Friday 19 October 2012

Hinakah menjadi ibu tunggal?


Assalamualaikum, 


Orang selalu memandang hina pada wanita yang berstatus ibu tunggal atau janda. Janda kematian suami lebih bernasib baik kerana mereka dipandang mulia oleh masyarakat. Tapi mereka yang bercerai hidup selalu dipandang hina oleh masyarakat. Mereka dihukum seolah2 mereka manusia paling hina, paling jahat, paling tidak berguna dan paling tidak ada harga di
ri.



Ramai manusia yang berlagak seperti TUHAN. mereka fikir mereka tahu apa yang berlaku di sebalik langsir jiran mereka. Ramai yang mencemuh, "itulah, tak pandai jaga laki, dah kena cerai. itulah, garang sangat, mana tak kena cerai." Dalam tak sedar, kita telah berlagak seperti TUHAN. Walhal, kita tidak pernah tahu sudah berapa banyak airmata yang tumpah kerana terlalu takut untuk menjadi janda atau ibu tunggal. Ada yang membiarkan diri menjadi punchbag hanya kerana takut menjadi janda. 



Ada wanita yang terpaksa menyembunyikan status diri mereka sebagai ibu tunggal atau janda kerana takut dipandang serong oleh masyarakat. takut dihina oleh masyarakat, takut dikatakan perempuan gatal yang akan menggoda suami orang, takut dikatakan nak merampas suami orang. bermacam2 ketakutan termsuklah ingin menjaga nama baik bekas suami yang mungkin dipandang hebat oleh masyarakat. mungkin untuk menjaga nama baik tempat kerja suami. Tapi sampai bila kita nak bersembunyi di sebalik tabir. Kita nak menjaga nama bekas suami, dan bekas suami sedang berbahagia dengan isteri barunya. Apakah kita tidak berhak untuk mencari kebahagiaan yang dihalalkan oleh Allah?



Hina sangatkah kalau seorang ibu tunggal atau janda ingin bernikah semula? Hina sangatkah seorang janda yang inginkan seorang pelindung untuknya dan anak2? Adakah seorang wanita yang diceraikan oleh suaminya adalah orang yang gagal? Adakah seorang wanita yang meminta cerai dari suaminya adalah sampah masyarakat?



Wahai semua ibu tunggal atau janda yang telah mendapat title ini kerana sebab2 yang munasabah dan dibenarkan oleh Syarak....bangunlah dari kesedihan silam. Kita berhak mencari kebahagiaan dan merasai kebahagiaan yang halal. Tak perlu takut lagi dengan ayat, "nanti apa orang kata"..tapi selalulah tanya ayat ini, "Apa Allah dan Rasul kata." saya bukan mengajar orang untuk bercerai, tapi seperti yang selalu saya katakan, bersabarlah selagi mamapu, sebab sabar itu indah. tapi jangan sampai sabar itu menjadi dosa.



Kepada mereka yang mendapat title ibu tunggal dan janda hanya kerana ingin keredhaan Allah, bangunlah dari kesedihan silam. binalah hidup yang bahagia bersama anak2 kita. dan kalau ada jodoh terimalah selepas kita beristikharah dan bermunajat memohon petunjukNYA. 



Dr fauziah bolehlah cakap pandai? MEMANG DR FAUZIAH CAKAP PANDAI, SEBAB DR FAUZIAH JUGA ADALAH IBU TUNGGAL SEJAK 4HB JULAI 2011. HUKUMLAH SAYA SEBAGAI WANITA YANG GAGAL JIKA ITU DAPAT MENGGEMBIRAKAN ANDA. TAPI DEMI ALLAH, SAYA LEBIH BAHAGIA DAN TENANG SELEPAS BERGELAR IBU TUNGGAL . SAYA MENDAPAT HAK UNTUK HIDUP DENGAN TENANG DAN BAHAGIA SELEPAS MENJADI JANDA ANAK 5. DAN SAYA AKAN BERNIKAH SEKALI LAGI DENGAN INSAN YANG AMAT ISTIMEWA DI MATA SAYA WALAUPUN DIA CUMA SPM HOLDER. BIAR TIDAK SEKUFU' DARIPADA SEGI PENDIDIKAN, ASALKAN SAJA SEKUFU DARIPADA SEGI PEMIKIRAN DAN TUJUAN HIDUP.



