,my friends. Thanks to one ofmy dearest friends Farah Nini Dusuki for posting this video on her wall.
As in : 17/07/2011

Monday 11 July 2011

Cerita tentang nafsu dan kaldai. Amat dalam dan bermakna.

Assalamualaikum wbt... 





Suatu hari, seorang pemuda diserahkan oleh bapanya kepada seorang guru sufi untuk dididik cara 
mengawal nafsunya.


"Siapkan bekalan. Mari ikut saya bermusafir," kata guru sufi itu sebaik sahaja pemuda itu tiba di madrasahnya.
Pemuda itu agak terkejut kerana dia masih keletihan akibat perjalanan yang jauh ke madrasah guru sufi itu.
"Apa yang perlu saya bawa?" 
"Bawa pakaian sehelai dua," jawab guru sufi.
Mereka pun memulakan perjalanan yang agak jauh. Setelah agak lama,mereka menemui satu bukit yang 
agak tinggi.
"Kita akan mendaki bukit ini."
"Mana jalannya?"
"Kita susuri jalan di tepi lereng bukit," kata guru sufi.
"Nanti, nanti... Saya sangat keletihan. Alangkah baik jika ada keldai. Kita boleh menunggangnya."
"Kamu hendak menunggang keldai? Baiklah, mari kita membelinya dahulu.
"Dalam hatinya berasa lega, dia tidak akan terpaksa berjalan lagi. Dia sangat-sangat keletihan.


Setelah guru sufi membeli dua ekor keldai, dia pun berkata,
"Sekarang ada dua ekor keldai. Saya akan menunggang salah seekor daripadanya..."
"Dan saya akan menunggang seekor lagi," pintas pemuda itu.
"Tidak!" kata guru sufi itu.
"Mengapa?""Jangan bertanya, patuh saja!"
Pemuda itu terkejut, tapi tidak berani melawan.
"Habis, kita akan biarkan seekor keldai ini berjalan tanpa membawa apa-apa beban?"
"Tidak, sebaliknya kamulah yang akan memikulnya!"
"Memikul keldai menaiki bukit yang tinggi itu?"
"Ya. Pikul keldai itu dan naik ke atas bukit," jawab guru sufi itu pendek dan tajam.
Maka dengan susah payah, dia memikul keldai itu sambil menyusuri jalan di tepi lereng bukit itu.Termengah-
mengah. Dia benar-benar keletihan. Sebaliknya guru sufi bersantai-santai menaiki keldainya berjalan di- 
hadapan pemuda itu. Belum sampai separuh perjalanan, pemuda itu pun jatuh keletihan. Dia hampir pengsan. 

Setelah merawat si pemuda dan memberinya minuman, guru sufi itu pun berkata, "Anakku,keldai itu  umpama nafsumu. Allah ciptakan nafsu untuk kau menungganginya bukan kau ditunggangi olehnya."
"Maksud tuan?"
"Dengan menurut nafsumu, kau akan disusahkannya. Jiwa, hati dan badanmu akan kelelahan. Kehendak 
nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Lepas satu-satu kehendak dan kerenahnya. Ini samalah 
dengan kau memikul keldai dan menaiki bukit yang tinggi. Pemuda itu terdiam.

"Sebaliknya, jika kau menunggangi nafsu dengan mengawal dan menguruskannya, kau akan mendapat kemudahan dalam menjalani kehidupan. Nafsu berguna selagi dia menjadi hamba tetapi apabila dijadikan 

tuan, apalagi tuhan, maka hidup kita akan dihancurinya."
"Seperti saya yang memikul keldai tadi?"
"Ya." 
Dan lihat pula betapa mudahnya menyusuri jalan di lereng bukit itu dengan menaiki keldai. Begitulah  nafsu apabila dikawal dan digunakan ke arah kebaikan."
"Ya,ya.. Orang yang mengikut perintah hawa nafsunya bagaikan memikul keldai menaiki bukit!"
PENGAJARAN : Nafsu adalah sebahagian daripada diri kita yang jika tidak dikawal akan menyusahkan kita. 
Oleh sebab itu, kawallah nafsu bukan kita dikawalnya.

