Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat2, rakan, kawan2 dan pelajar2 saya di FB dan di mana jua mereka berada. Berbagai2 response yang saya dapat selepas saya menulis tentang status diri saya yang sebenar dan kenapa saya memilih untuk berpisah dengan bekas suami selepas 20 tahun bernikah dan selepas mempunyai 5 orang anak. Bernikah di usia 23 tahun dan bekas suami berusia 30 tahun dan berpisah di kala umur sedang meningkat senja, 44 tahun, manakala bekas suami sudah berusia 51 tahun.
Ramai yang memberikan kata-kata semangat dan mengucapkan tahniah kerana saya akan melangsungkan pernikahan dengan bakal suami yang berasal dari Kedah pada 10-11-12. Tak kurang juga yang memberi komen dalam nada mencemuh dan mencebik dengan kata, "Dr Fauziah, ramai lagi wanita di luar sana yang menghadapi masalah macam you. tapi mereka tak ceritakan pun kat orang lain di FB. U adalah satu di antara berjuta wanita yang menghadapi masalah yang sama." Kalau orang yang cakap ayat ni berada di depan saya, nak sangat saya ceritakan a-z kepada dia. Apa yang saya tulis di FB hany a-m, tapi a-z hanya Allah saja yang tahu.
Betul, saya adalah di antara berjuta wanita yang menghadapi masalah rumahtangga dan berakhir dengan perceraian. TETAPI CARA SAYA MENGHADAPI MASALAH DAN MENYELESAIKAN MASALAH MUNGKIN ADALAH CONTOH SATU DALAM BERJUTA2 YANG DIKATAKAN TADI. KENAPA SATU DI DALAM BERJUTA?
Pertamanya, saya mengenali bekas suami melalui rekomen orang lain yang mengenali saya ketika saya menjalani latihan pendek di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Saya cuma mengenali bekas suami selama seminggu sahaja dan kemudian bertunang selama sebulan dan kemudiannya berkahwin. Dalam tempoh bertunang, saya tidak pernah keluar dengannya. Saya juga hanya bertemu bekas ibubapa mertua ketika mereka masuk meminang dan menetapkan hari perkahwinan. Saya juga tidak berkesempatan mengenali hati budi bekas adik2 ipar saya. Jadi nasihat saya untuk semua yang mahu melangkah ke alam perkahwinan, kenalilah sikap bakal suami dan kenalilah hati budi bakal mertua dan ipar lamai kita. Sebab, bila kita berkahwin, kita bukan saja berkahwin dengan suami atau isteri kita, tapi kita akan berkahwin dengan seluruh keluarga pasangan kita. Saya mampu bertahan selama 20 tahun, walaupun mengenali bekas suami hanya seminggu dan bertunang selama sebulan. Alhamdulillah
Keduanya, ketika saya menerima lamaran dari bekas suami, waktu itu saya tidak langsung bertanya, "berapa gaji awak, awak ada kereta atau tidak, awak ada rumah atau tidak, berapa banyak simpanan awak dalam akaun bank, berapa awak nak bagi kat saya wang hantaran dan lain2....DEMI ALLAH , saya tidak pernah bertanyakan soalan2 itu. Ada dua soalan daripada saya sebelum saya menerima dia, pertama, "boleh tak awak benarkan saya belajar hingga ke peringkat phd?", sebab niat untuk belajar sehingga ijazah doktor falsafah itu memang sudah ada dalam perancangan saya waktu itu. Soalan kedua, "boleh tak awak benarkan saya bekerja kerana saya adalah anak sulung yang menjadi harapan keluarga. Saya ada ramai adik2 dan kami adalah keluarga orang susah. Saya perlu bekerja untuk membantu ibubapa saya dan adik2 saya." Kedua-dua soalan dijawab dengan jawaban YA, BOLEH. Jadi....apabila master dan phd yg saya dapat menjadi punca masalah perkahwinan, sudah tentu saya sangat terasa hampa...kerana itu adalah permintaan yang saya buat sebelum saya menerima dia. Adakah semua lelaki mempunyai sikap,sebelum dapat, semuanya boleh...tapi bila dah dapat, lain pula cara penerimannya?
Ketiganya, betul..ramai wanita yang menghadapi masalah dengan suami mereka, tapi ada berapa ramai wanita yang menghadapi masalah rumahtangga boleh menyimpan masalah rumahtangga selema 20 tahun? Boleh menyembunyikan masalah rumahtangga daripada emak dan ayah, adik beradik. sahabat2 baik, kawan2 sekerja, jiran2 dan pelajar2? Masalah saya hanya diketahui oleh orang lain, hanya selepas perceraian. Itupun kerana tak mahu ditohmah dengan berbagai2 tuduhan yang tidak berasas. Kenapa saya mendiamkan diri? Kerana tidak mahu keluarga saya runsing dan susah hati kalau mereka tahu masalah saya. Tidak mahu orang lain bertanya kenapa minta cerai? Kerana tidak mahu bekas suami dipandang serong oleh masyarakat.
