Assalamualaikum dan selamat pagi.
Hari ini saya, suami dan anak2 akan bertolak ke Kempadang, Kuantan untuk program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh CENSERVE, UIA. Sekali lagi insyaAllah akan berganding bahu dengan ex student saya merangkap sahabat saya Dr Haniff Ahamat sebagai ahli forum. Kali pertama kami berganding bahu di Batu Kurau, Perak pada awal Muharram tahun lepas.
Seorang rakan FB saya bertanya tentang penggunaan perkataan insyaAllah yang sudah sebati di dalam hidup kita. Katanya, ada yang kata, kalau kita menulis insyaAllah, maksudnya adalah mencipta Allah. Jadi kita perlu menulis In sya Allah, yang bermaksud jika dikehendaki oleh Allah.
Bagi saya kita perlu melihat isu ini daripada sudut 'uruf atau custom. Dalam custom kita orang Melayu Malaysia, insyaAllah sudah diterima pakai di dalam urusan seharian kita, termasuklah di dalam urusan surat menyurat. Secara tidak langsung ianya menjadi customary word. Dan customary word akan diterima pakai selagi ianya tidak bercanggah dengan Syariat Islam. Bagi saya, InsyaAllah adalah satu perkataan yang terhasil dari 3 kalimah iaitu In, Sya, dan Allah. Bila digabungkan, akan jadilah InsyaAllah. dari segi pronouncement atau bunyinya..tetap sama dengan tulisan jawi.
Bagi saya tidak salah menggunakan tulisan InsyaAllah, kerana kita membunyikan dengan bunyi yang betul. Tapi kalau ada yang nak menggunakan In Sya Allah atau In sha Allah, silakanlah. tapi bila kita menulis surat rasmi dan sebagainya, InsyaAllah yang akan digunakan sebab ia adalah customary word yang telah digunakan dan diterima pakai sejak dulu. Sama juga dengan perkataan EX yang bermaksud bekas atau former.
Selalunya Ex bermaksud sesuatu yang yang pernah ada kaitan atau hubungan dengan kita dan sekarang hubungan itu sudah tinggal kenangan atau sejarah. Ex Husband, Ex wife, ex girlfriend, exboyfriend, ex mak mertua, ex pak mertua dan ada juga disebut ex student dan ex lecturer atau bekas guru, bekas pensyarah. Kaalu kita fikirkan betul2, tidak ada istilah ex teacher dan ex student atau ex lexturer. Kenapa tidak ada? sebab hubungan seorang guru dan muridnya, pensyarah dan pelajarnya tidak pernah putus sehingga hari khiamat. Tetapi disebabkan sudah menjadi customary word dalam masyarakat kita Ex itu boleh digunakan untuk pelajar dan guru. maka kita juga akan menggunakan perkataan Ex student dan ex lecturer.
Tetapi saya bersetuju, perkataan Akum tidak boleh digunakan, sebab perkataan yang kita guna adalah assalam atau assalamualaikum saja. Akum di dalam bahasa Hebrew bermaksud binatang. Jadi elok kita gunakan saja asSalam atau assalamualaikum.
Itu saja yang dapat saya jelaskan, dan kalau ingin tahu lebih lanjut tentang penggunaan 'uruf di dalam Islam, boleh rujuk kepada buku2 Islamic Jurisprudence atau Usul al-Fiqh.
yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari saya.
Wassalam.
Dr/madam Fauziah.
DOA MASUK PASAR
6 years ago
0 comments:
Post a Comment