Saturday 15 December 2012

Apakah hukum Rebonding Rambut?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.




 Selamat berhujung minggu bersama keluarga yang disayangi atau bersama diri kita yang kita sayangi. Seorang rakan FB saya bertanya pendapt saya tentang hukum merebondingkan rambut. Dalam kesibukan di kampus dan kesibukan sedang berkemas rumah sebelum berpindah ke Kedah...saya cuma dapat mencari artikel di bawah ini untuk dikongsi bersama. Artikel ini telah saya edit agar dapat menjadi tulisan yang lebih padat wlaupun ringkas. Harap dapat memberikan manfaat untuk kita semua. 

"Rambut adalah bulu yang tumbuh di kepala atau sesuatu yang seperti rambut. (Kamus Dewan: 1094). Dalam Islam, terdapat pelbagai hukum yang terkait dengan rambut seperti mencukur rambut anak yang baru lahir, masalah mengqaza‘ rambut, menyambung rambut dan mewarnainya. Rebonding juga
termasuk dalam perbuatan yang melibatkan rambut, jadi hukumnya perlu diperincikan.

Sebelum permasalahan hukum rebonding ini dikupas, adalah wajar untuk kita mendalami realiti dan fakta proses rebonding itu sendiri . Rebonding adalah satu proses yang dilakukan untuk meluruskan rambut agar rambut menjadi lebih lurus dan lebih indah. Proses rebonding mempunyai dua peringkat iaitu:
Pertama, rambut disapu dengan krim tahap pertama untuk membuka ikatan protein rambut. Kemudian rambut dikepit seperti diseterika dengan alat pelurus rambut bersuhu tinggi. 

Kedua, rambut disapukan dengan krim tahap kedua untuk mengekalkan kelurusan rambut. Proses rebonding melibatkan proses kimia yang mengubah struktur protein dalam rambut. 
Protein pembentuk rambut manusia dinamakan keratin, yang terdiri dari unsur cystine iaitu sebatian asid amino yang memiliki unsur sulfida. Ikatan disulfida -S-S- dari cystine inilah yang paling penting dalam menentukan bentuk rambut kita. Rambut berbentuk lurus atau kerinting disebabkan keratin mengandungi ikatan disulfida yang membuat molekul mengekalkan bentuk-bentuk tertentu. 

Dalam proses rebonding, sejenis krim khas disapu ke atas rambut bertujuan untuk membuka/memutuskan ikatan disulfida itu, sehingga bentuk rambut yang kerinting menjadi lurus. Proses rebonding menghasilkan perubahan yang kekal pada rambut. Namun rambut baru yang tumbuh dari akar rambut akan tetap mempunyai bentuk rambut yang asli. Jadi, rebonding bukan pelurusan rambut biasa yang hanya menggunakan rawatan fizikal , tetapi juga menggunakan rawatan kimia yang mengubah struktur protein dalam rambut secara kekal. 

Apakah Hukumnya Menurut Syarak?

Menurut kajian kami, melakukan proses rebonding hukumnya adalah haram kerana dua sebab iaitu mengubah ciptaan Allah dan menipu. Hukum rebonding adalah haram kerana ia termasuk dalam proses mengubah ciptaan Allah (taghyir khalqillah ) yang telah diharamkan oleh nash-nash syara’. Dalil keharamannya adalah keumuman firman
Allah yang bermaksud: “ Dan aku (syaitan) akan menyuruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu mereka benar-benar
mengubahnya" an-Nisaa` (4): 119]. 

Ayat ini menunjukkan haramnya mengubah ciptaan Allah, kerana syaitan tidak menyuruh manusia kecuali kepada perbuatan dosa.
Mengubah ciptaan Allah (taghyir khalqillah) didefinisikan sebagai proses mengubah sifat sesuatu sehingga seakan-akan ia menjadi sesuatu yang lain (tahawwul al-syai` ‘an shifatihi hatta yakuna ka`annahu syaiun akhar ), atau bermakna menghilangkan sesuatuyang asal itu sendiri (al-izalah). 
[Hani bin Abdullah al-Jubair, Al-Dhawabit al-Syar’iyah li al-‘Amaliyat al-Tajmiliyyah, halaman 9].

