Wednesday 19 December 2012

Baikilah hubungan dengan Allah.


Assalamualaikum,

Jadual yang padat hari ini tapi sekadar ingin menyampaikan sedikit kata2 Prof Dr Muhaya. yang saya dengar di radio IKIM ketika memandu tadi. Saya sangat bersetuju dengan kata-kata Prof Muhaya, "kalau kita mempunyai masalah, periksalah 3 perkara, pertama, adakah kita menjaga solat kita? kedua, adakah kita menjaga aurat kita? ketiga adakah kita menjaga hubungan dan pergaulan kita?"

Nota saya:
Kalau kita gagal menjaga tiga perkara ini, tidak perlulah membuang masa mencari kaunselor atau ahli psikologi atau mana-mana ustaz/ustazah. betulkan hubungan kita dengan Allah dan betulkan hubungan kita sesama manusia.

Kita berharap Allah membantu masalah kita selesai, tetapi perintah Allah kita tidak ikut. Larangan Allah kita langgar. Jadi, bagaimana hidup kita akan tenang? Jangan bergantung harap kepada manusia, kerana zat yang paling hebat adalah ALLAH. Kata seorang bijak pandai, 'Orang yang lemah bergantung kepada orang yang hebat, tetapi orang yang hebat ialah orang yang bergantung kepada ALLLAH sepenuhnya."

Jadi saya suka menasihati diri saya dan semua sahaabt2 saya...."pastikan kita mendengar cakap Allah dan RasulNYA, sebelum kita mahu Allah mendengar doa kita. Jadilah orang hebat dengan mengubah diri sendiri terlebih dulu sebelum mengubah orang lain. Kasihilah diri sendiri sebelum meminta orang lain mengasihi kita. Dan sebaik-baik kasih ialah kasih yang tidak pernah bersyarat dari Allah dan RasulNYA"

wassalam
Madam/Dr fauziah

Saturday 15 December 2012

Apakah hukum Rebonding Rambut?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.




 Selamat berhujung minggu bersama keluarga yang disayangi atau bersama diri kita yang kita sayangi. Seorang rakan FB saya bertanya pendapt saya tentang hukum merebondingkan rambut. Dalam kesibukan di kampus dan kesibukan sedang berkemas rumah sebelum berpindah ke Kedah...saya cuma dapat mencari artikel di bawah ini untuk dikongsi bersama. Artikel ini telah saya edit agar dapat menjadi tulisan yang lebih padat wlaupun ringkas. Harap dapat memberikan manfaat untuk kita semua. 

"Rambut adalah bulu yang tumbuh di kepala atau sesuatu yang seperti rambut. (Kamus Dewan: 1094). Dalam Islam, terdapat pelbagai hukum yang terkait dengan rambut seperti mencukur rambut anak yang baru lahir, masalah mengqaza‘ rambut, menyambung rambut dan mewarnainya. Rebonding juga
termasuk dalam perbuatan yang melibatkan rambut, jadi hukumnya perlu diperincikan.

Sebelum permasalahan hukum rebonding ini dikupas, adalah wajar untuk kita mendalami realiti dan fakta proses rebonding itu sendiri . Rebonding adalah satu proses yang dilakukan untuk meluruskan rambut agar rambut menjadi lebih lurus dan lebih indah. Proses rebonding mempunyai dua peringkat iaitu:
Pertama, rambut disapu dengan krim tahap pertama untuk membuka ikatan protein rambut. Kemudian rambut dikepit seperti diseterika dengan alat pelurus rambut bersuhu tinggi. 

Kedua, rambut disapukan dengan krim tahap kedua untuk mengekalkan kelurusan rambut. Proses rebonding melibatkan proses kimia yang mengubah struktur protein dalam rambut. 
Protein pembentuk rambut manusia dinamakan keratin, yang terdiri dari unsur cystine iaitu sebatian asid amino yang memiliki unsur sulfida. Ikatan disulfida -S-S- dari cystine inilah yang paling penting dalam menentukan bentuk rambut kita. Rambut berbentuk lurus atau kerinting disebabkan keratin mengandungi ikatan disulfida yang membuat molekul mengekalkan bentuk-bentuk tertentu. 

