Sunday 14 October 2012

Adab Meminta Tolong


Assalamualaikum.

Sekadar berkongsi cerita dari wall sahabat saya, ustaz Zailan Shafie, 
"Seorang doktar bergegas ke hospital setelah menerima panggilan untuk pembedahan emergency. Beliau menukar baju dan terus ke bilik pembedahan. Beliau nampak bapa budak sedang bermundar-mandir di bilik tersebut menunggu kehadiran doktor. Selepas nampak doktor, bapa itu menjerit : “Mengapa lambat sangat? Doktor tak tahu nyawa ana
k saya dalam bahaya?!! Doktor tak de rasa sebarang tanggungjawab?”

Doktor tersebut tersenyum dan menjelaskan: “Saya mohon maaf. Saya tiada di hospital dan saya telah datang secepat mungkin… sekarang saya perlu saudara bertenang supaya saya boleh melakukan kerja saya.” “Bertenang!!! Mudah cakap. Bayangkan kalau anak doktor yang di dalam sana!!!! BOLEHKAN DOKTOR BERTENANG?!!! JIKA ANAK SAYA MATI, APA YANG DOKTOR NAK BUAT!!” jerit bapa budak itu lagi.

Doktor tersebut bersenyum dan berkata : “Saya akan berpegang pada ajaran Islam - dari tanah kita datang kepada tanah kita dikembalikan… Doktor tidak boleh memanjangkan umur, hanya Allah boleh. Pergi berdoa untuk anak saudara dan kami akan cuba lakukan yang terbaik. InshaAllah.”Bapa itu masih tidak berpuas hati dan berbisik pada hati : “Mudah bercakap nasihat bila tak kena batang hidup sendiri.”

Pembedahan itu mengambil masa beberapa jam… doktor keluar dengan senyuman lebar dan ceria. “Alhamdulillah. Anak saudara selamat!” Tapi tanpa mendengar jawapan bapa tersebut, doktor terus berkata, “Ada apa-apa tanya jururawat saya.” Bapa budak tadi tersinggung, “Mengapalah doktor tadi sombong sangat? Tak boleh ke tunggu dua tiga minit untuk berbincang mengenai keadaan anak saya?” kata bapa itu ke jururawat…

Jururawat itu tiba-tiba menangis dan berkata, “Anak doktor Hisham meninggal semalam… accident… beliau tadi di majlis pearkebumian ketika kami menelefon beliau untuk membedah anak encik. Selepas habis bedah, doktor kena gegas untuk balik mengebumikan anaknya.”
Bapa budak tu tercengang tanpa kata-kata lagi.
------------------------------------------------------------------------
Moral of the story, ramai manusia yang terlalu mementingkan diri sendiri. Ramai yang hanya berfikir tentang masalah sendiri, tapi terlupa orang lain juga ada masalah. hanya syik bercakap tentang kesedihan sendiri hingga lupa oang lain juga sedang bersedih. Teguran ini saya tujukan khas kepada kawan2 FB yang mengrimkan mesej kepada saya, bertanyakan sesuatu dan minta dijawab secepat mungkin. 

Minta maaf banyak2..inilah Dr fauziah, saya tak pandai nak sembunyikan perasaan saya. jagalah adab meminta tolong, berikan masa untuk orang yang ditanya itu menjawab. lainlah kalau saya memang kaunselor sepenuh masa yang bekerja di ofis sendiri. Saya ni cuma berkongsi pengalaman dengan kawan2 dan memberikan nasihat yang mana patut saja. jadi belajarlah jadi manusia yang bertimbang rasa. Harap faham..dan terima kasih.

wassalam.

0 comments:

Post a Comment