Monday, 3 December 2012

Kasihi dan hormatilah suami dan isteri anda.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Minggu ini, saya bertemu dua orang sahabat saya. Sahabat pertama seorang wanita yang telah bernikah hampir 30 tahun. Dari usianya muda hingga hampir berumur 47 tahun, sahabat saya ini tidak habis2 dirundung dertia dan berendam air mata. Kesabarannya sangat tinggi, dimaki hamun oleh suami, disakiti dengan cerita cinta suaminya yang tidak henti2. paling menyakitkan hati saya, bila tahu sahabat saya ini dipukul hinga bengkak dan lebam mukanya. Tanya sahabat saya ini, "Zie, kenapa i terus menyayangi dan merindui dia walaupun i disakiti? Padahal apa yang dia tidak maki, sial..tak guna, semuanya disebut pada I. Kenapa I tidak ada kekuatan untuk melangkah keluar dari kesedihan macam Zie? Adakah kerana dia cinta pertama i, maka i terlalu sukar nak melupakan dia? terlalu sukar untuk melepaskan diri dari penderitaan ini?

Allahu Rabbi...apa yang harus saya katakan, hidup saya hanya berpegang kepada prinsip bersabar selagi mampu dan jangan sampai sabar itu menjadi dosa. Saya sangat hormat pada wanita yang sanggup bersabar berpuluh tahun walaupun disakiti, didera fizikal dan mental dan dalam masa yang sama masih mampu taat kepada suami yang 'bertuah' itu. Semoga syurga menantimu sahabatku.

Dan sahabat saya ini bertanya saya, "Zie,,percaya tak, i pernah memandu kereta laju2 dan berharap i akan mati dalam eksiden. pernah kereta I berpusing di jalanraya sebab I memandu laju2 dan berharap untuk mati." Sejujurnya saya percaya dan saya faham..kerana saya juga pernah melaluinya. Tapi Allah masih menyayangi dan memberi peluang untuk terus hidup dan mencari redhaNYA. Untuk apa kita mati kerana manusia yang tidak ada hati perut? hiduplah dalam redhaNYA sehingga kita dipanggil pulang pada waktu yang telah ditetapkanNYA.

Kes kedua, seorang isteri yang masih muda yang baru bernikah hampir dua tahun tapi kini sedang menuntut fasakh. Tidak tahan kerana disepak terajang oleh suami walaupun dalam keadaan mengandung hingga pernah keguguran sebanyak dua kali. Ketika saya bertemunya dua hari lepas, bdannya kurus kering dan mukanya cengkung. Katanya," sudah banyak hari saya tidak menjamah nasi." Aimatanya berlinang ketika saya mengajak dia makan tengahari bersama2 sambil mendukung bayinya yang berumur 8 bulan yang belum tahu apa-apa makna tentang hidup ini.

Katanya, " Madam..., betulkah kata orang, seorang isetri kena bersabar walaupun dibelasah oleh suami kerana syurga itu d bawah tapak kaki suami?"

Ya Allah....kenapakah ramai wanita yang masih berfikir sedemikian rupa? Di manakah syurga jikalau suami itu berlaku zalim kepada isterinya? Ya...kalau wanita itu dibelasah hingga mati mungkin dia akan memasuki syurga kerana kesabarannya. Tapi adakah tu perkahwinan yang diajar oleh Islam? pernikahan yang sepatutnya ada mawaddah dan rahmah bukan dengan penderaan fizikal dan mental. Sudahlah nafkah tidak diberikan, tubuh baddan dijadikan punchbag, maki hamun menjadi santapan telinga setiap hari. kalau sudah tidak ada cinta lagi, lepaskanlah isterimu dengan baik wahai lelaki. Dunia ini berputar, hari ini kamu mendera isterimua, esok lusa mungkin adikmu, kakakmu atau anak2 mu pula akan jadi mangsa penderaan. Insaflah wahai suami.

Kes ketiga pula, seorang lelaki yang didera oleh isterinya. Walaupun suami sudah cukup baik dan menunaikan tanggungjwabnya, si isteri masih tidak tahu bersyukur. tanggungjawab menjaga anak diserahkan kepada suami dan mertua, manakala isteri melayan FB. Mulut tidak habis2 memaki suami dan meminta diceraikan kerana sudah ada yang menunggu dan yang menunggu pula kononnya lebih kaya dari suaminya. Pernah handfon dibaling ke muka suaminya. Allahu Rabbi...salah siapa bila seorang isteri menjadi derhaka seperti ini? Salah ibubapa yang terlalu memanjakan anak perempuan mereka atau salah suami kerana terlalu baik?

Wahai suami yang terlalu baik ini...janganlah menjadikan kesabaranmu sebagai tempahan tiket ke neraka untuk isterimu yang derhaka. Nasihatilah dia dan jika dia degil, lepaskanlah dia. tak perlulah bersabar lagi kalau hanya menjadi dosa.

Kadang2 termenung memikirkan semua ini, betapa hidup ini kadang2 sangat sukar dimengertikan. Bila dapat isteri yang baik, suami buat hal. bila dapat suami yang baik isteri pulak buat hal. Belajarlah bersyukur apabila diberikan suami atau isteri yang baik. Jangan sampai menyesal ketika semuanya sudah terlambat. Jangan sampai menyesal ketika airmata darah pun tidak akan membawa dia kembali kepadamu.

KASIHILAH ISTERI DAN SUAMIMU. HORMATILAH SUAMI DAN ISTERIMU. dAN INGATLAH....SETIAP PERBUATAN KITA TERHADAP SUAMI DAN ISTERI KITA AKAN DISOAL DI AKHIRAT NANTI. BEGITU JUGA DENGAN KELUARGA MERTUA, JANGAN HANYA MENGHARAPKAN MENANTU KITA AKAN MELAYAN ANAK KITA DENGAN BAIK, TAPI SELALULAH BERPESAN KEPADA ANAK KITA SUPAYA BAIK TERHADAP ISTERI ATAU SUAMI MEREKA DAN MERTUA MEREKA. ALLAH AKAN MENGADILI DAN MEMBALAS SETIAP PERBUATAN KITA, LALU BERHATI-HATILAH DI DALAM MENJAGA AMANAH YANG DIBERIKAN KEPADA KITA.

Wasalam
Madam/Dr fauziah

1 comments:

ejay katlia said...

Belajar belajar explore exprience berani win win

Post a Comment