Sumber-http://www.solihinzubir.com

Wednesday 6 July 2011

Sabar itu indah, tapi bila sabar menjadi dosa, apa yang patut dilakukan?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera buat semua sahabat.

Petang semalam, ketika saya sedang berehat selepas pulang dari kerja pada pukul 6 petang, saya menerima satu panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Bila dijawab terdengar suara seorang lelaki yang memberi salam dan bertanya, "Dr Fauziah, saya Z....., ingat tak saya pernah datang berjumpa Dr di ofis Dr?" Dan saya menjawab, "Ya, masih ingat, apa khabar?

Dengan suara mendatar, dia menjawab, "tak ada perubahan apa pun Dr. Tetap macam dulu."  Saya masih ingat lelaki berumur awal 30an ini datang ke pejabat saya bersama abangnya. pernikahannya yang baru berusia 7 tahun diuji apabila isterinya bertemu kekasih lamanya di facebook. Lebih hebat, isterinya tidak segan silu berterus terang dengannya dan menyatakan bahawa dia masih menyayangi kekasih lamanya yang belum bernikah. Isterinya juga berani mengatakan dia sering merindui kekasih lamanya. Tapi kerana kasih yang menebal kepada isteri, Z terus bersabar dan memilih utk bersemuka dengan kekasih isterinya. mereka berbincang dengan baik dan Z meminta agar kekasih isterinya memutuskan hubungan tersebut. Lelaki yang menjadi pujaan isteri Z, meminta maaf dan berjanji tidak akan berjumpa isteri Z lagi.

Tetapi isteri Z, L menangis dan merayu kekasihnya agar jangan meninggalkannya. Z hanya mampu memujuk isterinya agar berfikir dengan waras. Menurut Z, dia memang amat sayangkan isterinya dan dia juga tidak tergamak menceraikan isterinya kerana memikirkan anak mereka yang berumur 5 tahun. Z juga memberitahu saya, "Dr tahu tak, isteri saya sanggup buat tawaran kepada saya, kalau saya ceraikan dia, dia hanya mahukan rumah dan saya boleh ambil dan jaga anak kami." Mengucap saya pada waktu itu kerana tak pernah terlintas di fikiran saya seorang ibu sanggup memilih rumah dan bukan memilih anak jika bercerai dengan suaminya.Sudah banyak kes yang dirujukkan kepada saya, tetapi semua isteri yang berpisah menuntut anak-anak. bahkan ada wanita yang tidak mahu bernikah lain kerana takutkan kehilangan hak penjagaan anak. MasyaAllah dan astaghfirullah, itulah yg mampu saya ucapkan waktu mendengar cerita dari Z.

Dalam perbualan telefon semalam, Z memberitahu saya, "Dr, sekarang ni isteri saya hanya pasang badan utk kekasihnya. Duit gaji dia dihabiskan beli make up, kollagen dan macam2 lagi. dia langsung tak pedulikan saya dan anak kami Dr. Dulu kami tidur sebilik, sekarang ni dah berbulan-bulan kami cuma jadi rakan serumah. Dia sudah tidak mahu melayan saya sebagai suami."  Sebelum sempat saya berkata apa-apa, dia bertanya kepada saya satu soalan, " Dr,saya ni lelaki atau suami yang dayus ke?" .Saya terdiam dan sejujurnya, saya tak berani nak mengatakan "Z, awak suami yg dayus." Siapa saya untuk menghukum orang lain sebagai dayus. Siapa saya untuk menghukum dia sedangkan saya tidak berada di tempat dia.

"Saya tak tahu awak dayus atau tidak, tapi saya yakin apa yang buat awak bersabar ni adalah kerana awak terlalu sayangkan isteri awak. bagi saya, sekarang ni keputusan adalah di tangan awak. Sama ada awak mahu berpisah.menceraikan isteri awak dengan baik, atau berusahalah agar dia kembali mencintai awak."  Tapi Z menjawab, "saya dah cuba Dr, memujuk, menasihati, memarahi tapi belum pernah saya memukul dia. itu saja. Saya paling sedih bila tengok dia langsung tak pedulikan anak kami. Anak saya demam pun dia tak peduli, anak makan atau tidak pun dia tak bertanya. hancur hati saya tengok dia Dr. tapi kenapa saya tak ada kekuatan untuk menceraikan dia?"