Dalam proses rebonding, sejenis krim khas disapu ke atas rambut bertujuan untuk membuka/memutuskan ikatan disulfida itu, sehingga bentuk rambut yang kerinting menjadi lurus. Proses rebonding menghasilkan perubahan yang kekal pada rambut. Namun rambut baru yang tumbuh dari akar rambut akan tetap mempunyai bentuk rambut yang asli. Jadi, rebonding bukan pelurusan rambut biasa yang hanya menggunakan rawatan fizikal , tetapi juga menggunakan rawatan kimia yang mengubah struktur protein dalam rambut secara kekal. 

Apakah Hukumnya Menurut Syarak?

Menurut kajian kami, melakukan proses rebonding hukumnya adalah haram kerana dua sebab iaitu mengubah ciptaan Allah dan menipu. Hukum rebonding adalah haram kerana ia termasuk dalam proses mengubah ciptaan Allah (taghyir khalqillah ) yang telah diharamkan oleh nash-nash syara’. Dalil keharamannya adalah keumuman firman
Allah yang bermaksud: “ Dan aku (syaitan) akan menyuruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu mereka benar-benar
mengubahnya" an-Nisaa` (4): 119]. 

Ayat ini menunjukkan haramnya mengubah ciptaan Allah, kerana syaitan tidak menyuruh manusia kecuali kepada perbuatan dosa.
Mengubah ciptaan Allah (taghyir khalqillah) didefinisikan sebagai proses mengubah sifat sesuatu sehingga seakan-akan ia menjadi sesuatu yang lain (tahawwul al-syai` ‘an shifatihi hatta yakuna ka`annahu syaiun akhar ), atau bermakna menghilangkan sesuatuyang asal itu sendiri (al-izalah). 
[Hani bin Abdullah al-Jubair, Al-Dhawabit al-Syar’iyah li al-‘Amaliyat al-Tajmiliyyah, halaman 9].

Dari definisi tersebut, dapat kita ketahui bahawa rebonding termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah ( taghyir khalqillah ), kerana rebonding telah mengubah struktur protein dalam rambut secara kekal sehingga mengubah sifat atau bentuk rambut asli menjadi sifat atau bentuk rambut yang lain. Dengan demikian,hukum rebonding adalah haram.

Selain dalil di atas, keharaman rebonding juga didasarkan pada dalil Qiyas. Dalam hadis Nabi SAW, diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud RA, baginda bersabda: “Allah melaknat wanita yang mentatu dan yang minta ditatu, yang mencabut bulu kening dan yang minta dicabutkan bulu keningnya, mereka telah mengubah ciptaan Allah
.” [HR Bukhari].

Hadis ini telah mengharamkan beberapa perbuatan yang disebut di dalam nash, iaitu mentatu, minta ditatu, mencabut atau minta dicabutkan bulu kening. Keharaman perbuatan-perbuatan itu sesungguhnya didasarkan pada suatu illat (alasan penetapan hukum), iaitu untuk tujuan kecantikan dengan mengubah ciptaan Allah (thalabul husni bi taghyir khalqillah). 

Dengan demikian, hukum rebonding adalah haram, kerana dapat diqiyaskan dengan perbuatan-perbuatan haram tersebut, apabila ada kesamaan illat , untuk tujuan kecantikan dengan mengubah ciptaan Allah. Sebahagian ulama telah menyimpulkan adanya illat dalam hadis tersebut, sehingga mereka mengambil kesimpulan umum dengan jalan Qiyas , iaitu mengharamkan segala perbuatan yang memenuhi dua unsur illat hukum, iaitu mengubah ciptaan Allah dan untuk tujuan kecantikan. 

Abu Ja’far Ath-Thabari berkata,”Dalam hadis ini terdapat dalil bahawa wanita tidak boleh mengubah sesuatu dari apa saja yang Allah telah menciptakannya atas sifat pada sesuatu itu
dengan menambah atau mengurangi, untuk tujuan kecantikan, baik untuk suami mahupun untuk selain suami.” [Imam Syaukani, Nailul Authar, 10/156; Ibnu Hajar, Fathul Bari, 17/41; Tuhfatul Ahwadzi, 7/91].

Hukum rebonding adalah haram kerana ia juga termasuk dalam penipuan. Muawiyah berkata: "Sesungguhnya Rasulullah saw menamakan rambut palsu sebagai penipuan ." [Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.]

