Monday, 24 September 2012

Wahai ibu dan ayah, dengarlah rintihan kami

Wahai ibu dan ayah, dengarlah rintihan hati anak2mu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru dua hari lepas saya menulis tentang bagaimana kasihnya ibubapa kita kepada anak2. Cuma kadang2 kita tidak memahami cara ibubapa kita mengasihi kita. Ada yang menggunakan kaedah berlembut, ada yang menggunakan kaedah berkeras dan ada yang mengambil jalan tengah di antara kelembutan dan kekasaran. Namun tidak akan dapat dinafikan, ada masanya ibubapa juga terbuat atau membuat kesilapan di dalam mengasihi anak2 hingga anak2 terasa dia tidak disayangi. Hingga dia terasa dia tidak ada nilai langsung di mata ibubapanya.

Petang semalam, ketika sedang membuat kerja di ofis saya, seorang pelajar perempuan tahun 3 mengetuk pintu bilik saya dan meminta izin utk mengambil sedikit masa saya. Saya pernah mengajar pelajar ini ketika dia di Tahun 1 pengajiannya dan seringkali saya melihat wajahnya yang suram. Tapi mulut tidak pernah tergerak utk bertanya kenapa, sebab saya memang lebih suka pelajar2 yang menceritakan sendiri masalah mereka. Cuma setiap hujung semester di dalam kelas terakhir, saya akan berpesan kepada mereka, " kalau ada apa-apa, datanglah ke ofis saya. Kamu ada nombor fon saya kan, so just keep in touch."

Selepas meminta izin utk duduk, pelajar ini bertanya, "madam, apa pendapat madam kalau saya nak tangguhkan dulu pengajian saya. Saya rasa macam tak boleh pergi dah semester ni. Kepala saya rasa buntu, rasa blurr, apa yang saya belajar pun saya tak tahu. Semester lepas pun semua exam saya tak pergi sebab saya demam panas waktu itu. dapat special exam pun saya tak pergi baru2 ni."

entah kenapa, setiap kali ada pelajar datang bertanya soalan "apa pendapat madam saya nak tangguhkan dulu pengajian, hati saya terus terdetik bahawa pelajar ini tentu mempunyai masalah yang agak berat. Saya tidak pernah anggap mereka pelajar yang malas, tapi bagi saya ada masalah yang mengganggu fikiran mereka. "Cuba beri sebab kat saya, kenapa awak nak tangguh pengajian awak?". ' Saya sakit madam, tak sehat." saya bertanya lagi, "kalau awak tak sehat, awak ada tak surat Doktor dari mana2 klinik atau hospital?"

Dan dia menjawab, "tak ada madam, cuma surat dari tempat perubatan cara Islam." Tidak puas hati dengan jawapannya, saya berkata, " macam ni lah...sekarang ni awak datang nak minta pendapat saya, nak minta saya tolong kan? Jadi...saya minta awak jujur dengan saya, tolong ceritakan semua yang ada dalam kepala awak supaya saya tahu apa sebenarnya yang berlaku. Selagi awak tak ceritakan, saya tak benarkan awak keluar dari bilik saya ni. Okay, take your time, fikir masak2 nak cerita atau tidak. saya nak buat kerja saya dulu."

Hampir 15 minit saya menunggu dia bercakap dan akhirnya yang keluar hanya tangisan yang perlahan dan menjadi esakan yang makin kuat. "tak apa...awak menangislah dulu, lepas awak rasa tenang, awak cakaplah. Saya tak akan kemana-mana. tisu pun banyak ni, gunalah sebanyak mana awak mahu." Tangisannya makin menjadi2...dan akhirnya saya mengalah, saya tahu dia memerlukan pelukan seorang ibu atau seorang kakak. Bila saya memeluk bahunya, tangisannya reda. Dan akhirnya dia bercakap walaupun sambil meneangis. "