LAYAKKAH SEORANG WANITA BERGELAR IBU TUNGGAL DAN JANDA INI MEMBERIKAN NASIHAT KEPADA ANDA? TEPUK DADA, TANYA IMAN DAN JAWABLAH DENGAN IKHLAS. ADAKAH ANDA AKAN TERUS MENYAYANGI DR/MADAM FAUZIAH YANG BERGELAR IBU TUNGGAL INI?



UNTUK ANAK2 IBU, MAAFKAN IBU KERANA MUNGKIN TELAH MENCONTENG ARANG DI MUKA KALIAN HARI INI, TAPI IBU SUDAH TIDAK TERDAYA MENANGGUNG SEMUA INI. IZINKANLAH IBU BERKONGSI KESEDIHAN DAN KEDUKAAN DENGAN MEREKA YANG SENASIB DENGAN IBU. MAAFKAN IBU SEKALI LAGI.



WASSALAM



Dr fauziah/madam fauziah

16 comments:

Alina Nur Asyraf said...

sy akui sy tidak mewar-warkan status sy pd kebanyakan rakan-rakan dan keluarga. malah ketika sy berada di mahkamah, bapa saya sndri pun tak tau.. stlh ucap lafaz disahkan, sy buat panggilan ke kg, mmberitahu mak dn abh.. semua org mrh sy.. semua org seakan menunding jari pd sy.. semua org tak puas hati.. termasuk mertua.. hakikat sbnr, tiada siapa yg tau.. sy sndr tak tau knape sy bercerai.. stlh muhasabah diri, mngumpul sgala kekuatan hati, kembali pd redha Illahi, akhirnya sy temui jwpnnya.. ia sbhgian dari ujian Allah.. dan sedikit demi sedikit, jiran2, keluarga sy dan mertua, akhirnya tau kebenaran yg dtg dgn sndrnya.. kini sy lebih bhgia dan bebas tuk mmbuat keputusan sndr.. sy mampu mnjana kekuatan mental dn fizikal.. dan sy tau knape Allah berikan sy ujian ini.. ia kerana sy mampu hadapinya.. in shaa Allah.. :)

Unknown said...

assalammualaikum..sy pon ibu tunggal pd seorang ank lelaki berusia 11thn.penceraian sy berlaku 2 thn lps..slps 10thn sy derita dr segi mental dan fizikal..krn takut ap pndangan org keliling..sy diamkn penderitaan sy wlpn dr kuarga sendiri..sy bngkit dr kesedaran dn sy tuntut fasakh dr bekas suami..sy dicaci mertua yg x tau cerita di sebalik penceraian kami..
kini..sy rasa tenang..tenang yg blom pernah sy dapat sblm ni..sy bangga krn sy mmpu berdiri sendiri wlpn hnya dgn ank saja.in shaa Allah.

Unknown said...

saya dah 51 tp pengalaman saya hampir....umur 5 thn macam saya dah putus haid Ibu tunggal kamu masih bertuah Cuba explore child abused Hanya Allah

yaniecomei said...

saya terharu dengan kisah dr. saya masih dalam dilema utk meneruskan perkahwinan ini atau memohon perpisahan.. sudah penat hati dan jiwa saya menanggung derita hidup dengan suami... dah 9thn saya beri peluang tp tiada perubahan. saya terlalu cemburu kah atau terlalu mengongkong kah... sedangkan saya tidak dibenarkan bergaul hatta dengan jiran sebelah.... adakah saya yang bersalah... Ya Allah beri lah daku kekuatan.

Dilla Hasan said...