Dari definisi tersebut, dapat kita ketahui bahawa rebonding termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah ( taghyir khalqillah ), kerana rebonding telah mengubah struktur protein dalam rambut secara kekal sehingga mengubah sifat atau bentuk rambut asli menjadi sifat atau bentuk rambut yang lain. Dengan demikian,hukum rebonding adalah haram.

Selain dalil di atas, keharaman rebonding juga didasarkan pada dalil Qiyas. Dalam hadis Nabi SAW, diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud RA, baginda bersabda: “Allah melaknat wanita yang mentatu dan yang minta ditatu, yang mencabut bulu kening dan yang minta dicabutkan bulu keningnya, mereka telah mengubah ciptaan Allah
.” [HR Bukhari].

Hadis ini telah mengharamkan beberapa perbuatan yang disebut di dalam nash, iaitu mentatu, minta ditatu, mencabut atau minta dicabutkan bulu kening. Keharaman perbuatan-perbuatan itu sesungguhnya didasarkan pada suatu illat (alasan penetapan hukum), iaitu untuk tujuan kecantikan dengan mengubah ciptaan Allah (thalabul husni bi taghyir khalqillah). 

Dengan demikian, hukum rebonding adalah haram, kerana dapat diqiyaskan dengan perbuatan-perbuatan haram tersebut, apabila ada kesamaan illat , untuk tujuan kecantikan dengan mengubah ciptaan Allah. Sebahagian ulama telah menyimpulkan adanya illat dalam hadis tersebut, sehingga mereka mengambil kesimpulan umum dengan jalan Qiyas , iaitu mengharamkan segala perbuatan yang memenuhi dua unsur illat hukum, iaitu mengubah ciptaan Allah dan untuk tujuan kecantikan. 

Abu Ja’far Ath-Thabari berkata,”Dalam hadis ini terdapat dalil bahawa wanita tidak boleh mengubah sesuatu dari apa saja yang Allah telah menciptakannya atas sifat pada sesuatu itu
dengan menambah atau mengurangi, untuk tujuan kecantikan, baik untuk suami mahupun untuk selain suami.” [Imam Syaukani, Nailul Authar, 10/156; Ibnu Hajar, Fathul Bari, 17/41; Tuhfatul Ahwadzi, 7/91].

Hukum rebonding adalah haram kerana ia juga termasuk dalam penipuan. Muawiyah berkata: "Sesungguhnya Rasulullah saw menamakan rambut palsu sebagai penipuan ." [Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.]

Oleh kerana proses rebonding mengubah bentuk rambut daripada satu bentuk menjadi bentuk yang berbeza daripada bentuk asal, maka ia dianggap sebagai penipuan. Adapun meluruskan atau mengerintingkan rambut tanpa rawatan kimia yang mengubah
struktur protein rambut secara kekal, iaitu hanya melalui rawatan fizikal seperti menggunakan alat penggulung plastik dan yang sejenisnya, hukumnya boleh. Sama juga hukumnya dengan perubahan yang bersifat sementara seperti dengan bersikat,
dan mendandan rambut. Malahan ini perkara yang disunatkan. 

Nabi saw bersabda: "Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya (menjaga kebersihan rambutnya)." [Hr Abu Daud - Hadis Hasan sahih] 

Ini adalah kerana ia tidak termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah, tapi termasuk tazayyun (berhias) yang dibolehkan bahkan dianjurkan syara’, dengan syarat tidak boleh dipamerkan
kepada yang bukan mahram. 

Wallahu a’lam.
Sumber: Konsultasi Islam

..........................................................................................
NOTA SAYA:
Setahu saya selepas melakukan rebonding, rambut yang telah diluruskan itu tidak boleh dibasuh selama 7 hari atau seminggu kerana dikhuatiri akan menghilangkan kimia yang telah disapu ke rambut. Oleh itu, maknanya dalam masa 7 hari ini, orang yang hendak bersoalt tidak boleh membasahkan rambutnya walaupun hukum yang wajib adalah membasahkan kepala. Jadi, bagaimana nak basah kepala kita kalau air tidak boleh lalu di atas rambut kita?