Tapi ada yang bertanya, kalau tak mahu bekas suami dipandang serong..kenapa menceritakan status Dr di FB yang dibaca oleh ramai orang? Sebabnya ada dua...pertama saya sudah penat menjawab soalan daripada kawan2 bekas suami yang mengenali dia. penat bila ditanya khabar bekas suami, penat bila terpaksa menyampaikan salam kepada dia. Penat apanya? Penat perasaan saya kerana setiap kali orang menyebut nama dia, bertanya khbar dia, minta sampaikan salam pada dia...hati jadi terguris lagi. Kawan2 sepejabatnya pun tidak tahu kami bercerai sejak 4hb Julain 2011. Saya masih sempat berpesan kepada seorang rakan saya yang bekerja di ofis yang sama dengan dia, "tolong rahsiakan hal perceraian kami. saya tidak mahu orang pandang serong kepada dia." Saya ingin bertanya, berapa kerat wanita yang terdera hati dan perasaan dengan perbuatan dan kata2 bekas suami sanggup melindungi nama baik bekas suami?
Nak tahu kenapa saya membuka rahsia saya selama ini? Sebab saya teringin sangat nak berkongsi kegembiraan saya nak bernikah lain dengan sahabat2 saya dan pelajar2 saya yang sangat saya kasihi. Saya teringin sangat mereka tahu, madam mereka nak berpindah ke utara, ke UUM bukan sebab tidak sayangkan mereka lagi, bukan sebab tidak sayangkan UIA...tapi sebab tempat seorang isteri adalah di sisi seorang suaminya. Dan bakal suami saya adalah orang Kedah, jadi saya perlu berpindah ke Kedah. Apatah lagi Kedah sangat sesuai dengan jiwa saya yang sukakan kedamaian, ketenangan, kehijaun sawah dan suasana kampung.
Dan yang paling penting, saya nak masyarakat sedar...walaupun saya pernah serik dengan pernikahan pertama saya, saya tidak pernah menghentam orang lelaki. saya tidak pernah mengajar pelajr2 saya bencikan kaum lelaki dan menuntut supaya hak wanita disamakan dengan hak lelaki. Hinggakan kepada Sisters in Islam, saya pernah berkata, "bukan wanita saja yang dizalimi, tetapi lelaki pun ada juga yang jadi mangsa." Dan dalam pengalaman pahit saya dengan perkahwinan yang dulu, saya tidak pernah mengatakan saya bantah poligami. Saya tetap mengatakan siapa saya untuk menolak hukum Allah yang diberikan kepada lelaki. Sahabat2 dari kumpulan Sahabat Interaktif Malaysia tentu lebih arif dan kenal siapa Dr fauziah. tak pernah sekali pun saya menghina kaum lelaki termasuk mereka yang mendapatkan nasihat dari saya melalui Klinik Bantuan Undang2 di UIA. Bahkan saya pernah dihentam dan 'dibelasah' teruk oleh seorang Prof.Madya dari UM semata-mata kerana saya menyokong poligami. Mungkin ramai yang kata, kerana saya bukan bercerai kerana poligami. Bukan itu sebabnya. Sebabnya cuma satu..sebab saya adalah orang Islam yang perlu mentaati hukum Allah walaupun ianya amat pahit bagi wanita.
Cukuplah sampai di sini....ramai yang nampak seolah2 Dr fauziah/madam fauziah sedang mempromosikan diri sendiri. Walhal, saya mahu masyarakat berfikir, kalau mereka di tempat saya, adakah mereka mampu melakukan apa yang telah saya lakukan? Kenapa tidak cuba memahami mesej yang tersurat di sebalik yang tersurat?
Kata sahabat saya Hadi Baharum, dari SIM..."kenapa perlu Dr jadi lilin yang membakar diri sendiri? Alangkah baiknya kalau Dr menjadi matahari yang memanaskan diri sendiri dan memberikan kepanasan cahaya itu kepada orang lain?" Itulah kata2 yang membautkans aya tekad...saya perlu berkongsi pengalaman hidup saya dengan orang lain untuk memberikan semangt kepada orang lain yang senasib dengan saya.
Betul..nasib kita serupa, berkahwin dan bercerai, tetapi jalan cerita sama sekali tidak sama. Hanya sahabat2 yang paling akrab dengan saya tahu...apa maksud saya jalan ceritanya langsung tidak sama.
Kepada semua sahabt2 saya, abg2 dan kakak2 saya di FB, adik2 saya2 pelajar2 saya...terima kasih di atas pengertian kalian. Mohon doakan niat saya untuk melangsungkan aqad nikah di Masjid SAS, UIA dimakhbulkan oelh Allah.
Selamat hari raya adil adha...moral daripada kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail....perjuangan memerlukan pengorbanan. Pengorbanan pula bukan untuk diri kita, tetapi untuk kebaikan orang lain. Kalau tidak ada pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan wanita yang hebat bernama Siti Sarah itu, mungkin kita tidak dapat menikmati satu mukjizat di dalam Islam iaitu air zam zam. Iman kita harus jadi seprti air zamzam...tidak pernah kering, wlaupun datangnya musim panas.
Hijrah, perngorbanan, perjuangan--------------- KEJAYAAN.
Wassalam
Dr/Madam Fauziah.
0 comments:
Post a Comment