Sunday 21 October 2012

RAMAI YANG TIDAK FAHAM DAN GAGAL MEMAHAMI


Assalamualaikum dan selamat pagi, 

Alhamdulillah terasa ringannya kepala saya pagi ini. Seperti membuang seketul batu yang membebankan kepala saya selama ini. Lapangnya rasa jiwa dan minda saya kera
na dapat meluahkan rasa dan rahsia yang saya simpan selama bertahun2 ini. Seperti kata pepatah Melalyu lama, "seperti membuang kutu ke laut." Tak perlu garu2 kepala lagi sebab kutu sudah dibuang ke laut. dan kutu itu pula adalah parasit yang hanya tahu menghisap darah dan membuat kulit kepala kita sentiasa gatal. Jadi memang elok kita buang saja kutu ke laut, biar hanyut di bawa ombak.

Tapi sayangnya ramai yang tidak faham apa mesej saya berterus terang. ada yang memang tidak faham dan ada yang tidak cuba faha. Tetapi alhamdulillah..masih ada yang faham kenapa saya mengambil risiko 'membusukkan' nama sendiri dengan 'membuka pekung di dada." Jadi, kepada semua rakan2 FB yang membaca tulisan saya ini, cubalah faham apa mesej yang tersurat di sebalik yang tersirat. Kerana apa yang terlihat di mata tidak semestinya sama dengan apa yang ada di hati.

Pertama, memang saya terpaksa membuka pekung di dada kerana mahu masyarakat di luar sana faham dan mengambil pengajaran daripada kisah pahit saya. sedar atau tidak, sejak saya mengambil keputusan bercerai, ada 4 orang sahabat saya yang sudah lama terdera dan didera perasaan, fizikal dan mental akhirnya bangun menuntut hak mereka. Bukan menuntut untuk berlaki dua atau tuntut semua harta untuk diri sendiri, tapi hanya menuntut hak untuk hidup tenang dan bahagia.

Kedua, ramai yang menyangkakan perempuan bernama Dr Fauziah ni wanita murahan yang sedang mencari publisiti dan glamour. Dan ada yang berfikir perempuan ini sedang mencari simpati. Minta maaf banyak2...kalau saya ingin mencari simpati, tentu sudah lama pelajar2 saya tahu masalah saya. Sudah 20 tahun saya menangis dalam diam, Allahyarhamhuma emak dan ayah saya tidak tahu masalah saya, adik2 tidak tahu, kawan2 tidak tahu, pelajar2 juga tidak tahu. Tapi saya hanya berkongsi kesedihan dengan kawan2 di alam maya seperti di Sahabat Interaktif Malaysia melalui tulisan2 saya sejak 4 tahun lalu. Luahan rasa di dalam bentuk cerita dan nasihat kepada para suami dan para isteri. Tapi ramai yang tidak tahu...itu adalah luahan rasa duka dari hati seorang wanita yang mereka sangkakan sangat bahagia kerana ada title DR. Kita tidak boleh hidup dengan simpati orang, yang kita harapkan cuma empati atau pengertian. Meminta orang lain meletakkan diri mereka di tempat kita sebelum menghukum dengan berbagai2 label cerita yang tidak benar.

