Saturday, 14 May 2011

Kisah Keluarga Ustaz A


Assalamualaikum

Seorang pelajar saya bertanya tentang poligami. Di sini saya dedikasikan artikel ini utk peljar saya Siti Aishah Mohd Rais.
  
assalamualaikum dan salam sejahtera, 
semasa saya di tingkatan satu (tahun 1980), sahabat saya N selalu menerima
kunjungan daripada ayahnya (Allahyarham ustaz A) dan ibunya (Allahyarhamah
Hajjah A) pada hujung minggu. Minggu berikutnya ayahnya akan datang dengan
seorang wanita lain, yang lebih muda daripada ibunya Hajjah A. Berselang-seli N
menerima kunjungan daripada ayah dan dua wanita ini.

kami bertanya pada N.."yang muda tu sapa N?". Dia menjawab, emak muda aku.
Terkejut juga, dan dia menjelaskan ayahnya Ustaz A dah lama bernikah dengan
isteri muda tu. sejak kawan saya masih di sekolah rendah.  kami bertanya lagi, mak
hang tak cemburu ka?" N kemudiannya memberitahu ibunya dan isteri muda itu
tinggal serumah sejak awal pernikahan. Serumah? kami semua terkejut.
N memberitahu kami, dia pernah bertanya kepada ibunya, apakah ibunya tidak
cemburu pada isteri muda ayahnya?
Kata N..ibunya menjawab." Wanita mana yang tidak ada perasaan cemburu. wanita
mana yang suka dimadukan? Memang emak pernah rasa cemburu.memang emak pernah
rasa marah pada ayah hang." Tapi macamana emak boleh bertahan? tanya N. Ibunya
menjawab.."Kerana emak yakin bahawa emak akan mendapat payung emas di syurga
nanti. dan kerana emak tahu ayah memang berhak menikah lain"
 Bertuahnya menjadi wanita seperti Hajjah Aishah..keyakinanny a pada Allah dan
Rasul, pada apa yang dijanjikan oleh Allah utk wanita yang membenarkan suaminya
menikah lagi..

selama 5 tahun..saya melihat kemesraan di antara ustaz A, isterinya Hajjah A
dan isteri keduanya. saya masih ingat, ada ketikanya, ustaz A datang bersama
kedua-dua isterinya utk melawat N di asrama. sewaktu saya dan N di UM, saya
mendapat berita ayahnya ustaz A telah kembali ke rahmatullah. meninggalkan 4
anak bersama isteri prtama dan seorang anak daripada perkahwinan kedua. selepas
ustaz A meninggal dunia, kedua-dua isteri ini masih tinggal bersama. dan satu
hari ada orang masuk meminang isteri kedua. Tetapi wnita ini berkata, 'tanyalah
hajjah A dan anak2nya. jika mereka menerima lamaran ini, maka saya akan terima.'

Lamaran tersebut ditolak oleh anak-anak Hajjah A (anak2 isteri pertama). abang2
kawan saya seramai 4 org itu memberitahu org yang datang meminang.. "minta
maaf, kami masih mampu menjaga ibu kami dan makcik. Biarlah dia hidup
bersama-sama kami. Makcik adalah amanah daripada arwah ayah.." Dan rombongan
meminang itu pulang dengan hampa tapi penuh tandatanya. "Bagaimana Allahyarham
Ustaz A dan isterinya Hajjah A..mendidik anak2 mereka, supaya menghormati ibu
dan madu ibu mereka."

cerita istimewa ini meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati dan hidup
saya.termasuk cara saya berfikir. sehingga hari ini saya belum pernah
mengatakan saya menentang poligami. tapi saya menentang ketidak adilan suami
yang berpoligami. saya paling benci pada lelaki yang menceraikan isteri pertama
kerana ingn bernikah lain. saya juga tidak suka wanita yang meminta cerai hanya
kerana suaminya ingin bernikah lain . dan saya paling tidak suka dengan wanita
yang ingin berkahwin dengan suami orang tetapi meminta isteri pertama
diceraikan.
kenapa kita perlu melabel suami yang berpoligami sebagai curang? sekurang2nya
suami yang ingin bernikah lain tidak curang..tidak menyimpan wanita simpanan.
suami ini hanya mahu menjalani hidupnya dengan cara yang halal. kenapa kita
menentang hukum yang diturunkan oleh Allah?

mungkin ada yang mencebik mulut dan berkata, dr fauziah boleh ckap
pandai..sebab belum terkena pada diri dia. Alhamdulillah, utk pengetahuan
rakan2 saya pernah meminta suami bernikah dengan sahabat baik saya, seorang
janda. tapi suami saya pulak berkata, "Awak dah gila ke? awak tak sayang suami
ke?" Mana ada isteri tak sayang suami.. Tapi saya beritahu dia, saya sayangkan
sahabat saya dan saya rela berkongsi kasih dengan dia. Tapi suami saya menolak.
Saya akhirnya mmbuat kesimpulan.. orang lelaki ni...kalau dia nak bernikah
lain, tak ada siapa boleh halang dia.walaupun kita menangis atau meraung. tapi,
kalau dia tidak ada hati nak bernikah lain..disuruh pun dia tetap akan menolak.

pada sahabat saya, saya berpesan, kalau ditakhdirkan saya  pergi dulu sebelum
dia.. saya beritahu dia..saya mahu org yang hatinya mulia dan akan
menjaga serta mengasihi anak2 saya. Kebetulan semua anak2 saya rapat dengan
S..sahabat saya sejak 19 tahun lalu. saya ceritakan semua ini bukan utk menunjuk-nunjuk. tidak sama sekali. tetapi saya selalu berharap..jika ditakhdirkan
saya diuji dengan dugaan seperti ini..saya mahu menjadi seperti Allahyarhamah
Hajjah A..kalau beliau boleh bersabar dengan ujian dimadukan..kenapa saya tidak
boleh? Semua yang ada di dunia ini hanya pinjaman daripada Allah. Dari Allah
kita datang, dan kepada Allah kita akan kembali.

Al-Fatihah utk Ustaz A dan Allahyarhamah Hajjah A.. Moga mereka berbahagia di
sana.
"poligami tidak akan berjaya jika tidak ada persefahaman di antara 3 pihak.
suami, isteri pertama dan isteri kedua"


wassalam
Dr Fauziah

*Artikel ini disiarkan di Yahoo Grup SIM pada 2 Disember 2009

0 comments:

Post a Comment