Oleh kerana proses rebonding mengubah bentuk rambut daripada satu bentuk menjadi bentuk yang berbeza daripada bentuk asal, maka ia dianggap sebagai penipuan. Adapun meluruskan atau mengerintingkan rambut tanpa rawatan kimia yang mengubah
struktur protein rambut secara kekal, iaitu hanya melalui rawatan fizikal seperti menggunakan alat penggulung plastik dan yang sejenisnya, hukumnya boleh. Sama juga hukumnya dengan perubahan yang bersifat sementara seperti dengan bersikat,
dan mendandan rambut. Malahan ini perkara yang disunatkan. 

Nabi saw bersabda: "Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya (menjaga kebersihan rambutnya)." [Hr Abu Daud - Hadis Hasan sahih] 

Ini adalah kerana ia tidak termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah, tapi termasuk tazayyun (berhias) yang dibolehkan bahkan dianjurkan syara’, dengan syarat tidak boleh dipamerkan
kepada yang bukan mahram. 

Wallahu a’lam.
Sumber: Konsultasi Islam

..........................................................................................
NOTA SAYA:
Setahu saya selepas melakukan rebonding, rambut yang telah diluruskan itu tidak boleh dibasuh selama 7 hari atau seminggu kerana dikhuatiri akan menghilangkan kimia yang telah disapu ke rambut. Oleh itu, maknanya dalam masa 7 hari ini, orang yang hendak bersoalt tidak boleh membasahkan rambutnya walaupun hukum yang wajib adalah membasahkan kepala. Jadi, bagaimana nak basah kepala kita kalau air tidak boleh lalu di atas rambut kita?

Keduanya, kalau mereka yang telah bernikah, bagaimana dengan mandi wajib mereka? sedangkan syarat sah mandi wajib adalah membasahkan seluruh rambut dan kulit serta rongga2 di tubuh kita? adakah hanya kerana ingin menjaga rambut yang di rebonding maka, si isteri tidak boleh melayan suaminya jika suaminya mahu bersama kerana kalau bersama, mandi wajib adalah WAJIB selepas itu. kalau tidak mandi wajib bagaimana hendak sembahyang? Adakah kerana rebonding rambut, maka kita perlu korban rukun Islam iaitu SOLAT atau PUASA kita?

Ada yang berkata buat rebonding rambut kerana suami yang suruh. Bagi saya, kalau suami yang faham hukum hakam dalam Islam dan faham sabab dan musabbab, cause dan effect tidak akan menyuruh isterinya melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan ibadah isterinya. Suami yang tanggung dosa? NO...suami tanggung dosa sebab menyuruh dan isteri dapat dosa kerana ikut cakap suami yang menyebabkan berlaku dosa. Dua-dua orang dapat saham.

Kenapa rebonding rambut? sebab tidak puas hati dengan apa yang Allah berikan kepada kita? Sebab rasa, suami atau boyfriend lebih penting dari Allah dan hukumNYA? Tepuk dada tanya iman..jangan tanya selera kerana hidup dan mati kita bukan kerana manusia. tapi kerana Allah.

"Aku redha Allah itu Tuhanku, Muhammad s.a.w itu Nabi dan Rasulku, agama Islam itu agamaku."

Wassalam
madam/Dr Fauziah.

Kenapa menghantar anak ke sekolah agama?


Assalamualaikum, dan selamat pagi. 


Hari Jumaat datang lagi...syukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk terus menghirup udara pagi di hari Jumaat yang mulia ini. Pagi ini saya terbaca satu statu s di wall sebuah grup yang berbincang tentang menghantar anak-anak ke sekolah agama. Ada yang bertanya, adakah sekolah agama itu pilihan terbaik dan adakah kera
na ibubapa ingin melepaskan tanggungjwab mendidik anak-anak mereka kepada guru2 sekolah agama?

Saya datang dari sekolah agama atas pilihan saya sendiri sewaktu berumur 13 tahun. kata orang kampung waktu itu, apalah nak jadi nanti, kerja apalah yang nak dapat nanti? tapi..alhamdulillah, bila saya masuk UM, org kampung mula sedar, orang sekolah agama bukannya manusia kolot. bila dapat sambung pengajian peringkat sarjana dan Phd di England, ramai yang bertanya dan berkata, "tak sangka orang sekolah agama pun boleh sampai ke England." tapi ada satu komen yang sangat menarik hati saya, "Fauziah, makcik suka tengok hang..dunia dapat, akhirat pun dapat."

