Thursday, 11 October 2012

Janji untuk mengahwini isteri orang : Hukumnya


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Menarik perbincangan dengan students Tahun Satu petang ni. berbincang makna ''iltizam', tasarrruf' dan kontrak. Antara tugasan yang saya berikan minggu lepass ialah satu kes, 'seorang lelaki berjanji kepada seorang wanita yang masih menjadi isteri orang, bahawa dia akan menikahi wanita tersebut selepas wanita itu diceraikan oleh suaminya. Dan apabila lelaki tersebut menungkiri janjinya untuk bernikah dengan wanita tersebut, adakah wanita itu mempunyai hak untuk menyaman lelaki tersebut, sedangkan suaminya tidak pernah berniat untuk menceraikannya?" Dan saya pun bertanya pelajar2 saya seorang demi seorang.

Kumpulan pertama mengatakan wanita itu berhak menyaman lelaki itu kerana janji wajib ditepati. kata saya, 'jawapan kamu salah". Kumpulan kedua pula menjawab, "tidak boleh saman kerana janji itu sendiri adalah janji yang tidak sah." Kenapa? Ada seorang pelajar yang menjawab, 'kerana ada hadis yang melarang (haram) seorang lelaki meminang tunanga
n orang, kecuali lelaki itu membenarkan atau dia melepaskan tunangannya." Maka sudah tentu, berjanji untuk menikah dengan wanita yang masih menjadi isteri orang adalah HARAM juga." "Bagus, itu jawapan yang saya nak dengar", komen saya. 

Tiba2 seorang pelajr berkata, 'Madam, tapi kata seorang ustaz yang mengajar subjek UNGGAS..."mana ada nas yang melarang seorang lelaki berjanji untuk berkahwin dengan wanita yang masih jadi isteri orang?" Haru betul, kita ajar lain, ustaz dari fakulti lain ajar lain. Tapi saya bertegas mengatakan, hukumnya tetap haram berjanji dengan isteri orang untuk bernikah dengannya selepas dia diceraikan. hatta kalau wanita itu masih dlaam eddah pun, lelaki itu belum boleh melamarnya, kerana dia masih isteri kepada suaminya. Ex husband. dan ex wife hanya akan ada, apabila telah selesai eddah.

Jawab pelajar saya, "ustaz tu bukan orang Melayu madam. orang dari negara....." .Kata saya, nanti tolong beritahu ustaz tu, apa hujjah yang telah saya sebut dalam kelas tadi. kata pelajar saya lagi, "kami pun tak setuju madam, tapi sebab takut kena potong markah dalam exam nanti, kami diamkan saja. tapi Dr Hisham kamal pun jawab macam madam jugak." Di dalam hati, rasa gembira juga sebab pelajr2 ni sanggup pergi jumpa pensyarah lain untuk bertanyakan pendapat sebelum datang ke kelas saya.

tapi yang penting, saya tetap berpegang teguh kepada jawapan tadi. janji itu tidak sah, bahkan haram berjanji utk menikah dengan wanita yang masih menjadi isteri orang. dan wanita itu tidak boleh menyaman bekas kekasihnya itu. Tapi ada pulak yang bertanya saya, "apa hukum berjanji nak menikah dengan suami orang." Aduhai..itu dah masuk isu poligami lah pulak. kalau tajuk poligami...TO BE CONTINUED. :)

0 comments:

Post a Comment