Saturday, 6 October 2012

Pesta Konvokesyen UIAM 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 




Pesta konvokesyen datang lagi, meraikan mereka yang telah berjaya menamatkan pengajian di dalam bidang masing-masing. Kehidupan sebenar yang lebih mencabar sedang menanti para graduan di luar sana. saya menghantar anak2 saya ke UIA petang tadi dan meminta anak saya yang kedua (abang ngah) utk menjaga adik2nya Husna Izzati dan Amjad. Tahun sudah, anak saya Husna yang berumur 7 tahun bertanya, "Ibu, kenapa orang ambil ijazah suka baling topi?" Saya menjawab, "Ibu pun tak tahu, tapi masa ibu ambil ijazah dulu, ibu tak baling pun topi tu."


Petang tadi, Husna bertanya lagi, "Kenapa orang suka bagi hadiah teddy bear dan bunga kat orang yang ambil ijazah?" Sambil memandu, fikiran ligat nak menjawab. Abang Ngah pula mencelah, 'macam nak bagi hadiah kat budak2 tadika saja." Di dalam komen itulah mungkin terletaknya jawapan kepada soalan anak bongsu saya tadi.



Walaupun sudah lama bergelar anak dara, anak teruna dan kini sudah bergelar mahasiswa. mahasiswi...ibubapa kita sebenarnya masih memandang kita sama seperti anak2nya yang masih kecil. Anak yang dulunya sangat suka pada teddy bear dan anak2 patung. Biarpun anak mereka kini sudah bergelar Dr Falsafah,bagi mereka..anak itu tetap anak yang mereka sayang dan manjakan dulu. Begitulah cepatnya masa berlalu, anak yang dulunya masih merah dalam dakapan, kini sudah berhelar mahasiswa/i. jadi kepada mereka yang telah berjaya mendapat sekeping ijazah, tahniah diucapkan dan jangan sesekali lupakan ibubapa yang telah bersusah payah menjaga dan mendidik kita.



Kepada mahasiswa/i..sekeping ijzah itu mungkin akan menjadi batu loncatan untuk kita terus berjaya, tetapi kejayaan sebenar ialah bila kita dapat menjadi insan yang cemerlang bukan saja di dalam sekeping kertas, tetapi juga di dalam akhlak dan hubungan kita sesama makluk ALlah di atas muka bumi ini.

Tak perlulah jadi terlalu bangga dengan pencapaian hari ini, jikalau akhlak kita masih sama dengan anak2 yang terbiar tanpa sebarang asuhan dan didikan. Tak perlulah terlalu bangga dengan jawatan yang bakal dipegang jikalau kita masih menganggap bertudung litup itu perkara yang kolot. Tak perlulah merasa amat bangga jika sudah menjadi peguam, doktor, akauntan atau apa saja, kalau percakapan kita tidak melambangkan akal seorang mahasiswa/i.


Teringat saya kepada kata-kata seorang tokoh di Malaysia, "pelajar2 di universiti ada yang seperti kaca dan ada juga yang seperti intan. kalau kaca, digilap sekuat manapun, tetap tak akan bersinar seperti intan. tetapi kalau intan, walaupun bercampur dengan kaca kaca, satu hari akan tetap terserlah sinarnya."
Jadi, terpulanglah kepada kalian wahai anak2 dan adik2ku...pilihlah sama ada kalian mahu menjadi intan intau atau menjadi kaca. jangan lupa sifat intan selain bersinar. ia juga sangat kuat. Tidak seperti kaca yang mudah pecah apabila terhempas. 



Kepada para ibubapa, meskipun anak2 sudah bergelar mahasiswa/i...teruskanlah mendidik anak-anak kita.mereka tetap mmerlukan bimbingan dan nasihat kita wlaupun di mata kita mereka sudah berjaya. Mereka belum berjaya sebenarnya..mereka hanya kan dikatakan berjaya apabila mereka menjadi hamba Allah yang cemerlang dan gemilang akhlaknya, budi dan adab sopan santunnya.Mereka hanya berjaya jika mampu menghadapi segala ujian yang bakal tiba. dan yang paling penting, ingatlah ayat Quran yang bermaksud, "Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah orang yang paling bertaqwa.." 



Salam tahniah dan salam prjuangan dari saya dan kawan2 di AIKOL, IIUM...Taman Ilmu dan Budi.

0 comments:

Post a Comment