Dunia dapat, akhirat pun dapat..itulah tujuan ibubapa menghantar anak2 ke sekolah agama. saya sanggup berjauhan dengan anak saya yang ketiga dengan menghantarnya ke Raub untuk bersekolah agama. tujuan hanya satu, kalau dia tidak berjaya di dunia, semoga di aberjaya di akhirat. sekurang2nya dia mampu membaca al-Quran untuk saya bila saya mati nanti. dia boleh memandikan jenazah saya bila saya mati nanti. dia boleh menjadi imam kepada isteri dan anak2 dia nanti. anak yang dulu merangkak2 membaca al-Quran kini lancar membaca Quran dan menghafal Quran.

Syukur, hari ini anak2 saya tidak perlu mencari buku rujukan apabila mereka ingin tahu sesuatu hukum termasuk tajwid. Ibu mereka yang bersekolah agama boleh menjawab soalan2 mereka tentang haidh, tentang darah istihadah, tentang batal atau tidak puasa kerana sesuatu perkara. dan kalau mereka membuat kesilapan di dalam bacaan Quran, ibu mereka boleh membaiki tajwid mereka. dan sekarang ni anak2 yang sudah besar pula membaiki tajwid adik2. Bab menjaga aurat juga lebih mudah, sebab mereka sudah biasa bertudung di sekolah sejak kecil. 

Ada yang berkata, sekolah agama pun ada kes buli, kes gangster dan lain-lain. Di mana-mana pun ada manusia yang baik dan kurang baik. Ada juga pelajar2 yang tidak bersekolah agama tepai lebih baik daripada pelajar2 yang bersekolah agama. Itu hakikat yang tidak akan dinafikan. Tetapi yang lebih penting, apa yang diperolehi oleh anak2 kita yang bersekolah agama. Sekurang2nya mereka telah dihantar ke tempat yang mempunyai persekitaran yang lebih baik daripada persekitaran yang kurang baik. 

Kelima2 anak saya dihantar ke sekolah agama dan yang masih bersekolah rendah sekarang belajar di sekolah agama swasta di bawah kelolaan ABIM. Semoga akan lebih ramai para doktor yang datang dari sekolah agama, arkitek, engineer, akauntan dan ahli profesional lain yang mempunyai latar belakang pendidikan agama. Semoga akan lebih ramai para profesional yang menghafal al-Quran. Dan bagi saya, sekolah agama adalah pilihan terbaik bukan saja untuk dunia, tetapi untuk akhirat anak-anak saya. semoga Allah tidak akan tanya saya lagi di akhirat nanti, "kenapa tidak mendidik anak-anak kamu dengan ajaran Islam?"

Dan hari ini saya sangat berharap semoga akan lebih banyak sekolah agama di peringkat rendah dan menengah. semoga lebih banyak MRSM yang menjadi MRSM Ulul Albab seperti di Kepala batas, Pulau Pinang.

"Ya Allah, jadikanlah kami hamba2MU yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Wassalam

Madam/Dr Fauziah.

Monday 3 December 2012

Kisah Paku dan Kayu.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seorang lelaki mempunyai seorang anak lelaki berumur 10 tahun. Pada suatu hari si ayah membina pagar di sekeliling rumah mereka. Kata si anak, "cantiknya pagar yang ayah buat ini." Si ayah hanya tersenyum mendengar pujian ikhlas dari anaknya. Keesokan harinya si ayah memberikan segenggam paku kepada anaknya dan berkata, "Anakku, ambil paku2 ini dan letakkanlah paku ini di pagar yang ayah telah buat semalam."

Si anak dengan gembiranya mengambil tukul dan mengetuk paku ke setiap pagar kayu yang dibuat oleh ayahnya. dia sangat bangga dengan kerjanya itu dan dalam beberapa minit saja semua paku yang berada di dalam genggamannya habis. Keesokan paginya, si ayah mengajak anaknya melihat paku2 yang telah diketuk di pagar-pagar di keliling rumah mereka. Kata si ayah, "baiklah, sekarang cuba cabut semula paku-paku yang tertanam di kayu-kayu pagar tu." Si anak kehairanan, tapi dia terus melakukan kerja itu dengan gembira. "senang saja kerja ni ayah.." kata si anak.

