Sunday, 7 October 2012

Kenangan : Konvokesyen UIAM ke-29

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
Alhamdulillah, walaupun tak berapa sihat semalam, dapat juga menghadiri majlis Konvokesyen sidang ke3 pagi semalam. Walaupun tidak tersenarai di dalam jemputan, kerana tidak memegang apa-apa post penting di AIKOL, saya bertanyakan Dr Normi yang memegang jawatan academic advisor semester ini kalau2 saya dapat menggantikannya ke majlis konvo. Kata Dr Normi, " Fauziah pun academic advisor juga dulu k...
an?, apa salahnya, saya pun ada banyak hal nak buat hari ahad ni." Lalu saya pun pergi ke majlis konvo itu dengan hanya satu niat, nak melihat pelajar2 AIKOl konvo utk kali terakhir.

Majlis konvo yang akan menjadi kenangan manis dalam hidup saya kerana beberapa perkara. Pertama, kerana pelajar saya Muhamad Muhammad Kamil Abdul Munim yang baru terpilih menjadi salah seorang SRC (Majlis Perwakilan Pelajar) ada bersama-sama saya semalam. pelajar yang akrab dengan saya sejak di tahun pertama ini duduk sebaris dengan saya dan kawan2 lain yang memegang jawatan Academic Advisor. Semoga kamil akan menjadi pemimpin pelajar yang hebat di dalam pelajaran dan di dalam menjalankan amanah yang dipegang.

keduanya, kerana melihat beberapa orang pelajar yang pernah dibuang dari AIKOL (dismissal) kerana prestasi pelajaran yang kurang memuaskan, tetapi diterima semula melalui proses temuduga rayuan kemasukan, berjaya mendapatkan ijzah mereka semalam. Sebagai salah seorang academic advisor yang terlibat di dalam mesyuarat rayuan, sudah tentu kejayaan mereka semalam amat bermakna bagi saya. Bergenang airmata saya melihat 4 orang pelajr ini memandang tepat ke arah saya dan menghadiahkan senyuman manis kepada saya. Gagal sekali bukan bermakna anda akan gagal terus, tapi anda akan berjaya jika anda mahu berusaha dengan lebih gigih. Semoga kalian akan lebih berjaya di hari-hari yang mendatang.

Ketiga, seorang pelajar yang pernah menghadapi masalah yang besar pernah menangis dan teresak2 di depan saya dan beberapa org pensyarah lain,,turut berjaya mendapatkan ijazahnya semalam. Ketika dia memandang saya semalam, saya melihat dia menangis ketika beratur menunggu gilirannya mengambil ijazahnya. Dan waktu itu juga airmata saya menitis tak dapat ditahan-tahan lagi. Saya masih ingat ketika baru lepas keluar dari kelas 2 tahun lepas, dr Juriah memberitahu saya, "fauziah, ada student cari you, dia menangis teruk tadi. katanya nak jumpa dr fauziah juga." Melihat dia berjaya menamatkan pengajiannya..apa lagi yang saya boleh ucapkan selain Alhamdulillah. Itulah hadiah terbaik dari dia untuk saya dan beberapa org pensyarah lain.

Akhirkata, terima kasih kepada Dr Normi yang memberikan peluang saya menghadiri majlis konvo ini. Dan sudah tentu jika tiada izin dari Allah yang Esa, saya tidak akan berada di sana semalam. Salam sayang kepada semua pelajar2 saya terutama mereka yang masih sempat menghadiahkan senyuman kepada saya semalam ketika berbaris untuk mengambil ijazah mereka. Semoga Allah memberkati kita semua dunia dan akhirat.

0 comments:

Post a Comment