Akhirnya saya memberitahu Z, " berikanlah beberapa pilihan kepada isteri awak. Pertamanya berubahlah menjadi isteri yang taatkan suami dan sayangi anak. berilah tempoh untuk dia berubah sehingga hujung tahun ini. Pilihan kedua, beritahu isteri awak, kalau dia tak berubah, awak akan bernikah lain. Pilihan ketiga, saya akan ceraikan awak tetapi awak tidak akan dapat rumah dan anak." Z memberitahu saya, 'masalah Dr, saya tak ada hati nak nikah lain. dan isteri saya tahu saya tak akan bernikah lain. dia tahu saya teramat sayangkan dia walaupun macam-macam cara dia menyakiti hati saya."

"Itu saja yang saya mampu nasihatkan kepada awak Z, kalau boleh bawalah isteri awak berjumpa kaunselor atau mana-mana ustaz. Saya dah beritahu awak dengan jelas, segala keputusan sekarang ada di tangan awak." Z mengucapkan terima kasih dan perbualan petang semalam tamat dengan kata-katanya, "Okay Dr, nanti saya hubungi Dr lagi. isteri saya dah sampai tu.' Rupa-rupanya dia menelefon saya ketika sedang menunggu isterinya balik dari pejabat. Dalam terluka, dia masih terus menyayangi isterinya dan berharap agar isterinya kembali ke pangkal jalan.Dia masih terus menjalankan tanggungjawabnya sebgai seorang suami dan ayah dan paling saya kagum dia tidak curang kepada isterinya yang menyakiti hatinya.

Allah berfirman di dalam surah Yusuf yg bermaksud, "Sabarlah, sesungguhnya sabar itu indah." Sesuatu yang bersifat subjektif. Sabar akan menjadi sesuatu yang manis dan indah jika hujung kesabaran itu adalah seperti yang kita harapkan. Bila kita mengharapkan org yg kita kasihi tapi sering menyakiti hati kita akan berubah sikapnya. Tapi jikalau perubahan yang diimpikan tidak juga muncul, apakah kita perlu terus bersabar? Dan paling malang jika kesabaran itu membawa kita kepada dosa. fikir-fikirkanlah. Kepada para isteri yang mempunyai masalah seperti ini, insaflah. Kepada para suami yang mempunyai isteri yang teramat berani ini, saya tidak akan berkata anda lelaki yang dayus.Tetapi anda perlu tegas kerana kalau anda sayangkan isteri anda, jangan terus biarkan dia melakukan dosa kepada anda, kepada anak dan paling penting kepada Allah.

Mohon maaf jika ada tutur kata saya yg menyakiti hati sesiapa yang membaca artikel ini.

"Jika tidak boleh menggembirakan hatinya, janganlah ditambah duka laranya.'

Wassalam
Dr Fauziah

Monday 4 July 2011

"why are you wearing hijab?"

A Christian man asked a Muslim man why Muslim women cover their hair & body. The Muslim man smiled & pulled out 2 sweets from his pocket. He opened the first one & kept the other one closed in its wrapper. He threw both sweets onto the dusty floor & asked the Christian man, "Which Sweet would you pick?" The man replied, "The Covered one!" The Muslim man replied, "That's how we treat our Muslim women." -Sadzredrose YT

Assalamualaikum,

teringat saya kepada kenangan pada tahun 1993 ketika saya belajar di School of Oriental and African Studies, Univ.of London. Ketika melawat Jambatan Sg Thames, seorang missionary muda yg berpakaian kemas menghampiri saya dan bertanya, "Excuse me Ms, may I know, why are you wearing hijab?"