Ketiga, saya selalu mengajar pelajar2 saya dan anak2 saya, hidup kita ini bukan hanya untuk diri kita sendiri. Hidup kita ini adalah untuk ISLAM, untuk agama yang kita cintai. untuk orang lain yang memerlukan pertolongan kita dari segi kewangan, dari segi semangat dan kata2 nasihat. Saya bukan orang kaya, tapi saya yakin saya sangat kaya dengan kasih sayang tanpa syarat. saya boleh menyayangi orang lain tanpa minta balasan atau dibalas. Seperti kata ustaz Pahrol Juoi...'kepada Allah kita meminta, kepada manusia kita memberi." Saya membuka rahsia semata-mata kerana mahu melihat orang lain insaf dan sedar....bukan kita sorang saja yang ada masalah.semua orang ada masalah, kecil atau besar. Yang penting bagaimana kita menangani masalah kita. Sejujurnya saya sangat rimas melihat manusia yang suak bersungut hanya kerana masalah kecil. Saya jadi rimas melihat manusia yang tidak tahu bersyukur. Saya mahu memberikan semangat kepada mereka yang senasib dengan saya. kepada orang yang berbahagia, anda boleh terus pejamkan mata anda. Peduli apa dengan tangisan orang lain, peduli apa dengan kesakitan orang lain, peduli apa dengan kesusahan orang lain, tapi saya diajar oleh ibubapa saya, datuk nenek saya supaya mengasihi orang lain seperti mengasihi diri sendiri.

Ketiga, saya mahu pelajar2 khususnya dan mereka yang belum bernikah, hati2lah meilih pasangan hidup. kerana perkahwinan bukan untuk main2...tapi siapa yang menjadi suami atau isteri kita sebenarnya adalah penentu ke mana kita selepas ini. Ke syurga atau neraka? Semua orang mahukan suami sebaik dan sehebat Ustaz Don Danial, semua orang mahukan isteri sehebat Prof Muhaya, sehebat dato' ustaz Siti Bahyah Mahmood....tapi kita perlu tahu, "Allah tidak berikan apa yang kita inginkan, tapi Allah akan berikan apa yang kita perlukan." Kerana perkahwinan itu adalah untuk saling melengkapi dan saling menguatkan.

Keempat, saya mahu rakan2 saya dan pelajar2 saya faham bahawa apa sekalipun ujian yang datang menimpa kita, kita perlu teruskan hidup. Tidak perlu menangis hingga buta seperti kassim Selamat dalam cerita "Ibu Mertuaku", tidak perlu putus asa hingga lupa matlamat hidup ini adalah untuk mencari redha Allah dan bukan nya redha manusia. Pandangan orang dan umpatan orang kepada kita tak akan menghancurkan kita. Kerana "hidup bukan hanya kerana doa, dan mati pulak bukan kerana sumpah manusia."

Kepada yang mahu memahami mesej2 saya di dalam tulisan2 saya...terima kasih. kepada yang tidak mahu memahami, NO OBLIGATION. Anda boleh teruskan cara hidup anda seperti enau di dalam belukar, tapi saya akan meneruskan cara hidup saya iaitu, kalau saya bahagia, saya mhu lihat orang lain bahagia. Dan kerana saya pernah derita, saya tidak mahu orang lain menderita.
Puan Hajjah Norlina yang menjaga anak2 yang menderita sakit aids dan hiv, pernah membisikkan ke telinga saya, "Dr fauziah, kalau saya boleh bawa semua orang ke syurga saya kan minta dari ALLAH, berilah semua orang masuk ke syurga ya ALLAH. jangan masukkan siapa pun ke dalam neraka. Tapi saya sedar, saya tidak ada hak menentukan itu semua, kerana syurga dan neraka adalah hak Allah untuk menentukan siapa bakal jadi penghuninaya. Kita hanya merancang, tetapi Allah menentukan. Seperti kata Prof Muhaya, " Kita mentadbir, tapi Allah mentaqdir." yang penting kita telah berusaha sebaik mungkin menjadi hamba Allah yang diredhai dan meredhai. maafkan saya jika ada kata dan bahasa yang mengguris rasa. Yang baik dari allah semata2...yang lemah itu milik saya sebagai hambaNYA.

wassalam
Dr fauziah.madam fauziah

2 comments:

hijanah said...

madam, saya menangis dan muhasabaah dri membaca kisah2 nasihat2 mdm. walaupun tidak pernah menjadi pelajar secara rasmi, tapi saya tetap menjadi pelajar madam dari kisah2 yang dinukilkan. jazakillah madam.

Fauziah said...

Terima kasih hijanah

Post a Comment