Salam.. sedih sy.. mmg digelar ibu tunggal selalu dihina.. perampas dan sbgnya....sy agk2 tertekan.... Smoga sy diberi kekuatan slps ni....

anerbysdhom said...

assalamualaikum....kata org tua2,,,kalau tidak ada angin pokok tak bergoyang...lantaran nila yang setitik...rosak susu sebelanga...hakikatnya memang pasti dan pasti tidak SEMUA JANDA yang mempunyai sifat2 buruk...dan janda2 yang bersifat buruk ni kemungkinan besar adalah disebabkan kejahilan dan kelemahan mereka sendiri...Pengalaman saya bekerja sebagai pegawai penguatkuasa agama...bukan statistik bukan kajian tapi inilah pengalaman lebih dari 5 tahun....tidak dapat dinafikan golongan janda sememangnya sangat ramai menjadi punca keretakan rumah tangga dan keruntuhan moral...Justeru...harapan saya sesiapa yang ALLAH s.w.t uji untuk menjadi janda ini...jangan fikir jangan risau sangat kata2 dan pandangan manusia yang penting "PANDANGAN ALLAH",ujian maha getir cabaaran sangat besar hampirkan diri dengan ALLAH ,perhebatkan iman dan ilmu ALLAH pelihara in shaa ALLAH selamat dunia dan akhirat...kalau kita tak salah tak perlu takut apa....ujian dugaan hanya akan memperkuatkan diri dengan ganjaran-ganjaran yang dijanjikan ALLAH s.w.t sebagaimana ALLAH s.w.t memperkuatkan para kekasihnya...Kepada wanita2 dan janda2 yang "ditakdirkan"jatuh cinta dengan suami orang...jadi "isteri kedua" dan sebagainya ada jadilah seorang yang berilmu dan beradab...kalau cara baik niat baik in shaa ALLAH ,ALLAH akan beri yang baik2....

suyanikama said...

saya terharu membaca kisah dr. ya xdinafikan saya pun begitu.. kebanyakan masyarakat memandang serong ..hina kepada saya.. yang lebih menyedihkan kadang2 anak2 saya juga terkena tempias nya...di tempat saya tinggal...tempat keje mahupun tempat saya belajar...xde wanita yang ingin jadi begini...tp sudah kehendakNya..suratan Nya ini adalah bahagian saya dan anak2. wlubagaimanapun alhamdulillah saya dan anak2 lebih kuat ..tenang dan bahagia skarang. cuma kepada semua insan ingatlah kita tidak berhak menghukum sesiapa di dunia ini walau sehebat mana kamu...Cuma Allah yang lebih berkuasa ke atas segalanya yang lebih tahu segalanya. apapun...alhamdulillah

Unknown said...

Sy juga ada anak 5...cuma sy mgkin tdak seberjaya dr. Sy masih lg mncari...kebahagiaan...yg kdg sy rasa....sy x layak utk dptkannya.... Mmg ramai yg memandang 'hina' ...lebih mngecewakan...mereka adalah dr golongan yg dikatakan tinggi ilmu agama berbanding sy...mampu menunaikan rukun islam kelima... Takdir sy dgn status ini...bkn sy pinta...tipu kalau sy x perlukan seorg suami... Sy rasa..sy x kuat nk tempuh hdup...hnya anak² mnjadi kekuatan...dlm sy sndiri perlu kuat di hdapan mereka... Allah...bantulah sy...bantulah kami...

Unknown said...

Itulah yg selalu dihadapi seorang janda yg diceraikan suami. Keadaan yg baik hanya berlaku pd janda yg tiada anak atau hanya ada ank 1@2 org sahaja dan perwatakan menarik, cantik dan kurus.
Bagi janda yg gemuk dan mempunyai anak lebih daripada 3 memang dipandang hina dan akn dipermainkan perasaan dgn ayat2 munafik lelaki.
X pe,mmg susah menjalani hidup bergelar janda. Keperitan hidup dan kekangan kewangan yg tdk mencukupi dan adakalanya terpaksa berhutang untuk memberi sesuap nasi yg halal pd anak2.
Masih tetap tersenyum menyimpan segala luka dan kesusahan hidup. Sebab....
Sedar tdk mungkin akn hadir lelaki yg ikhlas akn mengambil diri sebagai isteri untuk membantu dan menyelamatkan.
Berdirilah di atas kaki sendiri. Cukuplah sejadah sebagai teman berbicara berkongsi rasa dan duka.
Allah tidak pernah memandang hina dan mengecam diri seorang janda. Pahit macam mana sekalipun tetap kena telan. Kaki harus terus melangkah. Bibir harus terus mengukirkan senyuman agar anak2 tidak tahu apa yg difikirkan si ibu utk meneruskan kehidupan.

