Assalamualaikum.
Alhamdulillah, selamat sampai ke rumah malam tadi setelah satu hari perjalanan ke Alor Setar dengan berbagai2 visi dan misi (vision and mission). Belum pernah saya saya jadi setekad ini, mengambil flight Air Asia di pagi hari untuk ke UUM bertanyakan tentang cara-cara utk memohon tempat di sana, dan apakah prospek utk saya di sana. Kerana saya sangat berharap akan dapat mengajar di College of Law, Government and International..., UUM. Niat untuk ke UNISZA terpaksa dilupakan kerana detik hati saya mengatakan destini saya adalah di UUM. InsyaAllah
Perjalanan yang dirancang last minute itu amat menggembirakan hati saya. Perbincangan awal dengan Dekan CoLGIS, UUM membuat saya sedar, bahawa perjuangan di UUM mungkin akan lebih bermakna dalam hidup saya. Membantu institusi yang kekurangan ahli akademik yang terlatih di dalam Islamic Law subjects. Apatah lagi COLGIS akan menawarkan LLM in Islamic Law. Tenaga dan sedikit kepakaran dalam Islamic Law subject sangat diperlukan di sana.
Sejujurnya, bila saya meninjau bilik2 kuliah dan tutorial di UUM semalam, saya tahu...keadaan di UIA sangat hebat, sangat mewah, dan sangat selesa. Saat saya bersarapan di cafe COLGIS pun, saya sudah terasa, betapa cafe di AIKOL jauh lebih selesa walaupun kadang2 'sakit hati' sebab tudung dan baju akan berbau macam2 bila masuk ke cafe AIKOL yg aliran udaranya tidak begitu baik. Itu belum lagi meninjau bilik2 pensyarah sebab tidak berkesempatan semalam.
Benarlah hijrah itu perjuangan yang memerlukan pengorbanan. Kepada pelajar2 saya, lepaskan saya dengan hati yang ikhlas dan ketahuilah, kalian di UIA sangat bertuah kerana memiliki segala jenis pasarana yang lengkap walaupun bukan paling hebat. Saya bukannya berhirah ke tempat yang lebih mewah atau menjanjikan kemewahan, tapi saya akan berhijrah ke tempat yang sangat sederhana, tapi sesuai dengan jiwa saya. Jiwa orang yg sukakan perjuangan dan cabaran yang lebih getir.
Semoga Allah permudahkan urusan saya utk berhijrah ke kampus yang lebih tenang dan lebih hijau ini. Niat saya utk tinggal di kampung yang ada sawah, ada sungai dan penuh ketenangan insyaAllah akan jadi kenyataan. itupun kalau diizinkan oleh Allah. Terima kasih kepada pelajar saya Noorhidayah Saad yang menunggu saya di Airport semalam, meminjamkan keretanya untuk kegunaan saya bergerak di kampus Sintok semalam. Dah 3 tahun kami tidak berjumpa, tapi kemesraan dia dan keluarganya masih tetap seperti dulu. kak mariah dan abang Saad yang melayan saya seperti adik mereka sendiri. Abang Azman Azizan dan kak Ta, minta maaf.saya tak sempat ke Kedah Selatan semalam. Begitu juga dengan adik2 saya di Gurun, Kedah Sharuddin Abdullah dan RozilaShila Mohd Noor. minta maaf banyak2. Kak jah ke UUM dan Alor Setar saja. lepas tu terus balik semula ke KL dengan flight selepas magrib. Muhammad Firdaus Bidin, Dr Nuarrual Hilal Md Dahlan, insyaAllah..ada rezeki kita berjumpa di COLGIS semester depan. Lola Ahlaam Yusof, kalau rindu kat Ahlaam..kak fauziah akan ke kuala trengganu ya.
"Ya Allah..permudahkanlah urusanku utk berhijrah ini." Amiin ya rabbal 'aalamiin.
Fauziah Mohd Noor
24/9/2012
KHAWARIJ
6 years ago
0 comments:
Post a Comment