Saturday, 14 May 2011

KISAH DI SEBALIK SEBUAH GELARAN...Peritnya dugaan, manisnya kesabaran..indahnya persahabatan..


Untuk semua rakan-rakan dan juga mereka yang sudi membaca di ruangan ini. Saya sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman hidup jika ada yang boleh dijadikan sempadan dan tauladan, pengajaran dan cabaran. Pelajar2 saya sering berkata kepada saya.."Dr, bestnya ada PhD kan..bestnya jadi pensyarah.. tentu gaji pensyarah besarkan?" Itulah yang sering diucapkan kepada saya dan akhirnya pada suatu hari, saya bertanya di dalam kelas, "Boleh tak saya nak ambil masa kamu . Saya nak cerita sikit?" Semua pelajar saya menjawab serentak "Boleh!" Hari ini saya nak ceritakan pengalaman saya buat PhD... (sambung pelajaran untuk dapatkan PhD dan mereka meletakkan pen dan pensil untuk mendengar cerita saya).  
Saya buat PhD atas dua sebab. Pertamanya, memang itu cita-cita saya. Keduanya, kerana polisi universiti yang mewajibkan setiap pensyarah mesti memiliki ijazah phd. Ada orang kata phd..penyakit hasad dengki tapi bagi kami,  phd adalah 'permanent head damage' . Pelajar2 saya tergelak besar bila mendengar istilah tersebut. Damage bukan bermakna rosak tapi nak menunjukkan betapa peritnya liku-liku hidup yang terpaksa dilalui untuk mendapatkan sekeping ijazah bernama PhD..   Pada tahun 1997 saya dan suami serta dua orang anak ke Birmingham, UK untuk melanjutkan pelajaran. Suami saya mengambil cuti tanpa gaji selama 3 tahun. Dia hendak menyambung pelajaran ke peringkat sarjana dan saya peringkat phd. Bermakna anak2 saya akan hidup dengan dua orang 'pelajar' yang akan sentiasa sibuk dengan buku2 dan tugasan yang perlu disiapkan. Pada hujung 1997, anak2 saya mendapat tahu mereka akan mendapat seorang adik yang akan dilahirkan pada pertengahan 1998. Bertambah lagi satu cabaran. Selama 10 bulan, saya berulang-alik ke universiti di mana saya perlu ambil dua bas atau satu bas dan keretapi untuk sampai ke universiti. Saya tanyakan pada pelajar2 saya, "Boleh tak awak semua bayangkan bagaimana seorang ibu yang pregnant menjadi pelajar? Kalau dibandingkan dengan kamu semua yang masih solo, tinggal dalam kampus, ada bas disediakan tapi ada di antara kamu yang masih lewat datang ke kelas?" Pelajar2 saya terdiam, tidak ada lagi bunyi ketawa.Mereka faham, saya sedang 'menyindir' sambil bercerita. 
Pada Julai 1998, saya selamat melahirkan anak ke 3, seorang lagi anak lelaki dan bulan itu juga suami saya menerima ijazah sarjananya. Dia telah selamat tamatkan sebuah episod tapi perjuangan saya belum selesai. Supervisor meminta saya berusaha lebih gigih supaya lebih cepat siap dan dapat phd.  Waktu malam suami saya bekerja part-time di kilang Cadbury. Agaknya kurang selesa hanya tolong menjaga anak2 semasa saya ke universiti atau tidak selesa tidak ada pendapatan sendiri. Ada masanya saya membaca buku atau menaip tugasan sambil meriba anak saya yang masih bayi dan suami saya pula melayan dua orang anak saya yang waktu itu berumur 7 tahun dan 4 tahun. Saya tanyakan kepada pelajar2 saya.."Susah sangatkah kamu belajar dalam keadaan kamu yang masih bujang? Kenapa masih ada yang tidak siapkan tugasan yang diberikan pensyarah?" 
Pada Disember 1998 saya telah tempah tiket untuk kami sekeluarga pulang ke Malaysia pada bulan April. Tujuan utama untuk mencari data untuk kajian phd saya. Saya telah mula membeli hadiah untuk adik2 saya dan saudara mara di kampung. Begitu juga dengan suami yang mencari hadiah untuk adik beradik dan keluarganya. Bulan Januari 1999 saya dikejutkan dengan panggilan telefon daripada adik saya.. memberitahu adik lelaki bongsu saya berumur 15 tahun meninggal dunia dalam kemalangan motorsikal dan van kilang tak jauh dari kawasan kampung. Allah saja yang tahu, betapa rindunya saya pada adik kesayangan saya. Adik yang saya jaga seperti seorang ibu menjaga anaknya dan terngiang2 di telinga saya, adik saya berkata, "Ami dah kurus sekarang. Kalau kak long balik nanti mesti terkejut tengok Ami!"(Dia membahasakan diri dia "kami" sejak kecil, tapi cuma sebut "ami"). Ikutkan hati..saya ingin terbang pulang hari tu juga untuk menatap wajah adik saya buat kali terakhir tapi saya tak mampu, apatah lagi tiket2 bulan April dah dibayar sepenuhnya. Seharian saya cuma menelefon, bertanya apa yang berlaku. Adik2 saya cuma memberitahu,"Jenazah dah dimandikan.. dah dikafankan dan dah dikebumikan." 3 hari dan 3 malam saya menitiskan airmata. Saya tidak menelefon ibubapa kerana tidak mahu mendengar mereka menangis. Saya hanya bercakap dengan adik2 di kampong. Hanya suami saya menelefon ayah saya dan mengucapkan takziah dan minta bersabar tapi pada hari adik saya meninggal dunia, saya tetap pergi ke kelas macam biasa. Kawan2 bertanya, "Kenapa tidak rehat saja di rumah?" Saya memberitahu mereka, "Kalau saya menangis sampai keluar airmata darah pun adik saya tak akan hidup semula." Lebih baik saya ke kelas..teruskan hidup macam biasa tapi sepanjang jalan ke universiti airmata saya keluar. Saya bertanya kepada pelajar saya, "Kenapa ada di antara kamu yang selalu ponteng kelas hanya kerana masalah kecil? Kerana bergaduh dengan boyfriend..hanya kerana putus cinta dengan girlfriend?

