ketika memandu pagi ini dan mendengar radio IKIM, DJ Sufian memasang nasyid bertajuk Safa dan Marwah nyanyian kumpulan Hijjaz. Sebenarnya saya sangat merindui lagu ini kerana liriknya yang sangat bermakna kepada saya. Nasyid yang banyak memberikan kekuatan ketika saya diuji dengan ujian yang hampir-hampir membuatkan saya tersungkur dan rebah dalam perjuangan hidup. Syukur, kerana kekuatan yang diberikan oleh Allah melalui ayat-ayat Quran, Hadis-hadis Nabi, kisah2 para Sahabat, pengalaman hidup para pejuang seperti Ibn Taymiyyah, as-Syahid Hassan al-Banna, Abdul Qadir Audah, Abu A'la al-Mawdudi banyak mempengaruhi hidup saya. Tetapi nasyid2 dan lagu2 berunsurkan ketuhanan juga merupakan satu sumber mencari kekuatan diri.
Lirik lagu ini, " Safa dan Marwa kisah bermula, Siti hajar berhati mulia..taatkan Allah juga suaminya..biarpun hidup penuh derita. Nabi Ibrahim hatinya rawan, anak dan isteri harus ditinggalkan, namun hatinya tidak dapat melawan, perintah Allah ......menangis hajar mendengar kisah pilu hatinya dihambat resah mengenang nasib telah tersurat hidupnya bagai menempuh susah. Di padang tandus, Hajar ditinggalkan, tiada teman tiada teman..hanya anak menjadi kawan..."
Semangat wanita yan unggul ini, Siti Hajar ibu kepada Nab Ibrahim sangat penting untuk dijadikan contoh oleh para isteri yang ditingalkan oleh para suami. sama ada ditinggalkan oleh seorang suami yang bertanggngjawab atau oleh suami yang tidak bertanggungjawab. Yakinlah...rahmat Allah masih ada untuk kita. Maaf kerana meletakkan nasyid kmpulan wanita. puas mencari lagu nyanyian asal oeh HIJAZ, tapi tak berjumpa. Hayatilah nasyid ini.
0 comments:
Post a Comment