Saya menjawab, "I'm wearing hijab because it is a teaching and order in the Holy Quran." Pemuda itu kemudian bertanya lagi, "Do you believe in Quran and the Prophet (Muhammad s.a.w)?". Saya menjawab lagi, "Of course i believe in the Quran and Prophet Muhammad is the last Messenger."

Pemuda yang berjaket dan berkaca mata ini kemudian tersenyum sebelum bertanya lagi, "Do you believe Muhammad is the last Prophet?". Giliran saya pula tersenyum dan menjawab, "Yes....Prophet Muhammad is the last prophet." Soal jawab menjadi makin panas apabila pemuda Inggeris ini berkata, "No, Prophet Isa was the last Prophet. Not Muhammad." Waktu itu terasa telinga sudah agak panas dan saya melihat beberapa orang anak gadis (Pakistan yg bertudung sudah mula datang menghampiri saya dan pemuda Inggeris itu. Pemuda itu menyambung, "i cannot find any verse in the Quran stating that Muhammad is the last Prophet." Dan saya menjawab, 'Why don't you check the verse in surah Muhammad and surah al-Saff?" Dia kemudian menjawab, "No, I don't believe in Quran, my book is Bible. Quran is written by Muhammad, not from God.'

saat itu saya merasakan sudah sampai masa utk berkasar, dan saya bertanya pemuda itu, "If I could believe and accept Prophet Isa as one of the Prophet, why don't you accept Prophet Muhammad as one the Prophet too? Dia tersenyum dan kemudian menegaskan, "No, I would never accept Muhammad as the Prophet." Saya kemudian tekad menjawab, "if you cannot and would not accept Muhammad as the last prophet, it is your problem. But please respect my belief, you go on with your belief and I will firmly go on with my belief. (lakum diinukum walii yadiin) Thank you."

Pemuda Inggeris itu kelihatan tersentak dan sebelum dia beredar, dia sempat mengucapkan, "Thank you Ms." Dan tanpa disangka-sangka, seorang daripada gadis pakistan yang sedang mendengar 'debat' itu berkata, "Hey young man, if you don't believe in Quran you can go to HEll..." Pemuda itu menoleh dan hanya tersenyum. Saya yang masih berdiri di situ rasa ingin menepuk dahi dan hanya berkata di dalam hati, "aduhai, kenapalah budak perempuan ni tak reti nak bercakap dengan berhemah."


Itulah antara kenangan dan peristiwa yg mencabar saya supaya sentiasa bersedia utk berhujjah. Betapa kita perlu menyediakan diri kita supaya dapat menjawab soalan2 daripada mereka yg ingin mencabar keyakinan kita terhadap agama yg kita cintai. Dan apabila kita berhujjah, berdebat, berbincang..do it in a good manner. Dengan cara yg baik dan beradab.

Wassalam
Dr fauziah

Tuesday 28 June 2011

Kenapa ada org ingin murtad? hanya secebis cerita daripada pengalaman hidup org lain.


Assalamualaikum buat semua sahabat dan warga SIM.

Semoga semuanya sentiasa di dalam rahmat dan keberkatan Allah yg Maha Pemurah dan Maha Pengasih.

Hampir 3 minggu menyepi diri kerana terikat dengan tugasan yang perlu disiapkan dengan segera. Namun sempat juga saya membaca tulisan2 rakan2 SIM yg lain tertamanya tentang kes LIna Joy dan isu murtad. Bila bercakap tentang murtad, kebanyakan kita selalunya lebih cenderung mahu menghukum org yg ingin keluar agama Islam. Amat sedikit yang mahu bertanya kenapa perkara ini terjadi. Bagaimana mahu menyelamatkan aqidah seorang insan yang merupakan saudara seagama kita.

saya pernah terlibat di dalam satu kajian mengenai permohonan murtad di sebuah negeri. Saya tidak boleh menyebutkan negeri tersebut kerana kajian tersebut diklasifikasikan sebagai kajian sulit. Jadi, cukuplah kalau saya menyebut secara umum, kenapa dan mengapa murtad berlaku.