Selepas tiga hari saya berhenti menangis. Dah kering airmata dan daripada Januari 1999 hingga tahun 2002 saya tidak boleh menangis. Sesedih mana pun..saya tak boleh menangis. Saat itu baru saya tahu betapa menangis itu satu nikmat pemberian Allah kepada hamba2Nya. Terlalu sakit rasanya bila kita tidak dapat menangis. Waktu menziarah kubur adik saya, saya tidak menangis walhal saya amat rindukan dia. Ada satu perkara yang perlu saya ceritakan semasa di UK. Setiap kali selepas saya solat, saya akan berdoa,"Ya Allah panjangkanlah umur datukku!" (Saya dibesarkan oleh nenek dan datuk)."Berilah saya peluang untuk berjumpa datuk, ayah dan ibu!" Itulah doa saya setiap hari. Saya terlalu bimbang tidak dapat bertemu dengan datuk atau ayah dan ibu. Sebab kita selalu berfikir yang tua akan pergi dulu. Bila adik meninggal, saya tersentak. Saya tidak pernah berdoa untuk adik2 saya kerana selalu berfikir yang muda akan hidup lebih lama daripada orang yang tua.

Allah mengajar saya. Saya dapat apa yang saya minta..dapat bertemu dengan datuk, ayah dan ibu. Tapi Allah ‘memberi’ peringatan kepada saya . Jangan lupa orang muda juga boleh diambil nyawanya pada bila2 masa. Perasaan bersalah sebab tidak mendoakan adik2 buat saya rasa terduduk, menyesal dan macam2. Bila difikirkan, apakah hak saya untuk meminta Allah panjangkan umur hamba2Nya sebab Allah dah berkata di dalam al-Quran " Bila datang ajal anak Adam, tidak akan lewat atau cepat sesaat pun.." Sejak hari itu saya cuma berdoa, berikanlah kepada kami semua kebaikan di dunia dan akhirat." Lambat atau cepat pulangnya seorang hamba adalah hak Allah untuk menentukan. Saya insaf... Saya tidak perlu 'mengajar' Allah apa yang patut dilakukanNya.  Sejak itu juga setiap kali pelajar2 saya kata, "Dr., tolong doakan saya dapat kerja di Perak ..tolong doakan saya dapat kerja ini dan itu.." Saya memberitahu mereka, "Maaf, saya cuma akan doakan untuk kamu, berikanlah yang terbaik untuk pelajar2 saya." Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita tidak perlu mengajar Allah. Tidak perlu 'memerintah' Allah buat itu dan ini. Kadang2 apa yang kita rasa baik untuk kita tidak semestinya baik.. jadi, terimalah ketentuan Allah dengan hati yang redha. 

