Wednesday, 19 December 2012

Baikilah hubungan dengan Allah.


Assalamualaikum,

Jadual yang padat hari ini tapi sekadar ingin menyampaikan sedikit kata2 Prof Dr Muhaya. yang saya dengar di radio IKIM ketika memandu tadi. Saya sangat bersetuju dengan kata-kata Prof Muhaya, "kalau kita mempunyai masalah, periksalah 3 perkara, pertama, adakah kita menjaga solat kita? kedua, adakah kita menjaga aurat kita? ketiga adakah kita menjaga hubungan dan pergaulan kita?"

Nota saya:
Kalau kita gagal menjaga tiga perkara ini, tidak perlulah membuang masa mencari kaunselor atau ahli psikologi atau mana-mana ustaz/ustazah. betulkan hubungan kita dengan Allah dan betulkan hubungan kita sesama manusia.

Kita berharap Allah membantu masalah kita selesai, tetapi perintah Allah kita tidak ikut. Larangan Allah kita langgar. Jadi, bagaimana hidup kita akan tenang? Jangan bergantung harap kepada manusia, kerana zat yang paling hebat adalah ALLAH. Kata seorang bijak pandai, 'Orang yang lemah bergantung kepada orang yang hebat, tetapi orang yang hebat ialah orang yang bergantung kepada ALLLAH sepenuhnya."

Jadi saya suka menasihati diri saya dan semua sahaabt2 saya...."pastikan kita mendengar cakap Allah dan RasulNYA, sebelum kita mahu Allah mendengar doa kita. Jadilah orang hebat dengan mengubah diri sendiri terlebih dulu sebelum mengubah orang lain. Kasihilah diri sendiri sebelum meminta orang lain mengasihi kita. Dan sebaik-baik kasih ialah kasih yang tidak pernah bersyarat dari Allah dan RasulNYA"

wassalam
Madam/Dr fauziah

0 comments:

Post a Comment