Assalamualaikum, dan selamat berhujung minggu. Makin menghampiri tarikh 8hb November dan 10-11-12, makin banyak urusan yang perlu disiapkan. Alhamdulillah, walaupun masih ba
nyak urusan yang belum siap, dan cuma dibantu oleh anak-anak, hati tetap tenang. Satu perasaan yang sangat indah yang sudah lama tidak dirasai. betullah kata orang..buat apa tinggal di rumah besar, ada kereta besar, pangkat besar dan gaji yang banyak tapi tidak memiliki hati dan jiwa yang tenang.
Selepas tekad mengambil risiko untuk berterus terang tentang status diri saya, barulah saya tahu percaturan saya itu sebenarnya amat bermakna bagi bagi orang lain. Barulah saya tahu rupa2nya ramai pelajar2 saya yang masih muda remaja dan telah bernikah rupa2nya telah bercerai. Saya juga mendapat tahu ramai di kalangan sahabat2 FB saya merupakan wanita2 muda yang telah menggalas title ibu tunggal. Tidak kurang juga wanita2 yang sebaya dengan saya dan lebih tua daripada saya, yang telah lama menderita dalam diam. Ramai wanita yang mempunyai suami, tapi hidup seperti ibu tunggal. Dan saya juga mendapat tahu ramai juga suami yang mempunyai isteri tapi hidup seperti bapa tunggal.
Ramai yang mengirimkan mesej dan sms bertanya saya soalan, "bagaimana Dr/madam boleh bertahan hingga 20 tahun? dan kenapa menunggu 20 tahun untuk meminta dilepaskan? kenapa tak minta dilepaskan ketika msih muda?" Soalan2 yang buat saya tersenyum dan terasa hiba dalam masa yang sama.
Tidak ada wanita yang waras dan beriman bernikah untuk diceraikan atau meminta cerai. dan saya juga yakin tidak ada lelaki yang waras dan beriman bernikah dengan niat mahu menceraikan wanita yang dikahwininya. Tapi itulah yang dikatakan kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan segala-galanya. bagaimana bertahan selama 20 tahun dan kenapa menunggu 20 tahun?
Sebab pertama, kerana anak-anak dan saya yakin ramai wanita dan lelaki yang berkorban masa, tenaga, jiwa dan perasaan kerana memikirkan anak2. Seorang ibu atau ayah yang baik akan memikirkan perasaan anak2. masa depan anak2, apatah lagi jika wanita itu tidak bekerja. tapi kadang2 kita tersilap, hati dan perasaan anak2 kadang-kdang lebih menderita dan terdera melihatkan ibubapa mereka yang tidak sehaluan tapi masih hidup bersama. anak-anak lebih derita melihat ibubapa mereka hidup serumah tetapi tidak bertegur sapa, tidak beramah mesra, tidak beramah tamah. paling menyiksakan hati anak2 apabila melihat ibubapa hidup seperti orang asing di dalam rumah mereka sendiri. Apatah lagi kalau ibubapa yang suka bergaduh di depan anak2 atau memukul pasangannya di depan anak2 mereka. saya sebutkan memukul pasangan mereka kerana saya tahu, ada juga isteri derhaka yang memukul suaminya.
Pengalaman saya, saya tidak pernah bercakap tentang masalah saya kepada anak2. Tidak pernah bersungut atau menangis di depan anak2. Saya dan bekas suami tidak pernah bergaduh di depan anak2, kecuali sekali saja. itupun bukan dikira sebagai bergaduh, kerana saya jenis perempuan yang tidak suka menjawab cakap suami. Kalau ditempelak di depan anak2 saya cuma diam dan akan menunggu waktu yang sesuai untuk 'bersoal jawab' dengan ayah mereka. Sebab itulah hanya selepas bercerai baru anak2 saya tahu apa yang berlaku selama ini. Dan saya juga tidak pernah menghasut anak2 membenci ayah mereka, baik semasa masih menjadi isteri atau selepas menjadi bekas isteri.
Sejujurnya saya pernah terfikir, kalau saya menjadi ibu tunggal, adakah lelaki yang mahu mengambil anak2 perempuan saya sebagai isteri? Saya pernah terfikir, adakah keluarga yang sudi menerima saya sebagai bisan mereka kerana masyarakat selalu memndang hina pada wanita yang bercerai. walaupun hakikatnya apabila berlaku perceraian, tidak semestinya wanita itu yang bersalah. dan tidak semestinya, lelaki yang menjadi duda itu lelaki yang jahat. Saya juga pernah terfikir tentang anak2 yang nak ambil peperiksaan, UPSR, PMR dan SPM. Kesian kalau fikiran anak2 terganggu ketika mereka hendak menduduki peperiksaan. Saya tidak mahu masa depan anak2 terjejas kerana masalah saya dan ayah mereka waktu itu.