Kajian itu mengambil 40 respondent yg memohon utk keluar agama Islam.Tetapi semua respondent tersebut bukan asal berbangsa Melayu. kebanyakannya adalah mereka yg diistilahkan sebagai saudara baru atau muallaf yg telah memeluk Islam dan kemudian ingin keluar daripada agama yg baru dianuti.

Kenapa?
Lelaki dan perempuan China atau India yang bernikah dengan orang melayu Islam yang kecewa dengan cara suami atau isteri melayan mereka. Ada seorang lelaki yg memeluk Islam selama 9 tahun ingin kembali kepada agama asalnya selepas bercerai dengan isterinya. Katanya, "saya sangat sayangkan isteri saya, tetapi isteri saya tinggalkan saya sebab lelaki lain. saya tak pernah tinggal sembahyang dan puasa, anak2 pun saya bawa ke masjid utk sembahyang berjemaah.Tetapi isteri saya tidak sukakan saya lagi. Saya sangat kecewa dengan isteri saya.'

Seorang wanita yang memeluk Islam kerana ingin bernikah dengan lelaki Melayu pula bercerita. "kami bernikah suka sama suka. sya cintakan suami saya.Saya sanggup berhenti kerja sebagai model dan jadi surirumah sepenuh masa. Berpuluh ribu duit saya habis utk suami saya, tetapi dia curang. dia ada perempuan lain sebagai kekasih. saya rasa tertipu. Kini saya sudah tidak mahu sembahyang lagi sebab suami saya pun tidak sembahyang, tidak puasa dan main perempuan. Saya sedang berusaha utk dapatkan cerai dan balik ke agama saya.".

Itu cuma dua cerita yg dapat saya sebutkan di sini.Betapa beratnya tugas seorang lelaki atau perempuan Melayu beragama Islam yang bernikah dengan orang bukan Islam. Tanggungjawab bukan hanya sekadar memberikan nafkah makan minum, pakaian dan wang, tetapi tugas mendidik suami atau isteri yang baru memeluk Islam itu amat berat. Kalau diri sndiri pun sudah berjalan senget, bagaimana mahu membetulkan orang lain? Kalau diri sendiri sudah liat dan tidak mahu dekat dengan tikar sembahyang bagaimana mahu mendidik suami atau isteri yang baru ingin mengenali agama Islam?

Baru petang tadi saya menerima beberapa sms yg berbunyi, "Dr, saya adalah wanita Melayu yang mempunyai 5 org anak. Suami saya juga melayu, tapi entah macamana saya dan suami telah memeluk agama lain pada tahun sudah. Tapi syukur, dengan bantuan beberapa org ustaz dan kawan, kami kembali ke pangkal jalan.tetapi masyarakat menghukum kami Dr. Hingga saya terasa ingin kembali murtad. dan sekarang saya sudah mula menghubungi kawan2 saya yg beragama lain itu. Dan mereka memang sentiasa mahu menolong saya. banyak perkara yang buat saya keliru Dr, tapi saya belum bersedia menceritakannya.Cuma saya benar2 mahu keluar daripada agama Islam semula sebab saya rasa saya tidak mampu menjadi org Islam yg baik. Bila anak saya yang bersekolah agama melaungkan azan di surau, mereka berkata, kenapa suruh anak org murtad laungkan azan? Dan sekarang anak saya dan suami pun sudah tidak mahu ke surau. Sampai begitu sekali mereka menghukum kami Dr. Saya yakin Allah itu wujud dr..tetapi saya keliru, buntu. maafkan saya keran amengganggu Dr."

Ya Allah, terasa nak menitis airmata saya membaca sms2 yg dikirimkan kepada saya. Saya cuma dapat memberitahu wanita ini, "kalau manusia menghukum kita, itu cuma perkara kecil. tetapi kalau kita menghukum diri sendiri hingga kita meninggalkan Allah kitalah yang akan menjadi manusia yg rugi dunia dan akhirat. kalau boleh, berilah saya satu peluang utk mendengar cerita Puan dari mula sampai akhir.saya sedia mendengarnya.