Unknown said...

Itulah yg selalu dihadapi seorang janda yg diceraikan suami. Keadaan yg baik hanya berlaku pd janda yg tiada anak atau hanya ada ank 1@2 org sahaja dan perwatakan menarik, cantik dan kurus.
Bagi janda yg gemuk dan mempunyai anak lebih daripada 3 memang dipandang hina dan akn dipermainkan perasaan dgn ayat2 munafik lelaki.
X pe,mmg susah menjalani hidup bergelar janda. Keperitan hidup dan kekangan kewangan yg tdk mencukupi dan adakalanya terpaksa berhutang untuk memberi sesuap nasi yg halal pd anak2.
Masih tetap tersenyum menyimpan segala luka dan kesusahan hidup. Sebab....
Sedar tdk mungkin akn hadir lelaki yg ikhlas akn mengambil diri sebagai isteri untuk membantu dan menyelamatkan.
Berdirilah di atas kaki sendiri. Cukuplah sejadah sebagai teman berbicara berkongsi rasa dan duka.
Allah tidak pernah memandang hina dan mengecam diri seorang janda. Pahit macam mana sekalipun tetap kena telan. Kaki harus terus melangkah. Bibir harus terus mengukirkan senyuman agar anak2 tidak tahu apa yg difikirkan si ibu utk meneruskan kehidupan.

Anonymous said...

Saya sangat sebak membaca artikel ni..sekuat mana pun kita perjuangkan nasib kita kita, kita usaha bermatian2 untuk mengangkat title kita sbg ibu tunggal yg berjaya..at the end tetap ada mulut2 yg mengecam dan memandang hina..Allahu

Anonymous said...

Saya sangat sebak membaca artikel ni..sekuat mana pun kita perjuangkan nasib kita kita, kita usaha bermatian2 untuk mengangkat title kita sbg ibu tunggal yg berjaya..at the end tetap ada mulut2 yg mengecam dan memandang hina..Allahu

rashdin said...

Takpe jangan takut2....dh aturan yg diberi macam tu jgn risau bukan dorang Tuhan pn

rashdin said...

Takpe jangan takut2....dh aturan yg diberi macam tu jgn risau bukan dorang Tuhan pn

Unknown said...

Terima kasih atas coretan ini. Saat saya buntu, sedih, Allah gerakkan hati sy untuk coretan ini. Moga sy Kuat sprti Dr dlm mghadapi ujian Dr Allah in. Moga dpmudahkan segala urusan smua.

xiauhui58221 said...

Lipat gandakan uang kalian bersama kami
Hanya dengan modal 20 ribu bisa jadi jutawan !!
Menghadirkan bermain game kartu online
Ayo Gabung bersama kami di DOMINOPELANGI (.)net
Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
Kami hadirkan permainan Terbaik dari DOMINO206 permainan
dalam website
Pusat Game Domino ONline Terpercaya Se-Asia
Hanya cukup menggunakan 1ID saja anda sudah bisa menikmati 8 game Populer

- Domino99
- BandarQ
- Poker
- AduQ
- Capsa Susun
- Bandar Poker
- Sakong Online
- Bandar 66

Tunggu apa lagi silahkan Registrasi diri anda bersama kami.
Dan nikmati kembali BONUS REFFERAL terbesar 15% untuk anda.
Untuk lebih informasi lebih lanjut kalian bisa langsung berdikskusi
langsung dengan CS handal.

MInimal Deposit 20rb
Minimal Witdraw 20rb

BBM : 2BE3D683 / E3EE3B63
WA : (+85587480626)
LINE : DOMINO206
IG : domino_206


Link Alternatif
WWW .DOMINOPELANGI. NET
WWW .DOMINOPELANGI. COM
WWW .PELANGIDOMINO. NET

Bank Online 24 jam (kecuali gangguan)
- BNI
- BCA
- BRI
- MANDIRI
- DANAMON

Salam Kemenangan ^_^

Post a Comment