RINDU YANG TAK BERPENGHUJUNG.

Berbalik kepada cerita kematian adik kesayangan Mohd Shahrom pada tahun 1999, ia memang banyak dialami oleh pelajar2 yang berada di luar negara tapi bagi saya ia bukan kesedihan biasa.. kenapa? Saya anak sulung daripada 11 adik beradik, iaitu 6 perempuan dan 5 lelaki. Pada tahun 1976, ketika saya berusia 9 tahun saya kehilangan seorang adik perempuan kerana demam panas. Saya berpeluang mencium dahi adik waktu itu. Tahun 1983, saya kehilangan seorang adik lelaki yang baru dilahirkan waktu saya di asrama Sekolah Men. Agama (P) al-Mashoor, Penang. Saya tidak diberitahu pun adik saya meninggal dunia. Pada tahun 1986, ketika saya belajar di Nilam Puri, Kelantan. Saya kehilangan seorang lagi adik lelaki yang berusia 10 tahun. Adik saya meninggal kerana lemas sewaktu bermain di sungai di Nibong Tebal. Saya mengambil penerbangan dari Kota Bharu ke Alor Setar, kerana tidak ada tiket ke Pulau Pinang. Bila saya sampai di rumah, jenazah telah dikebumikan. Hajat untuk menatap wajah adik saya Mohd Nasir tidak kesampaian.

Sebab itulah bila adik lelaki bongsu saya meninggal pada tahun 1999 ketika saya di UK... Kesedihan saya menjadi kesedihan yang teramat sangat. Peristiwa lama berulang lagi. Saya tidak dapat melihat dan menghantar jenazah adik ke tempat persemadian. Kalau ditanya apakah perasaan saya hari ini? Saya hanya mampu mengucapkan satu ayat, "Kerinduan terhadap adik2 saya yang telah pergi tidak pernah berpenghujung." Hinggakan saya tidak mampu lagi menziarahi pusara mereka. Bukan tidak berani menghadapi kenyataan tapi tak sanggup mengenang lagi kesedihan masa silam. 

Tahun 2000, saya mencuba bersungguh2 untuk siapkan thesis, dan saya di peringkat menganalisa data2 yang diperolehi dari kajian di Malaysia. Januari 2000 saya menerima kunjungan tetamu dari Malaysia, seorang sahabat dari UKM yang datang bersama suaminya. Kami keluar untuk makan malam di rumah kawan yang tak jauh dari rumah sewa saya. Pukul 8.30 malam kami pulang kerumah. Waktu melangkah masuk ke dalam rumah, saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Bila sampai ke ruang tamu, saya lihat semua barang2 berselarakan di atas lantai. Rumah sewa kami dicerobohi dan perompak yang memecah masuk rumah saya mengambil barang2 yang paling berharga buat saya. Bukan emas, kerana saya tak punya emas permata tapi komputer, desktop, laptop dan printer. .semua yang amat penting untuk pelajar2 phd. Saya terduduk...nak menangis tapi tak berair mata. Untuk memaki perompak2 itu pun saya tak mampu. Yang saya ingat, saya cuma berdoa, “Ya Allah, berikanlah pengajaran kepada manusia2 yang mengambil barang2ku sehingga mereka tidak akan mengulangi kesalahan ini terhadap orang lain." Itulah doa saya dan dalam keadaan bertungkus lumus ingin menyiapkan secepat mungkin thesis phd..saya diuji lagi dengan dugaan in.
Untuk membeli komputer baru, bukan mudah terutama ketika ekonomi gawat. Suami pun bercuti tanpa gaji. Untuk meminta kepada ibubapa tak mungkin kerana keluarga saya bukan orang senang tetapi Allah itu Maha Pemurah. Seorang kawan saya di University of Manchester memberikan sebuah komputer lamanya kepada saya. Kawan2 di Manchester mungkin pernah dengar nama Ahmad Sofi dan isterinya Salina. (Sofi ialah seorang pensyarah USM tapi bekerja sebagai arkitek di Manchester). Saya tak terbalas budi-baik mereka... hanya Allah saja yang dapat membalasNya.
Bayangkanlah bila menggunakan komputer yang sudah agak lama, tentu mengambil masa tapi saya selalu yakin dengan rahmat Allah. Pada September 2000, suami dipanggil pulang bertugas kerana cutinya telah habis. Diikutkan hati, saya tak mahu pulang ke Malaysia kerana ingin cepat siapkan thesis tapi difikirkan balik, suami saya telah berkorban selama 3 tahun untuk saya. Biarlah kali ini saya pula berkorban untuk dia. Akhirnya kami pulang ke Malaysia menghadapi cabaran baru di tanahair sendiri. Supervisor berkali-kali mengingatkan saya, "Make sure you'll finish your thesis, and please come back for your viva!" - pastikan awak siapkan tesis awak, dan datang semula untuk bentangkan hasil kajian awak."