Keduanya, kalau mereka yang telah bernikah, bagaimana dengan mandi wajib mereka? sedangkan syarat sah mandi wajib adalah membasahkan seluruh rambut dan kulit serta rongga2 di tubuh kita? adakah hanya kerana ingin menjaga rambut yang di rebonding maka, si isteri tidak boleh melayan suaminya jika suaminya mahu bersama kerana kalau bersama, mandi wajib adalah WAJIB selepas itu. kalau tidak mandi wajib bagaimana hendak sembahyang? Adakah kerana rebonding rambut, maka kita perlu korban rukun Islam iaitu SOLAT atau PUASA kita?

Ada yang berkata buat rebonding rambut kerana suami yang suruh. Bagi saya, kalau suami yang faham hukum hakam dalam Islam dan faham sabab dan musabbab, cause dan effect tidak akan menyuruh isterinya melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan ibadah isterinya. Suami yang tanggung dosa? NO...suami tanggung dosa sebab menyuruh dan isteri dapat dosa kerana ikut cakap suami yang menyebabkan berlaku dosa. Dua-dua orang dapat saham.

Kenapa rebonding rambut? sebab tidak puas hati dengan apa yang Allah berikan kepada kita? Sebab rasa, suami atau boyfriend lebih penting dari Allah dan hukumNYA? Tepuk dada tanya iman..jangan tanya selera kerana hidup dan mati kita bukan kerana manusia. tapi kerana Allah.

"Aku redha Allah itu Tuhanku, Muhammad s.a.w itu Nabi dan Rasulku, agama Islam itu agamaku."

Wassalam
madam/Dr Fauziah.

5 comments:

Cahaya... said...

mohon copy kat fb sy ye madam?

Unknown said...

Artikel yang sangat bagus serta isiya bagus., pas untuk referensi menulis saya. Terima kasih banyak,

bila berkenan silahkan kunjungi blog saya di www.beranidakwah.com

Unknown said...

Umm..pihak admin laman ni, saye cume nk btolkan la kot since td tuan/puan kate "setahu saya...." Tp saye ade bce psl rebonding td (sbb aslnye saya nk rebonding..tp mcm pnh dga psl haramnya rebonding) n dlm setiap video saya tgk dlm setiap article saya bce..lps rebond bukn xleh kene air..tp xleh gune certain syampu sesuka hati since effect lurus tu akn hilg kalo xpki ikot kesesuaian rambut seperti yg dinasihatkan pendandan rambut. And secondly, also read about it just now, rebonding ade yg kkl ade yg xkkl, but as far as my knowledge, rebonding pleng lame thn ialah 6 buln. So...mksodnye rmbot akn kembali pd yg asl slps 6 buln...terpulang kpd diri kalo lpstu nk rebonding lg atau..jdi...pihak tuan/puan saya nk mintak kita discuss lg la kt sini...sbb saya bukn nk menafikan ap yg tuan/puan ckp pon..hadis nabi psl tatu tu saya penah denga...so...same2 kite bincang lg ye

Cik CiCiChaCha said...

Rebonding rambut sebenarnye boleh je kene air sebab mase rebonding tu di salon pun diaorg akan cuci rambut sebelum dan selepas proses rebonding..
cumanya yg menjadi keraguan adalah bahan kimia ug digunakan tu menyaluti rambut tu secara kekal atau tidak ..

nourzey said...

Sy pun cuma nak betulkan penulis blog ni punya fakta berkenaan ' tak boleh kena air tu'. Bukan 7 hr x boleh kena air, selalunya dinasihatkan x cuci rambut 3 hari saja. Tapi kalau nak ambil wuduk boleh je. Buat je macam biasa, kita ambil wuduk bukannya kena basah lencun keseluruhan rambut mcm mandi. Maaf kalau ada yg silap dalam pemahaman sy 😊

Post a Comment