Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari-hari yang berlalu terasa amat pantas meninggalkan kita. Hari untuk akad nikah dan majlis walimatul 'urus makin dekat tetapi banyak persiapan yang belum dibuat. Sesekali terasa sebak di dada, mengenangkan nasib diri. Waktu nak bernikah pada tahun 1990 dulu, ada ibubapa, tok dan tokwan serta sanak saudara yang bergabung tenaga untuk menjayakan majlis pernikahan saya. Tapi kali ini, terasa betul2 seperti sebatang kara, tiada lagi emak dan ayah, tok dan tok wan. Tapi terasa bahagia juga bila melihatkan betapa excitednya anak2 saya dan pelajar2 saya serta sahabat2 FB saya yang sangat ingin melihat majlis akad nikah saya nanti.
Sejak saya menulis artikel "kenapa rushing nak nikah, sedapnya mulut bercakap" saya mendapat banyak mesej daripada sahabt2 yang membaca artikel tersebut. Ramai yang mengucapkan tahniah dan terima kasih dan tak kurang juga yang berpesan kepada saya, "cukup2lah menulis tentang bekas suami.cukup2lah menulis dan menjaja cerita diri sendiri. Yang lepas tu lepas,,,biarkanlah berlalu." Ada jugak yang mengatakan, "Dr, jangan hanya pandang komen2 yang memuji, tapi lihat juga komen2 yang negatif terhadap Dr. Jagalah maruah Dr."
Orang yang merasakan dirinya sudah cukup hebat memang merasakan tulisan saya seperti menjaja diri sendiri, menjatuhkan maruah diri sendiri dan cuba menjatuhkan maruah bekas suami. Tapi mereka ini adalah orang yang gagal membaca mesej yang lebih penting yang tersirat di sebalik kata-kata yang tersurat.
Tetapi ada pula sekumpulan besar sahabt2 FB saya yang dapat membaca dengan jelas apa mesej yang tersirat yang ingin saya sampaikan kepada masyarakat. Mereka lebih faham apakah 'principal theme dan subsidiary theme' yang dibawa di dalam tulisan saya. Mereka ini mengucapkan terima kasih kerana berjaya mengingatkan mereka supaya bersyukur kerana mendapat suami yang bertimbang rasa dan caring terhadap mereka. Manakala para suami pula ramai yang berterima kasih kerana tulisan saya menjadi peringatan kepada mereka supaya tidak mengabaikan isteri mereka. Apa lagi yang mampu saya ucapkan selain daripada syukur kerana itulah niat saya yang sebenarnya.
Saya sekadar ingin memberitahu para isteri di luar sana, bandingkanlah pengalaman hidup Madam Fauziah dengan hidup mereka. Kalau suami mereka telah melayan mereka dengan baik, bersyukurlah dengan apa yang diberikan oleh Allah kepada mereka iaitu seorang suami yang baik. Mungkin suami anda tidak mampu memberikan kemewahan harta benda kepada anda..tetapi suami anda seorang yang baik hati, penyayang dan mengambil berat tentang anda. Mungkin suami anda tidak caring orangnya...tapi sangat menjaga makan dan pakai anda termasuk nafkah anak2.
Seorang rakan sekerja saya, Prof Madya Dr Ainul Jaria Maidin berkata.."Sedihnya Fauziah, now I really appreciate my husband who is doing nearly everything for me daily since I got married for the past 25 years. he does everything that you are doing and I am the 'absent person'. I must learn from your story not to take my husband's kindness for granted and will appreciate him more. Thanks for sharing."