PENGHUJUNG CERITA
Cabaran di Malaysia lebih hebat kerana di sini tanggungjawab kita lebih besar, kepada keluarga sendiri, kepada saudara mara dan lain2. Genap 4 tahun thesis saya belum dapat disiapkan. Menjadi polisi universiti jika gagal siapkan phd dalam masa 4 tahun biasiswa ditamatkan. Masih lagi boleh bernafas...Selepas 4 tahun 6 bulan gaji saya pula dihentikan. Dari Jun 2002 hingga Jun 2003, saya tidak punya gaji walau sesen pun. Ketika itu saya bergantung sepenuhnya kepada simpanan yang bukannya banyak dan bergantung kepada gaji suami. Peritnya ya Allah...baru saya tahu bagaimana perasaan isteri yang tidak bekerja dan tidak punya pendapatan sendiri..terpaksa bergantung kepada apa yang diberikan oleh suami semata-mata. Dalam kepayahan dan keperitan, saya cuba juga untuk menyiapkan thesis. Anak-anak mula bersekolah dan kesibukan saya juga bertambah. Apatah lagi anak sulung saya banyak ketinggalan dalam pelajaran. Tumpuan perlu juga diberikan untuknya yang telah berkorban untuk saya.

April 2002..saya bersalin anak ke empat, seorang lagi anak lelaki... Melihat wajah anak2 saya merasakan makin kuat azam saya untuk menyudahkan thesis dan saya pernah berjanji. Saya mesti siapkan thesis sebagai hadiah untuk arwah datuk saya yang kembali ke rahmatullah pada bulan Jun 2002. Datuk (Tok wan) lah yang menjadi sumber inspirasi saya yang mengajar saya erti loving, sharing dan caring.
April 2003, thesis saya siap dan dihantar kepada supervisor di UK yang selalu menulis nota kecil setiap kali memulangkan kerja saya yang diperiksanya, "My daughter, you can do it. Don't worry!"Akhirnya pada 8hb Jun 2003, saya terbang sekali lagi ke UK untuk membentangkan hasil kajian saya. Sejujurnya, waktu itu saya ke sana dengan sedikit duit yang dibekalkan suami, duit yang dipinjamkan oleh sahabat setia saya, Dr. Ramizah dan ketua jabatan saya waktu itu, Dr Shafai. Di sana saya menumpang rumah kawan saya, Dr. Fadhil - pensyarah USM dan isterinya kak Ani, orang Baling. Merekalah yang menjaga makan minum saya selama saya di sana. Sahabat saya Adlina, anak kepada bekas TMB Kelantan, ustaz Abdul Halim, dan suaminya Fauzi menghantar saya ke universiti pada 12hb Jun 2003. Sebelum memulakan pembentangan, saya menunaikan solat Zohor di surau universiti. Doa saya hanya satu, "Ya Allah, selama hidupku ini, daku telah diuji dengan berbagai2 dugaan. Daku tidak pernah bersungut terhadap ujianMu ya Allah! Andaikata, sikap tidak bersungut itu Kau terima sebagai amalan yang soleh, daku mohon padaMu,ya Allah! Permudahkanlah urusanku ini, ya Allah."
Adlina menghantar hingga ke muka pintu bilik pembentangan akan dibuat. Saya masih ingat dia menggenggam erat tangan saya dan berkata, "Kak Fauziah, you can do it!" Sempat memohon restu daripada supervisor saya, Dr. Ibrahim Surty. Dia berkata, "My daugher, do your best!" Selama 45 minit bersoal jawab, menghuraikan apa yang ditanya dan mempertahankan kenapa saya memilih tajuk yang agak kolot: Agricultural Law. Saya diminta tunggu di luar sekejab. Saya keluar dan menanti di bilik supervisor.., dia tahu betapa resahnya saya tapi saya memberitahu dia bahawa semuanya berjalan lancar. Semua soalan telah saya jawab dengan tenang. Kemudian saya dipanggil masuk semula. Dr. Mahdy Zahra dari University of Caledonian selaku external examiner, berkata, "Sister Fauziah, we have discussed and we have agreed to confer you a doctorate for your work. Now you are Dr Fauziah, but you need to do a minor correction!" Saya ingin menangis kegembiraan, tetapi waktu itu tidak ada airmata yang keluar. Betapa saya mengharapkan dapat memeluk suami dan anak2 waktu itu, juga ibubapa di kampung untuk berkongsi kegembiraan.. Saya keluar dan terus mendapatkan Dr. Surty dan Adlina, berkongsi berita gembira... selepas hampir 5 tahun berjuang!
