Saturday, 22 September 2012

Disisihkan ibu bapa? Adakah mereka tidak sayang kita?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Sejak minggu lepas saya mendapat email dan mesej daripada mereka yang menghadapi masalah dengan ibubapa kandung sendiri.Ada yang terasa mereka tidak disayangi kerana ibubapa lebih sayang kakak, abang dan adik yang lebih berjaya dalam bidang akademik, ada yang kata kakak, abg dan adik yang lebih cantik lebih disayangi dan mereka yang kurang menyerlah dalam akadem
ik dan kurang cantik atau kurang comel disisihkan oleh ibubapa sendiri.

Masalah pertama, merasakan diri tersisih dan disisihkan atau menyisihkan diri. Saya pasti ramai yang mempunyai perasaan sedemikian. Ada kalanya ada anak2 yang terfikir dan tertanya, "betulkah aku ni anak kandung atau aku ini hanya anak angkat.' Soalan yang lahir dari hati seorang anak yang terasa disishkan oleh ibubapa kandung sendiri. Dan ada yang terasa berkecil hati dengan ibubapa hingga ingin membawa diri, tak mahu pulang ke kampung lagi dan macam2 lagi. Ada yang merajuk tak mahu bagi duit lagi kepada ibubapa dan ada yang berazam, tak mahu telefon ibubapa lagi. Allahu Rabbi....

Saya juga pernah mengalami perasaan yang sama sewaktu kanak-kanak dulu. Apatah lagi di dalam keadaan saya sebagai cucu sulung, saya lebih rapat dengan Allahyarham tokwan dan tok saya. Terasa Allahyarham emak dan ayah saya menyisihkan saya daripada hidup mereka. Walhal, kita tersilap dalam memahami perlakuan dan sikap emak ayah kita. Pernah sewaktu siang saya dipukul oleh Allahyarham emak saya kerana kesalahan yang kecil, tetapi di waktu malam, saya terjaga dan melihat emak saya meyelimutkan saya, bimbang anaknya kesejukan. pernah saya dicubit oleh emak ketika kecil dulu hingga lebam kulit tangan saya, tetapi bila malam saya terasa ada tangan yang sedang menyapu minyak di tangan saya yang lebam. Dalam diam, air mata saya mengalir waktu itu.

Bila kita dimarahi, kita terasa kita tidak disayangi, padahal kemarahan ibubapa itu bukan kerana benci, tapi kerana kasih sayang mereka kepada kita. Leteran mereka bukan kerana ingin melihat kita jadi sampah masayarakat, tapi mahu melihat kita menjadi manusia yang berguna, sekurang2nya untuk masa depan kita sendiri. Kadang2 kita tidak sedar, emak ayah kita kadang2 meluahkan kemarahan di dalam keadaan mereka tertekan dengan masalah hidup. Cuma mereka tidak mahu berkongsi masalah degan kita anak2 mereka.

Sebab itu ramai anak2 yang hanya akan sedar betapa besarnya pengorbanan ibubapa hanya apabila mereka sendiri telah menjadi ibu dan ayah. kalau boleh, seekor nyamuk pun mereka tidak mahu hinggap di tubuh badan anak mereka. Seorang guru saya pernah bercerita kepada kami, ketika dia baru balik bercuti dari Mesir, dia selalu tidur pada waktu petang. Dan satu hari dia terdengar ibunya menyuruh kanak2 yang riuh rendah bermain di halaman rumah mereka supaya main di tempat lain. Bila cikgu/ustazah saya bertanya, kenapa mak larang mereka bermain di sini, jawab emak ustazah saya, "Kalau boleh, emak nak suruh semut pun jangan buat bising masa hang tengah tidoq. mak tau hang penat belajaq kat mesir. mak tak mau sapa-sapa kacau anak mak tidoq.mak nak bagi hang rehat cukup2."

Itulah kasih seorang ibu. Tapi kadang2 kita lebih suka melihat kelemahan dan kekurangan ibubapa kita daripada melihat kebaikan dan kelebihan mereka. Ibubapa kita bukan malaikat, sudah tentu sebagai manusia biasa, mereka juga ada terbuat dan membuat kesilapan. kata Allahyarham nenek saya, kalau mak ayah tak sayang kat kita, tentu masa kecil mereka dah pekup hidung kita biar kita mati tak bernafas. kalau emak ayah tak sayang kita, sudah tentu masa kita kecil dulu, kita dah dibuang ke dalam longkang atau tong sampah. lebih ironinya, emak yang kita kata tidak sayangkan kita ni, sanggup menggendong kita hampir 10 bulan. Beratnya rasa perut....hingga rasa susahnya nak melangkah, Allah saja yang tahu.

