Thursday 18 October 2012

Hutang budi dibawa mati


Assalamualaikum.

Hari yang sungguh bermakna dalam hidup saya. Pagi tadi dapat berkongsi sedikit pengalaman hidup dan perasaan bahagia saya bersama-sama pelajar2 saya. Allah saja yang tahu bila dipeluk oleh pelajar2 perempuan yang memeluk saya dengan erat dan berbisik, "semoga madam akan gembira selalu bila dah berpindah ke Kedah nanti.' 

Tengahari, saya berjumpa dengan bekas pelajar UIA yang kini belajar di UUM.
 Dan bila saya melihat kawan2 nya yang lain..saya amat pasti, keputusan saya untuk berhijrah ke utara adalah pilihan terbaik untuk saya. InsyaAllah.

Petang, pukul 2.00 saya berpeluang bermesyuarat dengan orang hebat2 di Senate Hall. Pensyarah biasa macam saya dapat juga bercakap tentang beberapa hal secara terus kepada Prof Reza dan Timbalan Rektor,Dato' Mizan. Terima kasih kepada DrRamizah Wan Muhammad yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk menggantikannya ke mesyuarat tersebut. Teringat dua tahun lepas, saya pernah meluahkan perasaan saya secara berdepan dengan mantan Rektor UIA, Prof Dr Aidid Arabi. Dan saya melihat pimpinan sekarang lebih bersifat terbuka dalam menerima kritikan dan teguran asalkan saja ianya dilakukan dengan cara yang berhemah.

Petang, pukul 5.30, ketika nak mengambil anak2 di sekolah baru perasaan, tayar kereta bahagian pemandu dah pancit teruk. Alhamdulillah, ditolong oleh Mohd Arif SallehHafizul Faris Che Razlan, Ustaz Zainudin, Suhairi Sulaiman ShahSuhaily Omar, Tengku Jamal dari MUNIT dan Ustaz Hamid Jusoh. Paling kelakar, sebab masing2 tak tahu macamana nak keluarkan tayar spare kereta Innova. Siap baca manual lagi. Dan paling menariknya pemandu van dari College of Law, UUM yang sedang menunggu pelajar2 UUM yang datang berprogram di UIA turut datang menolong. Kata ustaz Hamid mengusik saya, "Fauziah, van UUM datang jemput awak ka?" "He....".

Pukul 6.30 petang barulah siap tukar tayar dan Arif tolong bawa kereta ke ke kedai baiki motorsikal di UIA untuk isi angin tayar kereta saya. Dalam kepenatan...hati saya sangat bahagia, kerana tahu betapa beruntungnya saya hidup di kellilingi oleh mereka yang menyayangi saya sebagai guru,ibu dan kawan. Kepada semua yang telah menolong saya hari ini, saya hanya mampu mengucapkan ribuan terima kasih dan hanya Allah yang dapat memberikan ganjaranNYA buat kalian. 

Kepada Kamal Ilias dan Junaidi Mohamad yang akan terbang bersama seorang ustaz ke Beijing, selamat bermusafir. selamat pergi dan selamat balik ke UIA. terima kasih kerana masih sempat menelefon saya dari airport maghrib tadi.

"pisang Emas dibawa belayar,masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh kubayar, hutang budi kubawa mati."

Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Wassalam.

0 comments:

Post a Comment