Saturday, 14 May 2011

KISAH LARA SEORANG ISTERI-APA YG PATUT SAYA DOAKAN?


Assalamualaikum dan salam sejahtera utk semua sahabat...


kebanyakan daripada kita sering merasa iri hati melihat kebahagiaan org lain. Kadang2 kita lupa, apa yg ternampak di mata mungkin hanya bayangan yang melindungi lukisan sebenar yg disimpan di dalam hati insan tersebut. Kita menganggap semua insan yang berjaya itu bahagia dalam segala-galanya...kita menyangka mereka memiliki segala-galanya dan kita pun terlupa mereka juga manusia biasa yang punya perasaan seperti insan lain. Tulisan saya kali ini menyingkap kisah lara seorang wanita yg punya segala-galanya kecuali cinta dan kasih seorang suami. Tapi ini bukan kisah saya ya....dan kisah ini disiarkan dengan izin sahabat saya.

Saya mengenali wanita ini ketika mendapatkan khidmat nasihat kesihatan kira-kira 5 tahun yg lepas. Usianya yang lebih tua daripada saya membuatkan saya selesa berhubung dengannya seperti seorang adik dan kakak. Dia memiliki segala-galanya yang dipanggil harta kekayaan. Rupa yang cantik, tubuh yang kecil genit, banglo berharga jutaan ringgit, kereta mewah dan mempunyai driver peribadi, anak2 yg bijak, pembantu rumah dan tukang kebun. Ketika saya dilanda masalah, saya mengadu kepadanya dan dia memujuk saya bersabar, bertenang dan mengambil pertimbangan yang wajar. Berkat nasihat seorang kakak, masalah saya dikira selesai waktu itu.

Banyak kali ketika saya mendapatkan rawatan kesihatan utk saya atau anak2, saya melihat wajahnya yg cengkung. Dia sentiasa tersenyum, matanya bersinar bila memandang saya...tetapi seperti ada sesuatu yg tersembunyi di sebalik sinar mata itu. Tetapi saya tidak pernah bertanya kenapa dia semakin cengkung. Banyak kali dia mengirimkan sms bertanya khabar dan mengajak saya keluar makan tengahari dengan dia. Tapi disebabkan kesibukan tugas di pejabat dan jadual waktu kami yg berbeza...saya tidak dapat memenuhi permintaannya. Februari 2011, dia mengirim sms lagi, "Dr fauziah, i really need to see you.sekejab pun tak apa.." Akhirnya saya bersetuju tapi dengan syarat dia mesti menghantar saya balik ke ofis saya tepat jam 2.30 kerana saya perlu ke kelas pada pukul 3.00 petang. 

Tengahari itu pertama kali saya merasa naik kereta mewah dan hari tu dia memandu,bukannya pemandu peribadi dia. Pertama kali juga saya melihat dia berkaca mata hitam.sangkaan saya sebab cuaca panas pada pukul 1.30 yg menyebabkan dia berkaca mata hitam. Sebaik saya memberi salam dan duduk di dalam kereta, dia menukar cermin mata yg selalu dipakainya dan waktu itulah saya melihat matanya merah dan bengkak.Hati saya terus terusik dan bertanya, "kenapa ni dr?". Smbil memandu ke Taman Melati, dia bertanya saya, "berdosa tak kalau doakan suami supaya dapat bala?" Terkejutnya saya waktu itu, "kenapa dr tanya soalan macam tu?" Dan dia bercerita kepada saya, " dah lama I simpan masalah ni.tapi kali ni i dah tak boleh tahan. Walaupun i doktor, tapi i tak kisah bernikah dengan orang yang cuma ada diploma. I cinta dia sepenuh hati waktu i bernikah dengan dia. Apa yang dia mahukan semua i belikan, kereta, peralatan sukan, ofis baru, handfon dan segala-galanya. Kalau nak melancong oversea, semua i tanggung. Semua i turuti sebab i cintakan dia. Dia suami i dan dia ayah anak2 i. Dulu dia main perempuan lain, i maafkan walaupun perempuan tu maki i macam-macam." Dalam hati saya ya Allah, kesiannya kamu kakakku. Waktu itu kami telah sampai di restoren De Templer di Taman Melati.

Sambil menunggu makanan yg dipesan, wanita ini menyambung cerita, "i tak kisah i keluar duit utk suami sendiri tapi yang i tak tahan sekarang dia makin kuat memaki hamun i. memanggil i stupid depan kawan2 dia. Di mana maruah seorang isteri kalau dihina oleh suami sendiri macam tu di depan khalayak ramai?.Sejak pindah ke banglo baru, dia makin menjadi-jadi. Setiap hari i diherdik hinggakan pembantu rumah pun menangis melihat i dimaki hamun suami sendiri. Lebih teruk menuduh i ada affair dengan driver i. Budak tu menikah i yang carikan jodoh. Buat apalah i nak affair dengan driver? Bapa saudara i datang dari australia nak jumpa i pun dimakinya, dihalau sebab bapa saudara i cuba menasihatinya. Puncanya sebab suami i batalkan penerbangan kami ke Australia sebab marahkan anak2 i lambat bersiap. Habis burn semua harga tiket."  

"U tahu dr, kalau dia pergi kursus, i dengan anak-anak rasa happynya. sebabnya kalau dia ada di rumah, anak2 silap sikit pun dimaki. Ada masanya, semua lampu di rumah dipadamkannya kerana anak2 terlambat buat kerja rumah. Aircond dan kipas semua dimatikan juga.Sekarang ni anak2 i dah cakap, "mummy. pergi minta cerailah. Kita boleh hidup without him," I ni dah la anak yatim piatu cuma mengharap kasih suami, tapi suami buat i macam sampah dr." Sambil makan dan minum saya terus mendengar ceritanya. Kalaulah mendengar luahan hatinya dapat membantu, saya akan terus mendengar. Tapi mata sempat melihat jam di dinding kedai, bimbang kalau terlewat ke kelas pukul 3.