Jadi...utk semua anak2, terimalah ibubapa kita, emak ayah kita, seadanya. terima kelebihan dan kekurangan mereka, kerana mereka juga manusia biasa dan bukannya malaikat. Sentiasalah berdoa utk mereka walaupun mereka kadang2 menghiris hati kita anak2 dengan kata2 dan perbuatan. Jangan berdendam kepada ibubapa sendiri, tak berkat hidup kita kalau berdendam dengan ibubapa. InsyaAllah, nanti saya tuliskan untuk ibubapa pula. Kadang2 kita terlupa, anak2 kita semuanya ada hati dan perasaan.

Allahyarham Ayah dan emak. gambar tahun 2009.gambar terakhir ayah dan emak bergambar berdua. 

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan dosa ibubapa kami/datuk nenek kami...dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sewaktu kami kecil dahulu."
Amiin ya Rabbal 'aalamiin.

Fauziah Mohd Noor

10 comments:

Angah said...

memang tak dinafikan ,kekadang terasa hati dan terasa begitu disisihkan gara2 anak tkpunyakeja yang membanggakan seperti adik2 yang lain,tapi hakiktnya bak kata dr.fauziah kita sebagai anak kena terima hakikat mereka ibubapa kita,tkdak galang ganti di dunia ni,..kerana mereka juga manusia biasa bukan malaikat...supaya terhindar kita dari perkara2 yang mengundang kta menjadi anak derhaka...trima kasih dr.fauziah atas ingatan buat kami..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Kerana itu hati ini merelakan segala apa perlakuan mereka kepada diri ini. Walaupun hati hancur lumat namun semua itu tak mampu membalas segala jasa mereka. Setiap kata dan perlakuan mereka di terima dengan seikhlasnya kerana mereka yang membawa diri ini ke dunia. semoga suatu hari mereka mampu terima saya sepenuhnya... aamiin

Anonymous said...

terima kasih cuma kekadang saya rasa saya dh lama simpan.sedih di hati ni terhadap ibu saya.

Mis mira said...

Saya dah banyak kali cuba ubah berfikiran yang bukan2 tapi selagi saya cuba padam perasaan tu semakin membuak macam mana sebab dlm keluarga sya la yang buruk wajah gemok dan berpenyakit kulit adakah tindakan saya untuk tinghalkan mama saya tak mahu pulang lagi itu betul???

Unknown said...

saya pernah rasa disisihkan oleh ibu dan ayah .. Ingat lagi suatu hari tu,kitorang pergi rumah jiran kat kampung..Ibu berbual-bual ngan tuan rumah time tu saya 5 ke 6 tahun tu dah lupa dah...pastu ibu saya cakap,"anak sapa ntah ni tertukar kot kt hospital..."pastu tuan rumah tu pun ckp hmm hmm hmm jeeeeeeeeeee...saye diam jee...balik rumah saya tgk cermin nak tgk wajah aku ada sama x ngan ibu aku ...pastu aku baring aku x sdr air mata menitis

Unknown said...

hari tu saya balik rumah baru balik dr pertandingan maharah .. saya cuma dpt saguhati je..anakmurid ayah saye dpt 1st prize..ayah saye tanya dpt no berapa..saya cakap xda nombor pastu ayah saya buat muka cam ni -_- pastu ayah tanya sapa dpt 1st ,saya ckp anak murid ayah yang farah ain tu pastu ayah saya puji2 je dia ...yang saya ni duduk bertenggek memerhatikan ayah saya yg memuji muji c frah ain tu x sudah2...sakit tau hati saya ni...saya rasa ayah saya cam nak jadikan c farah ain tu anak angkat kalau boleh gantikan ngan saya...saya rasa kalau boleh saya pergi tmpat bertanding tadi,saya cari dia,saya cocok mata c frh ain tu ngan garpu bru dia tahu


Unknown said...

Tolong saya boleh ?
Kawan saya perempuan nak spm
Dia ni anak angkat , selalu dimarahi oleh ayah n ibu angkatnya , kepada siapa dia nak rujuk , saya kesian sangat kat dia , nak spm , tapi dari kecik dimarahi , lepastu dia jadi anak angkat dah lama dah , dekat 10 tahun...tolong saya...reply comment ni ,
Email saya - Vanessfroggy55@gmail.com

Shahlan AIA Takaful Advisor said...

assalamualaikum...saya ad masalah..ayah sya syang sya cuma sya x dpt terima sebab dia selalu marah2 ibu sya kdg2 dia hina sedangkan dia tahu sya dengar apa yg dia ckp kn ikutkan hati nak sepak je..ya allah ap patot sya buat anak mana x syg ibu bapa tapi anak mana sggup tgk ibu dah bnyk kali kena maki tolong sya.sekarang sya hanya boikot ayah sya..sebagai pengajaran utk dia..adakah tindakan sya betul

Unknown said...

Untung dapat ibu bapa macam tu.aku jatuh katil pon mak aku buat tak tahu.adik aku pukul aku tak boleh,aku baru cuit dia dah kena marah.kalau cikgu tak suruh pergi hari terbuka,tertutupla result aku tu.siap tuduh aku tak bagi surat pemberitahuan kalau cikgu tanya nape tak datang.sakit hati

Post a Comment