Friday, 12 October 2012

Pagi Sabtu Yang Hening, Aku akan rindukan UIA

Assalamualaikum, selamat berhari Sabtu kepada semua rakan2 & follower saya.

Banyak benda yang ingin dikongsikan bersama, tapi belum berkesempatan menulisnya. Pagi ini selepas menghantar anak saya ke sekolah (darjah 4), saya membawa Husna Izzati 8 tahun ke kampus. Bagi dia peluang berbasikal di kawasan IIUM EduCare, tempat dia belajar sejak berumur 4 tahun sehingga umur 6 tahun. 

Kata adik Ti, "rindunya kat EduCare...rindunya kat teacher, rindunya kat kawan2." Sambil menanti dia mengayuh basikal di kawasan untuk helikopter mendarat tak jauh dari Convest Hill tu saya duduk di atas tangga menikmati keindahan bukit bukau sekitar Taman ilmu dan Budi ini.

Terdetik di dalam hati, satu hari nanti ibu pun akan merindui UIA macam adik Ti rindukan tadikanya.rindukan cikgu2nya yang mengajar dia mengenal ABC...123...alif baa taa....dan belajar berkawan dengan kawan2 yang datang dari pebagai negara. Masih teringat kata adik Ti semasa dia berumur 5 tahun dulu, "Ibu, 
geram betul adik Ti tengok Baboo tu. kulit dia putih melepak." Rasanya tentu anak pensyarah dari Bosnia, Albania atau anak student dari negara2 ini. Budak2 pun dah pandai tertarik pada orang yang cantik, comel, putih gebu. apatah lagi orang dewasa yang sudah ada nafsu, tentulah asyik tertarik kepada yang dahi licin, kulit putih melepak atau yang berbadan yang ada cutting atau yang tegap dan tampan.

Setengah jam di sana, saya dan adik Ti balik kerana tengahari nanti nak ke Jalan kebun, pula sebab nak menghadiri majlis sambut menantu dua orang pelajar saya, Usaid Nasarudin dan ulfah Mansurah. Dua orang pelajar yang sangat baik budi bahasanya dan sangat menghormati orang yang lebih tua. Walaupun saya tidak pernah mengajar Ulfah, tapi dia sangat menghormati pensyarah2 di AIKOL. Semoga kalian diberkati dunia dan akhirat. moga rumahtangga yang dibina ini akan sentiasa dilimpahi dengan mawaddah dan rahmah. Amiin ya Rabbal 'alamiin.

hujan pun dah turun membasahi bumi. syukur ya Allah walaupun banyak kain baju yang menunggu untuk disidai. selamat berhujung minggu untuk semua.

wassalam

0 comments:

Post a Comment