Dan ketika mengambil keputusan untuk bernikah pada 10-11-12 ini saya bertanya anak yang akan mengambil SPM esok, "Bolehkah ibu nak bernikah sebelum angah habis SPM?" Jawab anak saya, " Itu lebih baik sebab hati angah tak risau lagi pasal ibu. Dah ada orang yang akan jaga ibu. kalau ibu tak nikah, angah susah hati, duk fikir sapa jaga ibu kalau ibu sakit atau demam. Ibu nikahlah, tapi kalau ibu boleh akad nikah di masjid UiA, ibu datanglah ambil angah. Angah nak tengok ibu dan pakcik dinikahkan." Allahu rabbi, barulah saya teringat, ketika malam graduasi di sekolah Angah di Ceras baru2 ini, ketika ustaz yang menjadi motivator meminta anak2 berbisik kepada ibubapa, anak saya berbisik di telinga saya, "Ibu, angah janji akan jaga ibu sampai bila-bila. Angah janji akan buat ibu gembira." Terkedu saya waktu itu kerana saya menyangkakan anak saya akan berbisik, 'Ibu..angah janji akan berjaya di dalam SPM dengan mendapat 16A.
Dan percaya atau tidak, ketika saya sedang membuat keputusan untuk menerima semula bekas suami atau hendak mengatakan tidak pada bulan mei 2012, anak2 saya berkata, " kami serahkan kepada ibu. samada ibu nak terima semula abah atau ibu nak nikah dengan orang lain. yang penting kami nak ibu bahagia dan gembira." Tapi anak sulung saya menentang dan berkata, "Ibu, you deserve someone better. Tak payah berpatah balik" Rupa2nya pengorbanan saya mengorbankan hati dan perasaan selama 20 tahun telah membuat anak2 faham kenapa ibu mereka minta dilepaskan oleh abah mereka."
Keduanya saya bertahan selama 20 tahun kerana mengenangkan kebaikan bekas suami. Seperti yang saya katakan dulu, bekas suami saya bukan kaki perempuan, bukan kaki judi, bukan kaki arak atau kaki kelab malam. Bekas suami saya , adalah ayah yang baik dengan anak2, tapi satu kesilapannya, dia tidak baik kepada ibu anak-anaknya. Dia tidak melayan keluarga saya seperti melayan keluarganya sendiri. Dan semua itu bukan kerana dia lelaki yang tidak baik, tapi kerana dia tersilap memahami isteri dia. Dia tersilap bila menganggap title DR yang saya pegang adalah satu cabaran dan ancaman untuk dia. Dia juga tersilap kerana dia terlupa isteri yang bekerja juga mempunyai hak-hak yang sama seperti isteri yang tidak bekerja. Dia tersilap bila dia tidak menganggap seorang isteri adalah orang paling rapat dengannya selepas pernikahan. Dia dan keluarganya tersilap kerana menganggap saya orang asing dalam hidup mereka walaupun selepas bernikah 20 tahun. Mereka terlupa bahawa Nabi Muhammad s.a.w mengajar kita, "Tidak akan sempurna iman seseorang kamu sehingga kamu mengasihi orang lain seperti mengasihi diri kamu sendiri." saaya tidak pernah mengatakan dia lelaki yang jahat, tapi dia adalah lelaki yang banyak membuat kesilapan. Kesilapan demi kesilapan yang membuatkan hati retak seribu. dan kalau hati ini dibuat daripada kaca, agaknya hati saya sudah menjadi debu.
Ketiganya, kerana saya tidak pernah mengadu kepada ibubapa saya, keluarga saya, adik2 saya atau kawan2 baik saya. Kerana saya tahu, kalau ada campurtangan keluarga keadaan akan menjadi lebih parah. dan kalau saya ni jenis perempuan yang mengadu, agaknya dah lama saya bercerai. kerana apabila ada ahli keluarga saya dan kawan2 baik saya tahu apa yang berlaku, mereka mengatakan, "kalau aku tahu masalah hang macam ni, dah lama aku suruh hang minta cerai. dan ada yan kata, 'kalau aku jadi hang, dah lama aku bercerai."
