Saturday, 14 May 2011

Bahasa yang tersurat, bahasa yang didengar, bahasa yang terlihat.


Assalamualaikum 


 Alhamdulillah, akhirnya saya dapat menyiapkan tugas yang amat penting iaitu menanda kertas2 peperiksaan pelajar2 saya. Perasaan seperti seorang hamba yang telah dibebaskan oleh tuannya apabila selesai tugas yang amat menyiksa jiwa dan raga ini. Umur makin meningkat, power cermin mata makin bertambah, tulisan pelajar2 pula ya Allah mengalahkan budak tadika. Terlalu kreatif dan provokatif.

Seorang sahabat SIM menghantar email kepada saya bertanya tentang masalah komunikasi. katanya, "kalau saya berjumpa dengan teman saya itu, rasa bahagianya Dr, tak pernah bergaduh.Tetapi kalau berkomunikasi via sms atau chat kami mesti bergaduh teruk. Kenapa boleh jadi macam ni ya Dr? Saya sangat sayangkan dia, tetapi masalah ini kadang2 buat saya terfikir, patut ke saya teruskan perhubungan ini?"

Ketika saya di tahun 3 di AIUM, saya ada belajar satu subjek undang-undang yang diajar oleh Encik Roslan Kassim, (waktu itu pensyarah di UIA dan sekarang bergiat aktif di dalam politik di bawah parti PKR). Encik Roslan Kassim pernah bercerita, seorang lelaki melayu dan lelaki cina pergi ke mahkamah untuk menyelesaikan kes saman kereta. Tuan Majistret bertanya kepada lelaki China itu, "Kenapa kamu tidak membayar saman-saman kamu sebelum ini?" Jawab lelaki itu dalam dialeknya, "Wa tatak cinang tuan."
Lwlaki Melayu ditanya pula soalan yang sama, "Minta maaf Tuan, saya terlupa sebab banyak kerja."

kedua-dua jawapan itu adalah mempunyai makna yang sama, tetapi cara penerimaan magistret itu adalah berbeza. Bukan kerana perbezaan kaum atau warna kulit, tetapi kerana bagaimana ayat dan jawapan itu diluahkan. Akhirnya Tuan magistret mengurangkan saman orang yang meminta maaf, tetapi hanya memberikan sedikit diskaun kepada org yg menjawab, "Wa tatak cinanglah tuan."

Itulah yang berlaku di dalam komunikasi seharian kita, bila kita bertemu, kita dapat melihat mata orang yang bercakap dengan kita. Kita dapat melihat bagaimana reaksinya kepada soalan atau percakapan kita. jadi kita rasa bahagia dengan pertemuan itu. Apatah lagi pulak kalau teman kita itu orangnya caring dan sharing. Tolong betulkan kolar baju yang tidak kemas, tolong bawakan air untuk kita, tolong suapkan makanan utk kita, tolong bukan pintu kereta utk kita. (walaupun kadang2 terbeliak mata org keliling memandang kita). maka, jadilah pertemuan kita itu amat membahagiakan walaupun ada dosa yang berlaku. Dunia terasa kita yang punya.

Apabila bercakap melalui telefon, kita selalu diajar, senyumlah bila bercakap via telefon kerana orang yang bercakap dengan kita akan tahu sama ada kita menjawab sambil tersenyum atau sambil bermasam muka atau sambil berlaku biadap. Saya pernah menelefon sebuah bank utk menuntut lebihan bayaran pinjaman saya. Kali pertama saya memperkenalkan diri saya, "Saya puan fauziah dari Gombak, boleh saya bercakap dengan pegawai ni....?. Kerani yang menjawab berkata dengan sambil lewa, "pegawai kami dah keluar.nanti call lain."
Kali kedua saya menelefon, saya memperkenalkan diri, "Saya dr Fauziah dari UIA, boleh saya bercakap dengan...?". Tak sempat saya menghabiskan ayat, kerani yang sama berkata, "Ooo..ini Dr ni, kena jawab baik2." Agaknya dia menyangkakan saya tidak dengar apa yg diucapkannya itu. Dan hari itu saya tidak jadi bertanya tentang pinjaman saya tetapi bersyarah panjang kepada kerani tersebut.