Kata wanita ini lagi, "dulu saya ingin mengadu masalah, tetapi org tu kata, tak usah ganggu aku dengan masalah kamu. Kamu org yg sudah sesat. Sebab tu saya tak mahu mengganggu Dr."

Akhirnya saya hanya mampu berkata, "Sis, if u need an ear to listen, I'll be there for you. If you need a shoulder to cry on, I'll be there for you. sms lah saya atau call bila you bersedia utk bercerita. Dan sama-samalah kita berdoa agar Allah tidak menarik balik petunjuk dan hidayah yang telah diberikan kepada kita."

Janganlah menafikan bahawa ada org melayu yg ingin keluar daripada agama Islam kerana tidak mendapat bimbingan yg sewajarnya. Ada yg hilang keyakinannya kepada Islam kerana sikap buruk seorang isteri atau seorang suami yang diharapkan menjadi pembimbing. Ada yg merasakan islam itu kejam, sedangkan islam itu amat cantik. Tetapi imej islam itu dirosakkan oleh manusia yg tidak ada akhlak Islam.

kadang2 sikap kita yg suka berburuk sangka, yg suka menghukum daripada menyayangi juga menjadi sebab org lain ingin keluar daripada Islam. kenapa kita tidak mahu penuhkan hati kita dengan kasih sayang sesama insan?

Nasihat ikhlas daripada saya, terutamanya kepada mereka yg ingin bernikah dengan orang yg bukan asalnya beragama Islam, jagalah amanah daripada Allah. Tugas mereka yg bernikah dengan 'saudara baru' ini adalah amat berat.

Tetapi sejujurnya, saya lebih bimbang dengan org2 yg 'separuh murtad', mengaku Islam, tetapi tidak bersolat, tidak berpuasa. Wanita2 pula bukan sekadar tidak menutup aurat, tetapi mendedahkan aurat ke tahap yg amat membimbangkan. Anak2 muda pula semakin hilang rasa mahu menjaga maruah diri. hingga kadang2 kita terfikir, akhlak org bukan islam itu lebih baik daripada yg mengaku Islam.

"Ya Allah, hidupkanlah kami dalam Islam dan iman, dan matikanlah kami dalam Islam.dan iman kepadaMu"

Wassalam
Dr fauziah

Tuesday 14 June 2011

Mimpi tidak selalu indah, hidup tidak selalu payah

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat pembaca dan warga SIM,
sekadar ingin berkongsi pengalaman hari ini. Moga ada yg dapt dijadikan pengajaran.

Pagi hari sebelum ke pejabat, mendapat satu panggilan dari seorang kenalan mengadu tentang suaminya yg ingin berkahwin lain. Tetapi utk mempastikan isteri pertamanya tidak mendapat apa-apa, semua harta telah ditukar kepada nama org lain. Kemudian si suami meminta dirinya diisytiharkan sebagai muflis oleh Mahkamah. Rumah yg didiami oleh isteri dan anak2 bakal disita. Ketika suami mula membuat onar, isterinya tetap mengatakan suaminya adalah suami yg baik dan tidak akan menzalimi dia dan anak2. Ketika tahu suaminya tidur dengan wanita lain pun, isteri ini masih mengatakan suami aku tak bersalah. wanita lain yang menggoda dia. Dan hari ini barulah dia tersedar, suaminya memang hebat....

Pukul 11 pagi, dikunjungi seorang wanita dan gadis yg berwajah penuh duka. Rupa2nya gadis muda ini adalah isteri yang baru dinikahi sebulan, tetapi telah diceraikan oleh suaminya sebelum mereka bersama. alasan si suami ialah "saya belum bersedia menjadi suami kamu. belum bersedia meninggalkan ibu saya.belum bersedia tidur dengan wanita lain selain ibu saya." Walhal menurut isteri yg muda ini, selama seminggu di rumah mertuanya, si suami tidur di ruang tamu bersama abang angkat dan adik angkatnya (lelaki) yg belum berkahwin. Surat cerai dikirimkan dari luar negara dan surat itu ditandatangani oleh si suami dan disaksikan oleh adik angkat dan abang angkat suaminya. Hebatnya lelaki menggunakan kuasa talak yg diberikan kepada mereka. Maruah isteri dan keluarga mertua menjadi taruhan.

