Sunday 21 October 2012

Kenapa saya tidak mampu menyintai dia lagi.


Assalamualaikum, selamat berhujung minggu untuk semua sahabat, rakan, kawan dan pelajar2 yang saya sayangi. Banyak perkara yang ingin saya kongsikan bersama, tapi masa belum mengizinkan. Cuma satu saya ingin jelaskan, bekas suami saya tidak meninggalkan saya untuk bernikah dengan wanita lain. tapi saya yang minta dilepaskan dengan baik setelah 20 tahun bernikah kerana saya sudah tidak mampu mencin
tai dia lagi.

Kenapa tidak mampu mencintai dia lagi? Itu soalan yang saya tidak boleh jelaskan kerana ianya sanga tbersifat peribadi dan akan mengaibkan banyak pihak. cukuplah saya katakan kami berpisah dengan persetujuan bersama pada 4 Julai 2011. Dua ayat yang saya beritahu kepada Hakim mahkamah Syariah waktu itu ialah, Saya memaafkan segala perbuatan dan kesedihan yang diberikan kepada saya, tetapi saya tidak mampu melupakan. I FORGIVE, BUT I DONT FORGET.

Ayat kedua ialah, SAYA TIDAK MAHU BERSAMANYA BUKAN SAJA DI DUNIA INI LAGI DAN JUGA TIDAK MAHU BERSAMANYA DI AKHIRAT. ITU SAJA.

Tidak ada siapa yang saya aibkan dalam proses perceraian itu. Hanya rakan2 dan pelajar2 yang sangat rapat dengan saya dan saya percayai saja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam hidup saya sebagai isteri. bekas suami saya bukan kaki perempuan, bukan kaki arak, bukan kaki judi. Satu saja kesilapannya, dia tidak menganggap saya sebagai isterinya, tapi sebagai RIVAL. orang yang bersaing dengannya. saya dianggap LAWAN yang perlu dikalahkan. jadi, bila kita berdepan dengan seorang LAWAN, tidak ada perasaan kasih dan ihsan kepada isterinya. Matlamatnya hanya satu, dia mesti sama dengan Dr fauziah dari segi pangkat atau dia mesti lebih tinggi dari Dr Fauziah.

Ya, sekarang dia lebih tinggi pangkatnya dari saya. Tapi dia kehilangan saya dan anak2. Dia kehilangan anak2 bukan kerana saya menghasut, Demi ALLAH..tidak pernah menghsut anak2. tapi anak2 sangat takut kehilangan ibu mereka. hinggakan saya menjadi risau, kalau saya mati..macamana anak2 saya nak hadapi. Tapi saya sebut dengan jelas kepada anak sulung saya, "Kalau ibu mati, ibu tidak izinkan adik2 dijaga oleh abah". Anak sulung dan anak kedua saya mesti menjaga adik2nya. kenapa? Sebab saya tidak mahu didikan saya kepada anak2 selama ini drosakkan tengah jalan. Saya tidak mahu anak2 saya dirosakkan dengan cara pemikiran yang tidak ada sikap berjuang tapi hanya tahu bersenang lenang.

Sebelum bercerai, saya pernah meminta bekas suami saya bernikah dengan sahabat baik saya yang merupakan seorang janda, tapi bekas suami menolak. Katanya, "kalau awk nak saya nikah lain, awak kena cari orang yang lebih baik daripada awak, yang lebih segala2nya dari awak." Tapi bila sahabat baik saya tahu sikap suami saya dan cara dia melayan saya, kata sahabt saya, "Aku tak ingin berlakikan orang macam tu."

Saya sangat gembira mendengar dia sudah bernikah dengan anak dara yang sama-sama bekerja dengan dia. satu saja kebimbangan saya, kalau dia tidak ubah sikap dia, dia pasti akan bercerai lagi. Kenapa? Sebab kata mantan mufti Kedah, Dato' Paduka Sheikh Hasbullah Ghazali ketika saya meminta pendapatnya untuk bercerai, kata ustaz, "fauziah, ana tidak percaya dua perkara dalam cerita enti. Pertama, tidak percaya dan tidak sangka ada suami yang sanggup melayan seorang isteri macam tu. Kedua, tidak percaya dan tidak sangka pada hari ini, masih ada perempuan yang penyabar macam enti."

Itu saja yang mampu saya katakan dan jelaskan. Jadi saya harap, tidak ada yang membuat spekulasi bukan2.Bukan ingin katakan saya ini baik, tidak sama sekali. saya tahu, saya juga ada kesilapan, dan saya bukan isteri yang paling sempurna.tapi saya telah menjalankan tugas saya sebagai isteri dan ibu sebaik mungkin, walaupun hak2 saya diabaikan. Dan saya juga telah jalankan hampir 98 peratus tugas yang sepatutnya dijalankan oleh seorang suami dan ayah.Itulah harga yang saya perlu bayar kerana mempunyai tile DR.

cukup sampai di sini dulu. saya tidak menangis sedih lagi..tapi saya menagis melihat kebesaran Allah. Satu persatu hajat saya dimakhbulkan berkat doa semua yang ikhlas menyayangi saya. Saya cuma mahu hidup yang tenang di sisi seorang suami yang menerima saya sebagai isteri, teman setia, penyejuk di mata dan penawar di hati. Saya tidak mahu dipandang sebagai lawan, pesaing, rival atau competitor. Biar saya tidak dibaluti dengan emas permata, asalkn dibaluti dengan penghormatan dan kasih sayang seorang suami. Seorang suami yang akan jadi pelindung kepada saya dan anak2. Kepada anak2 saya terima kasih kerana memberikan restu untuk saya bernikah sekali lagi.

Doakan agar majlis walimatul urus saya di Alor setar pada 10-11-12 nanti dipermudahkan oleh Allah. Moga inilah cinta terakhir saya sebelum saya berangkat pulang kepada pemilik nyawa saya iaitu ALLAH, Rabbul Jaliil.

"ALLAH TIDAK AKAN MEMBERIKAN APA YANG KITA INGINKAN, TETAPI ALLAH AKAN BERIKAN APA YANG KITA PERLUKAN.

-KEPADA SEMUA LELAKI , INGATLAH...JAGALAH ISTERI BAIK2, DAN INGATLAH, BUKAN SEMUA PEREMPUAN HATINYA BAGAI KERAK NASI. KALAU SEORANG PEREMPUAN MENJADI KERAS HATI KERANA KEZALIMAN SEORANG SUAMI, SAAT DIA MELANGKAH KELUAR DARI HIDUPMU, DIA TIDAK AKAN BERPATAH BALIK LAGI.

Wassalam

Dr/madam fauziah (Saturday 20 Oct)

1 comments:

Nik said...

selamat pengantin baru dr fauziah.suka baca blo dr ni :)

Post a Comment