Ramai pasangan yang bercerai hari ini adalah kerana campurtangan keluarga masing2. Bila kita suka mengadu kepada keluarga, akibatnya akan ada prasangka dan perasaan tidak senang kepada suami atau isteri kita. Hubungan akan jadi renggang. Ada yang akan menasihati dan ada yang akan menghasut. Tapi syukur, dalam kes saya...emak ayah saya tidak pernah tahu hinggalah mereka mentup mata mereka. Kenapa? Sebab janji saya pada diri saya, saya tidak akan membiarkan ibubapa saya menangis kerana saya. Allahyarhamha emak saya juga tidak bertanya, tapi kalau saya berkata, "mak, jah dah tak larat.", mak akan berkata, "sabarlah, dia bukannya jahat. bukan kaki perempuan, bukan kaki judi, bukan kaki arak. dan saya pun akan diam tidak membuka mulut lagi. Dan emak meninggal dunia dalam keadaan tidak pernah tahu apa yang berlaku pada saya. Tapi saya tahu emah tahu anak sulungnya tidak bahagia. Dan seminggu sebelum saya ke mahkamah, saya memberitahu ayah saya yang telah menjadi duda selepas kematian emak, 'ayah..saya nak minta cerai". Ayah cuma memandang saya dan bertanya, "Awat pulak?". tidak ada riak terkejut langsung di mukanya. dan saya menjawab. " buat apa hidup ada suami tapi macam tak ada suami." Ayah cuma diam tapi selepas saya pulang ke kl, adik saya memberitahu ayah berkata, "Kak jah hang....dah anak lima baru nak minta cerai."
Tapi akhirnya saya tekad meminta dilepaskan kerana saya tahu kalau saya terus bersabar, saya akan membuat dosa. saya akan menjadi isteri yang derhaka kalau saya terus bersama dia. Dan saya tidak mahu menjadi isteri yang derhaka walaupun hanya satu malam. Dan mungkin itu adalah jawapan dari Allah selepas 20 tahun saya berdoa siang dan malam,
"Ya Allah, sekira dia satu2nya jodohku di atas dunia ini, terbitkanlah semula rasa cintaku kepadanya. Dan berikanlah dia petunjukMU untuk berubah menjadi suami yang lebih baik. Tapi andai kata, menjadi isterinya hanya akan membawa kepada keburukan. daku mohon padaMU ya ALLAH..tolonglah pisahkan kami dengan caraMU sendiri."
Itulah ceritanya kenapa saya bertahan selama 20 tahun sahaja. Tapi nasihat saya kepada semua yang membaca artikel ini, anda jangan mengikut saya yang bersabar selama 20 tahun. Sebab nasib kita mungkin sama, tetapi jalan cerita kita berbeza. Yang penting, jangan sampai sabar menjadi dosa dan jangan sampai menjadi kejam kepada pasangan hidup kita. "DON'T BE CRUEL TO EACH OTHER." Seperti yang diajarkan di dalam al-Quran, "hiduplah dan gauli mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik" -surah al-Talaq.
Wassalam
7 comments:
Saya saman suami jika buat tak adil sebab dia tak nak corai saya Kering hati saya sbb kerasnya pengalaman hidup zaman kanak2 ada hikmahnya Allahuakbar
Assalamualaikum puan....
Bolehkah saya dapatkan sedikit pandangan dan nasihat puan kerana masalah saya hampir serupa dan saya masih keliru untuk mencari jawapannya.
air mata masih mengalir........."Ya Allah, sekira dia satu2nya jodohku di atas dunia ini, terbitkanlah semula rasa cintaku kepadanya. Dan berikanlah dia petunjukMU untuk berubah menjadi isteri yang lebih baik. Tapi andai kata, menjadi suaminya hanya akan membawa kepada keburukan. daku mohon padaMU ya ALLAH..tolonglah pisahkan kami dengan caraMU sendiri."
Allahuakbar..tinggi kesabaran mu kak..ingin sekali bertemu mu meminjam sedikit kekuatan yang bersisa ini
Tidak akan sempurna iman seseorang kamu sehingga kamu mengasihi orang lain seperti mengasihi diri kamu sendiri." saya tidak pernah mengatakan dia lelaki yang jahat, tapi dia adalah lelaki yang banyak membuat kesilapan. Kesilapan demi kesilapan yang membuatkan hati retak seribu. dan kalau hati ini dibuat daripada kaca, agaknya hati saya sudah menjadi debu.
Alhamdulillah, tabahnya hati akak. Allah kurniakan akak dgn anak2 yg baik dan soleh.
Air mata lelaki sedang mengalir........."Ya Allah, sekiranya dia satu2nya jodohku di atas dunia ini, terbitkanlah semula rasa cintanya kepadaku. Dan berikanlah dia petunjukMU untuk berubah menjadi isteri yang lebih baik. Tapi andai kata, teruskan menjadi isteriku hanya akan membawa kepada keburukan. daku mohon padaMU ya ALLAH..tolonglah pisahkan kami dengan caraMU sendiri."
Post a Comment