Dalam masa beberapa minit saja, si anak berjaya mencabut semua paku-paku yang melekat di kayu pagar. Dengan bangga dia memanggil ayahnya dan memberitahu, "Semua dah selesai, ayah." Si ayah tersenyum dan memanggil anaknya, "Nak, mari ayah tunjukkan sesuatu kepadamu. Ada sesuatu yang ingin ayah beritahu padamu." Si anak mendekati si ayah dan tertunggu-tunggu apa komen ayahnya terhadap kerja2nya.

Si ayah dengan tenang menjelaskan, "Anakku, pada hari ayah membina pagar ini, kamu mengatakan cantiknya pagar yang ayah buat. Kemudian kamu meletakkan paku di setiap kayu-kayu pagar rumah ini. Dankemudiannya kamu telah mencabut paku-paku itu semula. Memang mudah mencabut paku-paku itu dari kayu pagar, tetapi cuba kamu lihat anakku...apa yang berlaku kepada pagar rumah kita yang cantik itu. Semuanya menjadi buruk kerana bekas paku tersebut walaupun paku-paku itu dah dicabut. Kamu tahu apa pengajaran yang kamu boleh dapat daripada perbuatan ini?

Si anak menggeleng kepala tidak faham. Jelas si ayah, "Anakku, paku-paku tajam itu adalah ibarat kata-kata yang pedih dan beracun. Sekali kamu melekatkan paku itu di pagar, paku itu akan melekat di situ. Dan bila kamu mencabut paku-paku itu, kamu lihat, bekas paku-paku itu tetap ada di kayu pagar dan mencacatkan keindahan pagar tersebut. Begitu juga dengan kata-kata pedih, kata-kata kesat atau bahasa beracun yang kita sebut kepada orang lain."

"Walaupun kamu meminta maaf, tetapi luka di hati insan yang mendengarnya tetap ada. Tidak pernah akan hilang. Oleh itu anakku, berhati-hatilah di dalam setiap tutur katamu. Jangan dirosakkan hubungan yang indah hanya kerana kata-kata berbisa atau bahasa beracun. Lidah memang lembut dari gigi, tapi ingatlah...lidah juga lebih tajam daripada pedang. Ia mampu melukkan hati manusia, dan mampu membunuh jiwa manusia. Apatah lagi jika orang yang kamu hadiahkan kata-kata beracun itu adalah orang yang rapat dengan kamu."

Pengajarannya, berhati-hatilah bila bercakap. Luka berdarah tinggal parutnya, luka di hati siapa tahu. Sebab itu juga, pepatah Melayu mengatakan "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya." Seorang anak, jangan sesekali menyakiti hati ibubapanya, seorang isteri jangan sekali-kali menyakiti hati suaminya, seorang suami jangan sesekali menghina isterinya, seorang ibu dan ayah, jangan sesekali menyumpah anak-anaknya.

Semoga Allah memberkati kita semua, semoga kita diberikan lisan yang lembut dan tidak menyakiti hati orang lain. "Ya Allah, kurniakanlah kepda lidah/lisan yang basah menyebut namaMU, dan hati yang kusyuk mengingatiMU dan bersyukur padaMu, dan badan yang ringan dan cergas untuk mengerjakan ketaatan kepadaMu. Amiin ya rabbal 'alamin.

wassalam

Madam/Dr fauziah

Kasihi dan hormatilah suami dan isteri anda.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Minggu ini, saya bertemu dua orang sahabat saya. Sahabat pertama seorang wanita yang telah bernikah hampir 30 tahun. Dari usianya muda hingga hampir berumur 47 tahun, sahabat saya ini tidak habis2 dirundung dertia dan berendam air mata. Kesabarannya sangat tinggi, dimaki hamun oleh suami, disakiti dengan cerita cinta suaminya yang tidak henti2. paling menyakitkan hati saya, bila tahu sahabat saya ini dipukul hinga bengkak dan lebam mukanya. Tanya sahabat saya ini, "Zie, kenapa i terus menyayangi dan merindui dia walaupun i disakiti? Padahal apa yang dia tidak maki, sial..tak guna, semuanya disebut pada I. Kenapa I tidak ada kekuatan untuk melangkah keluar dari kesedihan macam Zie? Adakah kerana dia cinta pertama i, maka i terlalu sukar nak melupakan dia? terlalu sukar untuk melepaskan diri dari penderitaan ini?