"Kalau hati dah terluka, macamana kita nak melayan di katil dr? Could u imagine, u seperti melayan musuh u, bukan seorang suami. Tapi setakat ni i memang tak pernah jadi isteri derhaka lagi, Apa yg disuruh semua i ikut walaupun dalam hati Allah saja yg tahu apa yg i rasa." Teringat saya satu filem yang bertajuk, "Sleeping with Enemy." Saya tak pernah menonton filem itu, tapi tajuknya menarik bagi saya.

Tiba-tiba telefon dia berdering, dan saya dapat mendengar dengan jelas suara suaminya bertanya, "pukul berapa u nak balik ni? anak nak pergi sekolah bila u nak hantar? I nak keluar main golf, u balik hantar anak sekarang juga." Dalam hati saya, si suami kat rumah tapi suruh isterinya balik utk menghantar anak bongsunya ke sekolah agama. Menyirap rasa darah saya waktu itu. 

Dr fauziah ni bukan baik sangat, sakit sangat hati tengok seorang isteri dan sahabat saya dibuat macam tu. apatah lagi pula sahabat saya yang menanggung derita bertahun-tahun. Dan wanita ini menjawab dengan lembut,"I tengah makan dgn dr fauziah ni, sebelum pukul 3 i sampai rumah." Tapi lepas itu saya dapat dengar suaminya memarahinya dengan suara yg begitu kuat. Akhirnya dia terus menolak makanan dan minumannya ke tepi. "hilang seleralah dr, u makanlah, lepas ni i hantar u balik ofis."

Terasa berlinang airmata saya waktu itu dan kami sama-sama ke kereta utk balik ke ofis saya. Di dalam kereta, dia bertanya sekali lagi, "tolong beritahu i dr, macamana i nak doakan utk suami yg macam ni? i nak dia sedar sikit apa balasannya nanti kalau dia aniaya dan zalimi isteri. balasan di akhirat lambat lagi. i nak dia sedar diri saja, bukan nak apa pun."

Tidak tahu bagaimana nak menjawab, akhirnya saya bersuara, mungkin lebih baik doc doakan macam ni, 
" Ya Allah..andainya dialah satu-satunya jodohku di dunia ini, lembutkanlah hati suamiku dan berikanlah petunjuk kepada suamiku agar menjadi suami yang beriman dan bertaqwa. Dan hidupkanlah semula rasa cintaku kepada suamiku. Tapi andai kata, perpisahan lebih baik utk kami ya Allah, pisahkanlah kami dengan caraMu sendiri. Hanya kepadaMu daku memohon dan hanya padaMu daku meminta ya Allah."

Selepas hari itu saya tidak bertemu dengan sahabat dan kakak saya itu lagi. Cuma sms menjadi penghubung. Doa saya semoga dia sentiasa tabah menempuhi dugaan hidup ini. Kepada insan bergelar lelaki yg ingin bernikah, jika anda tidak boleh menundukkan rasa ego bila melihat isteri lebh berjaya, janganlah nikah dgn wanita yg berkebolehan dan cemerlang di dalam akademik. Carilah yg lebih sesuai dengan anda dari segi status dan sebagainya.sepatutnya seorang suami bangga dengan kejayaan isteri, bukan merasa rendah diri tidak tentu pasal. Bukankah kejayaan dia kejayaan anda juga?

Allah tidak akan memberikan segala-galanya kepada kita, dalam bahagia ada derita. dalam miskin harta benda, ada yang mendapat suami atau isteri yg amat baik dan  diharapkan akan terus bersama hingga ke syurga. 

"Jika anda ingin melihat kesedihan seorang isteri, seorang wanita...lihatlah dari matanya..kerana mata seorang wanita adalah gambaran hatinya"

Wassalam
Dr fauziah

6 comments:

Unknown said...

Sabar lh kak...

Unknown said...

Ii

Unknown said...

Sabar tu untuk pn sabariah je

INILHOUR said...

sedih.. setiap org pembhagaian dia lain2

Unknown said...

ciannya..hubby saya jenis baran juga...kadang-kadang memang kitaorang anak beranak suruh dia keluar rumah gi jumpa kawan-kawan but panas baran hubby saya masih boleh bertolenrasi dan dibuat joke...saya tegur suami saya cara berlawak..kalau dia dah start nak marah-marah saya cakap relax je " pa kawan u panggil kat bawah " dia faham lah saya suruh dia keluar ...time tu dia tersenyum balik. mohon share citer ni doc..

VINA said...

http://sisisusu260.blogspot.com/2017/11/kisah-satu-keluarga-miliki-kelamin.html
http://sisisusu260.blogspot.com/2017/11/tanda-pasangan-anda-sedang-selingkuh.html
http://sisisusu260.blogspot.com/2017/11/tanda-pasangan-anda-sedang-selingkuh.html
http://sisisusu260.blogspot.com/2017/11/ketika-berhubungan-seks-pria-tentu.html
http://sisisusu260.blogspot.com/2017/11/unik-cara-baru-bersihkan-komedo-dengan.html

Joint US
- BBM : D8809807 / 2B8EC0D2
- WA : +62813-2938-6562
- Line : Domino1945. com
Salam kemenangan DOMINOVIP .NET

Post a Comment