Saturday 15 December 2012

Kenapa menghantar anak ke sekolah agama?


Assalamualaikum, dan selamat pagi. 


Hari Jumaat datang lagi...syukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk terus menghirup udara pagi di hari Jumaat yang mulia ini. Pagi ini saya terbaca satu statu s di wall sebuah grup yang berbincang tentang menghantar anak-anak ke sekolah agama. Ada yang bertanya, adakah sekolah agama itu pilihan terbaik dan adakah kera
na ibubapa ingin melepaskan tanggungjwab mendidik anak-anak mereka kepada guru2 sekolah agama?

Saya datang dari sekolah agama atas pilihan saya sendiri sewaktu berumur 13 tahun. kata orang kampung waktu itu, apalah nak jadi nanti, kerja apalah yang nak dapat nanti? tapi..alhamdulillah, bila saya masuk UM, org kampung mula sedar, orang sekolah agama bukannya manusia kolot. bila dapat sambung pengajian peringkat sarjana dan Phd di England, ramai yang bertanya dan berkata, "tak sangka orang sekolah agama pun boleh sampai ke England." tapi ada satu komen yang sangat menarik hati saya, "Fauziah, makcik suka tengok hang..dunia dapat, akhirat pun dapat."

Dunia dapat, akhirat pun dapat..itulah tujuan ibubapa menghantar anak2 ke sekolah agama. saya sanggup berjauhan dengan anak saya yang ketiga dengan menghantarnya ke Raub untuk bersekolah agama. tujuan hanya satu, kalau dia tidak berjaya di dunia, semoga di aberjaya di akhirat. sekurang2nya dia mampu membaca al-Quran untuk saya bila saya mati nanti. dia boleh memandikan jenazah saya bila saya mati nanti. dia boleh menjadi imam kepada isteri dan anak2 dia nanti. anak yang dulu merangkak2 membaca al-Quran kini lancar membaca Quran dan menghafal Quran.

Syukur, hari ini anak2 saya tidak perlu mencari buku rujukan apabila mereka ingin tahu sesuatu hukum termasuk tajwid. Ibu mereka yang bersekolah agama boleh menjawab soalan2 mereka tentang haidh, tentang darah istihadah, tentang batal atau tidak puasa kerana sesuatu perkara. dan kalau mereka membuat kesilapan di dalam bacaan Quran, ibu mereka boleh membaiki tajwid mereka. dan sekarang ni anak2 yang sudah besar pula membaiki tajwid adik2. Bab menjaga aurat juga lebih mudah, sebab mereka sudah biasa bertudung di sekolah sejak kecil. 

Ada yang berkata, sekolah agama pun ada kes buli, kes gangster dan lain-lain. Di mana-mana pun ada manusia yang baik dan kurang baik. Ada juga pelajar2 yang tidak bersekolah agama tepai lebih baik daripada pelajar2 yang bersekolah agama. Itu hakikat yang tidak akan dinafikan. Tetapi yang lebih penting, apa yang diperolehi oleh anak2 kita yang bersekolah agama. Sekurang2nya mereka telah dihantar ke tempat yang mempunyai persekitaran yang lebih baik daripada persekitaran yang kurang baik. 

Kelima2 anak saya dihantar ke sekolah agama dan yang masih bersekolah rendah sekarang belajar di sekolah agama swasta di bawah kelolaan ABIM. Semoga akan lebih ramai para doktor yang datang dari sekolah agama, arkitek, engineer, akauntan dan ahli profesional lain yang mempunyai latar belakang pendidikan agama. Semoga akan lebih ramai para profesional yang menghafal al-Quran. Dan bagi saya, sekolah agama adalah pilihan terbaik bukan saja untuk dunia, tetapi untuk akhirat anak-anak saya. semoga Allah tidak akan tanya saya lagi di akhirat nanti, "kenapa tidak mendidik anak-anak kamu dengan ajaran Islam?"

Dan hari ini saya sangat berharap semoga akan lebih banyak sekolah agama di peringkat rendah dan menengah. semoga lebih banyak MRSM yang menjadi MRSM Ulul Albab seperti di Kepala batas, Pulau Pinang.

"Ya Allah, jadikanlah kami hamba2MU yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Wassalam

Madam/Dr Fauziah.

0 comments:

Post a Comment