Saturday, 29 September 2012

Belanjawan 2013 : Bonus Dari Allah vs Bonus Dari Kerajaan

Assalamualaikum, 




Ramai yang sedang bercakap tentang bajet/belanjawan negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Paling menarik ialah ramai yang mengatakan, "kerajaan bagi bonus, ambik..tapi kemudian bangkang kerajaan.muka tak malu. esok bila mengundi, undi pembangkang, dasar manusia tak tahu bersyukur. kalau esok kerajaan dibubarkan, yang sokong pembangkang tu, kenapa tak letak jawatan? Kenapa nak kerja dengan kerajaan?"

Allahu Rabbi. Betapa ceteknya pemikiran orang yang cakap macam ni. Kenapa saya katakan cetek? Sebab kita patut ingat, bonus itu diberikan kepada semua mereka yang bergelar penjawat awam, yang kerja dengan kerajaan atau dipanggil orang tua2 kita sebagai pekerja gomen. Bonus itu bukan untuk penyokong kerajaan atau penyokong BN. Jadi, tidak kiralah siapa yang disokong, merah, biru, atau hijau....sebagai penjawat awam, kita semua berhak mendapat bonus. sedikit atau banyak bukan isu, tapi sebagai penjawat awam, maka kita berhaklah menerimanya. 

Berhak terima bonus sebab kita bayar cukai? Allah Rabbi...ramai penjawat awam yang menerima bonus tidak perlu pun membayar cukai pendapatan, hanya mereka yang mendapat gaji tertentu sahaja diwajibkan membayar cukai pendapatan. Kalau orang yang naik bas, tak perlupun bayar cukai jalan. Tapi kita berhak mengambil bonus itu sebab semua penjawat awam itu memberikan sumbangan kepada negara yang yang dicintai ini. Sikit atau banyak sumbangan yang diberikan adalah perkara lain.

Ramai yang kata, penjawat awam ni makan gaji buta, pukul 7.30 sarapan, pukul 10 minum lagi, pukul 12.45 makan tengahari, pukul 3.30 minum petang pulak. Berapa jam mereka bekerja? Padahal kita tidak sedar, penjawat2 awam yang masuk kerja pukul 8 ini perlu keluar dari rumah pukul 6 pagi, ada yang keluar lebih awal dan bersolat subuh di tengah jalan atau di pejabat. 

Semua rakyat negara ini memberikan sumbangan kepada negara ini dengan cara masing2. para petani, peladang, penoreh getah, nelayan, pekedai kecil termasuklah pemungut sampah memberikan sumbangan masing2 kepada negara ini. Jadi, tidak perlulah kita kata, orang yang membangkan kerajaan ini tidak patut ambil bonus, dan elaun2 lain yang diberikan.

kalaulah kerana bonus dan imbuhan2 lain..kita mengatakan kita rakyat tidak boleh menentang kerajaan, rakyat mesti menyokong kerajaan, mesti mengundi kerajaan, maka di situlah kesilapan paling besar kita lakukan. kerana apa? kerana kalau dengan menerima bonus dan imbuhan2 lain, kita mesti tutup mulut kita, pekakkan telinga kita...butakan mata kita melihat kebenaran dan kemungkaran, maka jadilah bonus itu satu RASUAH. Berdosa besarlah kita yang menerima rasuah, apatah lagi yang memberikan rasuah.

Kalau nak dikirakan pemberian, siapa yang lebih besar pemberiannya kepada kita? ALLAH atau kerajaan? Kenapa bila kerajaan bagi bonus dan imbuhan2 lain, kita kata..mesti taatkan kerajaan. Kenapa tak kira, apa yang ALLAH telah berikan kepada kita? kenapa tak ada pula yang katakan, kita mesti taat ALLAH, jangan bangkang ALLAH, jangan hina ALLAH, jangan hina agama ALLAH. Sebab..kita lebih terasa terhutang budi kepada kerajaan, kepada manusia daripada merasa terhutang budi kepada ALLAH dan kepada RasulNYA.

Besar sangatkah nilai bonus, nilai imbuhan, nilai biasiswa, kalau dibandingkan dengan apa yang ALLAH telah berikan kepada kita semua sebagai makhlukNYA? ALLAHU RABBI....bukalah al-Quran, bacalah surah al-Rahman, lihatlah makna ayat2 suci itu. "Maka nikmat apakah lagi yang kamu akan dustakan?"

Memang kita perlu berterima kasih sesama manusia, tapi kita wajib bersyukur kepada ALLAH TA'ALA. BERSYUKUR kepada ALLAH dengan cara bagaimana? Taati perintahNYA, jauhi laranganNYA. agungkan hukumNYA..bukan menghina. Kepada semua yang bergelar MUSLIM....fikir2kanlah. Yang baik itu dari Allah, yang buruk dan lemah itu dari saya sendiri. Selamat berhari minggu.

wassalam
Dr/madam Fauziah

0 comments:

Post a Comment