Madam, saya dah tak ada ayah. cuma tinggal emak, kakak2 dan abang2 dan seorang adik. Mereka semua berjaya madam. Bila mereka periksa, semua dapat keputusan cemerlang. Saya sorang saja yang tak pandai." Dan saya mencelah, "kalau tak pandai, takkan awak boleh masuk universiti." dia menyambung, "sebab tak pandailah emak saya tak sayang saya. Emak saya kata, saya ni pelik dari adik beradik lain. Saya ni hanya menyusahkan keluarga. Paling sedih emak saya menuduh saya main2 kat sini dan tak belajar. Saya bukan budak jahat madam, saya tak pernah buat apa mereka cakap tu. tapi kenapa emak, abg2 dan kakak tuduh saya macam2.""Emak kita bukan malaikat, emak kita manusia biasa, tentu mereka juga akan terbuat kesilapan. maafkanlah emak awak." Dan dia menyambung, "saya tak pernah berdendam pada emak saya atau adik beradik saya, tapi hati saya hancur tengok cara emak melayan saya.

Madam tahu tak, adik beradik lain emak sanggup telefon dan bertanya khabar mereka. cakap lama2 dengan mereka. Tapi dengan saya, saya yang kena call emak. kemudian baru nak cakap, emak dah kata, tak boleh cakap lama-lama sebab kredit dah nak habis. sampai macam tu sekali emak saya bencikan saya madam.""masa cuti 3 bulan baru2 ni, saya buat LAP (law attachment program), saya tinggal di UIA. balik kampung pun sekejab saja. itu pun emak dah halau saya dan kata, kau tak balik pun sudah. Saya baru nak memberitahu kenapa result exam saya teruk semester lepas, emak dah kata saya anak derhaka sebab melawan. Saya bukan nak lawan emak, saya nak beritahu emak saja, saya demam teruk masa tu. padahal adik beradik lain jawab emak macam2, emak tak kata pun derhaka.""Bencinya emak pada saya kan madam. sebab tu saya nak berhenti belajar. saya anak tak guna, menyusahkan emak dan adik beradik saya. Madam tahu tak, saya berniat tak mahu kahwin sebab saya takut akan jadi macam emak saya yang membezakan layanan kepada anak2."Melihat dia makin tenang, giliran saya bercakap.

Tapi tangan saya terus memeluk bahu dia sambil dia bersandar di bahu saya. Itulah cara saya melayan setiap pelajar perempuan yang datang dengan tangisan di bilik saya. "Macam ni lah. saya rasa saya boleh faham perasaan awak. tapi sepatutnya awak lebih positif bila dilayan macam ni. bukan menjadi lemah dan pasif sampai nak berhenti belajar. kalau awak berhenti belajar, memang betullah apa emak dan adik beradik awak cakap, "awak ni memang pelik dari orang lain menyusahkan orang.' Sepatutnya awak kena bangun dan buat azam, "aku akan buktikan bahawa aku bukan bodoh, aku bukan pelik, aku boleh berjaya dan aku akan buktikan aku bukan anak yang menyusahkan keluarga.

Awak kena kuat...kena jadi manusia yang agak keras hatinya. jangan biar orang lain hancurkan masa depan awak. dan paling penting, awak kena ingat belajar itu satu jihad. banyak pahala utk org berjihad ni"Dan dia menjawab sambil mengesat airmatanya, "betul juga kata madam." dan kali ni dia mengangkat kepalanya dari bahu saya dan memandang muka saya, " madam, ni kali pertama seorang pensyarah memeluk saya, memujuk saya. hari tu saya ada jumpa seorang pensyarah perempuan, tapi dia tak buat macam madam.