Thesis saya bukan yang terbaik..tidak mendapat anugerah apa pun, tapi anugerah yang saya dapat ialah pengalaman yang tak akan dapat dibeli oleh sesiapa pun. Pengalaman yang mengajar kita bahawa hidup ini penuh pengorbanan. Perlu ada kesabaran dan ketabahan, dan kita tidak mungkin berjaya tanpa sokongan dan bantuan insan lain...
Kepada kawan2 semua, saya ingin menjelaskan sesuatu. Sebenarnya bagi kami para pensyarah, PhD bukanlah pengakhir perjuangan. Sebaliknya ia adalah satu permulaan. Perjuangan yang masih panjang dan mungkin perjuangan yang tidak bernoktah. Kenapa? PhD adalah ibarat kunci yang kita perolehi setelah puas mencarinya. Berbekalkan kunci itulah kita akan terus mencari khazanah2 ilmu yang amat bernilai untuk disumbangkan kepada masyarakat, pelajar2 dan orangramai. Dan bagi kami di universiti, pangkat Dr. itu adalah biasa sahaja, kerana seorang pemegang PhD perlu melakukan lebih banyak perkara untuk menjadi professor madya dan seterusnya professor. Setinggi mana sekali pun pangkat dan gelaran yang diterima, ianya tidak akan membawa apa-apa makna jika ianya tidak digunakan untuk menyumbangkan sesuatu kepada agama Islam yang dicintai, kepada masyarakat dan kepada negara.
Ramai yang bertanya, bagaimana saya boleh bersabar menghadapi segala macam dugaan? Jawapan saya.. pertamanya saya percaya kepada rahmat Allah. Saya juga percaya di balik setiap perkara itu pasti ada hikmahnya. Yang keduanya, saya bertuah kerana di dalam kemiskinan harta benda, saya kaya dengan kasih sayang. Kasih sayang datuk dan nenek, kasih sayang ibubapa, suami dan anak2, adik2, sahabat2 dan pelajar2 saya. Di waktu orang berkata, kawan ketawa senang dicari, kawan setia sukar ditemui. Saya mempunyai tiga orang sahabat setia yang sentiasa menolong saya di dalam apa jua keadaan iaitu Shila Azarin, Ahlaam dan Ramizah.
Dan kalau sahabat2 ingin tahu saya tidak pernah mengeluh bila menghadapi kesusahan kerana saya telah terbiasa dengan kesusahan sejak kecil. Saya adalah budak kampung yang menjual nasi lemak dan kuih setiap pagi sebelum ke sekolah dan setiap pagi hari Sabtu dan Ahad. Alhamdulillah kerana tidak akan ada kekuatan melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Hari ini saya selalu bimbang, apakah anak2 saya mampu menghadapi cabaran hidup seperti ibu mereka? Kerana mereka tidak pernah kenal apa itu susah. Kepada Allah saya mohon semoga anak2 saya, dan semua anak2 yang masih belajar, dan kepada mereka yang masih berkembara mencari ilmu.. diberikan kekuatan mental dan fizikal untuk menghadapi hari-hari mendatang. Semoga akan disingkapkan masa depan yang cerah dan gemilang buat mereka semua.
Akhir kalam saya memohon ribuan kemaafan andaikata ada bahasa yang menyakitkan hati dan melukakan perasaan. Yang baik itu daripada Allah, dan yang buruk itu adalah milik saya, sebagai manusia biasa. Kepada mereka yang menghantar email memberikan sokongan untuk terus menulis... ribuan terima kasih saya ucapkan.Salam ukhuwwah daripada saya dan mudah2an persahabatan kita akan berpanjangan atas nama keikhlasan.