Saya hanya mahu para isteri berfikir, adakah wajar untuk meminta cerai hanya kerana perkara yang remeh temeh dan kecil. Tapi mungkin ada yang berkata, remeh temeh bagi madam fauziah, tapi besar bagi kami. Apa sekalipun, sebagai manusia perkara yang sangat penting bagi kita ialah bersyukurlah kepada Allah dan berterima kasihlah kepada manusia. Begitu juga dengan para suami, hargailah isteri anda sebelum terlambat. Bukan emas permata yang diharapkan sebagai penghargaan, cukuplah kalau dibalsa dengan kasih sayang dan ihsan kepada isteri. Ada kata-kata hikmah yang berbunyi, "kalau mahu dikasihi oleh anak2 anda, kasihi dan sayangilah ibu mereka (isteri anda)." Kalau tidak tahu mengasihi isteri anda, cukuplah dengan ihsan atau kasihankan isteri anda. Tapi kalau ihsan dan kasihan pun tidak ada di dalam hati anda, apa lagi yang akan tinggal pada anda? Tepuk dada, tanya iman.....
Kalau kita tidak bersyukur kepada Allah, nikmat yang diberikan akan ditarik balik oleh Allah kerana memang hak Allah untuk memberikan dan mengambil balik apa yang diberikanNYA kepada kita. Kalau kita tidak tahu berterima kasih kepada manusia dan tidak mengenang budi, tidak tahu menghargai kebaikan orang kepada kita..akhirnya kita juga yang akan rugi. Pernikahan itu adalah satu pengorbanan, bukan asyik mengorbankan orang lain untuk kepentingan kita.Perkahwinan itu adalah bertolak ansur, bukannya ditolak beransur-ansur. Perkahwinan itu adalah 'give and take'...tapi kalau asyik memberi, give dan give, satu hari yang memberi itu akan GIVE UP dan FED UP.
Kata seorang rakan saya, kalau asyik memberi dan tidak pula dihargai, lama kelamaan akan terhakis rasa kasih sayang, akan hilang rasa hormat. Saat itu, kita pun akan menjadi seperti lirik lagu KIAN yang dinyanyikan oleh Mawi.... "Kian jauh, kian hilang..kasih antara kita. Nampak tenang pada zahirnya, tapi batin terseksa, yang ternampak dan terlukis di mata, yang terguris di jiwa. Sesekali terbit air mata, tahan sebak di dada."
Kepada mereka yang mengatakan, "jangan dibuai dengan pujian rakan2 FB yang entah ikhlas entahkan tidak, tengok juga komen2 negatif." Saya cuma ingin memberitahu mereka, saya menulis bukan kerana nama tapi kerana kasih sesama insan. Saya tidak pernah minta dipuji, yang baik baik itu semuanya dari Allah...dan yang lemah itu milik saya sendiri sebagai hambaNYA. Kata2 kejian, komen2 negatif tidak akan menjadi kudis atau barah dalam hati saya. Sebab saya tahu kenapa, mengapa dan untuk apa saya menulis.
Kalaulah tulisan2 saya yang dikatakan mencari nama, mencari populariti, mencari simpati, menjaja nama sendiri...itu adalah hak anda untuk mengatakannya. Yang penting saya tahu, tulisan2 saya rupanya telah menjadi sumber inspirasi kepada mereka yang hampir rebah untuk bangun semula. Kalaulah dengan berkongsi pengalaman hidup sendiri dapat membantu ramai masyrakat di sana, saya hanya ingin berdoa, "Ya Allah..terimalah tulisan2 ku sebagai satu perjuangan di sisiMU. terimalah ia sebagai pengorbanan untuk mereka yang memerlukannya. Terimalah tulisan2ku sebagi satu jihad kecil ya Allah."
Saya tidak kisah orang tidak suka pada saya, kerana kata seorang sahabat saya, masih ramai yang menyayangimu fauziah. teruskan menulis kerana masih ramai yang memerlukan semangatmu untuk meneruskan kehidupan. Saya tidak akan mati kerana kebencian orang yang membenci saya. Saya tidak akan mati kerana komen2 dari hati yang penuh iri dan hasad dengki serta hati yang berburuk sangka kepada saya. Saya hanya kan mati bila Allah megkehendaki saya mati. Hidup bukan hanya kerana doa dan mti bukan hanya kerana sumpah. Penilaian manusia tidak penting bagi saya, kerana sebaik2 penilai hanya Allah s.w.t. Semoga masih ada esok yang cerah untuk kita semua. InsyaAllah
wassalam.
0 comments:
Post a Comment