Sunday, 21 October 2012

SABAR ITU INDAH, TAPI JANGAN SAMPAI SABAR MENJADI DOSA.

Assalamualaikum.

Ramai yang bertanya saya, apa makna kata2 madam/dr..."jangan sampai sabar menjadi dosa?" Inilah jawapannya. Sabar itu adalah sifat orang mulia. sebab itu di dalam al-Quran, banyak kali disebut..anatara sifat orang yang akan masuk syurga adalah orang yang bersabar, maksudnya kalau kita bersabar, kita akan layak untuk masuk sysurga. Sepatutnya sabar membawa kita ke syurga, bukannya menjadi dosa dan membawa kita ke neraka.


Peliknya, macamana pula orang yang bersabar boleh masuk neraka? Seorang ayah yang sepatutnya mendidik anak2 mengamalkan ajaran Islam mungkin akan kata, "aku kena sabar tunggu anak2 faham kenapa mereka kena bertudung." Dan kita pun membiarkan anak2 perempuan kita yang sudah baligh terus membuka aurat, terus berpakaian ketat, menonjolkan segala perhiasan yang ada di tubuh mereka. Hiasan depan dan belakang yang hanya patut dilihat oleh seorang suami ditayangkan secara percuma kepada orang bukan mahram. Adakah sabar ini akan membawa kita ke syurga? adakah ibubapa yang begini akan membawa anak2 mereka ke syurga? Atau tugas itu akan diserahkan kepada bakal menantu kita untuk mendidik anak2 kita yang sudah menjadi buluh yang akan patah bila dilentur?



Seorang suami boleh kata, 'tak apalah, aku akan bersabar menunggu isteri aku bertudung dan menutup aurat. Ya..betul, sabar, daripada seorang anak sampai jadi 5 anak, dari anak kecil sampai anak dah masuk universiti, si suami masih sabar. setiap kali isteri ini keluar rumah dan menayangkan rambutnya kepada org yang bukan mahram, maka si suami mendapat dosa membiarkan isterinya berposing seperti model di luar. isteri pula mendapat dosa kerana tidak mentaati perintah Allah supaya menutup aurat. betulkah kita sayangkan suami kita kalau kita terus2 membiarkan dia mendapat dosa kerana kita?



Seorang isteri boleh berkata, "aku akan terus bersabar dengan sikap suami aku yang makan rasuah. satu hari dia akan sedar. " Betul, satu hari nanti dia mungkin sedar dan mungkin tidak sedar sampai mati kerana rasuah itu bila sudah sebati akan jadi darah daging. Anak2 akan diberikan makan minum dari duit rasuah, jadi kenapa kita nak marah anak2 kalau anak2 menjadi biadap, tidak dengar cakap? kerana kita yang berabar melihat suami membuat dosa.
Adakah kita sorang saja yang nak masuk syurga dan peduli apa dengan anak2 kita nak masuk neraka atau masuk syurga? Kubur masing2....jadi kenapa nak bimbang pasal suami, isteri dan anak2 kita? Seorang ibu saudara saya pernah berpesan kepada suaminya, ketika mereka mula bernikah, "saya haramkan awak bawa balik duit haram ke rumah ini walaupun satu sen. dan kalau awak bawa balik duit haram ke rumah ini, saya akan minta cerai." Dan hari saya melihat keberkatan hidup ibu saudara saya yang sangat tegas dalam menajaga hukum halal dan haram.



Ada isteri yang tahu suaminya ada hubungan terlarang dengan perempuan lain, tapi katanya, tak apa...aku akan bersabar selagi dia balik rumah dan bagi duit kat aku. bagi duit kat anak2. Aku akan bersabar selagi dia tidak menikah dengan perempuan tu. Bagus...tahniah utk perempuan yang macam ni. sabar macam inilah yang bawa kita ke neraka. ada pulak wanita yang sabar tidak mahu menuntut cerai kerana wanita yang tuntut cerai ni tak akan masuk syurga . Tapi kerana sakit hati suami ada hubungan dengan perempuan lain, atau sebab suami nikah lain...sanggup dia tidur asing daripada suaminya. sanggup dia tidak bertgur sapa dengan suaminya. anak2 jadi orang tengah atau posmen untuk minta duit. Bila suami minta dilayan, boleh pula cakap pada suaminya, "pergilah rumah rumah kekasih awak tu, pergilah rumah rumah bini baru awak tu." Hebat...rasanya wanita yang macam ni kalaupun bertahajjud setiap malam, berpuasa setiap hari...akan masuk syurgakah dia?



Ada jugak wanita yang kata, aku tidak akan bercerai. tapi aku akan bersabar sampai mati, tapi setiap hari suami dimaki hamun, disumpah seranah. dan ada yang hebat....sampai sanggup halau suami keluar dari rumah. sedangkan orang lain pun kita tidak boleh maki hamun, apatah lagi suami kita. Orang yang maki hamun suami bodoh, tak guna dan macam 2 lagi..agak2nya akan bau syurga kah? tepuk dada,,tanya iman kita.



Paling teruk kes saya pernah jumpa, kata suami perempuan ni, saya akan sabar walaupun dia selalu keluar dengan bekas kekasihnya, bekas boyfrennya...huh, hebatnya lelaki yang penyabar macam ni. last2 nanti, si isteri bawa balik anak luar nikah dalam rahimnya. Bersabar lagi..siap letak bin dia lagi, ini bukan sabar namanya wahai lelaki,tapi anda dayus sebenarnya. orang dayus, sabarnya akan bawa dia ke neraka.



Kata seorang sahabat, 'fauziah, i tak rela bermadu, i lebih rela bercerai daripada buat dosa. i lebih sanggup jadi janda daripada ada hubungan dengan lelaki lain sebab nak balas dendam pada suami.. I tak mahu sebab marahkan suami, i sms lelaki lain, bercinta dengan lelaki lain dalam diam2. lebih baik i bercerai daripada hidup dengan suami tapi dalam diam2 i main kayu 3."



dan ada jugak wanita yang sabar menantikan kekasihnya diberikan kebenaran berpoligami, tapi terus jumpa kekasih gelapnya aka suami orang setiap hari. beringan2 sementara menunggu dihalalkan ..ALLAHU RABBI..ini bukan sabar namanya, tapi ikut nafsu.



Kepada semua pembaca artikel ini, renungkanlah ....muhasabahlah diri dan tanyalah diri sendiri..kemana kita mahu membawa suami, isteri, anak2, dan keluarga kita?



wassalam.

6 comments:

wana said...

tapi kalau laki kita yang maki kita... kita akan terus bersabar... sampai da x boleh sabar.. ape perlu kite buat?

ejay katlia said...

Saya sentiasa bersabar n bersyukur sebab saya trauma kerana dicabul masa 5 thn mak bapa sering bergaduh dbesarkan drumah setinggan Alhamdulillah saya bijakla ckit Berkerjaya berlaki jadi ibu Yang peliknya didunia ni sementara tp trauma masa kanak2 kekal Tak pa saya jadikan booster


Khairuzzaman Mandadi said...

Buat report kat pejabat agama....itulah tempatnya bahagian hal ehwal keluarga.

Khairuzzaman Mandadi said...

Buat report kat pejabat agama....itulah tempatnya bahagian hal ehwal keluarga.

amira said...

sabar.. walaupun suami seorang gay.. macam mana tu?

amira said...

sabar.. walaupun suami seorang gay.. macam mana tu?

Post a Comment