Saturday 27 October 2012

Saya Bukan Pendakwah


Assalamualaikum, dan selamat berhari ahad. 

Sedang membuat persiapan nak bertolak balik ke KL, tapi apa yang sedang bermain diminda mesti diluahkan dulu melalui tulisan. Semalam telah selesai majlis menghantar wang hantaran dan menetapkan jumlah mas kawin. Saya meminta RM3,500 sebagai wang hantaran dan mas kahwin berjumlah RM1011. InsyaAllah akad nikah akan diadakan pada 8hb November 2011 dan walimah akan diadakan di Alor Setar pada 10-11-2012,

Ramai yang menyangkakan saya akan minta sekurang2nya RM10,000 sebagai wang hantaran. Tapi bagi saya...saya mahu membina hidup yang bahagia dan dirahmati oleh Allah Ta'ala. Saya tidak mahu menyusahkan bakal suami saya. Cukuplah kalau kami saling menerima satu sama lain sedanya, menerima kekurangan masing2 dan akan cuba melengkapkannya.

Ada sahabat baik saya yang berkata, " Fauziah, sebagai pendakwah, jangan terlalu menghebohkan kisah sendiri atau menjaja kisah sendiri untuk tatapan orang ramai." Saya faham nasihat sahabat baik saya, tetapi saya juga perlu jelaskan Dr Fauziah Mohd Noor bukannya pendakwah, tetapi sekadar motivator yang bercerita. Saya tidak layak untuk dipanggil pendakwah kerana saya sendiri tidak cukup baik untuk jadi pendakwah. Saya adalah milik masyarakat sejak saya menulis di Sahabt Interaktif Malaysia sejak 4 tahun lepas. Dan saya adalah milik pelajar2 saya di mana juga mereka berada. Saya mengambil pendekatan bercerita tentang pengalaman sendiri kerana saya manusia yang kuat berpegang pada ayat dari surah as-Saff yang bermaksud, "Wahai orang2 yang beriman, kenapakah kamu memperkatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan? Amat besar kemurkaan di sisi Allah s.w.t jika kamu memperkatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan."

Ramai yang bercakap soal sabar, tetapi berapa ramai ustaz dan ustazah yang bercakap itu sudah benar2 diuji dan sanggup bersabar? Berapa ramai yang bercakap soal pengorbanan itu sanggup berkorban? Itu adalah mesej yang saya ingin saya sampaikan. saya bercakap tentang sabar dan saya telah buktikan bahawa saya bersabar sehingga 20 tahun untuk memilih jalan keluar.

Bagi pendakwah2 yang hebat iman dan amalnya, tulisan2 Dr Fauziah ni hanya dianggap sebagai mencari glamour. Tapi bagi mereka yang masih mencari sinar dan semangat untuk meneruskan hidup, tulisan2 Dr Fauziah diterima sebagai motivasi tarbiyyah. Bagi sahabat2 saya dan pelajar2 saya....Dr/Madam Fauziah bukan pendakwah, tapi motivator dan kaunselor mereka, yang menulis dan memberikan nasihat kepada mereka secara percuma. Satu penghargaan yang sangat bermakna bagi saya.

Ada juga yang bertanya, tak takut ke ada raksa tabur atau ujub bila selalu dipuji di khalayak ramai di FB? Sejujurnya, inilah doa saya setiap hari. "Ya Allah, panjangkanlah umurku sekiranya hidupku ini dapat memberikan kebaikan kepada ramai manusia, tapi sekrianaya hidupku ini hanya memberikan keburukan kepada orang lain, ambillah nyawaku dalam keadaan daku beriman kepadaMu ya Allah. Ya Allah ya Tuhanku, sucikanlah hatiku daripada sifat nifaq dan amalan2ku daripada takbur dan riyak. Dan matikanlah daku sebelum hatiku disinggahi ileh rasa takbur dan ujub."

Apa yang difikirkan oleh orang lain tidak penting bagi saya, yang penting saya tahu apa yang saya buat, kenapa saya buat dan untuk apa saya buat. Hanya Allah berhak membuat pernilaian terhadap saya, kerana hanya DIA yang MAHA MENGETAHUI apa isi hati setiap manusia. Sekali saya bukan pendakwah, kerana saya tidak cukup baik sebagai pendakwah, tapi saya cuma motivator dan kaunselor kepada sahabat2 dan pelajar2 yang mungkin memerlukan saya. 

Meminjam lirik lagu Ramli Sarip yang sering dinyanyikan oleh sahabt baik saya Pak Iqbal, "aku menulsia bukan kerana nama, tapi kerana kasih sesama insan." Kata Ustazah Norhafilah Musa yang selalu ke udara di radio IKIM, "kalau hati kita tidak dipenuhi dengan kasih sayang, kita tak akan mampu mengasihi orang lain seperti mengasihi diri kita sendiri."

Sampai di sini dulu....nak bersiap2 untuk balik ke KL. Berat hati nak meninggalkan insan2 kesayangan saya di utara ni. Tak mengapalah, sabarlah hati, cuma tinggal beberapa bulan saja lagi. Mohon maaf di atas segala salah dan silap. Yang baik itu dari Allah dan yang buruk dan lemah itu milik saya sendiri. Wassalam.


Assalamualaikum. Semalam, telah selesai majlis membincangkan hari akad nikah, hari kenduri, jumlah wang hantaran dan lain2. Wang hantaran Dr /Madam Fauziah berjumlah RM3,500 dan mas kahwin berjumlah 1011. Inilah anak2 saya....8 orang. 3 lelaki dan 4 perempuan. Semoga Allah memberikan rahmat dan keberkatan untuk kami seisi keluarga. Minta maaf, saya tak senyum dalam gambar sebab terlalu penat agaknya.

1 comments:

Angah said...

smogaselamat dlm semua urusan nanti dr.fauziah,slmat menjadi warga kedah...saya juga org kedah,walaupun hampir 10 thun di klia,hati tetap ingat dan ingin kembali ke kedah...tp masih blum bjaya...selamat pengantin baru puan,....selamat menempuh hari bahagia...

Post a Comment