 Dia kata kat saya, "awak ni menyusahkan orang betul la, sebab saya nak kena buat soalan exam yang baru utk special exam. kemudian tak datang pulak special exam. kalau macam ni baik awak berhenti sajalah belajar dan bernikah saja.lagi senang utk awak." Saya terdiam waktu itu, kerana tak pernah terlintas di fikiran saya, seorang pensyarah akan cakap macam tu.Dia datang ke bilik saya pukul 4 petang, dan ketika selesai mendengar luahan hatinya saya melihat sudah pukul 6 petang. Telefon saya dah banyak kali berbunyi dan anak di rumah dah bertanya, "bila ibu nak balik ni. adik Ti nak keluar main basikal kat depan rumah."Akhirnya, dia bangun dan berkata, "dah banyak masa madam yang saya ambil hari ni. Terima kasih madam, kerana sudi dengar masalah saya wlaupun madam bukan academic advisor lagi. Saya akan cuba habiskan belajar, sekurang2nya utk ayah saya yang dah tako ada. sebelum dia melangkah keluar, saya berkata kepada dia, " M, InsyaAllah, ini semester akhir saya di UIA...saya cuma harap, kalau saya dah tak ada kat sini, awak tetap bersemangat nak belajar. Kalau nak luahkan masalah, cari oang yg boleh naikkan semangat awak, bukan yang akan bunuh semangat awak. Kalau awak sedih , bacalah kQuran, surah Yusuf dan kenangkanlah kesedihannya yang dibuang ke telaga buta oleh abang2nya. Sekurang2nya, awak tak dibuang ke telaga buta kan?"

Dia tersenyum waktu itu."Saya tak boleh tunggu sampai awak grad, saya cuma akan doakan dari jauh. dan kita akan berhubung melalui sms, call dan facebook. Jaga diri awak baik2." Sambil bersalam, dia memeluk saya dan meminta diri utk balik ke asrama.Itu saja yang saya mampu buat utk pelajar saya. Kepada ibubapa di luar sana, dengarlah luahan hati anak ini. kemungkinan anak2 kita juga mengalami masalah yang sama. Tidak adil jika kita meminta semua anak2 menjadi anak2 yang sentiasa cemerlang di dalam peperiksaan mereka. Cemerlangnya anak2, bukan dilihat dari keputusan peperiksaan semata-mata, tapi akhlak mereka yang baik juga dikira sebagai anak yang cemerlang. Berikanlah kasih sayang seadil mungkin kepada anak2. kalaupun hati lebih sayang seorang anak dari anak yang lain, tolonglah jangan terlalu ditunjukkan kasih kepada anak emas atau anak emak atau anak bapak.

Setiap orang anak ada hati dan perasaan, jadi..kasihilah mereka sebaik mungkin. Kepada pensyarah2, kalau tidak ada masa nak melayan pelajar2 seperti melayan anak sendiri, tak mengapa. saya faham, kita tidak pernah diberikan bayaran utk melayan pelajar2 yang ada masalah. Tapi atas nama kemanusian, keibuan, kebapaan, kekakakan atau keabangan...cakaplah ayat2 yang memberikan semangat kepaa pelajar2 kita. janganlah dibunuh semangat mereka dengan ayat2 beracun dari kita.

Hari ni meraka ada masalah, mereka berjumpa kita, esok lusa, mungkin anak2 kita pula yang akan menangis di depan guru atau pensyarah mereka. Ingatlah, "Tidak akan sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi org lain seperti mengasihi dirinya sendiri.'Kepada ibubapa, abang dan kakak, emak saudara dan bapa saudara,datuk dan nenek, juga kepada guru2 dan pensyarah2....jangan sesekali mengatakan "awak ni menyusahkan orang, menyusahkan kami. Sebab ayat awak menyusahkan orang itu sebenarnya satu ayat yang paling kuat utk membunuh jiwa manusia.

kepada semua yang mengalami nasib yang serupa, ingatlah...manusia boleh meninggalkan kita, membenci kita kerana kekurangan kita, tapi Allah tidak pernah membenci kita, tidak pernah melupakan kita hambaNYA. jangan bersedih lagi, ingatlah Allah sentiasa bersama orang yang sabar.

 Salam sayang teramat sayang utk semua pelajar2 saya.

 Yang baik itu dari Allah, segala yang lemah itu dari saya.Wassalam
Madam Fauziah,AIKOL

1 comments:

Arjuna Silvera said...

Harap kita tak berbuat begini...sayangi sama rata...mana tahu dihadapan itulah yg akan menjaga kita

Post a Comment