"Mimpi tidak selalu indah, hidup tidak selalu payah"
"Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung"
"Biar miskin harta, jangan miskin budi bahasa"
"Alang-alang berkalam biar segalanya jelas dan terang"

39 comments:

wadironi said...

AllahuAkbar;subhanallah,alhamdulillah; sesungguhnya lambaian itu menggamit resah memapah serakah yang telah sudah .

Syukur jua pada Allah yg mempertemukan aku dengan aksara yg sebegitu kelam buat titipan yg selalu memalingkan aku , kekal dengan keserakahan .

Sentuhanmu telah ditakdirkan buatku memagari ruanganku dijajaran dlm memurnikan teladan .

Doaku muga ikhsanmu mencernakan iman dan keyakinan yang berkekalan atas kemutlakan Islam yg membebaskan segala kerincuan hidup.

Akan ku tebarkan launganmu buat teman teman dan keluargaku menjejaki fitrah kemanusiaan..Insyaallah//

Anonymous said...

Sebuah komen yg amat mendalam maknanya. bahasa yg tersurat dan makna yg tersirat. semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat. Amin

aziz said...

slam sebak rasanya...semasa saya membuat master...saya kehilangan ibu...

MOHAMAD THAMIM @ MiM said...

Salam YBg Dr.. Artikel dr ini byk memberi sya kekuatan dan inspirasi dalam perjuangan menuntut ilmu..bukan senang utk mencapai kesenangan. May Allah bless you Dr.

Anonymous said...

waalaikumsalam. Mohamad Thamim, terima kasih. maaf, kerana dah lama saya tidak menjenguk blog saya sendiri.semoga adakebaikan yg telah dapat kita kongsi bersama. begitu juga dengan saudara aziz.

Bicara Legal said...

Assalamualaikum Dr.,

perit. & saya merasainya kerana suami kini sedang buat PhD di rantau orang. mcm2 dugaan yang datang... sukar diluahkan dengan kata2. Seperti kata Dr., Allah swt Maha Mengetahui, Maha Bijaksana. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita...
Entry Dr. menambahkan kekuatan dlm diri saya. Semoga Dr. sentiasa dirahmati olehNya, amin.

Kerana Aku Seorang Aku said...

Ya Allah sebak smpi mengalirkan airmata ketika membaca nukilan ni..membuatkn hati sy terasa spt perlu bersedia seawal mgkn sblm terbang ke UK insyAllah bln 2 thn 2013..Semoga apayg dikongsikan Dr menjadi slh satu pendorong sy=)

Jelly Kay said...

Terima kasih Dr...yang sudi berkongsi pengalaman yang paling berharga dalam kehidupan seorang hamba Allah...Pengalaman yang dialami itu memberi kesedaran pada diri ini supaya lebih memfokus dalam perjalanan ini...Semoga Allah sentiasa memberi rahmat ke atas Dr sekeluarga...Aamiin...

Anonymous said...

Dr. Fauziah, sesungguhnya Dr. adalah antara yang terpilih kerana bukan semua yang mampu melalui apa yang Dr. telah tempuhi. Thank you for sharing your story. YOu are an inspiration to many out there especially your students.

