Wednesday 17 October 2012

Pelajar Pengsan dalam kelas


Assalamualaikum

Kelas pukul 12.00 tengahari tadi, membincangkan tajuk "impediments to consent", faktor2 yang menyebabkan kontrak seseorang itu boleh terbatal atau dibatalkan. Selesai tajuk kecil insanity, minor, idiocy, prodigality. Sampai pula tajuk "unconsciousness, sleeping, forgetful, drunken,". Baru nak mula tajuk tu, dengar bunyi...gedebub. ingatkan ada beg student jatuh dari kerusi, rupanya ada pelajar per
empuan pengsan dan terjatuh dari kerusi.


Kata kawan2nya, pelajar ni sakit perut dari malam tadi sebab ada problem appendiks. Sejuk kaki tangan dia dan pucat lesi. Kelas dihentikan, minta pelajar lelaki pergi call ambulan UIA, kemudian kawan2nya tolong pangku sambil sapukan air ke muka pelajr yang pengsan. Sementara tunggu ambulan sampai, studetns meluahkan perasaan masing-masing. "Mana tak pengsan madam, malam tadi ada test, petang nanti ada test lagi. Esok ada lagi. mujurlah madam nak buat test selepas break semester."



Bulan ni dah dua kali saya lihat pelajar perempuan pengsan di depan mata saya. pengsan hingga terpaksa panggil ambulan. Teringat dulu ada pelajar lelaki pengsan di dalam dewan peperiksaan kerana katanya tidak cukup tidur kerana pulun study untuk exam.



Tak tahu nak cakap apa, saya dah selalu berpesan kepada pelajar2 saya...."study, study jugak...tapi jangan lupa jaga makan minum kamu ikut time. tidur ikut time. Kalau sakit, mintalah excuse daripada pensyarah, kami akan cuba buat test waktu lain."



Kadang2 terfikir juga, apa yang ditakutkan sangat oleh pelajar2 sampai tak tidur malam bila ada mid term test. Untuk semua pelajar2 saya, just try your best, but dont force yourself to be the best." jaga makan minum kamu, jaga rehat kamu dan dapatkan tidur yang cukup.



Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian meneruskan perjuangan mencari ilmu di taman ilmu dan budi ini. kepada semua yang masih belajar, semoga diberikan kekuatan fizikal dan mental untuk meneruskan perjuangan. Amiin ya Rabbal 'alamiin.



Kepada pensyarah2 kalau boleh, elakkanlah buat kelas pada waktu malam kalau tidak perlu. kesiankan pelajar2..biar mereka berehat di waktu malam. semua orang perlukan rehat yang cukup untuk meneruskan tugas pada esok hari. wassalam

0 comments:

Post a Comment