Monday, 3 December 2012

Kisah Paku dan Kayu.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seorang lelaki mempunyai seorang anak lelaki berumur 10 tahun. Pada suatu hari si ayah membina pagar di sekeliling rumah mereka. Kata si anak, "cantiknya pagar yang ayah buat ini." Si ayah hanya tersenyum mendengar pujian ikhlas dari anaknya. Keesokan harinya si ayah memberikan segenggam paku kepada anaknya dan berkata, "Anakku, ambil paku2 ini dan letakkanlah paku ini di pagar yang ayah telah buat semalam."

Si anak dengan gembiranya mengambil tukul dan mengetuk paku ke setiap pagar kayu yang dibuat oleh ayahnya. dia sangat bangga dengan kerjanya itu dan dalam beberapa minit saja semua paku yang berada di dalam genggamannya habis. Keesokan paginya, si ayah mengajak anaknya melihat paku2 yang telah diketuk di pagar-pagar di keliling rumah mereka. Kata si ayah, "baiklah, sekarang cuba cabut semula paku-paku yang tertanam di kayu-kayu pagar tu." Si anak kehairanan, tapi dia terus melakukan kerja itu dengan gembira. "senang saja kerja ni ayah.." kata si anak.

Dalam masa beberapa minit saja, si anak berjaya mencabut semua paku-paku yang melekat di kayu pagar. Dengan bangga dia memanggil ayahnya dan memberitahu, "Semua dah selesai, ayah." Si ayah tersenyum dan memanggil anaknya, "Nak, mari ayah tunjukkan sesuatu kepadamu. Ada sesuatu yang ingin ayah beritahu padamu." Si anak mendekati si ayah dan tertunggu-tunggu apa komen ayahnya terhadap kerja2nya.

Si ayah dengan tenang menjelaskan, "Anakku, pada hari ayah membina pagar ini, kamu mengatakan cantiknya pagar yang ayah buat. Kemudian kamu meletakkan paku di setiap kayu-kayu pagar rumah ini. Dankemudiannya kamu telah mencabut paku-paku itu semula. Memang mudah mencabut paku-paku itu dari kayu pagar, tetapi cuba kamu lihat anakku...apa yang berlaku kepada pagar rumah kita yang cantik itu. Semuanya menjadi buruk kerana bekas paku tersebut walaupun paku-paku itu dah dicabut. Kamu tahu apa pengajaran yang kamu boleh dapat daripada perbuatan ini?

Si anak menggeleng kepala tidak faham. Jelas si ayah, "Anakku, paku-paku tajam itu adalah ibarat kata-kata yang pedih dan beracun. Sekali kamu melekatkan paku itu di pagar, paku itu akan melekat di situ. Dan bila kamu mencabut paku-paku itu, kamu lihat, bekas paku-paku itu tetap ada di kayu pagar dan mencacatkan keindahan pagar tersebut. Begitu juga dengan kata-kata pedih, kata-kata kesat atau bahasa beracun yang kita sebut kepada orang lain."

"Walaupun kamu meminta maaf, tetapi luka di hati insan yang mendengarnya tetap ada. Tidak pernah akan hilang. Oleh itu anakku, berhati-hatilah di dalam setiap tutur katamu. Jangan dirosakkan hubungan yang indah hanya kerana kata-kata berbisa atau bahasa beracun. Lidah memang lembut dari gigi, tapi ingatlah...lidah juga lebih tajam daripada pedang. Ia mampu melukkan hati manusia, dan mampu membunuh jiwa manusia. Apatah lagi jika orang yang kamu hadiahkan kata-kata beracun itu adalah orang yang rapat dengan kamu."

Pengajarannya, berhati-hatilah bila bercakap. Luka berdarah tinggal parutnya, luka di hati siapa tahu. Sebab itu juga, pepatah Melayu mengatakan "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya." Seorang anak, jangan sesekali menyakiti hati ibubapanya, seorang isteri jangan sekali-kali menyakiti hati suaminya, seorang suami jangan sesekali menghina isterinya, seorang ibu dan ayah, jangan sesekali menyumpah anak-anaknya.

Semoga Allah memberkati kita semua, semoga kita diberikan lisan yang lembut dan tidak menyakiti hati orang lain. "Ya Allah, kurniakanlah kepda lidah/lisan yang basah menyebut namaMU, dan hati yang kusyuk mengingatiMU dan bersyukur padaMu, dan badan yang ringan dan cergas untuk mengerjakan ketaatan kepadaMu. Amiin ya rabbal 'alamin.

wassalam

Madam/Dr fauziah

1 comments:

Unknown said...

As Salam, i am currently conducting a survey about mosque in Malaysia for my master thesis. it would be a big help if u could help me to answer the survey. Thanks in advance.
https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGhMa19JeDlpZ04xajZTVnROYVl2cWc6MQ#gid=0

Post a Comment