Monday 10 October 2011

Tiga kalimah ajaib


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan yg sudi membaca nota ini.



Satu hari ketika sedang mengajar di dalam kelas, seorang pelajar mengangkat tangannya dan berkata, “Madam, ulang sekali lagi lagi.” Saya berkata kepadanya, “Excuse me, I beg your pardon.” Sekali lagi dia berkata, “Ulang sekali lagi, madam.” Saya mengulangi ayat yang sama, “I beg your pardon.” Semua pelajar kelihatan kehairanan mendengar dialog antara saya dan kawan mereka. “Saya minta madam ulang apa yang madam ajar tadi, saya tak sempat salin.”, pelajar itu cuba menjelaskan kepada saya.

Saya tersenyum dan berkata, “Saya tahu kamu minta saya ulang apa yang saya sebut tadi, tapi cara kamu minta saya ulang itu tidak betul.” Pelajar itu mengerutkan dahinya dan berkata, “apa pulak yang tak betul madam, memang betullah saya minta madam ulang.” Saya kemudian bertanya kepada semua pelajar di dalam kelas tersebut, “Apa yang kawan kamu tidak sebut dengan betul, cuba beritahu saya.” Pelajar-pelajar saya memandang satu sama lain dan akhirnya ada seorang pelajar menjawab, “Tak ada perkataan please (tolong).” “Ya, itulah perkataan yang saya nak dengar dari kamu tadi, “Madam, tolong ulang boleh tak? Saya bukannya pekak, saya boleh dengar apa yang kamu cakap tadi.Tapi saya nak kamu sebut dengan beradab, sebab saya ni bukan adik kamu, bukan kawan kamu, tapi guru kamu. Jadi, tolong jaga adab bercakap dengan guru kamu. Kalaupun bukan kerana saya ni pensyarah atau guru kamu, tapi saya lebih tua daripada kamu semua.”

Semua pelajar terdiam dan ada yang berbisik sesama sendiri dan mereka tahu, Dr Fauziah tentu tak akan berhenti berleter setakat itu saja. Akhirnya saya menyambung, “Susah sangat ke nak ucapkan perkataan tolong atau ‘please’? Ingatlah, ke mana saja pergi dan dengan siapa pun kamu bercakap, jangan lupa tiga kalimah ajaib. Tahu tak apa kalimah ajaib tu?” Seorang pelajar lelaki sambil tersenyum menjawab, “I love you kut madam”. Seisi kelas menjadi riuh rendah mendengar jawaban tersebut. “Memang itu kaliman ajaib, tapi hanya untuk orang yang kamu cinta dan sayang saja. Tapi kalimah ajaib yang maksudkan ialah, “tolong, maafkan saya dan terima kasih (please, sorry dan thank you).” Pelajar-pelajar saya semuanya terdiam dan ada yang menganggukkan kepala tanda bersetuju.

Kadang-kadang kita terlupa, kalimah-kalimah ringkas ini mempunyai makna yang amat mendalam dalam hati orang yang mendengar. Ketika belajar di England pada tahun 1992-1993 saya sering melihat, peniaga-peniaga kedai runcit mengucapkan perkataan ‘thank you’ kepada pelanggan-pelanggan mereka walaupun barang yang dibeli hanya gula-gula berharga 20 pence. Kadang-kadang ada juga yang mengucapkan, “Thank you Love.” Tapi di negara kita ini kadang-kadang walaupun kita membeli hampir RM500 atau hampir penuh troli, juruwang-juruwang di pusat membeli-belah terlalu sukar untuk mengucapkan terima kasih. Hinggakan kadang-kadang membuatkan kita rasa seperti menyesal membelanjakan wang kita di situ.

Pernah sekali saya meminta anak bongsu saya berumur 6 tahun mengambilkan air utntuk saya. Selepas menghulurkan segelas air kepada saya, dia berdiri di depan saya dan berkata, ‘Ibu tak ucap terima kasih pun kat adik Ti.” Saya cepat-cepat meminta maaf dan berkata, “Sori, ibu terlupa. Terima kasih ya.” Sambil tersenyum anak saya berkata, “Sama-sama ibu.” Dan setiap kali saya memberikan sesuatu kepada dia, dia akan berkata, “Terima kasih ibu.”

Peristiwa itu membuatkan saya lebih beringat, walau di mana kita berada dan dengan siapa pun kita berhubung atau berkomunikasi, ucapkanlah kalimah-kalimah ajaib ini. Kita tak akan rugi apa-apa pun kalau menuturkan kalimah-kalimah ini. Ucapkanlah terima kasih kepada anak-anak kita sejak mereka masih kecil kerana mereka akan terdidik dengan sikap menghargai orang lain. Ucapkanlah kepada mereka, “maafkan ibu atau ayah” kerana mereka akan menjadi manusia yang selalu menyedari kesilapan dan kesalahan mereka. Ucapkanlah tolong atau ‘please’ bila meminta mereka melakukan sesuatu agar mereka menjadi manusia yang tahu merendah diri sesama insan.

"Attitude is a minor thing but it made a big difference”

Wassalam, 
Dr Fauziah

www.fauziahmohdnoor.blogspot.com

7 comments:

norehan said...

Salam Dr Fauziah,

Memang betul apa yang Dr kata, masyarakat kita susah hendak mengucapkan tiga kalimat ajaib tersebut.

Saya sering terasa hati kerana si penjual langsung tidak mengucapkan terima kasih, walhal wang yang diterima dari kita itu adalah rezekinya.

Jadi, saya pastikan anak-anak saya terdidik untuk mengucap kalimah2 tersebut, bukan susah pun nak menyebutnya. Saya berharap juga agar ibubapa yang lain turut mendidik anak-anak mereka agarv menggunakan kalimat ajaib tersebut.

wadironi said...

Assallamualaikum Dr'

Alhamdulillah , terima kasih atasan perkongsian kalimat ajiab tsbt . Muga ianya sebati dengan perilaku harian dan dimanfaatkan sepanjang kehidupan kita.

Anonymous said...

waaalaikumsalam..saudara Wadironi, terima kasih di atas komen saudara. Ya...semoga anak2 kita akan terdidik dengan budaya adab dan sopan santun.

Anonymous said...

terima kasih Norehan.semoga kita akan dapat terus mendidik anak2 kita dengan nilai2 mulia dan adab sopan yg tinggi.InsyaAllah

hakim.halim said...

Assalamualaikum Mdm! Salam Taaruf di alam blog.hehe :) btw cntik layout mdm. nice entry :)

Anonymous said...

waalaikumsalam.terima kasih Hakim. (anak soleh). Daniel Yusof yg tolong jaga blog saya ni.tapi dah lama saya tak update kan.

Qutr Ferdouse said...

salam madm,
terima kasih atas perkongsian...:)

saya baru follow mdm wlupun sy x kenal mdm.. huhu..

Salam perkenalan..

Post a Comment