"Excuse me Cik, kalau saya ni bukan Dr...u nak jawab macamana? kalau saya menyamar jadi Datin, macamana pulak u nak jawab? Tolong beritahu saya sikit. kenapa u nak beza-bezakan pelanggan u? Saya bayar duit, yang bukan Dr pun bayar, yang bukan Dato' atau Datin pun bayarkan? kami bukan minta sedekah kan?" Kerani itu terdiam dan akhirnya dengan suara yang masam mencuka, "Saya minta maaf Dr...."

Itu bahasa yang didengar oleh telinga. Cara kita bercakap, cara kita memanggil nama org lain tetap mempunyai kesan yang berlainan walaupun kita tidak dapat melihat wajah si pemanggil. 

Bahasa melalui sms dan chat lebih banyak berbeza sebab dalam sms, ramai manusia yang nak jimatkan duit. So, ditulisnya ringkas-ringkas. Paling ringkas, okay jadi k dan ya pula jadi yup. sekali fikir apa salahnya jawab seringkas itu. Tetapi kita terlupa yang membaca sms kita itu bakal tunangan kita, bakal isteri pertama atau bakal madu isteri kita, bakal suami kita. Cubalah bayangkan kalau kita berdepan dan jawab ok atau sekadar yup sahaja. tak sakit hati ke?

Bahayanya bahasa chat dan bahasa sms ni, sebab kita tak boleh mendengar nada percakapan org yg hantar sms atau chat dgn kita. Jadi, kalau tak mahu bergaduh kerap sangat, tak payah sms atau chat dgn si dia. kalau rindu sangat call aje. Tapi janganlah mengada-ngada pula bila bercakap tu. Bukan apa, sebab ada seorang lelaki menghantar email kepada saya, katanya, "dulu masa bercinta suara dia lembut sangat Dr....memang tak boleh tidur malam selagi tak dengar suara dia hari tu. Tiap-tiap hari nak dengar suara dia yang manja dan menggoda tu.Tapi bila jadi bini, suara dia macam suara harimau Dr. menengking-nengking, cakap tak reti perlahan langsung.macam nak pecah anak telinga saya ni Dr."

He...saya pun nak tergelak dengar. siapa suruh percaya kat suara semata-mata.selidiklah latar belakang dia. kalau dah terbiasa cakap kuat di rumah dgn adik beradiknya, mestilah dia akan cakap kuat juga di rumah dgn suami dia. suara kuat tak pe, jangan biadap saja."
Kalau dah terbiasa kuat pun, belajar2lah cakap perlahan dgn suami atau isteri. cubalah faham, hati manusia dibuat daripada benda yg lembut. bukan dibuat daripada kayu atau batu,

Rasanya itu saja yang dapat saya komen mengenai masalah komunikasi. Pengalaman saya kalau orang tu cakap kasar dalam chat atau sms, sudah cukup utk buat saya berhenti menghubungi dia. sebab bagi saya manusia yang tidak tahu menjaga bahasa dia adalah manusia yang kurang prihatin, tak berapa ada hati perut dan akan menunjukkan dirinya yg sebenar pada satu hari nanti. Berpada-padalah bila sayangkan seseorang tu dik. kalau nak teruskan juga hubungan, beritahu saja dia," jaga bahasa u sikit. kalau nak kawan dan kawin dengan i, jaga sikit bahasa u. jaga sikit adab u bila bercakap."

kalau tak larat nak menghadapi masalah komunikasi, cari saja orang lain dik.banyak lagi orang yang baik. tapi yang cakap lembut pun bukan boleh percaya sangat. ada yang gigi lebih lembut dari lidah. ada yang suka tanam tebu tepi bibir. Semoga diberikan Allah petunjukNya untuk memilih bakal suami atau bakal isteri/isteri2. Kita memangkan ingin yang terbaik, tetapi kadang-kadang tetap tersalah membuat perhitungan kerana yang terlihat di mata, mungkin berbeza dengan apa yg ada di hati.

Mohon maaf kalau ada bicara saya yang mengguris hati mana-mana insan bernama lelaki atau wanita.

Wassalam

Dr Fauziah

 *30.4.2011

0 comments:

Post a Comment