Nur shafika mustafa said...

allahuakbar...sy terharu membaca coretan ini...coretan Dr. membuat saya lebih bersemangat utk meneruskan pengajian saya...dr tabah mengahadapi segala ujiannya tanpa sebarang rungutan..sdgkn sy bru diuji sedikit, sudah mengeluh...allahurabbi...moga sy tidak lg begitu selepas ini...

Mr_Sydi said...

Terima kasih Dr.. Tulisan dr membuatkn sy lebih bersemangat utk memulakn pengajian sy..Harap sy setabah Dr untuk menamatkn Phd sy...aminnn

lizahanum said...

Assalammualaikum Dr...
terima kasih Dr atas coretan pengalaman ini....memberi inspirasi pada saya untuk terus kuatkan semangat dlm menggenggam ijazah tertinggi itu..walaupun pelbagai dugaan dan rintangan yg melanda diri.Boleh saya kongsikan pengalaman Dr nie dlm blog saya....?Terima kasih

Umie said...

Assalamualaikum..sungguh terharunya apabila membaca pengalaman Dr dan byk memberi pengajaran kepada sy..semoga Allah sentiasa merahmati Dr sekeluarga....

Anonymous said...

waalaikumsalam semua. yg baik itu datangnya dari Allah, yg lemah itu dari saya sebagai hambaNYA. kalau ada kebaikan, sama-samalah kita kongsi dan manfaatkan.silakan share. semoga ianya menjadi amal jariah utk kita semua. salam ukuhuwwah dari saya.

sue said...

tq dr sbb sudi share kisah hidup yg boleh bt semua org rase bersyukur...:)

amier said...

assalamualaikum Dr....
Sungguh terharu dan rasanya menangis dalam hati saya membaca kisah Dr. Semangat mcm Dr inilah menjadikan inspirasi buat saya untuk meneruskan pengajian saya ke peringkat ijazah sarjana muda. Kemiskinan bkn lah penghalang utk kita meneruskan sesuatu matlamat. Tanpa dugaan, kita tidak akan mendapat pengalaman susah payah menjadi seorang bergelar "PELAJAR"...terima kasih kerana menaikkan semangat saya DR....askum.

isabelle frankly said...

I am so touched and inspired by this entry.
For me..who is just at the beginning of my phd journey, this would be a guidance for me to go through the obstacles.
Thanks a lot.

P/s:
SMKAPAlm is my alma mater too (93-95).

no post. no post said...

terima kasih dr atas coretan ini.. pengalaman hidup yg tidak boleh dibeli..

Unknown said...

terima kasih atas coretan dr. saya sedang mencari kekuatan utk buat phd...

ros said...

Sebak membaca coretan DR Fauziah.. jazakillahu khoir di atas perkongsian. Smg sy jua diberi kekuatan dlm menyiapkan phd ini. Amin

musy hana said...

Jazaakillahu khaira.

Unknown said...

rasa cam takot nk smbg phd

Umeeyah said...

Assalammualaikum.....Dr.....sebak dan mengalir airmata saya bila membaca kisah dr ini....perjuangan yang memerlukan banyak pengorbanan...diharap saya akan kuat dan bersemangat seperti dr utk meneruskan perjuangan dan cita2 saya ini....coretan ini akan menjadi inspirasi sya...seperti Dr....mlanjutka pljran ke peringkat PHD juga cita2 saya..insha Allah.

Liz Ard 27 said...

cabaran menyambung pelajaran bagi ibu bekerja - saya google ayat ni dan article atau lebih tepat coretan dr.fauziah ini yang pertama saya klik..

saya sedang mencari kekuatan untuk menyambung master..anak dua, suami kerja jauh..tapi cabaran yang diberi kepada saya tak sehebat dr.fauziah..saya mohon pada Allah agar saya dipinjamkan sedikit kekuatan daripada kisah ini..

and my tears flow..

miss sakura said...

Entry yang memberi satu inspirasi baru kepada yg baru setahun jagung dalam dunia ipt (second year usm student) I hope one day, i'll become a dr. like you. Tabahnya dr. kan?? X ramai dr2 yg akan berkongsikan pengalaman pahit dan manis mereka.. Terima kasih atas perkongsian dr yg telah banyak mmbuka mata dan hati saya

Farahiah Huda Husain said...

