Monday, 22 October 2012

PENUTUP TENTANG ISU SEKUFU' DALAM PERNIKAHAN


Assalamualaikum dan selamat pagi. 

Cepatnya masa berlalu, kita sudah menghampiri bulan November dan Disember. 2012 akan pergi dan disambut oleh 2013. Semoga setahun yang telah kita lalui ini adalah lebih baik daripada sebelumnya.


Rasanya sudah sampai masa untuk saya simpulkan tentang isu sekufu' di dalam perkahwinan. seperti yang saya sebutkan tempohari, sekufu itu penting untuk mengurangkan jurang perbezaan di antara pasangan suami isteri dan juga di antara keluarga kedua-dua belah pihak. Minimisation of risk atau pun cuba meminimumkan risiko dalam perkahwinan adalah tujuan utama ulama'2 mensyarakan sekufu' di dalam perkahwinan.



Kalau boleh, semua orang mahukan pasangan yang berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. semua orang mahukan pasangan hidup yang dikatakan bagai pinang dibelah dua, walaupun saya tidak pernah nampak apa kecantikan pinang dibelah dua. Kita mahu menjadi pasangan yang disebut sebagai bagai sirih pulang ke gagang. Semuanya inginkan pasangan yang ideal di mata kita.



sekufu' bukan bermakna orang kaya mesti berkahwin dengan oang kaya, orang miskin hanya dengan orang miskin. orang cantik mesti dengan orang yang hensem dan orang kurang cantik mesti dengan orang kurang hensem. tidak juga bermakna orang yang berpendidikan tinggi mesti dengan orang yang sama taraf pendidikannya. 



Tidak salah seorang wanita yang berpendidikan tinggi berkahwin dengan lelaki yang pendidikannya tidak sama dengan isterinya. apa yang penting ialah seorang isteri perlu tahu keduudkannys sebagi seorang isteri tidak pernah akan dapat mengatasi kedudukan suami sebagai seorang imam dan ketua keluarga. Biar pun si isteri adalah ceo, seorang pensyarah, seorang doktor dan macm2 lagi..tapi semua itu adalah di luar rumah sahaja. tapi bila di rumah, si isteri perlu tahu, kedudukannya tetap sebagai makmum kepada suaminya. 



Si isteri tidak boleh menjadi tuan kepada suaminya, tidak boleh menghambakan suaminya. Kerana taraf seorang suami adalah seorang ketua/leader. qawwam. Jadi jangan memandang rendah kepada suami yang mempunyai status pendidikan yang lebih rendah daripada kita. penghormatan tertinggi tetap milik seorang suami biar apa setinggi mana sekali pun pangkat dan darjat kita.



Si suami pula, janganlah merasa rendah diri atau terhina kerana iseri lebih berpangkat tinggi darinya. kejayaan seorang isteri adalah kejayaan seorang suami juga. Jadi, berbanggalah dengen kejayaan isteri anda, dan bukan merasakan terancam dengan kejayaan isteri sendiri.bukankah anda yang telah memilih isteri anda? jadi terimalah kekurangannya dan berbanggalah dengan kelebihannya. Bersyukurlah kalau kita mempunyai isteri yang boleh membantu kita meguruskan rumahtangga dan anak2 dengan cara yang baik. Bersyukurlah kalau kita mempunyai isteri yang boleh mengajar dan menegur bacaan Quran dan tajwid kita.



Begitu juga dengan seorang isteri, jangan berasa malu kalau suami kita lebih rendah pendidikannya daripada kita. Dalam kekurangannya itu, pasti ada kelebihan dan keistimewaaan daripada orang lain. Kalau boleh semua orang mahu bernikah dengan ustaz dan ustazah, tapi pada hakikatnya ramai yang tidak bergelar ustaz dan ustazah juga sangat baik amal dan pekertinya. Kalau kita berkahwin dengan orang sama tahap pendidikan dengan kita, tapi cara berfikirnya sama dengan orang yang tidak ada pendidikan, tidak ada juga maknanya. 



Perkara yang sangat penting ialah cara berfikir dan cara hidup kita perlu sekufu'. Kalau isteri suka ke msjid dan suami pula suka ke kelab malam, bagaimana nak menemui titik persamaan? Sebab itu ramai juga yang suka memilih isteri dan suami dari kumpulan jemaah yang sama. tapi itu pun belum tentu menjamin kebahagiaan sebenarnya. Tidak perlu rasa rugi tidak memiliki seorang isteri yang cantik atau suami yang tampan seperti orang lain, yakinlah...itulah isteri dan suami yang terbaik untuk kita. Kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. 



Apapun, di dalam memilih pasangan hidup kita...selalulah ingat kepada apa yang dijarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, "Wanita itu dikahwini kerana agamanya, kecantikannya, keturunanannya dan hartanya. Tapi carilah yang beragama..." Carilah yang beragama di sini bukan bermakna mesti bersekolah agama, bukan bermakna mesti seorang ustaz/atau ustazah, tetapi cara hidupnya mestilah cara hidup orang yang beragama. yang menjaga rukun islam yang lima dan menjaga rukun iman yang enam.



Apa yang penting ialah kita semua sedar diri kita masing-masing. kita tahu siapa kita, kita tahu tanggungjawab dan hak kita, kita juga tahu kemana kita akan pergi selepas hidup di dunia fana ini. Bersyukurlah dengan apa yang ada, tapi berusahalah untuk membaiki keadaan kita daripada baik kepada lebih baik dan daripada yang lebih baik kepada yang terbaik. Dan perkara yang sangat penting dalam mencari pasangan hidup ialah niatkan kerana Allah ta'ala dan niatkan hanya untuk mencari redhaNYA.



wassalam
Dr/madam Fauziah

3 comments:

*Mawar Nafastari* said...

'cara berfikir yang sama.. '.... itulah titik persamaan saya dan suami... :terlalu rindu dgn pendapat dia... :-)

Wo Ai Ni said...

alhamdulillah.terima kasih akak. entri ini sedikit sebanyak memberi sy kekuatan utk membuat keputusan.. semoga sy dan bakal suami diredhai dan selalu dijalanNya.. doakan sy beroleh sakinah mawaddah wa rahmah.. insyaAllah. amin..

nurul said...

Assalamualaikum... wlaupon as a stranger, terima kasih saya ucapkan . satu penulisan yang sggt bagus buat saya masa ini... doakan saya memilih yang betul..

Post a Comment