Menangislah kalau itu boleh mengurangkan kesedihan di hatimu dik. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Siapalah kita utk menolak takhdir Allah. Cuma, jika mahu tuntutlah hakmu sebagai isteri yang dimalukan. Isteri yang maruah diri dan maruah keluarga diinjak-pinjak di kaki manusia. Bangunlah dari kedukaan yg amat berat ini, masih ramai yang bersamamu dik. Moga diberikan kekuatan utk terus menghadapi cabaran hidup ini. Yakinlah Allah telah menyelamatkanmu daripada bakal dizalimi oleh seorang lelaki bernama suami.

Pukul 1.00 tengahari, mendapat panggilan daripada seorang sahabat di Perlis. "aku baru kehilangan seorang anak, berumur 13 tahun. Dia mati lemas kerana terjatuh di dalam sungai semasa hendak ke sekolah. Aku menunggu ucapan takziah darimu tapi kenapa tidak ada panggilan langsung? Berkali-kali aku cuba hubungimu, tapi tak berjaya. kemanakah kamu sahabatku di saat aku memerlukanmu?"
Maafkan aku sahabat, aku benar2 tidak tahu tentang kehilangan anakmu. Tabahkanlah hati, yang pergi tetap pergi. Hanya menanti perhitungan di sana. tetapi kita yang masih hidup ini yg perlu berfikir, bagaimana cara hidup kita selepas ini. Makin dekatkah kita dengan Allah atau makin jauh? Giliran kita juga akan menyusul selepas ini. esok atau lusa hanya Allah yang tahu.

8.00 malam, menerima panggilan daripada seorang anak gadis yg dipanggil adik sejak setahun lalu. Mendengar kesedihannya bercerita tentang hati yg remuk dikecewakan oleh lelaki yg amat dikasihinya. Dimaki hamun setelah memberikan harapan kepada gadis ini. Betapa hatinya masih merindui lelaki yg pernah singgah di hatinya dan memberikan seribu harapan, dan pernah memberikannya hadiah. berhentilah mengejar lelaki yang tidak tahu menghormati seorang perempuan dik, apa yg ingin diharapkan dari seorang lelaki yg begini sikapnya. Yang penting maruah diri masih belum tercemar. Kesedihan di hatimu adalah bagai hujan yang lebat, suatu hari nanti hujan itu pasti reda juga. Tidurlah dengan aman adikku. Tak usah dikenang lagi pada yg tak sudi. semoga Allah mempertemukanmu dengan insan yg mulia hatinya, jujur dan menerima dirimu seadanya.

11 malam, membaca email daripada seorang insan yg mengadu masalah sahabatnya yang telah terlanjur dengan kekasih kemudian ditinggalkan seperti sampah. Kekasih hati pula telah bernikah dengan gadis lain yang suci. Apa yg perlu dibuat? Tidak ada manusia yang tidak membuat atau berbuat salah. Yang penting belajarlah dari kesilapan silam. Berusahalah utk tidak mengulanginya kesilapan itu. Lelaki yg sedang berbahagia itu biarkanlah dia, pasti ada balasan dari Allah sedang menantinya. kalau terlepas di dunia, tunggu saja di akhirat. Allah itu maha Adil dik....
bila kita bersalah kepada Allah, bertaubatlah, moga masih ada esok yg cerah buat kita. Hari semalam adalah sejarah yg hanya perlu dilihat sebagai pengajaran. bukan sebagai penghalang mencari kebahagiaan. Cintakan manusia, manusia akan mati. Cintai manusia, manusia akan pergi meninggalkkan kita, lalu cintailah Allah kerana itu cinta yg hakiki.

Mimpi tidak selalu indah, hidup tidak selalu payah.

"Sharing the happiness is to double it, sharing the sadness is to reduce half of it."


wassalam

 Dr Fauziah updated : 15/Jun/2011