Allahu Rabbi...apa yang harus saya katakan, hidup saya hanya berpegang kepada prinsip bersabar selagi mampu dan jangan sampai sabar itu menjadi dosa. Saya sangat hormat pada wanita yang sanggup bersabar berpuluh tahun walaupun disakiti, didera fizikal dan mental dan dalam masa yang sama masih mampu taat kepada suami yang 'bertuah' itu. Semoga syurga menantimu sahabatku.

Dan sahabat saya ini bertanya saya, "Zie,,percaya tak, i pernah memandu kereta laju2 dan berharap i akan mati dalam eksiden. pernah kereta I berpusing di jalanraya sebab I memandu laju2 dan berharap untuk mati." Sejujurnya saya percaya dan saya faham..kerana saya juga pernah melaluinya. Tapi Allah masih menyayangi dan memberi peluang untuk terus hidup dan mencari redhaNYA. Untuk apa kita mati kerana manusia yang tidak ada hati perut? hiduplah dalam redhaNYA sehingga kita dipanggil pulang pada waktu yang telah ditetapkanNYA.

Kes kedua, seorang isteri yang masih muda yang baru bernikah hampir dua tahun tapi kini sedang menuntut fasakh. Tidak tahan kerana disepak terajang oleh suami walaupun dalam keadaan mengandung hingga pernah keguguran sebanyak dua kali. Ketika saya bertemunya dua hari lepas, bdannya kurus kering dan mukanya cengkung. Katanya," sudah banyak hari saya tidak menjamah nasi." Aimatanya berlinang ketika saya mengajak dia makan tengahari bersama2 sambil mendukung bayinya yang berumur 8 bulan yang belum tahu apa-apa makna tentang hidup ini.

Katanya, " Madam..., betulkah kata orang, seorang isetri kena bersabar walaupun dibelasah oleh suami kerana syurga itu d bawah tapak kaki suami?"

Ya Allah....kenapakah ramai wanita yang masih berfikir sedemikian rupa? Di manakah syurga jikalau suami itu berlaku zalim kepada isterinya? Ya...kalau wanita itu dibelasah hingga mati mungkin dia akan memasuki syurga kerana kesabarannya. Tapi adakah tu perkahwinan yang diajar oleh Islam? pernikahan yang sepatutnya ada mawaddah dan rahmah bukan dengan penderaan fizikal dan mental. Sudahlah nafkah tidak diberikan, tubuh baddan dijadikan punchbag, maki hamun menjadi santapan telinga setiap hari. kalau sudah tidak ada cinta lagi, lepaskanlah isterimu dengan baik wahai lelaki. Dunia ini berputar, hari ini kamu mendera isterimua, esok lusa mungkin adikmu, kakakmu atau anak2 mu pula akan jadi mangsa penderaan. Insaflah wahai suami.

Kes ketiga pula, seorang lelaki yang didera oleh isterinya. Walaupun suami sudah cukup baik dan menunaikan tanggungjwabnya, si isteri masih tidak tahu bersyukur. tanggungjawab menjaga anak diserahkan kepada suami dan mertua, manakala isteri melayan FB. Mulut tidak habis2 memaki suami dan meminta diceraikan kerana sudah ada yang menunggu dan yang menunggu pula kononnya lebih kaya dari suaminya. Pernah handfon dibaling ke muka suaminya. Allahu Rabbi...salah siapa bila seorang isteri menjadi derhaka seperti ini? Salah ibubapa yang terlalu memanjakan anak perempuan mereka atau salah suami kerana terlalu baik?

Wahai suami yang terlalu baik ini...janganlah menjadikan kesabaranmu sebagai tempahan tiket ke neraka untuk isterimu yang derhaka. Nasihatilah dia dan jika dia degil, lepaskanlah dia. tak perlulah bersabar lagi kalau hanya menjadi dosa.

Kadang2 termenung memikirkan semua ini, betapa hidup ini kadang2 sangat sukar dimengertikan. Bila dapat isteri yang baik, suami buat hal. bila dapat suami yang baik isteri pulak buat hal. Belajarlah bersyukur apabila diberikan suami atau isteri yang baik. Jangan sampai menyesal ketika semuanya sudah terlambat. Jangan sampai menyesal ketika airmata darah pun tidak akan membawa dia kembali kepadamu.