MasyaAllah hebatnya dugaan Pn Fauziah. Menitis air mata membaca entry ini. Hendak dibandingkan dugaan saya sekarang dengan dugaan Pn, terasa kerdil nya diri ini.. Subhanallah ... Terima kasih kerana mengingatkan diri ini untuk bersyukur Dan terus bersyukur ke hadrat ilahi dengan apa yang kita ada. A good life is when you assume nothing, do more, dream big, and be grateful with what you have. Kita mungkin miskin harta benda, Ttp kaya dengan kasih sayang.. Terima kasih Pn Fauziah..

Hana said...

Saya menangis membaca kisah pengalaman Dr. Saya baru memulakan perjalanan Phd saya di bumi UK ni dan sedang mengalami perasaan down sangat2 sb saya rasa tidak sehebat pelajar lain. Tp bila membaca ujian Dr lebih berat tapi tabah juga harunginya, saya malu pada diri sendiri dan pada Allahurobbi. Terima kasih sudi berkongsi pengalaman Dr.

Hj Khursani MK said...

Dr, mohon untuk saya kongsikan kisah Dr di laman saya .... terima kasih di atas perkongsian kisah ini ...

sherry shariff said...

congrats n thks dr fauziah.very inspiring story and it reminds me of my old days when i was in selly oak.hope follow your footstep insyaAllah

sherry shariff said...

congrats n thks dr fauziah.very inspiring story and it reminds me of my old days when i was in selly oak.hope follow your footstep insyaAllah

Unknown said...

Membeli syurga dengan 'harga' yang mahal.. Puan, doakan saya kuat macam puan.. Asma' :')

Unknown said...

Doakn semoga sy memnjadi kuat dan tabah seperti madam

Unknown said...

Tak terkata... Tapi menitis air mata membacanya...

Unknown said...

Tak terkata... Tapi menitis air mata membacanya...

anura said...

X terkata. Muhasabah diri seketika saat membaca coretan Madam. Pun begitu kedukaan yg dilalui.mmg benar x boleh dibeli dimana2 dan moga ia terus menjadi inspirasi kpd semua yg membaca. Kerisauan Madam terhadap anak2 juga menjd kerisauan sy adakah anak2 akan mampu hadapi kesusahan. Moga anak2 sentiasa diberikan kekuatan utk menghadapi apa sahaja dugaan.

Unknown said...

Masya allah . Kisah dr sgt menyentuh hati. Biarpun saya baru berusia 15 tahun tpi melalui kisah dr saya menjadi semangat untuk teruskan pembelajaran.. sejujurnya saya takot untuk meneruskan pengajian di bidang universiti.. tpi melalui kisah doktor telah kembalikan semangat saya untuk terus belajat. Terima kasih dr kerana sudi berkongsi cerita doktor.. izinkan saya untuk menjadikan doktor sebagai inspirasi saya untuk mengejar cita² sebagai pensyarah.

Unknown said...

Masya allah . Kisah dr sgt menyentuh hati. Biarpun saya baru berusia 15 tahun tpi melalui kisah dr saya menjadi semangat untuk teruskan pembelajaran.. sejujurnya saya takot untuk meneruskan pengajian di bidang universiti.. tpi melalui kisah doktor telah kembalikan semangat saya untuk terus belajat. Terima kasih dr kerana sudi berkongsi cerita doktor.. izinkan saya untuk menjadikan doktor sebagai inspirasi saya untuk mengejar cita² sebagai pensyarah.

Unknown said...

Assalamualaikum Dr,
Saya Farah dari team pascasiswazah.com tertarik dengan penulisan artikel-artikel di blog Dr tentang pasca siswazah. Di sini saya ingin mendapatkan keizinan Dr untuk saya kongsikan artikel tersebut ke dalam website kami. Saya akan link kan artikel-artikel tersebut pada facebook / blog Dr.
Terima kasih.

Fauziah said...

Saya benarkan. Tkasih kerana sudi membaca tulisan yg tak seberapa ini.

Post a Comment