KASIHILAH ISTERI DAN SUAMIMU. HORMATILAH SUAMI DAN ISTERIMU. dAN INGATLAH....SETIAP PERBUATAN KITA TERHADAP SUAMI DAN ISTERI KITA AKAN DISOAL DI AKHIRAT NANTI. BEGITU JUGA DENGAN KELUARGA MERTUA, JANGAN HANYA MENGHARAPKAN MENANTU KITA AKAN MELAYAN ANAK KITA DENGAN BAIK, TAPI SELALULAH BERPESAN KEPADA ANAK KITA SUPAYA BAIK TERHADAP ISTERI ATAU SUAMI MEREKA DAN MERTUA MEREKA. ALLAH AKAN MENGADILI DAN MEMBALAS SETIAP PERBUATAN KITA, LALU BERHATI-HATILAH DI DALAM MENJAGA AMANAH YANG DIBERIKAN KEPADA KITA.

Wasalam
Madam/Dr fauziah

Saturday 1 December 2012

Apa hukum makan vegetarian pork?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Hari berganti hari hari...masa terus berlalu meninggalkan kita. Tinggal sebulan lagi sebelum kita melangkah ke tahun 2013. 

Seorang pelajar saya yang sedang menjalani chambering bertanya kepada saya, apakah hukum makan vegetarian pork? Terkejut juga saya mendengar soalan tersebut. VEGETARIAN PORK? Dah tak ada makanan lain ke? Jawab pelajar saya, "tak perasan madam..lepas makan baru nampak tulis vegetarian pork. Rasa hati tak tenanglah pulak lepas tu."

Vegetarian Pork, memang dibuat daripada sayur2an saja, dan ditambah dengan perasa pork (daging khinzir). Saya tidak pasti, perasa pork itu dihasilkan daripada apa. Tapi bagi saya, seorang Muslim tidak wajar memakannya. Jawab pelajar saya, "buat daripada sayur saja madam."

Saya menarik nafas panjang, mengeluh dan bertanya lagi padanya, "Kalau ada orang jual vegetarian biawak, vegetarian frog, , vegetarian dog....you nak makan tak?". Pelajar saya tersentak dan berkata, "Madam ni...gelilah dengar semua tu." Saya cuma tersenyum dan bertanya, "Kenapa pula nak rasa geli..dalam Quran dan Sunnah bukan ada pun ayat-ayat yang haramkan makan biawak, katak atau anjing. Kenapa tak rasa geli nak makan vegetarian pork sedangkan pork itu memang diharamkan di dalam al-Quran?"

"Aaa..betul jugak ya madam." Jawab pelajar saya. Sepatutnya sebagai seorang Islam, kita perlu bersikap warak di dalam menjaga pemakanan kita. Kita bukan saja mesti menjauhi makanan2 yang haram, tapi kita juga perlu menjauhi makanan2 yang syubhah. Kita juga perlu mengelakkan makan atau minum makanan atau minuman yang ada unsur2 perkara yang diharamkan.

Minuman yang dipanggil Root beer, Ginger Beer mungkin sudah sebati dengan kita dan tidak menjadi isu lagi di dalam hdup kita. Tetapi kalau kita tergamak makan vegetarian pork, maknanya kita tidak bersikap warak dalam menjaga makanan dan minuman kita. Padahal kita tahu bahawa makan dan minuman yang kita ambil akan menjadi darah daging kita. Jangan dipandang ringan tentang makanan dan minuman yang kita ambil setiap hari. Semuanya adalah penting untuk minda kita, akal kita dan hati kita. 

Islam bukan saja mengajar kita supaya makan makanan dan minum minuman yang halal, tetapi makanan itu juga mestilah suci. Halaalan Toyyiba..halal dan baik serta suci. Walaupun makanan itu tidak haram, tetapi kita tetap perlu melihat kebersihannya dan kesuciannya. Murtabak atau martabak memang halal, tetapi kita kena pastikan telur2 yang digunakan itu dibasuh terlebih dahulu. Begitu juga dengan char kuew tiau, kita perlu pastikan telur itu dibasuh dan kuew tiaw itu adalah halal.

Halal sebenarnya bermula daripada permulaan sehinggalah makanan atau minuman itu dihidangkan. Kata seorang pakar industri halal, prinsip halal itu bermula dari ldang sehinggalah makanan atau minuman itu dihidangkan kepada kita. Lalu hati-hatilah dalam menjaga makanan dan minuman kita. Bersikap waraklah di dalam memberikan makanan dan minuman kepada anak2 kita.

Yang baik itu dari Allah, yang lemah itu dari saya sendiri.

Wasalam
Madam/Dr Fauziah.